Budaya SBDKL

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tarikh : 11 Mei 2020

Soalan
Masyarakat melayu dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur berpegang kepada budaya
yang di warisi dari turun temurun. Huraikan kepentingan budaya yang diamalkan kepada
pembangunan masyarakat.

Budaya merujuk kepada amalan yang diwarisi dan dikongsikan dalam kalangan
anggota masyarakat. Budaya juga merujuk kepada ketamadunan, peradaban, kemajuan
fikiran serta melibatkan akal budi. Budaya juga merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang
melibatkan penceritaan, adat, pakaian, tingkah laku dan sebagainya. Budaya boleh
difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada
yang dapat dilihat atau tidak. Terdapat beberapa kepentingan budaya yang diamalkan kepada
pembangunan masyarakat yang terdapat di dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Antara kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat ialah


mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan
pekerjaan akan menyebabkan sesuatu pekerjaan itu menjadi lebih mudah. Hal ini dapat
dijelaskan berdasarkan peristiwa semasa lawatan Sultan, penduduk kampung Pulai
bergotong-royong membuat persediaan menyambut kedatangan baginda. Gotong royong
turut diadakan di masjid kampung Pulai bagi mendengar ucapan YB Mohd Yusof dan En.
Muhammad berhubung dengan penempatan ke rancangan Felda. Jelaslah bahawa amalan
budaya bergotong royong merupakan amalan budaya yang mampu membangunkan
masyarakat ke arah pembentukan masyarakat yang bekerjasama.

Selain itu, kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat


ialah membentuk masyarakat yang mempunyai akhlak mulia. Amalan budaya seperti
menghormati pemimpin mampu membangunkan masyarakat yang berakhlak mulia.
Pemimpin merupakan orang yang berpengaruh dan memiliki krisma yang tidak dimiliki oleh
anggota masyarakat lain dan kedudukannya lebih tinggi dan sewajarnyalah mereka dihormati
dan dikagumi. Bukti yang dapat dijelaskan ialah ketika peristiwa sambutan semasa lawatan
YB Mohd Yusof yang dihormati kerana beliau merupakan wakil rakyat di kawasan tersebut.
Begitu juga dengan Lebai Maaruf yang diterima dan dihormati di kampung Pulai walaupun
dia bukan orang kampung Pulai. Jelaslah bahawa, menghormati pemimpin merupakan aspek
budaya yang sememangnya mampu membangunkan masayarakat ke arah masyarakat yang
memiliki akhlak mulia.

Kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat yang


seterusnya ialah membentuk masyarakat yang bermuafakat. Majlis perkahwinan juga
merupakan sebahagian amalan budaya yang masih dipraktikkan dan ianya merupakan satu
upacara yang sewajarnya diteruskan kerana mampu membangunkan masyarakat ke arah
permuafakatan. Contohnya, pernikahan antara Sudin dan Gayah merupakan elemen budaya
Melayu yang dipaparkan dalam novel yang menyatukan kembali keluarga Encik Muhammad
dan keluarga Imam Saad yang sebelumnya ada krisis keluarga. Tegasnya, perkahwinan
mampu menjadi agenda dalam pembangunan masyarakat ke arah pembentukan masyarakat
yang muafakat serta dapat menyatukan dua keluarga besar.
Di samping itu, kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan
masyarakat ialah melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.
Menghargai, menjunjung tinggi serta memuliakan dengan cara memberi atau melahirkan rasa
hormat kepada golongan yang lebih berusia. Contohnya, Jahid yang menghormati Encik
Muhammad sebagai bapa saudara isterinya Gayah dengan panggilan Pak Su sebagai tanda
menghormati kedudukannya dalam anggota keluarga isterinya. Jelaslah bahawa amalan
menghormati orang tua mampu melahirkan masyarakat yang penuh dengan rasa kasih sayang
serta mampu mengeratkan lagi hubungan.

Akhir sekali, melahirkan masyarakat yang berilmu juga merupakan salah satu
kepentingan budaya yang diamalkan kepada pembangunan masyarakat. Dengan adanya ilmu
pengetahuan dalam diri, kita dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik dan menjadi
insan yang memiliki sahsiah terpuji. Contohnya, Imam Saad mengajar mengaji al-Quran di
surau kampung Pulai khususnya untuk kanak-kanak yang menjadi budaya di kalangan
anggota masyarakat setempat. Jelaslah bahawa, belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan
khususnya ilmu agama mampu melahirkan masyarakat anggota masyarakat yang
berpengetahuan agama seterusnya membentuk akhlak yang mulia.

Kesimpulannya, amalan budaya yang diamalkan mampu menjadi wadah penting


dalam penbangunan masyarakat yang mampan. Amalan budaya tersebut sewajarnya tidak
dipinggirkan dan harus diteruskan lagi bagi generasi akan datang mempraktikkannya.

You might also like