Langkah-Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Langkah-langkah untuk

Menggalakkan Orang Ramai


Menggunakan Pengangkutan Awam
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446
tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu
ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi
kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah
berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem
pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita
boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT),
Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai
warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong?
Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi
untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan
bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam
yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke
tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan
haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang
ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah
Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita.
Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu
yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh
negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli
satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua
mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat
memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu
direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah
diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam.
Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak
rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di
Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan
menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat
meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik
perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang
motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan
membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa
perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan,
kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan
masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam.
Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat
terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan


mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah
diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih
banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para
penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta
akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan
sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca,
perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat
mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan
mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam
kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya,
langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari


rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan
supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan
awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam
konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih
baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada
pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah
imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat
menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang
menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi
mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam
mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti


mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi
penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata,
pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah
mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum.
Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam
meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.

You might also like