Mengawal Murid Penting Bagi Memastikan Kelancaran PDPC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Mengawal murid penting bagi memastikan kelancaran

PdPc. Mengikut pengalaman dan perkongsian saya


bersama rakan-rakan guru, berikut ialah antara teknik
mengawal murid yang boleh dibuat.
1. Traffic Light Cards
Penggunaan traffic light cards sebagai penalty cards.
Hijau untuk 'BAIK', Kuning untuk 'AMARAN
PERTAMA' dan Merah untuk 'DENDA'. Pilih denda
yang berpatutan ya.
Rujuk: 7 Pelbagai Kegunaan Traffic Light Cards
(+TEMPLATE)
2. Hands Signals
Guru menggunakan isyarat tangan untuk mendiamkan
murid. Contoh, 1,2,1,2....Finger on your lips...

3. Time-off
Murid diberikan 'time-off' pengecualian daripada
pembelajaran atau sesi hiburan bersama guru sebagai
denda. Murid memandang dinding selama 5 minit,
berada di satu sudut dalam kelas dan sebagainya.
4. Point Deduction
Markah individu atau kumpulan dipotong jika
perlakuan tidak sepatutnya berlaku dalam kelas. 
5. 100 squares
Petak besar dengan 100 petak segiempat bernombor 1-
100. Setiap kali murid melakukan perbuatan baik, maka
satu petak dilorekkan. Jika sebaliknya, 1 petak dipadam.
Mesti jelas contoh perbuatan yang boleh diterima dan
tidak.
6.  Diverse Grouping
Pelbagaikan latar belakang murid seperti tahap
pembelajaran, bangsa dan kawan rapat agar 'something
in common' dapat diatasi kerana perkara sebegitu boleh
menyebabkan mereka dalam 'comfort zone' untuk
berbual.

7. Kumpulan Sederhana
Kumpulan sederhana dikategori kan sebagai 3-6 orang.
Saiz ini sesuai untuk setiap ahli memegang peranan
masing-masing dan mudah untuk diperhatikan. Jadi
tiada 'sleeping partner'.

8. Suasana Kelas
Suasana kelas merujuk kepada banyak aspek. Jika kelas
mempunyai tone warna pastel, murid mudah menjadi
bosan. Warna vibrant menjadikan murid lebih fokus.
Warna/corak dominan pada bahagian depan kelas
memudahkan murid memberi perhatian. Pada waktu
tengah hari, murid lebih penat dan tidak selesa, jadi
guru perlu pilih aktiviti yang lebih ceria, pergerakan
fizikal dan penuh dengan media. 

9. Kedudukan Tempat
Gunakan jenis kedudukan yang murid tidak mudah
menyembunyikan diri. Mudah guru perhatikan. Apabila
sesuatu perlu ditonton atau mendengar arahan guru,
kerusi murid semua menghadap hadapan.

10. Busy Bee


Pastikan bahan sumber dan aktiviti penggayaan ada
banyak di dalam kelas. Murid jadi bising dan tidak
terkawal semasa aktiviti selalunya kerana mereka tidak
tahu hendak buat apa dan jika siap awal latihan, mereka
tiada aktiviti tambahan. 'keep them occupied'.

11. Hi-Lo Technique


Murid jadi bosan sebab suara cikgu yang perlahan dan
tidak meyakinkan. Oleh itu, guru perlu menguatkan
suara. Boleh juga guna mikrofon.  Pelbagaikan intonasi.
Jika murid terlalu bising cikgu, berbisik dan senyap,
freeze, tunggu sehingga murid senyap kerana mereka
pasti ingin tahu kenapa guru senyap.

12. Good Behaviour Badges/Tags


Berikan button badges atau tags bertulis good behaviour
untuk membina harga diri murid. 
13. Timed Rewards
Murid diberikan ganjaran tertentu jika mereka dapat
mengawal suara dan perangai mereka untuk setiap
aktiviti.

14. Group Points


Berbeza dengan point individu, dalam group points, ahli
kumpulan sentiasa memastikan ahli kumpulan lain
mengawal tindakan mereka demi menjaga markah
kumpulan.

15. Jail Corner


Murid yang melakukan perbuatan tidak baik di dalam
kelas akan dimasukkan ke dalam jail di sudut kelas.
Teknik ini telah diperkenalkan oleh SK Sri Pulai
Perdana. Tahniah!

16. Noise O Meter


Satu spinner meter dibuat. Ada indikator tahap suara
mereka yang dibenarkan mengikut tugas.

17. Countdown
Guru meletakkan 'countdown' sebelum memulakan
aktiviti seterusnya. Dengan itu, murid segera senyap dan
bersedia.

18. Closed Requests


Ini satu kaedah psokologi win-win situation. Contoh,
"Jika murid semua menyiapkan tugasan ini tanpa
membuat bising, cikgu bagi anda semua tonton 'short
clip' Upin Ipin". Bila semua telah menuruti arahan guru,
guru mengucapkan terima kasih dan menjelaskan
kenapa mereka diberikan ganjaran.

19. Jobs
Murid diberikan tugas untuk melatih mereka
menyelesaikan sesuatu dengan bekerjasama antara satu
sama lain. Contoh, murid bantu susun meja sebelum
mula kelas, murid mengemas kelas sebelum guru
masuk. Apabila ada 'shared responsibility'  barulah
murid akan pastikan rakan-rakan mereka juga memberi
kerjasama semasa pembelajaran.

20. Tattle Monster


Satu kotak tisu dengan hiasan raksasa yang mengerikan
disediakan. Setiap kali murid yang kerap mengadu ada
aduan, mereka boleh tulis dalam sehelai kertas dan
masukkan ke dalam kotak itu. Lama kelamaan murid
akan memikirkan sendiri samada perlu atau tidak untuk
mengadu lagi dan menghadapi raksasa itu.

21. Ignorance
Murid yang suka membuat bising di kala murid lain
memberi perhatian ialah murid yang mahukan
perhatian. Boleh cuba untuk 'ignore' terus dan lama-
kelamaan murid itu sedar bahawa tiada siapa suka dan
pedulikan perangainya yang sebegitu.

22. Withitness
Satu teknik oleh behaviourist terkenal, Kounin. Cikgu
perlu jadi seperti orang banyak mata. Contoh, semasa
cikgu mengajar, tiba-tiba Ali sedang sibuk berbual
dengan Amin. Cikgu nyatakan, 'Ali! Cikgu boleh nampak
apa yang awak sedang buat dengan Amin'. Dengan itu,
murid tahu mereka sentiasa diperhatikan.

23. Routines
Rutin tetap setiap kali kelas boleh melatih murid untuk
lebih sedia sebelum PdPc berlangssung. Disiplin juga
terbentuk. Contoh, lafaz sifir, jazz chants, nyanyian lagu
dan sebagainya.

24. Rules
Perlu ada panduan tetap perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan di dalam kelas. Di awal tahun, guru
perlu berbincang bersama murid-murid 'the expected
behaviours'. 

25. Call Backs


Guru memanggil "If you hear me, clap your hands".
"Jika awak dengar saya, angkat tangan!". Murid
menggunakan fizikal untuk memberi respon dan jadi
lebih bersedia.

26. Attention Grabbers


Guru menggunakan chants yang menarik dan berirama.
Murid perlu respon secara lisan menyebabkan mereka
alert.
27. Sir Yes Sir
Apabila murid mula membuat bising, guru melaungkan
'Attention!', dan murid lain menunjukkan tangan
hormat sambil menjerit 'Sir Yes Sir!'

28. BRILLIANT
Setiap kumpulan akan diberikan huruf demi huruf
sehingga lengkap BRILLIANT. Syaratnya, bagi setiap
aktiviti murid perlu mengawal tindakan mereka. Jika
mereka patuh, huruf demi huruf diberikan bagi setiap
pusingan. Bila lengkap huruf mereka, kumpulan yang
BRILLIANT diberikan ganjaran.

29. Black Circle


Guru melukis satu bulatan besar. Setiap kali mana-mana
ahli kumpulan melakukan kesalahan, lorekan kecil
dibuat. Jika lorekan telah memenuhi bulatan maka satu
kelas kena denda.

30. Blurt Beans


Setiap murid dapat beberapa biji kacang. Murid
berusaha menjaga biji kacang mereka agar dapat mereka
masukkan ke dalam botol dengan ganjaran mengikut
aras. Jika perbuatan tidak baik berlaku, guru mengambil
beberapa biji kacang and dengan itu melambatkan
proses memenuhkan botol tersebut. Boleh juga guna
guli atau yang bersesuaian.

31.  Students Vs Teacher


Satu petak perlawanan disediakan. Beberapa peraturan
tetap ditentukan. Contohnya 10. Jika murid patuh
arahan, murid yang dapat markah, jika tidak, guru yang
dapat markah.
Antara langkah yang boleh di ambil untuk menyelesaikan masalah murid ini adalah:

1. Sekiranya ada murid yang selalu berbual semasa sesi pengajaran, guru boleh membuat
perubahan tempat duduk di dalam kelas untuk mengelakkan kelas diganggu.
2. Guru juga boleh memberi ganjaran kepada murid yang memberi fokus yang baik semasa sesi
pembelajaran seperti reward chart dan stiker.
3. Kepelbagaian aktiviti di dalam kelas juga memainkan peranan yang penting untuk
memastikan murid lebih fokus dan berminat mengikuti sesi pembelajaran. Contohnya aktiviti
menyanyi, lakonan dan tayangan video.
4. Penetapan peraturan di dalam kelas juga boleh mendisiplinkan murid semasa sesi
pembelajaran. Contohnya murid yang membuat bising mungkin boleh diberi dendaan
tarikan mata ganjaran.
5. Guru boleh memberikan teguran secara terus semasa murid melakukan kesalahan
mengganggu sesi pembelajaran dengan memanggil nama murid berkenaan supaya mereka
tahu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.

You might also like