Justifikasi Baharu Bagi Pengambilan Pekerja Sambilan Harian 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JUSTIFIKASI BAHARU BAGI PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN

HARIAN (PSH) DI JABATAN WARISAN NEGARA ZON TIMUR


Skop Tugas Psh Di Pejabat Zon Timur Seperti Berikut :-

1. Membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian seperti , melancarkan tugas-tugas


pegawai yang sedia ada dan menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak seperti pengurusan
fail-fail , merekodkan surat keluar masuk serta menguruskan rekod-rekod bagi data failing di
Pejabat Zon Timur .

2. Membantu melancarkan aktiviti-aktiviti dan program-program bagi mempromosikan


Jabatan Warisan Negara Zon Timur secara meluas menerusi email, website dan media sosial .

3. Membantu pegawai melaksanakan kerja-kerja penyelidikan awalan dan pendokumentasian


berkaitan dengan Seni Warisan Budaya di Zon Timur serta direkodkan dalam sistem bagi
inventori Zon Timur untuk lebih spesifik dan teratur .

4. Membantu dalam tugasan khidmat pelanggan di Pejabat Zon Timur serta membantu
membuat fotostep , faks , penghantaran dokumen dan surat , bahagian pentadbiran serta
direkodkan didalam e-failing Pejabat Zon Timur

5. Mengemaskini dan mendaftar inventori dalaman berkenaan dengan jumpaan objek-objek


baru dan juga objek-objek warisan yang belum diwartakan di peringkat Pejabat Zon Timur .

6. Membuat catatan pergerakan pegawai serta melengkapkan laporan aktiviti bulanan di


Pejabat Zon Timur serta menguruskan dokumen dan laporan pegawai .

7. Arahan dari semasa ke semasa .

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

BAHAGIAN/ : PEJABAT ZON TIMUR


CAWANGAN

ORGANISASI : JABATAN WARISAN NEGARA


SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1) Membantu pengarah merekod dan melengkapkan laporan setiap aktiviti yang dianjurkan
oleh Pejabat Zon Timur .

2) Merekodkan surat keluar dan masuk serta mengemaskini setiap pergerakan fail – fail
untuk diselaraskan .

3) Mencari maklumat melalui internet berkenaan dengan inventori yang telah disenaraikan
oleh pegawai Pejabat Zon Timur .

4) Membantu pegawai membuat penyelidikan dan mengambil gambar di tapak-tapak dalam


senarai inventori dan membuat laporan bagi melengkapkan maklumat penyelidikan tersebut .

5) Menyemak setiap bil-bil yang diterima untuk kegunaan pejabat

6) Mencatat jadual pergerakan pengarah bagi kehadiran mesyuarat ,bengkel serta kursus
dalam atau luar Negara .

7) Membantu pengurusan stor barang keluar masuk serta perekodan .

8) Menyediakan atau menyenaraikan kelengkapan untuk sebarang majlis dan program yang
dianjurkan atau disertai .

9) Melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan berdedikasi serta bertanggungjawab dalam


segala hal yang berkaitan dengan Pejabat Zon Timur .

10) Menerima arahan tugas dari semasa ke semasa.

You might also like