Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG RINIU

JALAN JASA 51
TAMAN MUTIARA RINI,
81300, JOHOR BAHRU
Tel : 09-3121373 Faks : 09-3121373 emel : bea7606@btpnsel.edu.my

Rujukan Kami : SJKTLR/07/06/001


Tarikh : 11 Februari 2019

YDP PIBG,
SJKT LADANG RINI,
JALAN JASA 51
TAMAN MUTIARA RINI,
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KEMPEN KESEDARAN MENCEGAH KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk pertimbangan dan kelulusan tuan

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Rini akan
mengadakan satu program seperti butiran berikut :

Nama Program : Kempen Kesedaran Mencegah Kebakaran


Tarikh : 04 Mac 2019
Tempat : Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Rini
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon tuan untuk mendapatkan sumbangan bagi
mengadakan program ini.

4. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rini mengambil inisiatif
untuk mengadakan program yang berbentuk peningkatan keselamatan warga sekolah terutamanya
murid. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya
menjaga keselamatan diri terutama semasa berlaku kecemasan di sekolah.

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami kiranya pihak tuan dapat memberikan
sumbangan berbentuk wang RM 400 untuk menjalankan program ini.

6. Di atas pertimbangan dan kelulusan Tuan kami mengucapkan ribuan terima kasih

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,


______________________

( EN. KAMAL BIN ARIFFIN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Clifford
Kuala Lipis Pahang.

s.k. Fail Timbul

You might also like