Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu pengkaji mengucapkan terima kasih kepada pengetua Kolej Datuk
Pengiran Galpam, Tuan Haji Hussein Bin Abdul Manaf, selaku pengetua kolej kerana
memberi sokongan kepada pengkaji untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, pengkaji ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Puan Sopiah Elai selaku guru Bahasa Melayu. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.
Seterusnya pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa yang tercinta. Jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan
kewangan kepada pengkaji sepanjang masa.
Penghargaan kepada semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi
segala nasihat dan kerjasama dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, seikhlas tulus
kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu pengkaji secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian dan konsep penting yang digunakan
dalam kajian ini.
1.1 Latar Belakang
Kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa
ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara
umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicara kita. Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang
menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak
merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan
verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Kesantunan bahasa bukan
bukan sahaja perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat tetapi dalam penulisan
juga termasuk penulisan novel. Justeru, pengkaji telah memilih novel Kerana Syurga
Bukan Percuma tulisan Najmi Fetih sebagai bahan kajian untuk mengenal pasti dan
menganalisis kesantunan bahasa yang telah diguna oleh penulis dalam novel tersebut.

1.2 Definisi Konsep


1.2.1 Kesantunan Berbahasa
Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), “kesantunan” bermaksud sebagai
perihal (sifat) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti) manakala
“bahasa” pula ialah percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
Asmah Haji Omar (2000) menyatakan kesantunan bahasa adalah penggunaan

bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung

daripada pendengar.

Menurut Awang Sariyan (2007) dalam Buku Santun Bahasa pula, kesantunan

bahasa merupakan penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi

mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Secara tuntasnya, kesantunan bahasa bermaksud kehalusan bahasa yang

digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi. Bahasa yang digunakan mestilah

digunakan penuh dengan adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi

yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan kesantunan berbahasa dalam


novel yang dikaji,
(b) Mengkategorikan kesantunan bahasa yang digunakan dalam novel yang dikaji
mengikut cirinya,
(c) Menganalisis penggunaan kesantunan bahasa dalam novel yang dikaji.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian ini adalah untuk:
a) Dapat menambahkan pengetahuan pengkaji dalam topik kesantunan bahasa,
b) Hasil kajian dapat dijadikan rujukan kepada pelajar yang membuat kajian
berkaitan kesantunan bahasa pada masa akan datang,
c) Dapat menambahkan kemahiran pengkaji dalam membezakan penggunaan
kesantunan bahasa mengikut jenisnya.

4.0 SKOP KAJIAN


Fokus kajian adalah berdasarkan kepada beberapa jeni ragam bahasa yang terdapat
dalam novel Kerana Syurga Bukan Percuma karya Najmi Fetih. Berdasarkan novel yang
dikaji, pengkaji hanya menganalisis kesantunan bahasa dari episod 1 hingga 10.

5.0 BATASAN KAJIAN


Kajian yang dilakukan oleh pengkaji hanya tertumpu kepada kesantunan bahasa yang
terdapat dalam novel Kerana Syurga Bukan Percuma karya Najmi Fetih. Novel ini
mempunyai 320 halaman bercetak dan mengandungi 20 episod. Berdasarkan novel yang
dikaji, pengkaji hanya membuat kajian terhadap ragam bahasa bermula dari halaman 1
sehingga halaman 106.

You might also like