Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA MEMBACA 10 MINIT & PERKASA NILAM 2020

1.0 Penyedia Kertas Kerja


1.1 Asmiah Binti Paidi - Penyelaras Pusat Sumber SK. Bukit Balacon

2.0 Tujuan

2.1 Tujuan Kertas kerja dibuat adalah untuk menjadi puca kuasa mengadakan program

Membaca 10 Minit dan Perkasa Nilam seperti yang telah termaktub dalam takwim

Aktiviti Pusat Sumber SK. Bukit Balacon Tahun 2020.

3.0 Rasional

3.1 Arahan mengadakan program Membaca 10 Minit pada bulan April telah diberikan

dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada ketika ini, semua sekolah
ditutup untuk mengekang penularan Corona Virus. Walau bagaimanapun, program
Membaca 10 Minit serentak seluruh negara boleh dilakukan di rumah masing-
masing.Ini selaras dengan kehendak kementerian yang giat menggalakkan aktiviti
pendidikan di rumah murid-murid.

3.2 Selain daripada itu, aktiviti membaca tidak hanya berhenti dalam program-program
seumpama ini. Membaca hendaklah dijadikan sebagai jambatan ilmu dan satu
amalan rutin murid-murid. Melalui program Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ).
Melalui program Nilam semua buku yang dibaca oleh murid direkodkan sama ada
berbentuk rekod dalam google form atau rekod bertulis.

4.0 Matlamat
4.1 Matlamat utama program ini ialah supaya terbina amalan membaca dalam kalangan
masyarakat
5.0 Objektif

5.1 Melestarikan pembacaan berkualiti

5.2 Menggalakkan penglibatan masyarakat, komuniti setempat, pertubuhan kerajaan dan


bukan kerajaan dalam aktiviti membaca.

5.3 Menjadikan membaca jambatan ilmu.


6.0 Tarikh , Masa & Tempat
6.1 Program Membaca 10 Minit
Tarikh : 23 April 2020 ( Khamis )
Masa : 11.00 - 11.10 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
6.2 Perkasa Nilam
Tarikh : April - Oktober 2020
Masa : Tidak terhad
Tempat : Kediaman masing-masing

7.0 Kumpulan Sasaran


7.1 Semua murid SK. Bukit Balacon
7.2 Staf SK. Bukit Balacon
7.3 Ibu bapa
7.4 Komuniti setempat

8.0 Pengisian Program


8.1 Membaca serentak pada 23.04.2020 ( Khamis ) pada jam 11.00-11.10 pagi serentak
8.2 Pertandingan Gambar Membaca 10 Minit yang mempunyai Like yang terbanyak akan
mendapat hadiah.
8.3 Membaca dan membuat rekod Nilam

9.0 Jawatankuasa Program


9.1 Rujuk Lampiran 1

10.0 Implikasi Kewangan


10.1 Rujuk Lampiran 2

11.0 Key Performance Indicators (KPI) Output dan Outcome


11.1 Peratus penglibatan murid, guru, staf dan komuniti setempat.
11.2 Peratus rekod bacaan nilam murid dan guru

12.0 Pelan Pengurusan Risiko


12.1 Aktiviti membaca dilakukan di rumah masing-masing bagi mengekang penularan
Covid19
12.2Rekod bacaan buku boleh direkod secara bertulis atau mengisi google form untuk
rekod setiap kelas. Semua murid dapat mengambil bahagian.
13.0 Pemantauan dan Pelaporan
13.1 Rekod bertulis dan rekod melalui google akan di pantau secara bulanan.
13.2 Rekod ini akan dibawa ke hujung tahun untuk laporan akhir Rekod Nilam.
13.3 Rekod Nilam Bertulis (Lampiran 3)
13.4 Jadual Nilai Ganjaran ( Lampiran 4)
14.0 Strategi

14.1 Program Membaca 10 Minit akan diadakan dari rumah. Murid dikehendaki
merekod aktiviti dengan google form dan mengambil gambar sebagai bukti
penyertaan selepas program.

14.2 Setiap rekod murid melalui google form dan rekod bertulis akan dipantau
mengikut kelas dan daripada rekod tersebut pembacan paling banyak dapat
dikenal pasti.

15.0 Kesimpulan

15.1 Semoga program ini dapat dilaksanakan dalam suasana yang aman dan tenang
walaupun dalam keadaan perintah kawalan pergerakan. Program seumpama
ini wajar jadikan amalan kerana membaca adalah suatu amalan yang
bermanafaat kepada semua. Di samping memberikan nilai ilmu, membaca juga
meluaskan pengalaman dan membuka minda kreatif dalam diri.

Disediakan oleh,

(ASMIAH PAIDI)
Penyelaras Pusat Sumber,
Sek. Keb. Bukit Balacon

Disemak oleh,

(EDNIN SODOI )
Penolong Kanan kurikulum
Sek. Keb. Bukit Balacon.

Disahkan Oleh :

(PN. ZAMALIAH HJ. ABDUL KARIM )


Guru Besar,
SK. Bukit Balacon.
Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MEMBACA 10 MINIT & PERKASA NILAM TAHUN 2020

Pengerusi : Pn. Zamaliah Hj. Abdul Karim


Tim. Pengerusi: En. Ednin Sodoi
Penyelaras : Pn. Asmiah Paidi
Setiausaha : Pn. Siti Zubaidah Kermah
Guru Nilam : Pn. Siti Zubaidah Kermah
Bendahari : Pn. Avidah Dalam
AJK Kecil : Guru Bahasa Inggeris
Guru Bahasa Melayu
Guru Kelas
Guru Tahun 6
PIBG
Staf Sokongan Sekolah
Lampiran 2

Perbelanjaan Program

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


(RM)
1. Hadiah Gambar Membaca 10 10 RM 30.00 RM 300.00
Minit dengan Like dalam
Facebook yang
terbanyak
2. Hadiah Terbaik Nilam 10 RM30.00 RM 300.00
3. Sijil 2 RM 45.00 RM 90.00

JUMLAH RM 690.00
Lampiran 3

Rekod Bacaan Buku Nilam SK. Bukit Balacon


2020

Tarikh : ___________________ Bil. Buku : ___________________

Tajuk Buku : ___________________________________________________________________________

Pengarang : ___________________________________________________________________________

Penerbit : ____________________________________________________________________________

(Buku ) Bil. Muka surat : ___________________________ Bahan Bukan Buku : _______________________

Nilai Ganjaran : ____________________

Isi penting / Nilai murni :

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

Bil.Kumulatif Buku dibaca : _________________ Bil. Kumulatif Bahan Bukan Buku : __________________

Jumlah Kumulatif Ganjaran : ________________


Lampiran 4

You might also like