Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku

dalam kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak
kerana remaja merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral
ini boleh menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang
berkualiti dalam memacu negara ke era negara maju. Jika diperhalusi, pelbagai
faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang
tidak mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak
boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi
tanggungjawab itu harus dipikul? Sesetengah ibu bapa belakangan ini juga
bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Jelas, ibu bapa
perlu memainkan peranan mereka dalam mencorak keperibadian remaja.

            

        Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah


berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak
terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari
sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun demikian, sering kali anak-
anak yang masih mentah ini mengambil peluang yang ada untuk berseronok
dengan rakan-rakan sehinggakan timbul masalah yang lain. Dalam hal ini ibu
bapa perlu bijak dalam membahagikan masa dengan anak-anak.

            
        Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama
dalam peningkatan masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan
remaja kini banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya
berbanding ahli keluarga. Didorong atas sifat ingin tahu, mereka pasti akan
mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup mereka yang mungkin boleh
menggelapkan masa depan sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, remaja atau
pelajar perlu bijak dalam memilih rakan jika tidak mahu terlibat dalam masalah
ini.

            

        Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam
meruncingkan lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun
di kaca-kaca televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah
sosial. Contoh yang paling ketara seperti filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL
Gengster yang memaparkan tema keganasan yang mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Sedikit sebanyak remaja yang menebal sikap ingin
tahunya itu pasti akan mengikut aksi yang terpapar dalam filem yang berkenaan.

            Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada


peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara
ini boleh diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing serta
saling berganding bahu bagai aur dengan tebing. Secara tidak langsung, hasrat
kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi pada tahun 2020
bakal terlaksana.

You might also like