Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

a) Arca tersebut berbentuk yang menyerupai sejenis makhluk yang

mengerikan, mempunyai duri yang banyak di belakang badan, postur


badan yang bengkok, mempunyai gigi yang besar, dan mempunyai
tangan dan kaki yang besar.
b) Media yang digunakan ialah bongkah kayu, pahat, tukut dan
gergaji. Teknik yang digunakan ialah teknik luakan. Pengkarya
menggunakan bongkah kayu tersebut lalu diukir. Kemudian,
pengkarya menggunkan gergaji, pahat dan tukul untuk membuang
bahagian bahagian yang tidak diperlukan. Seterusnya, beliau
menggunakan kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu
tersebut. Akhir sekali, neliau menggunakan syelet untuk melicinkan
arca tersebut.
c) Fungsi pada masa dahulu ialah dijadikan ritual. Selain itu, ia juga
digunakan sebagai alat sembahan dan pemujaan orang pada zaman
dahulu. Pada msa kini pula, bes bongkok ini digunakan sebagai
pameran dan hiasan. Ia dapat digunakan untuk memenuhi ruang
ruang tertentu.
Terdapat aspek psikologi dalam karya ‘’Kerbau’’ 2007 oleh Haron
Mokhtar. Peranan seni visual dari aspek psikologi bermaksud tindak
balas individu yang mencorak tingkah laku dirinya kea rah perlakuan
yang positif seperti kreativiti, ekspresi, emosi dan sensitivity. Secara
tidak langsung boleh mencorak diri individu melalui aktiviti
kehidupan seharian dan persekitaran nya.

Merujuk kepada karya “Kerbau” 2007 oleh Haron Mokhtar terdapat


peranan psikologi yang pertama iaitu kreativiti . Kreativiti bermaksud
dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dari dahulu atau mencipta
sesuatu yang baru . Situasi berkenaan dapat dilihat melalui karya
berjudul “Kerbau” iaitu Imej tiga ekor kerbau yang dilukis dengan
beralinan arah pandangan seperti berkedudukan memandang
hadapan, menoleh ke hadapan dan seekor lagi hanya nampak
sebahagian kepala dan leher sahaja. Pelukis juga menggunakan
harmoni warna sejuk seperti hijau, biru dan unggu di bahagian latar
belakang karya untuk menggambarkan suasana tenang dan kehijauan
kampung tersebut.
Aspek psikologi yang kedua yang terdapat di dalam karya “Kerbau”
2007 ialah Sensitiviti Sensitiviti bermaksud kepekaan individu dengan
apa yang berlaku dipersekitarannya . Tempat tinggal pelukis di
Tanjung Karang, Sungai Besar, Selangor banyak terdapat sawah padi.
Ini secara tidak langsung apa yang dilihat pada setiap hari menjadi
idea kepadanya untuk berkarya. Ini menunjukkan pelukis peka
dengan kehidupan pesawah yang membanting tulang untuk mencari
rezeki bagi menyara kehidupan

Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pelukis telah berjaya


menerapkan unsur psikologi iaitu kreativiti dan sensitiviti dalam
karyanya yang bertajuk “kerbau”. Hal benda seperti persekitaran
kampung, sawah padi dan kerbau adalah sesuatu yang menarik
perhatian pengkarya untuk merakamkan peristiwa tersebut. Sawah
padi dan kerbau merupakan gambaran kegiatan ekonomi penduduk
kampung yang bekerja sebagai pesawah. Keindahan dan keunikan
persekitaran kampung tersebut telah memberi idea kepada Haron
Mokhtar untuk merakam situasi berkenaan di dalam karyanya.

You might also like