Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SK KAMPONG MELAYU KLUANG, JOHOR

JBA2019
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
KUALITI SEKOLAH, KEMENJADIAN MURID :
Keutamaan Kami

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PAPAN PANEL
DAN MEJA LIPAT PAMERAN
PROFIL SEKOLAH

KOD SEKOLAH : JBA 2019

NAMA SEKOLAH : SK KAMPONG MELAYU

ALAMAT : JALAN PENGHULU KASSIM

86000 KLUANG, JOHOR

GURU BESAR : EN NOR ZAIDI BIN JAMILUDDIN

NO. TELEFON : 07-7732559

NO. FAKSIMILI : 07-7732559

E-MAIL : jba2019@moe.edu.my

SESI : PAGI

KATEGORI : GRED A (DALAM BANDAR)

SK KAMPONG MELAYU
Ke Arah
MS ISO 9001 : 2008
Mulai 2012
SEKOLAH UNGGUL
VISI PENJANAGENERASI TERBILANG

MEMBANGUN POTENSI
INDIVIDUMELALUI PENDIDIKAN
MISI BERKUALITI
KUALITI SEKOLAH, KEMENJADIAN MURID-
Keutamaan Kami

SKKM
MOTO
" BERILMU BUDAYA
CEMERLANG"
TEMA
GURU GEMILANG,
MURID CEMERLANG
SEKOLAH TERBILANG

NILAI SEKOLAH
" MASA ITU EMAS"
"USAHA DAYA CEMERLANG"
SLOGAN "KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN "
" SKKM BOLEH " WARNA KORPRAT
BIRU
- MUAFAKAT
KUNING -
KEGEMILANGAN
HALA TUJU SK KAMPONG MELAYU, KLUANG
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PAPAN PANEL PAMERAN DAN MEJA LIPAT
SK KAMPONG MELAYU, KLUANG

1.0 Pengenalan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada


usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti. Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang telah
menjadi salah sebuah sekolah yang terpilih dalam tranformasi tersebut.

Menuju ke arah transformasi sekolah yang hebat, ia perlu seiring dengan


keadaan persekitaran dan infrastruktur yang kondusif. Sekolah ini seringkali menjadi
lokasi pilihan bagi beberapa pertandingan sama ada di peringkat zon, daerah mahu
pun peringkat negeri kerana kemampuan kawasan dan kelengkapan sedia ada di
sekolah ini. Justeru, sekolah ini juga sering mendapat jemputan untuk membuat
pameran di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Namun, kekurangan dari sudut keperluan infrastruktur ada kalanya


membataskan pihak sekolah untuk mempamerkan bahan-bahan yang ada. Kertas
kerja ini menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini bagi mencapai
objektif yang akan dinyatakan dengan sokongan daripada semua pihak untuk
merealisasikan impian sekolah ini mempunyai keperluan yang kondusif dan selesa.

2.0 Matlamat

2.1 Menyediakan papan panel pameran dan meja lipat bertujuan untuk
pameran PIBK sekolah.

2.2 Memastikan PIBK dapat menyediakan bahan untuk pameran secara


tersusun.

3.0 Objektif

Objektif kertas kerja ini dimajukan adalah untuk memaklumkan tentang usaha
menyempurnakan hasrat sekolah TS25 untuk membuat pameran di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

4.0 Keperluan Pameran Sekolah


Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu TS25 Kluang menjadi sekolah yang
aktif membuat pameran di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Permohonan sumbangan papan panel pameran dan meja lipat ini adalah sebagai
salah satu kelancaran pihak sekolah untuk mempamerkan aktiviti sekolah secara
menyeluruh. Sekaligus, dengan adanya papan panel dan meja lipat ini, bahan
pameran boleh dipamerkan dalam kawasan sekolah mengikut keperluan kawasan.

6.0 Anggaran Kos

Anggaran kos 2 panel board pameran dan 2 meja lipat berjumlah RM 10 000.00
(Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja).

*Surat rujuk lampiran.

8.0 Rumusan

Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak
sama ada murid-murid, guru-guru, pekerja-pekerja sekolah mahupun para tetamu
yang bertandang ke sekolah ini.

KERTAS KERJA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK RANCANGAN


PEMBANGUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG MELAYU,
KLUANG,JOHOR BAGI TAHUN 2018.
“KUALITI SEKOLAH, KEMENJADIAN MURID : Keutamaan Kami”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh;

--------------------------------------------
(SITI SURAYA BINTI JAMARI)
Penyelaras Pelibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK)
SK Kampong Melayu, Kluang

Disokong oleh;

-------------------------------------------
(NOR ZAIDI BIN JAMILUDDIN)
Guru Besar
SK Kampong Melayu, Kluang

Disokong oleh;

-------------------------------------------
(MOHD RUDI BIN KAHAR)
Yang Di Pertua (YDP) PIBG
SK Kampong Melayu, Kluang
LAMPIRAN

You might also like