Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SEMESTER PERTAMA 2019/2020 SESI A191

BPMS 3013 PENGURUSAN ZAKAT


KUMPULAN B

TUGASAN BERKUMPULAN 2
PENGAPLIKASIAN KONSEP ZAKAT

NAMA PENSYARAH: DR. RAZIAH BINTI MD. TAHIR

NO NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK


1. NURSYAFILLA BINTI MOHD AZMAN 254509
2. WARDATUL RAIHAN BINTI MOHD RIZAL 245458
3. NORSHUHADA BINTI SHAMSURI 253854
4. UMAIRAH BINTI SHAHROM 253059
5. NURAINI BINTI AHMAD 254401
BPMS3013

TUGASAN 2 (A191)

PENGIRAAN ZAKAT 15%

Sila baca kes berikut:

En. Azli, 40 tahun merupakan anak kelahiran Negeri Kedah. Beliau kini yang menetap di
Klang, Selangor, merupakan seorang pengurus bahagian sumber manusia di Syarikat Maju
Bahagia di Klang, Selangor. Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM20,000 sebulan. Isteri
beliau, Hana adalah seorang surirumah sepenuh masa kerana memberi tumpuan menjaga
seorang anak angkat mereka yang menghidapi masalah jantung berlubang. Dua orang anak
kandungnya masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah.

Beliau mempunyai dua buah rumah sewa iaitu sebuah rumah teres setingkat dan sebuah
rumah teres dua tingkat. Rumah pertama disewakan dengan harga sewaan sebanyak RM500
sebulan. Rumah kedua pula disewakan sebanyak RM650 sebulan.

Perbelanjaan untuk kedua-dua anaknya yang bersekolah mencecah RM5000 setahun bagi
setiap orang. Manakala perbelanjaan untuk anaknya yang sakit mencecah RM6000 setahun.

Selain itu, beliau telah memberi wang bulanan kepada ibu dan ayahnya sebanyak RM300
setiap orang. Bagi menghadapi hari tua, beliau turut membuat simpanan di Tabung Haji
sebanyak RM500 sebulan. Disamping itu, beliau turut mempunyai tabungan di KWSP iaitu
sebanyak 11% daripada gaji bulanannya.

Pada hujung tahun 2018, Syarikatnya telah memberi bonus sebanyak dua bulan gaji. Sekali
lagi beliau menerima durian runtuh pada tahun 2018 kerana pada bulan Disember 2018, beliau
menerima bayaran royalti buku tulisannya sebanyak RM20,000.

Isterinya, Hana pula adalah penggemar barangan kemas. Hana memiliki beberapa barangan
perhiasan emas seberat 300g yang dipakai silih berganti. Barangan kemas itu adalah hadiah
daripada suaminya, Azli. Hana turut mempunyai 100g syiling emas, akaun simpanan emas
(emas 995) di Kuwait Finance House (KFH) sebanyak 300g dan rantai emas 999 yang tidak
dipakai sebanyak 120g. Hana juga mempunyai sebutir mutiara yang dibeli pada harga RM5000
pada dua tahun lepas.

Hana juga mempunyai wang dalam akaun simpanan di Bank Islam dan CIMB Islamic dengan
jumlah simpanan terendah RM10,000 yang telah cukup haul bagi tahun semasa 2018. Pada
masa yang sama baki simpanan terendah di Tabung Haji berjumlah RM100,000 bagi tempoh
yang sama.

Maklumat tambahan:

Kadar nisab RM14,000 pada tahun semasa zakat.


Harga semasa 1g emas 916 ialah RM164.00
Harga semasa 1g emas 995 ialah RM167.00
Harga semasa 1g emas 999 ialah RM170.00
Jawab soalan berikut: (40 markah)

1. Jelaskan jenis zakat yang perlu dibayar oleh Azli dan Hana beserta dalil kewajipannya?
(5m)

Jenis zakat yang perlu dibayar oleh Azli ialah zakat pendapatan. Zakat
Pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas pendapatan atau perolehan yang
diperolehi seseorang melalui sumber-sumber yang sah dan halal setelah ditolak Had
Kifayah. Pendapatan atau perolehan tersebut adalah : Harta Pendapatan, Gaji, dan
Upah , Harta Hasil Pekerjaan Bebas , dan juga Harta Hasil Aset Tetap yang
menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim setelah cukup haul dan nisab.

Dalil al Qur’an berkaitan dengan zakat perniagaan ialah perkataan “harta” yang
disebut di dalam alQur’an dengan “mal” atau dalam bentuk jamaknya “amwal”. Kedua-
dua kalimah Arab tersebut memberi pengertian yang sangat luas yang tidak terhad
kepada sesuatu jenis harta sahaja kecuali terdapat dalil ataupun kontek lain yang
mengkhususkannya. Firman Allah SWT:

‫ض َواَل َت َي َّممُوا‬ ِ ْ‫ت َما َك َس ْب ُت ْم َو ِممَّا أَ ْخ َرجْ َنا لَ ُك ْم م َِن اأْل َر‬
ِ ‫ِين آ َم ُنوا أَ ْنفِقُوا مِنْ َط ِّي َبا‬
َ ‫َيا أَ ُّي َها الَّذ‬
‫ون َولَسْ ُت ْم ِبآ ِخذِي ِه إِاَّل أَنْ ُت ْغ ِمضُوا فِي ِه َواعْ لَمُوا أَنَّ هَّللا َ َغنِيٌّ َحمِي ٌد‬ َ ُ‫يث ِم ْن ُه ُت ْنفِق‬َ ‫ْال َخ ِب‬
Terjemahan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (keluarkan zakat) sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kamu
keluarkan daripada hasil bumi dan jangan kamu pilih yang buruk-buruk, padahal kamu
sendiri tidak menyukainya. Ketahuilah Allah maha kaya lagi sentiasa terpuji.”
Surah al-Baqarah (2):267

Fakta penting yang dibincangkan dalam ayat ini adalah pada perkataan ْ‫ُم ْت َب َسك اَم‬
(setiap apa jua yang kamu usahakan). Kalimah “al-kasb” mengikut pengertian bahasa
bererti mencari atau mengumpulkan harta, samada untuk membiayai sara hidup diri,
keluarga, melunaskan hutang, mendanai pelaburan dan simpanan.
Manakala, bagi Hana, zakat yang perlu dibayar ialah zakat emas dan zakat wang
simpanan. Zakat Emas dan perak merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita.
Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang
disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya. Emas yang diwajibkan zakat adalah
Emas yang tidak dipakai iaitu emas yang disimpan , tidak digunakan atau dipakai walaupun
sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.
Seterusnya Emas Perhiasan Wanita iaitu Emas sama ada dipakai ( sebagai perhiasan
yang halal ) sekali-sekala atau berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan
zakat ke atasnya melainkan , jika ia melebihi uruf ( tidak termasuk batu permata atau
seumpamanya).
Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza
mengikut negeri.

. Dalil kewajipan zakat emas;

‫۝‬٣٤ ‫ب أَل ۢ ٍِيم‬


ٍ ‫يل ٱهَّلل ِ َف َب ِّشرْ هُم ِب َع َذا‬ َّ ِ‫ب َو ْٱلف‬
ِ ‫ض َة َواَل يُنفِقُو َن َها فِى َس ِب‬ َّ ‫ون‬
َ ‫ٱلذ َه‬ َ ‫َوٱلَّذ‬
َ ‫ِين َي ْك ِن ُز‬

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta


tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada
mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)

Zakat wang simpanan pula dikenakan keatas wang yang disimpan di dalam
akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk
simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan sekiranya memenuhi syarat-
syaratnya serta haul dan nisabnya. Dalil kewajipan zakat wang simpanan;

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:


Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun
tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan
melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat,
hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah
memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya
sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke
syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]
2. Tunjuk dan Jelaskan jumlah had kifayah Azli? (5m)
Had Kifayah merupakan suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau
bagi sesebuah keluarga. Had al-kifayah merujuk kepada suatu garisan, had atau kadar
keperluan asas minimum yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat bagi setiap negeri
berdasarkan kos sara hidup masa kini. Had ini juga digunakan bagi mengetahui
berapakah kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Had kifayah Azli :

1. Tanggungan isteri.

2. Tanggungan 2 orang anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.

3. Tanggungan anak angkat yang sakit.

4. Belanja kepada ibu bapanya.


3. Kira jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Azli dengan menunjukkan cara pengiraan
zakat serta penjelasannya berdasarkan kaedah pengiraan Lembaga Zakat Selangor.? (10m)

Bahagian A : Komponen Pendapatan

Bil Butiran RM
A1 Hasil Penggajian & Upah Tahunan 280 000
A2 Hasil Bebas & Profesional Tahunan 20 000
A3 Hasil al-Mustaghallat 13 800
A4 Hasil Pemberian atau Sumbangan TIADA

Jumlah [A] : RM 313 800.00

B1 : Had Kifayah Isi Rumah

Bil Butiran RM
B1.1 Ketua Keluarga 11 300
B1.2 Pasangan (RM5000 seorang) 1 ORANG
B1.3 Anak Belajar IPT (RM6850 seorang) TIADA
B1.4 Dewasa (18 tahun ke atas) (RM2350 seorang) TIADA
B1.5 Anak Bersekolah (6-17 Tahun) (RM 3150 seorang) 2 ORANG
B1.6 Anak Tidak Bersekolah (5 tahun ke bawah) (RM 1450 TIADA
seorang)

Jumlah [B1] : RM 22 600.00

B2 : Had Kifayah Tambahan (jika berkaitan)

Bil Butiran RM
B2. Tanggungan Anak OKU (RM2400 seorang) TIADA
1
B2. Tanggungan Penyakit Kronik (RM2400 seorang) 1 ORANG
2
B2. Kos Penjagaan Anak (RM 3000 seorang) 3 ORANG
3

Jumlah [B2] : RM 11 400.00


Bahagian C : Tolakan Lain

Bil Butiran RM
C1 Caruman KWSP bahagian pekerja dibawah umur 55 tahun 26 400
(jumlah gaji kasar x 11%)

D. JUMLAH BAHAGIAN (A) - (B + C) = RM 253 400.00

E. TOLAK SIMPANAN TAHUNAN SEMASA TABUNG HAJI (jika ada) RM 6000

JUMLAH ZAKAT ENCIK AZLI (SETAHUN) = RM 6 185.00

Penjelasan :

 Hasil Penggajian & Upah Tahunan

Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM20,000 sebulan.

RM 20,000 x 12 bulan = RM 240,000

Pada hujung tahun 2018, Syarikatnya telah memberi bonus sebanyak dua bulan gaji.

RM 240,000 + RM 40,000 = RM 280,000

 Hasil Bebas & Profesional Tahunan


Beliau menerima durian runtuh pada tahun 2018 kerana pada bulan Disember 2018,
beliau menerima bayaran royalti buku tulisannya sebanyak RM20,000.

 Hasil al-Mustaghallat
Beliau mempunyai dua buah rumah sewa iaitu sebuah rumah teres setingkat dan
sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah pertama disewakan dengan harga sewaan
sebanyak RM500 sebulan.

RM500 x 12 bulan = RM 6,000

Rumah kedua pula disewakan sebanyak RM650 sebulan.

RM650 x 12 bulan = RM 7,800

Jumlah hasil rumah sewa : RM 6,000 + RM 7,800 = RM 13,800

 Caruman KWSP bahagian pekerja dibawah umur 55 tahun (jumlah gaji


kasar 11%)

RM 240,000 x 11% = RM 26,400

 JUMLAH BAHAGIAN (A) - (B + C) = RM 253 400.00

RM 253 400.00 x 2.5% = RM 6,335

 TOLAK SIMPANAN TAHUNAN SEMASA TABUNG HAJI (jika ada)

RM 6,000 x 2.5% = RM 150

JUMLAH ZAKAT ENCIK AZLI (SETAHUN) = RM 6,335 – RM 150

= RM 6185.00

5. Dengan situasi yang sama, kira zakat pendapatannya berdasarkan kaedah pengiraan
Kedah
dengan kaedah tolakan dan tanpa tolakan serta tunjukkan cara pengiraan zakat serta

penjelasannya. (10m)

KAEDAH A (TANPA TOLAKAN)

TAKSIRAN ZAKAT PENDAPATAN KAEDAH A


Nisab semasa (RM) RM 17035.70
A. Pendapatan Kasar dari sumber (setahun) RM 313,800.00
(Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan,
pencen, hadiah, anugerah, insentif, Skim Pilihan Saham Pekerja
dan apa yang bersumberkan pekkhidmatan atau penggajian.

B. Kadar zakat 2.5%


C. Kadar zakat setahun [A x B] (RM) RM 7845.00
D. Kadar zakat bulanan [C /12] (RM) RM 653.75

Jumlah Zakat Encik Azli perlu bayar (RM) RM 7845.00

Penjelasan:

A. Pendapatan Kasar Dari Sumber (Setahun)


 Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan

RM 20,000 x 12 bulan = RM 240,000

 Pada hujung tahun 2018, Syarikatnya telah memberi bonus sebanyak dua bulan gaji.

RM 20,000 x 2 bulan gaji = RM 40,000

 Beliau menerima durian runtuh pada tahun 2018 kerana pada bulan Disember 2018,
menerima bayaran royalti buku tulisannya sebanyak RM20,000.
 Beliau mempunyai dua buah rumah sewa iaitu sebuah rumah teres setingkat dan sebuah
rumah teres dua tingkat.
 Rumah pertama disewakan dengan harga sewaan sebanyak RM500 sebulan.

RM 500 x 12 bulan = RM 6000

 Rumah kedua pula disewakan sebanyak RM650 sebulan.

RM 650 x 12 bulan = RM 7,800

Jumlah Keseluruhan Pendapatan = RM 313, 800

B. Kadar Zakat
(2.5%)
C. Kadar Zakat Setahun (A x B)
RM 313, 800 x 2.5% = RM 7,845
D. Kadar Zakat Bulanan (C/12)
RM 7,845 /12 bulan = RM 653.75
Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Azli ialah, RM 7,845

KAEDAH B (DENGAN TOLAKAN)

TAKSIRAN ZAKAT KAEDAH B


Nisab semasa (RM) RM 17035.70
A. Pendapatan kasar dari semua sumber (setahun) RM 313,800.00
Gaji,upah,bonus,tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan,
pencen, hadiah, anugerah, insentif, Skim Pilihan saham pekerja
dan apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.

B. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)


1. Diri (RM 9000) RM 9000.00
2. Belanja isteri (RM 3,000.00 seorang) Seorang
3. Anak (RM 1,000.00 seorang) 3 orang
Jumlah tolakan (RM) RM 15000.00
C. Baki pendapatan [A-B] (RM) RM 298,800.00
D. Kadar zakat 2.5%
E. Kadar zakat setahun [CxD] RM 7470.00
F. Kadar zakat bulanan [E/12] (RM) RM 622.50
Jumlah zakat perlu dibayar Encik Azli (RM) RM 7470.00

Penjelasan:

A. Pendapatan Kasar Dari Sumber (Setahun)

 Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan

RM 20,000 x 12 bulan = RM 240,000

 Pada hujung tahun 2018, Syarikatnya telah memberi bonus sebanyak dua bulan gaji.

RM 20,000 x 2 bulan gaji = RM 40,000

 Beliau menerima durian runtuh pada tahun 2018 kerana pada bulan Disember 2018,
menerima bayaran royalti buku tulisannya sebanyak RM20,000.
 Beliau mempunyai dua buah rumah sewa iaitu sebuah rumah teres setingkat dan sebuah
rumah teres dua tingkat.
 Rumah pertama disewakan dengan harga sewaan sebanyak RM500 sebulan.

RM 500 x 12 bulan = RM 6000

 Rumah kedua pula disewakan sebanyak RM650 sebulan.

RM 650 x 12 bulan = RM 7,800

Jumlah Keseluruhan Pendapatan = RM 313,800

B. Perbelanjan yang dibenarkan setahun = RM 15,000


C. Baki pendapatan [A – B]

RM 313,800 – RM15,000= RM298,800

D. Kadar Zakat
(2.5%)
E. Kadar zakat setahun [CxD]

RM 298,800 x 2.5% = RM 7,470

F. Kadar zakat bulanan [E/12]

RM 7,470 / 12 bulan = RM 622.50

Jumlah zakat perlu dibayar Encik Azli ialah, RM 7,470.


6. Kepada siapakah/ pihak mana/negeri En. Azli dan Hana sewajarnya membayar zakat
mereka ? (Jelaskan. (5 m)

i) Encik Azli dan Hana boleh membuat pembayaran zakat mereka di Lembaga Zakat Selangor.
Hal ini demikian kerana mereka tinggal di kawasan tersebut dan ianya adalah lebih baik
sekiranya mereka membuat pembayaran di pusat yang berdekatan dengan tempat mereka
mencari rezeki. Sebagaimana dalam nas Al – Quran dalam surah At – Taubah ayat 103 yang
bermaksud:

“ ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Melalui ayat tersebut, Allah memerintahkan supaya kita mengeluarkan zakat untuk
menyucikan hati dari sifat buruk dan antara sebab kita digalakkan membayar di kawasan
terdekat ialah supaya hasil zakat yang dikeluarkan dapat diagihkan dengan mencukupi kepada
fakir miskin yang memerlukan di kawasan berhampiran kita.

ii) Selain daripada membayar di kaunter, Encik Azli dan Hana juga boleh membayar kepada
ejen rasmi yang berada di kawasan tempat tinggal mereka yang telah dilantik oleh Majlis
Agama Islam Selangor. Dengan cara itu ianya adalah lebih mudah kerana tidak perlu
menunggu giliran seperti di kaunter pusat zakat dan ianya lebih cepat.

iii) Di samping membayar zakat di pusat zakat dan kepada amil, Encik Azli juga boleh
melakukan pembayaran melalui kaedah pemotongan zakat daripada hasil gaji bulanannya.
Cara ini seringkali digunakan oleh orang ramai kerana melalui pemotongan tersebut, Encik Azli
tidak perlu lagi risau tentang bila hendak membayar zakat apabila mendapat gaji bulanannya
atau terlewat membayarnya.

iv) Akhir sekali, Encik Azli dan isterinya Hana juga boleh membayar secara online di laman
web Lembaga Zakat Selangor. Kaedah ini juga lebih cepat kerana pada zaman sekarang,
segalanya di hujung jari sahaja. Oleh itu, ianya akan lebih mudah, cepat dan efision kerana
melalui laman web ini juga, seseorang itu boleh mengetahui kadar yang perlu dibayar zakat
melalui aplikasi pengiraan zakat online yang disediakan.

You might also like