Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

MARK (M), SELANGAU


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELANGAU
LOT 363 BLOK 15 NEWTOWNSHIP SELANGAU Kod Sekolah : YCB3503
96000 SIBU, SARAWAK No Tel :-
Email: sekolahkebangsaansaintmark@gmail.com No Faks :-

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2020


TARIKH : 15 Januari 2020
HARI : Rabu
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik Guru SK St. Mark (M), Selangau
KEHADIRAN :
Puan Cathrine binti Sulaiman (Penolong Kanan)
Encik Mos anak Rengie (Guru Sains Tahun 2 dan Tahun 6)
Puan Nurul Fariezza binti Ab.Rahim (Guru Sains Tahun 1)
Encik Muhammad Amir bin Aminuddin (Guru Sains Tahun 3 dan 4)
Puan Zurina Julaihi (Guru Sains Tahun 5)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada
Mesyuarat Panitia Sains kali pertama 2020 ini.
1.2 Membentangkan beberapa agenda pada mesyuarat kali ini.

2.0 UCAPAN PENASIHAT (PENOLONG KANAN)


2.1 Mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan tahniah di atas kehadiran guru-guru pada
mesyuarat kali pertama ini.
2.2 Penasihat mengingatkan panitia agar sentiasa mengemaskini fail panitia bagi persediaan
pemantauan.
2.3 Guru-guru Sains juga turut diingatkan agar bergotong-royong menyediakan Bilik Sains
bagi proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi menjalankan aktiviti penilaian
kerja amali (PEKA).
2.4 Penggunaan Bilik Sains semasa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
direkodkan. Pihak panitia juga diharapkan agar menyediakan buku rekod penggunaan dan
jadual penggunaan Bilik Sains.
2.5 Keceriaan Bilik Sains juga diharap dapat ditingkatkan pada tahun ini agar ianya lebih
ceria dan dapat menarik minat untuk belajar di dalamnya.
Tindakan : Semua guru Sains

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


3.1 Encik Mos membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Pn Zurina mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

4.0 DASAR KURIKULUM


4.1 Pengerusi menjelaskan bahawa penilaian peperiksaan bagi murid- murid tahun 6 dinilai
secara holistik dibawah satu sistem iaitu PPSR bagi menambahbaik sistem sediaada iaitu
UPSR.
4.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang dasar-dasar lain seperti I-Think, PBS, PBD
serta dasar-dasar lain seperti yang terkandung dalam PAK 21.
Tindakan: Semua guru Sains
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK (M), SELANGAU
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELANGAU
LOT 363 BLOK 15 NEWTOWNSHIP SELANGAU Kod Sekolah : YCB3503
96000 SIBU, SARAWAK No Tel :-
Email: sekolahkebangsaansaintmark@gmail.com No Faks :-

5.0 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN DSKP

5.1 Memastikan semua Rancangan Pelajaran Tahunan dan DSKP dikemaskini dan disediakan
bagi sesi PdPc 2020.
5.2 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian mestilah mengikut format yang ditetapkan iaitu
KSSR bagi tahun 5 dan 6, dan KSSR Semakan bagi Tahun 1 hingga 4.
5.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru perlu menyediakan setiap dokumen selepas Cuti
Tahun Baru Cina bagi tujuan pemantauan.
Tindakan: Semua guru Sains
6.0 PROSES PdPc

6.1 Pengerusi mengharapkan semua guru dapat merancang kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut PAK 21.
6.2 Guru-guru perlu memastikan bahawa semua keperluan pengajaran dan pembelajaran
murid lengkap iaitu buku teks, buku aktiviti bagi tahap 1 dan buku latihan.
6.3 Guru-guru diingatkan agar sentiasa menyemak latihan murid dari semasa ke semasa dan
menghantar buku latihan murid untuk semakan pihak pentadbir apabila diarahkan.
6.4 Guru-guru diingatkan agar menggunakan sepenuhnya Buku Aktiviti Sains yang
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid Tahun 1,2 dan 3
Tindakan: Semua guru sains

7.0 AKTIVITI TAHUNAN PANITIA SAINS 2020

7.1 Menceriakan Bilik Sains dengan pelbagai bahan yang bermanfaat.


7.2 Merancang untuk menganjurkan Minggu Panitia Sains 2020.
7.3 Mengadakan pertandingan rekacipta Haiwan Imaginasi dan Kenderaan daripada bahan
kitar semula.
7.4 Bergotong royong mengemas dan menyusun atur alat radas dan peralatan di Bilik Sains
sekolah.
Tindakan: Semua guru sains
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Bagi belanjawan tahun 2020, guru-guru Sains bolehlah merancang dan menyenaraikan
peralatan yang hendak dibeli bagi kegunaan sesi PdPc 2020.
8.2 Pengerusi berharap agar semua guru-guru Sains dapat bekerjasama bagi menjayakan
semua aktiviti Panitia Sains yang dirancang bagi tahun 2020.
Tindakan: Semua guru sains
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Pengerusi mengucapkan juataan terima kasih kepada semua guru di atas sumbangan idea
dan komitmen guru-guru selama ini.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

…………………………… ………………………………
(NURUL FARIEZZA BINTI AB.RAHIM) (CATHRINE BINTI SULAIMAN)
Ketua Panitia Sains , Penolong Kanan
SK St. Mark (M), Selangau SK St. Mark (M), Selangau

You might also like