Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Geografi Tingkatan 1

Bab 8 Penduduk Di Malaysia


Taburan penduduk – sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara.
Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2016 ialah 31.7 juta orang. Taburan
penduduk tidak sekata.

1) Kawasan Berpenduduk Padat (lebih 200 orang bagi 1km persegi)


– menjadi tumpuan penduduk kerana kawasan rata dan subur
– sesuai untuk pelbagai kegiatan (pertanian, perindustrian, perniagaan,
perlombongan)
– Contoh kawasan: Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuching, Kota Kinabalu, Ipoh,
Alor Setar, Johor Bahru.

2) Kawasan Berpenduduk Sederhana (50 hingga 200 orang 1km persegi)


– tertumpu kawasan pertanian, pesisir pantai dan bandar kecil
– Contoh kawasan: Tumpat, Dungun, Felda Tunku

3) Kawasan Berpenduduk Jarang ( kurang daripada 50 orang 1km persegi)


– tertumpu di kawasan yang berhutan tebal dan kawasan tanah tinggi
– melibatkan kawasan bergunung-ganang dan pedalaman
– Contoh kawasan: Tasik Banding, Kuala Tahan, Kapit

Faktor mempengaruhi taburan penduduk Malaysia


1) Fizikal – bentuk muka bumi
i) tanah pamah
ii) tanah tinggi
iii) pinggir laut dan saliran

2) Ekonomi
i) pertanian
ii) perlombongan
iii) perikanan
iv) perindustrian

3) Sosial
i) Infrastruktur
ii) Pendidikan

4) Dasar kerajaan
i) Pembukaan bandar baharu
ii) Pewartaan taman negara dan hutan simpan
iii) Tanah rancangan

You might also like