Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Sistem pendidikan negara yang bersifat dinamik sentiasa berubah seiring dengan
perkembangan zaman, terutama dalam aspek penggubalan kurikulum, penyediaan tenaga
pendidik, institusi pendidikan dan usaha-usaha lain yang perlu diselaraskan dengan falsafah
pendidikan dan dasar-dasar kerajaan. Selaras dengan itu, Majlis Raja–Raja bertarikh
Februari 2013 telah meluluskan keputusan yang telah dibuat terhadap pembentukan
Kurikulum Kebangsaan (KK) tersebut. Kesinambungannya,satu mesyuarat profesional
Kurikulum Kebangsaan (KK) pada tahun 2013 telah membawa kepada pembentukan
Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) (KPM, 2015). Model ulul albab (TMUA)
merupakan kurikulum bersepadu antara program ulul albab, kemahiran bersepadu tahfiz
dan juga kurikulum kebangsaan dengan mengambil kira elemen kemahiran berfikir aras
tinggi (“Tahfiz Model,”, 2014 10 Julai).

Program ulul albab merupakan satu transformasi pendidikan hasil cetusan idea Y.B. Dato’
Seri Idris bin Jusoh pada 31 Mei 1996 dalam menginovasikan sistem pendidikan di
Malaysia. Pendekatan model ulul albab menekankan 3 elemen penting iaitu qur’anik,
ijtihadik dan ensiklopedik. Manakala kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum
yang digubal berdasarkan kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama
yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum
Agama Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) KBT menggabungkan dua komponen mata
pelajaran tahfiz al Quran dengan sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pengintegrasian antara model ulul albab dan Kemahiran Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai
komponen utama dalam program Tahfiz ulul albab (TMUA) dilihat mampu melahirkan
golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam
(mutaddayin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.. Ini dapat dibuktikan menerusi penyerapan 3 elemen penting Quranik, Ijtihadik
dan Ensiklopedik sebagai panduan asas kepada pembinaan kurikulum Tahfiz ulul albab
(TMUA) di Malaysia. Quranik merujuk kepada kemampuan menghafaz 30 juzuk ayat suci Al-
quran serta menjadikan Al-quran sebagai satu budaya hidup seharian. Ensiklopedik pula
dilihat kepada kebolehan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
Manakala ijtihadik adalah keupayaan dapat menyumbang idea, membuat penyelesaian
masalah, menginovasi dengan memaksimumkan hikmah akal fikiran yang dikurniakan Allah
s.w.tdengan sebaik mungkin.Konsep ijtihadik ini juga selari dengan salah satu aspirasi murid
yang ditetapkan dalam pelan pembangunan pendidikan 2015-2025 iaitu kemahiran berfikir.

Kajian ini bertujuan membuat analisis pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Dungun. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk kajian tinjauan
melalui analisis data kuantitatif yang disokong oleh dapatan analisis temubual. Model
Penilaian CIPP diaplikasikan sebagai gagasan dalam kajian ini.

2.0 LATARBELAKANG KAJIAN

Latarbelakang Sekolah

Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun (SMIYT Dungun) merupakan


salah sebuah sekolah yang diilhamkan oleh bekas Menteri Terengganu iaitu Y.A.B. Dato’
Seri Idris bin Jusoh pada tahun 2005 bagi melahirkan generasi ulul albab (Quranik,
Ensaiklopedik dan Ijtihadik). Pembelajaran di Sekolah Menengah IMTIAZ YT Dungun
dibahagikan kepada 3 kurikulum iaitu Kurikulum Kebangsaan (Akademik), Kurikulum Agama
(Diniyyah/ I’dadi) dan Program Hafazan Al-Quran. Pada tahun 2007 Sekolah Menengah
IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun terbahagi kepada 2 premis bagi menampung jumlah
pelajar yang semakin meningkat. Sekolah Menengah IMTIAZ Atas terletak di Kompleks Sura
Gate yang beralamat di Jalan Teluk Lipat Dungun, ianya menempatkan pelajar tingkatan 4 &
5. Sekolah Menengah IMTIAZ Bawah terletak di Jalan Sura Jeti Dungun yang menempatkan
pelajar tingkatan 1, 2 & 3. Sesi persekolahan di IMTIAZ bermula jam 6.30 pagi dan tamat
pada jam 4.35 petang. Pelajar yang memohon untuk memasuki IMTIAZ akan menjalani
proses temuduga hafazan dan temuduga personaliti.

Bilangan Guru Dan Akp 2020

Guru/Akp Lelaki Perempuan Jumlah


Guru KPM 11 28 39
Guru KBT 25 16 41
GSTT YT 1 1 2
T-HELP 0 1 1
Guru Kontrak B.Arab 1 0 1
Guru Al-Quran STJ 3 0 3
AKP KPM 1 8 9
AKP YT 7 10 17
Warden Khas YT 2 2 4
EIO (Top It) 1 - 1
Jumlah 55 73 118

Bilangan Pelajar 2020

Tingkatan Lelaki Perempuan Jumlah


1 45 45 90
2 - - -
3
4 72 81 153
5 64 68 132
Jumlah 181 194 375

3.0 PELAKSANAAN TMUA DI SMIYT DUNGUN

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2016
memaklumkan pelaksanaan TMUA mula dilaksanakan secara menyeluruh di Sekolah
Menengah Kebangsaan agama (SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terpilih
berkuatkuasa pada 15 Januari 2016 iaitu pada tarikh surat tersebut dikeluarkan.

Matlamat utama pelaksanaan TMUA adalah untuk melahirkan golongan modal insan yang
menghafaz 30 juzuk al-Quran, professional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, berketrampilan, berwibawa dan berkepimpinan,
berupaya memaksimumkan pemikiran aras tinggi, kreatif dan inovatif dan boleh menjalinkan
hubungan dengan Allah S.W.T, sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan
kepada al-Quran dan as-Sunnah.

3.1 Konsep TMUA

Konsep TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, KBT dan kokurikulum
dengan menggunakan tiga (3)pendekatan iaitu pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan
Ijtihadik.
Pendekatan Ijtihadak merujuk kepada kaedah bagi membolehkan murid menghafaz 30 juzuk
al-Quran serta memahami kandungannya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir,
amal dan sebar (BIFFAS) dalam tempoh lima (5) tahun persekolahan di sekolah menengah.
Pendekatan Ensiklopedik pula merupakan kaedah bagi menyediakan asas kepada murid
untuk menguasai pelbagai ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak
sebagai pakar rujuk kepada rakan sebaya. Manakala pendekatan ijtihadik merujuk kepada
satu kaedah untuk menyediakan murid yang berupaya memberi pandangan dalam
menyelesaikan masalah dan memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, secara kreatif
dan inovatif. Murid diberi peluang untuk menyertai dan memimpin kegiatan kokurikulm
dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di samping bergiat aktif dalam
program khidmat masyarakat.

Pelaksanaan Program Ulul Albab

Modul Al-Quran (fiqah ayat), modul Bahasa Arab (komunikasi, asas bahasa arab), Modul
Bahasa Inggeris , Modul Personaliti (adab, etika, akhlak, kepimpinan), Modul Schoolwide
Enrichment Model (SEM) , 6 bulan

Pelaksanaan Ensaiklopedik

Berpengetahuan Dan Berkemahiran Tinggi, Menjadi Tempat Rujukan Serta Menguasai


Pelbagai Bidang Ilmu Dan Bahasa Asing Melahirkan generasi Ulul Albab yang
berpengetahuan tinggi dan sebagai tempat rujukan. Mempunyai pelbagai kemahiran dan
bidang ilmu (multi-discipline) serta mampu menguasai pelbagai bahasa (multi-lingual). Bagi
merealisasikan konsep tersebut, ‘imtiaz’ telah melaksanakan pelbagai program termasuklah
mengadakan program-program bahasa seperti: Kelab Bahasa Arab dikendalikan oleh guru-
guru yang berpengalaman dari Timur Tengah . Kelab Bahasa Inggeris juga diadakan untuk
memantapkan Bahasa Inggeris, guru-guru dihantar ke luar negara melalui Program
Confratute untuk Program SEM (Schoolwide Enrichment Model) sebagai kursus tahunan di
University of Connecticut, USA. Kelab bahasa-bahasa lain seperti kelab Bahasa Tamil dan
Mandarin serta kelab ICT agar pelajar mahir dalam pelbagai bahasa dan celik IT kreatif
serta inovatif.

Pelaksanaan Quranik

Hafiz 30 Juzuk Al Quran Semasa Tingkatan 3 Serta Memahami Tuntutan Al Quran


Berdasarkan Konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS) Memetik kata-kata
mantan Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Seminar Ulul Albab di Primula
Beach Resort pada 21 September 2006, “Apabila seseorang itu mengamal Al Quran, dia
adalah orang yang beriman dan bertakwa. Golongan yang digelar Quranik bukan sahaja
boleh membaca Al Quran dengan baik dan betul tetapi juga memahami isinya dengan tepat
serta mengamalkannya”.

3.1.3 Pelaksanaan Ijtihadik

Berkeupayaan Memberikan Pandangan Dalam Penyelesaian Umat, Memaksimakan


Keupayaan Otak Dan Minda, Berfikiran Kreatif Dan Inovatif Serta Berteknologi Tinggi
Melahirkan generasi yang berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat
di samping berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi seperti Avionic, Robotik
dan Solarik. Aktiviti ko-kurikulum konvesional seperti berkuda, berenang dan memanah juga
diadakan bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal pelajar di
samping melahirkan pelajar yang versatil serta bersemangat kepimpinan.  Aktiviti-aktiviti
seni mempertahankan diri juga diadakan iaitu kelab taekwondo dan silat. Selain itu, terdapat
juga aktiviti-aktiviti lain seperti badan beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Kelab Remaja
Sekolah, Nasyid, Dikir Arab, Puteri Islam serta persatuan-persatuan lain untuk melahirkan
generasi Ulul Albab yang serba boleh dan seimbang

3.2 Kurikulum

Sekolah yang melaksanakan TMUA menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)


sebagai kurikulum tambahan disamping Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Dokumen kurikulum untuk KBT adalah mata pelajaran hifz al-Quran (hafazan al-Quran) dan
Maharat al-Quran (Kemahiran al-Quran) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK). Mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Dungun adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran Menengah Rendah Mata Pelajaran Menengah Atas


BIL BIL
(Tingkatan 1,2 dan 3) (Tingkatan 4 dan 5)
1 Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris 2 Bahasa Inggeris
3 Matematik 3 Matematik
4 Sains 4 Matematik Tambahan
5 Pendidikan Islam 5 Fizik / Biologi
6 Sejarah 6 Kimia
7 Bahasa Arab 7 Pendidikan Islam
8 Bahasa Antarabangsa 8 Sejarah
19 Bahasa Arab
9 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
10 Bahasa Antarabangsa
10 Hifz Al-Quran 11
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
11 Maharat Al-Quran
12 Geografi 12 Hifz Al-Quran
13 Kemahiran Hidup 13 Maharat Al-Quran
14 Pendidikan Seni

3.2.1 Guru Tahfiz

Guru Tahfiz adalah guru bagi mata pelajaran Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran. Guru
Tahfiz bertaggungjawab melaksanakan aktiviti P&P mengikut jadual yang ditetapkan
bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang, melaksanakan tahriri hafazan dan hafazan baru
(7.00 malam sehingga 9.00 malam), memantau pelaksanaan aktiviti qailullah dan solat
zohor dan merekodkan aktiviti tasmik, murajaah hafazan baru, murajaah hafazan lama,
murajaah dan fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang disediakan.

3.2.2 Pelaksanaan Hifz Al-Quran

Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang mengkehendaki murid menghafaz 30 juzuk al-
Quran dalam tempoh lima (5) tahun persekolahan di sekolah menegah di bawah bimbingan
guru tahfiz. Silibus matapelajaran Hifz Al-Quran dibahagikan mengikut tingkatan iaitu
bermula dari tingkatan satu dari juzuk 30, 1, 2, 3, 4, dan 5 bersamaan 6 juzuk. Manakala
tingkatan dua bermula dari juzuk enam sehingga juzuk yang ke dua belas iaitu sebanyak 7
juzuk. Seterusnya, tingkatan tiga bermula dari juzuk tiga belas sehingga juzuk lapan belas
iaitu sebanyak 6 juzuk. Diikuti, tingkatan empat bermula dari juzuk Sembilan belas sehingga
juzuk dua puluh lima iaitu sebanyak 7 juzuk. Dan di tingkatan lima bermula dari juzuk dua
puluh enam sehingga juzuk ke dua puluh Sembilan iaitu sebanyak 4 juzuk.Tiga Puluh juzuk
Al – Quran yang dihafal didalam subjek Hifz Al-Quran selama tempoh lima tahun ini adalah
di bawah bimbingan guru halaqah Al-Quran masing-masing. Pelaksanaan mata pelajaran
Hifz al-Quran merangkumi aktivti tahriri hafazan iaitu aktiviti tahriri hafazan, hafazan baharu,
tahdhir, tasmik, murajaah dan fiqh al-Ayat.

Kelas Tahdhir
Seawal 6.00 pagi para pelajar akan bangun dan membuat persiapan diri untuk solat subuh
secara berjemaah dan seterusnya melakukan aktivti di dalam kelas Tahdhir di dalam
musolla sekolah. Pelaksanaan Tahdhir bermula pada jam 6.30 pagi hingga 7.10 pagi di
bawah bimbingan guru dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh orang murid (1:10).
Ketika kelas Tahdhir, pelajar dikehendaki menyemak dan memperkukuhkan ayat-ayat
hafazan baharu di hadapan guru secara individu sebagai persediaan sebelum
melaksanakan aktivti tasmik di dalam kelas Tasmik. Sepanjang tempoh PKP terdapat
perubahan dari sudut pelaksanaan masa tahdhir dimana tempoh kelas tahdhir telah
dipendekkan dari jam 6.30 pagi hingga 6.45 pagi iaitu 15 minit sahaja. Pelaksanaan ini
dilakukan mengikut arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran di
mana waktu 7.00 pagi hingga 7.30 pagi diperuntukkan untuk pengambilan suhu pelajar.
Peranan guru ketika waktu tahdhir perlu memastikan murid tidak tidur dan menumpukan
perhatian kepada aktviti tahdir dengan membuat pantauan yang berterusan.

Tasmik

Tasmik merupakan aktiviti utama dalam penghafalan al-Quran di mana pelajar perlu
memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di hadapan guru secara individu.
Pelaksanaan Tasmik dan Murajaah di sekolah Imtiaz Dungun berjalan mengikut hari iaitu
pada hari Isnin berjalan dari 7.35 pagi hingga 10.10 pagi, hari selasa berjalan dari 7.35 pagi
hingga 9.45 pagi dan hari Selasa sehingga Khamis berjalan dari 7.35 pagi hingga 9.10 pagi.
Pelajar yang ingin menghantar hafazan baru perlu mengemukakan tulisan ayat hafazan baru
tersebut kepada Guru melalui penulisan di Buku Tahriri Hafazan yang disediakan. Pelajar
dikehendaki memperdengarkan ayat hafazan baharu sebanyak satu muka surat sehari di
hadapan guru secara individu iaitu 4 minit bagi seorang pelajar bermula dari 7.35 pagi
hingga 8.15 pagi. Seterusnya Guru akan merekodkan hafalan pelajar di dalam buku rekod
Modul Sukatan Hafazan al-Quran dan menurunkan tandatangan di Buku Tahriri Hafazan
sebagai pengesahan. Aktiviti ini berlangsung pada empat hari pertama minggu
pembelajaran.

Murajaah

Murajaah adalah aktiviti mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz pelajar di hadapan
guru secara individu. Pelaksanaan aktiviti Murajaah meliputi Murajaah hafazan baru,
Murajaah hafazan lama dan Murajaah Minggu. Pelajar perlu menghantar Murajaah hafazan
baru sekurang-kurangnya dua muka surat sebelum muka surat tasmik pada empat hari
pertama minggu pembelajaran bermula pada jam 8.10 pagi – 8.50 pagi. Manakala bagi
Murajaah hafazan lama pelajar diarahkan untuk membuat aktivti mengulang Bersama rakan
yang lain dan dibaca secara bergilir sekurang-kurang 1 juzuk sebelum juzuk tasmik.
Seterusnya pada hari ke lima minggu pembelajaran pelajar perlu menghantar Murajaah
mingguan sekurang-kurangnya empat muka surat meliputi semua muka yang telah dihafaz
pada minggu tersebut.

Fiqh al-Ayat

Aktiviti Fiqh al-Ayat ialah aktiviti menerangkan intisari ayat-ayat hafazan (fiqh al-ayat) yang
telah dihafaz pada minggu tersebut sebanyak 4 muka surat di hadapan guru secara individu
antara jam 8.30 pagi – 9.30 pagi iaitu 6 minit bagi seorang pelajar. Aktiviti ini berlaku pada
hari ke 5 minggu pembelajaran juga pada hari khamis.

Tahriri dan Hafazan Baharu

Tahiri adalah aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu dalam buku yang
disediakan bagi persediaan sebelum tasmik. Pelaksanaan tahriri adalah bermula pada jam
7.00 malam hingga 7.30 malam dengan menulis ayat-ayat hafazan baharu sebanyak satu
muka selamat tempoh 30 minit.

3.2.3 Pelaksanaan Maharat Al-Quran

Selain mata pelajaran Hifz Al – Quran di dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz ini juga wujud
satu matapelajaran iaitu matapelajaran Maharat Al –Quran .Didalam matapelajaran Maharat
Al – Quran ini terdiri dari beberapa pembahagian besar topic yang pertama ialah Tilawah,
Kedua Adab Al- Quran , Ketiga Tajwid , Keempat Manhaj Qiraat dan Kelima Amali Qiraat .

Tilawah

Pelajar Tingkatan Satu akan melaksanakan tilawah mengikut maratib bacaan Tahqiq,Tartil,
Tadwir dan Hadar baermula dari juzuk 30, 1, 2, 3, 4 dan 5 6.Pelajar Tingkatan Dua akan
bermula dari juzuk 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 .Pelajar Tingkatan Tiga akan bermula
dari juzuk 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 dan 23. Dan, pelajar Tigkatan empat akan bermula
dari juzuk 24, 25, 26, 27, 28 dan 29.

Adab Al-Quran

Bagi Bahagian Adab Al-Quran kandungan bagi komponen adab al-Quran ini ialah
pengenalan al-Quran,kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran, mentarjihkan qari al-
Quran, kemuliaan ahli al-Quran, adab guru dan pelajar, adab penghafazal-Quran, adab
bersama al-Quran, adab terhadap al-Quran, ayat dan surah yang disunatkan membaca
pada waktu dan keadaan tertentu dan hukum menulis dan memuliakan mushaf.

Tajwid

Para pelajar tingkatan Satu akan mempelajari Mabadi’ Ilmu Tajwid, hukum belajar dan
mengamalkan Ilmu Tajwid, hukum wajib membaca al Quran secara bertajwid, kesalahan
bacaan al Quran, jenis-jenis bacaan al Quran, hukum Isti’azah dan Basmalah, hukum Nun
Sakinah dan Tanwin. Di Tingkatan Dua para pelajar akan mempelajari Hukum Mim Mati,
hukum Nun dan Mim Sabdu, bab Lam Mati, bab Lam Lafz al Jalalah dan bab Ra’.Tingkatan
Tiga para pelajar akan mempelajari Bab al-Mad dan al Qasr.Tingkatan Empat Bab Makharij
al Huruf dan Sifat al Huruf .Tingakatan Lima Bab al Waqf, al Ibtida’ dan asas-asas bacaan
Riwayat Hafs.

Manhaj Qiraat

Tingkatan Empat akan mempelajari bab – bab seperti berikut .Taarif Ilmu Qiraat, perbezaan
al-Quran dan al-Qiraat, perbezaan qiraat riwayat, wajah dan tariq, sejarah dan pengumpulan
ilmu qiraat, rukun-rukun qiraat sahihah, perbincangan Ilmu Qiraat, pembahagian qiraat,
pengenalan imam-imam qiraat sab’ah, manhaj qiraat imam Nafi’, manhaj qiraat imam Ibnu
Kathir dan manhaj qiraat imam Abu ‘Amru. Manakala, Tingkatan Lima akan mempelajari
yang selebihnya iaitu Manhaj qiraat imam Ibnu ‘Amir, manhaj qiraat imam ‘Asim,manhaj
qiraat imam Hamzah dan manhaj qiraat imam al-Kisaie

Amali Qiraat

Tingkatan Empat akan mula mempelajari amali bermula dari Surah al-Fatihah dan al-
Baqarah ayat 1-74 yang dibacasecara ifrad berdasarkan Riwayat Qalun, Warsy, al-
Bazzi,Qunbul, al-Duri dan al-Susi.Manakala ketika Tingkatan 5 juga pada Surah al-Fatihah
dan al-Baqarah ayat 1-74 yang tetapi dibaca secara ifrad berdasarkan Riwayat Hisyam, Ibnu
Zakuan,Syu’bah, Hafs, Khalaf, Khallad, Abu al-Harith dan Duri al-Kisaie
Rasm Uthmani

Tajuk ini akan dipelajari ketika di Tingkatan Lima dan agihan tajuk bagi mata pelajaran ini
meliputi pengenalan ilmu rasm,sejarah penulisan mushaf, pembahagian rasm dan kaedah
rasm uthmani.

1.0 PENUTUP
1.1. Pengurusan masa
1.2. Kekangan Bajet
1.3. Kemudahan infrustruktur

You might also like