Sebab Kejatuhan Kerajaan Islam - Sti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sebab Kejatuhan Kerajaan Islam,

Merosotnya Tamadun Umat Islam


KITA banyak mempelajari zaman kegemilangan umat Islam sejak turunnya wahyu daripada Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
S.A.W untuk menyampaikan kebenaran kepada umat Rasulullah. Dahulunya, empayar Islam tersebar luas terutama ketika
pemerintahan Saidina Umar Al Khattab dan semasa zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Setelah Islam dijulang tinggi oleh penduduk di seluruh dunia, umat Islam juga menghadapi zaman kejatuhan dan empayar Islam
berakhir ketika di hujung pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah. Kejatuhan kerajaan Islam ini dimanfaatkan
oleh orang Eropah kerana setelah berlakunya kejatuhan Islam, berlaku pula zaman kebangkitan Eropah terutamanya dalam penyebaran
agama Kristian.

Kejatuhan Umat Islam


Faktor-faktor kejatuhan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Faktor-faktor ini merupakan kelemahan dalam pemerintahan
dan apabila berkumpulnya kelemahan-kelemahan ini menyebabkan sehingga satu tahap ia tidak lagi boleh dibendung dan dapat
diperlihatkan kerajaan Islam jatuh kerana kelemahan ini tidak diperbaiki oleh pemimpin Islam terdahulu.

Ingin ditegaskan di sini bahawa kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah juga merupakan sebuah kerajaan
yang hebat namun cuma zaman akhir kerajaan ini sahaja yang mempunyai banyak kelemahan.

1.0 Kelemahan Pemimpin


Semasa akhir zaman pemerintahan empayar Islam seperti Turki Uthmaniyyah, pemimpin-pemimpin Islam yang diketuai oleh sultan
mula menunjukkan kelemahan dalam kepemimpinan. Pada kurun ke-17, pemimpin Islam mula mementingkan kemewahan lebih
daripada kerajaan dan rakyatnya sendiri. Oleh sebab itu, sultan yang hanya menurut hawa nafsu tidak rasional dalam membuat
keputusan untuk kerajaannya.

Selain itu, berlakunya percakaran politik dalam pemerintahan zaman ini yang menyebabkan ramai orang bergaduh untuk merebut
kuasa dan pangkat-pangkat yang tinggi. Disebabkan gila kuasa, ini telah menyebabkan mereka buta dengan kepentingan sebenar
menjadi pemimpin dan ini telah menyebabkan pelbagai aspek kerajaan diabaikan seperti ilmu, ketenteraan dan sebagainya.

2.0 Kelemahan Ketenteraan dan Ekonomi


Kepada mereka yang mengkaji tentang sejarah Islam sudah tentu pernah dengar perkataan Janissari. Janissari merupakan sebuah
pasukan tentera elit dan tentera ini merupakan pasukan yang mampu memberi kemenangan yang hebat kepada umat Islam. Namun
pada akhir zaman pemerintahan, kesetiaan pasukan ini terhadap Sultan sudah lagi tidak kuat.

Ini disebabkan oleh banyak faktor termasuk kelemahan sultan sendiri menyebabkan mereka kurang mempercayai sultan. Selain itu,
pasukan tentera juga mendapat latihan ketenteraan yang mencukupi kerana mereka juga terlibat dengan kerja sampingan lain seperti
berniaga dan sebagainya. Janissari juga sering memberontak dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan sultan menyebabkan
ketidakstabilan dalam kepimpinan.

Kerajaan Islam pada waktu itu juga mempunyai hutang yang dahsyat kerana mendapat tekanan untuk membuat pembaharuan seperti
semasa zaman pemulihan ekonomi di Turki. Disebabkan mendapat tekanan yang berat, pemimpin waktu itu memikirkan pelbagai cara
untuk membangunkan semula kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Islam terlalu mengagumi kemajuan Eropah pada waktu itu seperti zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808-1839) dan
banyak wang dihabiskan untuk membuat penambahbaikan. Ini juga telah menyebabkan kerajaan Islam banyak berhutang dengan
negara asing. Bunga hutang yang dikenakan menambahkan lagi masalah ekonomi dan kewangan negara Islam dan akhirnya kewangan
Turki Uthmaniyyah dikuasai oleh bank Eropah.

3.0 Perselisihan Hukum Fiqh dan Mazhab


3.1 Perbezaan Pendapat 484
Disebut oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, antara faktor menyebabkan kejatuhan Islam adalah kerana terdapat perbezaan
pendapat dalam hukum fiqh dan mazhab. Sebenarnya, perbezaan pendapat ini tidak menimbulkan masalah yang terlalu besar tetapi
disebabkan ramai orang yang terlalu taksub dengan pendapat mereka sendiri, ini menyebabkan pergaduhan dan pertelingkahan antara
mereka.

Disebabkan perselisihan tentang soal agama inilah menyebabkan umat Islam berpecah belah sehingga membentuk banyak mazhab-
mazhab baru. Ada daripada mazhab ini yang aqidahnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan ini sudah tentu
menyebabkan masyarakat pada waktu itu semakin ke belakang. Jiwa mereka menjadi kosong dan dikuasai oleh hawa nafsu sendiri.
Terpesongnya akidah ini diikuti dengan kemunculan 4 mazhab Ahli Sunnah Waljamaah bagi membetulkan semula akidah dan
menyampaikan kebenaran.

3.2 Mazhab 13
Kurangnya toleransi dalam perselisihan pendapat inilah yang menyebabkan pergaduhan dalaman masyarakat Islam. Bayangkan jika
umat Islam sudah bergaduh sesama sendiri, betapa mudahnya musuh luar ingin memusnahkan empayar Islam ini. Faktor ini boleh
diambil sebagai satu iktibar agar perpecah belahan tidak berlaku dalam masyarakat hari ini.

3.3 Mengabaikan Ilmu Sains dan Teknologi

3.3.1 Mengabaikan ilmu


Keseimbangan ilmu amat penting dalam kehidupan seharian seseorang dan ini juga penting buat sebuah empayar kerana ia merupakan
satu asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Empayar yang berjaya mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek seperti
ekonomi, falsafah, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya. Ia tidak boleh difokuskan kepada satu aspek sahaja.

Disebabkan kerajaan Islam terlalu fokus kepada ilmu falsafah, mereka mengabaikan ilmu sains dan teknologi yang memberikan
kemajuan kepada sesebuah negara. Sudah tentu ilmu falsafah juga penting tetapi sesuatu ilmu itu haruslah seimbang supaya semua
aspek boleh dimajukan.

3.3.2 Ibnu Sina


Ini memburukkan lagi keadaan kerana ilmu sains dan teknologi sangat penting untuk memajukan negara dari segi aspek ketenteraan
kerana tanpa ilmu ini, alatan ketenteraan tidak cukup kuat untuk mengalahkan pihak musuh. Selain itu, ilmu sains dan teknologi juga
penting dalam kehidupan seharian seperti untuk pertanian dan untuk mendapatkan sumber air bersih. Ini hanyalah contoh yang
diberikan untuk memudahkan pemahaman.

Oleh sebab pengabaian dalam ilmu sains dan teknologi, kerajaan Eropah mengambil peluang ini untuk memajukan kerajaan mereka
sementara umat Islam pada ketika itu semakin ke belakang. Di sinilah bermulanya zaman kebangkitan Eropah yang dikenali
sebagai Renaissance dan zaman ini merupakan sambungan daripada kejatuhan umat Islam.

Secara Ringkasan Kejatuhan Empayar Islam


Kejatuhan Baghdad

Faktor-faktor di atas merupakan antara faktor utama kejatuhan umat Islam dan terdapat banyak lagi faktor lain menyebabkan
kejatuhan ini. Kejatuhan umat Islam ini sebenarnya berlaku secara berperingkat tetapi antara kejatuhan paling jelas dapat dilihat
semasa kerajaan Islam diserang oleh orang Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

Orang-orang Mongol terkenal dengan sifatnya yang sangat kasar dan mereka menyerang Baghdad pada tahun 1258M. Hulagu Khan
membawa pasukan tenteranya untuk menawan kota Baghdad dan banyak bangunan-bangunan dimusnahkan termasuk perpustakaan
dan pusat ilmu terkenal, Baitul Hikmah yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyah.
Selain itu, pada zaman Turki Uthmaniyyah juga berlaku pertarungan antara umat Islam dan orang Mongol. Raja Tartar pada tahun
1402M berjaya menumpaskan tentera Islam di Ankara. Walau bagaimanapun, kerajaan Islam berjaya bangun semula semasa
pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.
Secara kesimpulan, banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Islam. Sejarah Islam sangat luas dan kompleks dan apa yang
diterangkan dalam artikel hanyalah ringkasan. Kejatuhan empayar ini perlu diambil sebagai pengajaran agar perkara yang sama tidak
lagi berulang kepada negara kita sendiri.

https://penyusakti.wordpress.com/

You might also like