Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Roti Sardin Gulung 

Bahan bahan:
Roti Gardenia secukupnya
1 tin sardine Yeos
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
1/2 tangkai cili merah - hiris
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi - opsyenal
3 biji telur - dipukul seketika 
Sedikit tepung gandum - bancuh dengan sedikit air

Cara cara:

Hancurkan ikan sardin dengan


menggunakan garfu. Masukkan bawang
besar, cili merah, garam dan air perahan
limau nipis.

Nota: saya keluarkan sedikit sos sardin


sebab tidak mahu ianya terlalu berkuah.

Gelekkan kedua dua permukaan roti


menggunakan kayu pencanai sehingga
leper. Potong roti kepada 2 bagi
menghasilkan kuih yang sederhana
saiz dan mudah dimakan.

Letak inti dihujung roti dan terus gulung


dengan ketat. Jangan letak inti terlalu
banyak kerana ia akan terkeluar semasa
digulung. 
Di hujung, sapukan sedikit bancuhan
tepung gandum sepanjang roti untuk
melekatkan gulungan roti tadi. Ianya
supaya gulungan roti tidak terbuka semasa
digoreng. 

Susun roti yang digam tadi ke dalam


pinggan dalam keadaan bahagian yang
digam itu terletak di bahagian bawah. Buat
sehingga habis semua inti. 

Celupkan roti tadi dalam telur dan terus


goreng. Jangan dicelup awal, kerana roti
akan kembang. Jangan dicelup terlalu
banyak, untuk mengelakkan telur menyerap
minyak ketika digoreng. 

Goreng sehingga ianya berwarna


keperangan. Angkat dan tos di atas tisu
dapur. Hidangkan ketika panas panas. 

Boleh juga selepas dicelup dalam telur,


dicelup dalam serbuk roti sebelum
digoreng.

You might also like