Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN KELAB KOMPUTER

SK PETALING (1), KUALA LUMPUR


SESI 2011.

1. NAMA
Persatuan ini dikenali dengan nama Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan
Petaling (1).

2. ALAMAT
Sekolah Kebangsaan Petaling (1),
KM10, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur.

3. TUJUAN PERSATUAN
 Untuk melahirkan generasi yang celik IT.
 Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
bidang Teknologi Maklumat.
 Menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk membantu murid
dalam proses pembelajaran mereka.

4. TEMPAT AKTIVITI
Tempat menjalankan aktiviti adalah di makmal komputer sekolah atau
ditempat tempat yang sesuai untuk aktiviti persatuan.

5. KEAHLIAN DAN KEHADIRAN


 Keahlian Persatuan Komputer dibuka kepada murid tahap satu dan dua
SK Petaling (1).
 Organisasi Persatuan adalah seperti berikut:
i) Penaung :Guru Besar
ii) Penasihat : Guru Penasihat
iii)AJK Kelab (murid sekolah):
Seorang Pengerusi, Seorang Naib Pengerusi, Seorang setiausaha,
Seorang Penolong Setiausaha, Seorang Bendahari, Lima orang
Jawatankuasa yang dilantik.
 Ahli persatuan diwajibkan menghadirkan diri pada setiap perjumpaan
iaitu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan kecuali apabila
diminta sebaliknya. Masa yang telah ditentukan untuk aktiviti kelab
ialah dari pukul 1.30 hingga 2.30 petang.
 Setiap ahli persatuan dikehendaki menyerahkan buku kehadiran
kokurikulum kepada guru penasihat persatuan pada setiap perjumpaan
untuk ditandatangani sebagai bukti kehadiran pada perjumpaan
tersebut. Sebarang kehilangan buku tersebut hendaklah dilaporkan
kepada guru penasihat persatuan.
 Setiap ahli juga dikehendaki mengambil bahagian dalam semua aktiviti
dalam perjumpaan tersebut kecuali atas sebab- sebab kesihatan
 Ahli yang gagal hadir pada aktiviti kokurikulum hendaklah menulis
surat kepada guru penasihat ngan menyatakan sebab
ketidakhadirannya itu.

6. PAKAIAN UNTUK MENGHADIRI AKTIVITI


Semua ahli persatuan dimestikan memakai pakaian yang sesuai pada setiap
aktiviti persatuan. Pakaian yang disyorkan ialah baju sukan, seluar panjang
gelap dan berkasut sukan .

7.KEWANGAN
 Persatuan Komputer mendapatkan sumber kewangan daripada yuran
tahunan, derma dan aktiviti- aktiviti persatuan.
 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli ialah sebanyak RM3.00
setahun atau pada kadar yang ditetapkan oleh jawatankuasa.
 Jawatan kuasa hanya berkuasa membelanjakan kumpulan wang yang ada
untuk perkara- perkara yang berfaedah bagi mencapai tujuan dan
maksud aktiviti.

8. PERKARA- PERKARA LAIN


 Persatuan ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-
undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan Sekolah

You might also like