Isu Ppi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pelaksanaan PPI telah memberikan memberikan impak yang besar terhadap arena

pendidikan sekaligus menghadirkan pelbagai tanggapan dari masyarakat setempat sama


ada persepsi bersifat positif dan negatif. Namun begitu, terdapat beberapa isu utama yang
timbul berkenaan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di negara ini.

Antara isu utama pelaksanaan PPI termasuklah kekurangan perkhidmatan sokongan


yang diperlukan murid-murid bekeperluan khas (MBK) untuk menjalani sesi PdPc bersama
murid-murid arus perdana yang lain. Untuk mengatasi kekurangan yang terdapat pada MBK,
mereka memerlukan perkhidmatan sokongan seperti bantuan guru khas dan
berpengalaman, alat bahan bantu mengajar yang khas untuk kegunaan murid-murid MBK
serta infrastruktur sekolah yang sesuai untuk mereka. Namun begitu, arena pendidikan pada
masa kini kekurangan guru resos yang berpengalaman untuk membolehkan kebanyakan
sekolah menerima dan melaksanakan PPI di sekolah mereka. Guru resos yang terlatih dan
berpengalaman mampu mengawal dan melaksanakan PdPc yang sesuai dan lancar untuk
murid-murid arus perdana dan MBK dalam satu kelas dan waktu mengajar yang sama,
sekaligus melancarkan proses PdPc di dalam kelas. Kekurangan alat bahan bantu mengajar
seperti tulisan braile, alat pendengaran dan alat-alat lain juga menyebabkan kebanyakan
guru tidak mampu untuk melaksanakan PdPc dengan lancar kepada murid-murid MBK ini.

Selain itu, persepsi dan tanggapan masyarakat terhadap kumpulan MBK ini juga
merupakan salah satu isu serius dalam pelaksanaan PPI di sekolah. Masyarakat yang kerap
menerapkan persepsi negatif terhadap MBK menyebabkan murid-murid generasi kini juga
mempunyai pandangan yang sama terhadap mereka. Diterapkan mentaliti bahawa golongan
MBK tidak mampu berjaya dalam kehidupan serta diabaikan menyebabkan interaksi sesama
murid di kelas inklusif tidak berlaku dengan lancar. Umumnya, ibubapa juga menasihatkan
anak-anak mereka agar tidak bercampur dengan murid-murid MBK agar tidak terlibat
dengan sebarang masalah. Sikap pemulauan, memandang rendah dan persepsi sinis
golongan ini mampu menjadi penghalang utama kepada kejayaan pelaksanaan PPI di
peringkat sekolah.

Akhir sekali, antara isu utama pelaksanaan PPI termasuklah aras kokurikulum dan
pengajaran yang perlu diubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid arus
perdana dan MBK. Aras PdPc yang dilaksanakan perlu diubah, tidak boleh terlalu tinggi
kerana akan menyukarkan kesemua murid, dan tidak boleh terlalu rendah kerana akan
memberikan kesan kepada murid-murid arus perdana. Oleh itu, guru perlu mencipta satu
suasana baru yang lebih kreatif dengan kandungan penyampaian pengajaran adalah
fleksibel dan sesuai untuk kesemua murid di dalam kelas. Hal ini memerlukan guru untuk
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis bagi memastikan objektif pengajaran berjaya dicapai
oleh kesemua murid.

Kesimpulannya, pihak-pihak terlibat seharusnya berganding bahu dan bekerjasama


untuk mengatasi masalah-masalah dan isu-isu tersebut bagi memastikan setiap murid
mendapat hak pembelajaran yang adil dan sewajarnya bagi memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Negara.

You might also like