Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Kadar Tindak Balas 

NOTA 

Maksud Kadar Tindak Balas

1. Tindak balas kimia berlaku dengan kadar yang berbeza-beza.  


2. Di dalam industri pembuatan bahan-bahan, pengetahuan tentang kadar tindak balas adalah
sangat penting kerana dapat membantu dari segi penjimatan kos dan masa.  
3. Di dalam suatu tindak balas perubahan tertentu dapat diperhatikan secara kualitatif atau disukat
secara kuantitatif.  
4. Pertimbangkan tindak balas yang berlaku di antara ketulan batu marmar ( kalsium karbonat )
dengan asid hidroklorik cair :
  CaCO3 (p) + 2HCl (ak) à CaCl2 (ak) + CO2 (g) + H2O
  Kadar pengurangan bahan-bahan tindak balas, iaitu kalsium karbonat atau asid hidroklorik adalah
berkadar terus dengan kadar pembentukan hasil tindak balas, iaitu kalsium klorida, gas karbon
dioksida, atau air.  
  Oleh itu, kadar tindak balas bagi suatu tindak balas boleh diukur dengan:
  - menyukat kadar pengurangan mana-mana bahan tindak balas atau  
- menyukat kadar pembentukan mana-mana hasil tindak balas.
   
  Bagi tindak balas di atas, kuantiti bahan yang paling sesuai disukat ialah kadar pembentukan gas
karbon dioksida.
 
 
  Unit kadar tindak balas bergantung kepada unit kuantiti bahan yang disukat 
(g s-1, mol s-1, cm3 s-1).

Menghitung kadar tindak balas purata daripada keputusan eksperimen  

Contoh :

10 g kalsium karbonat, CaCO3 bertindak balas dengan lengkap dengan asid hidroklorik berlebihan
dalam tempoh masa 100 saat. Tentukan kadar tindak balas purata dalam unit g s -1 dan mol s-1.

[ Jisim atom relatif : C,12 ; O,16 ;Ca,40 ]


Menghitung kadar tindak balas pada masa tertentu daripada keputusan eksperimen

Contoh :

Masa (saat) 0 60 120 180 240 300 360 420


Isi padu CO2 (cm3) 0 28.5 48.5 62 67 70 70 70
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan jumlah isi padu karbon dioksida yang dikumpul dalam suatu tindak balas antara
kalsium karbonat dengan asid hidroklorik cair. Berapakah kadar tindak balas pada minit kedua?

Kadar tindak balas pada ketika tertentu boleh ditentukan daripada kecerunan tangen pada minit kedua:

Langkah Lukiskan tangen ( garis AB) pada titik P. Pastikan garis AB hanya menyentuh titik P
1: dan tidak memotong mana-mana bahagian lain pada garis lengkung.
Langkah Lengkap segi tiga bersudut tegak ABC.
2:
Langkah Ukur jarak AC dan BC.
3:
Langkah
4:

Pastikan anda boleh menghuraikan dan menerangan eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan di
dalam makmal. Ini adalah penting kerana soalan menghuraikan dan menerangkan eksperimen sering
ditanya dalam soalan esei dan struktur.
Kadar Tindak Balas 

BAHAN P&P 

Lampiran 1 - Lembaran Eksperimen

A. Eksperimen mengkaji kesan saiz zarah (luas permukaan) kalsium karbonat dengan asid
hidroklorik cair terhadap kadar tindak balas

  Eksperimen I

Rajah 1

Kaedah:

1. Timbangkan 10 g ketulan marmar dan masukkan ke dalam sebuah kelalang kon.


2. Sediakan radas seperti dalam Rajah 1.
3. Dengan menggunakan silinder penyukat, isikan 150 cm 3 asid hidroklorik 2 mol dm-3 ke dalam
kelalang kon. Dengan serta merta tutup kelalang kon dengan penyumbat yang telah dipasangkan
dengan salur penghantar dan serentak dengan itu mulakan jam randek.
4. Catatkan jumlah isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan pada setiap selang masa 30 saat.
  Eksperimen II
5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan serbuk marmar yang halus untuk menggantikan
ketulan marmar, tetapi kekalkan semua keadaan yang lain dalam Eksperimen I.
6. Catatkan keputusan-keputusan bagi Eksperimen I dan Eksperimen II dalam jadual.

Keputusan Eksperimen I

Masa (saat) 0 60 120 180 240 300 360 420      


Isi padu                      
CO2 (cm3)

Keputusan Eksperimen II

Masa (saat) 0 60 120 180 240 300 360 420      


Isi padu
                     
CO2 (cm3)

Soalan untuk perbincangan


1. Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan bergerak balas.
2. Nyatakan hipotesis yang anda telah bina untuk eksperimen ini.
3. Plotkan graf isi padu gas karbon dioksida melawan masa bagi kedua-dua eksperimen itu pada paksi
yang sama.
4. Berdasarkan graf yang dilukiskan, jawab soalan-soalan berikut:
  (a) Tentukan masa yang diambil untuk tindak balas antara asid hidroklorik dengan ketulan kalsium
karbonat dan serbuk kalsium karbonat berlaku dengan lengkap.
  (b) Hitungkan kadar tindak balas pada ketika 120 saat bagi kedua-dua Eksperimen I dan
Eksperimen II itu dan nyatakan unitnya.
  (c) Hitungkan kadar tindak balas purata bagi Eksperimen I dan Eksperimen II.
5. Bedasarkan jawapan dalam Soalan 2 di atas, apakah kesan saiz zarah (luas permukaan) ke atas
kadar tindak balas?
6. (a) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik.
  (b) Berdasarkan persamaan di (4)(a) di atas, hitungkan isi padu gas karbon dioksida yang
dibebaskan apabila 10 g kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik yang
berlebihan.
7. Adakah keputusan eksperimen menyokong hipotesis anda?

Jawapan soalan untuk perbincangan:

1. Pemboleh ubah dimanipulasikan :Saiz kalsium karbonat


  Pembolehubah yang bergerak balas : 
kadar pembebasan gas karbon dioksida
2. Semakin kecil saiz kalsium karbonat (luas permukaan besar), semakin tinggi kadar pembebasan
gas karbon dioksida (kadar tindak balas).
3.

 
Rajah 2 
Graf isi padu CO2 melawan masa
4. (a) Ketulan kalsium karbonat : 450 saat
Serbuk kalsium karbonat : 240 saat
  (b) Kadar tindak balas pada ketika 120 saat bagi Eksperimen II boleh ditentukan daripada
kecerunan tangen: 

Langkah 1 :
Lukiskan tangen ( garis AB) pada titik P. Pastikan garis AB hanya menyentuh titik P dan tidak
memotong mana-mana bahagian lain pada garis lengkung. 

Langkah 2 :
Lengkap segi tiga bersudut tegak ABC. 

Langkah 3 :
Ukur jarak AC dan BC. 

Langkah 4 :

Kadar tindak balas pada ketika 120 saat bagi Eksperimen I boleh ditentukan daripada
kecerunan tangen: 

Langkah 1 :
Lukiskan tangen ( garis KL) pada titik Q. Pastikan garis KL hanya menyentuh titik Q dan tidak
memotong mana-mana bahagian lain pada garis lengkung. 

Langkah 2 :
Lengkap segi tiga bersudut tegak KLM. 

Langkah 3 :
Ukur jarak KM dan LM. 

Langkah 4 :

 
  (c)

 
5. Semakin besar luas permukaan zarah bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
6. (a) CaCO3 + 2HCl à CaCl2 + CO2 + H2O
  (b) Daripada persamaan : 1mol CaCO3 ≡ 1mol CO2

Mol CaCO3 yang bertindak balas = 10/100 = 0.1

Maka, mol CO2 yang dibebaskan = 0.1

Isi padu gas CO2 yang dibebaskan = 0.1 x 24 dm3


7. Ya, keputusan eksperimen menyokong hipotesis.
NOTA

A. Teori Perlanggaran
  Teori perlanggaran terdiri daripada tiga idea utama, iaitu untuk suatu tindak balas berlaku:
  - Zarah-zarah bahan tindak balas sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain
supaya tindak balas dapat berlaku.
   

 
  - Perlanggaran zarah-zarah bahan tindak balas perlu melebihi suatu tenaga minimum yang di
panggil tenaga pengaktifan.
  - Zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggaran bukan sahaja perlu mencapai tenaga yang
melebihi tenaga pengaktifan, tetapi juga perlu mempunyai orientasi yang betul supaya
perlanggaran berkesan dapat berlaku.
B. Menggunakan teori perlanggaran utnuk menerangkan kesan saiz zarah (luas permukaan )
bahan-bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas
  - Lebih kecil saiz zarah bahan tindak balas, lebih besar jumlah luas permukaan zarah-zarah yang
terdedah kepada perlanggaran.
  - Frekuensi perlanggaran zarah-zarah bahan tindak balas bertambah.
  - Frekuensi perlanggaran zarah-zarah bahan tindak balas yang melebihi tenaga pengaktifan
dan mempunyai orientasi yang betul bertambah.
  - Frekuensi perlanggaran berkesan bertambah
  - Kadar tidak balas bertambah

LATIHAN - Fokus peperiksaan 

A. Pilih jawapan yang betul.

1 Eksperimen-eksperimen berikut telah dijalankan di bawah keadaan-keadaan yang sama


untuk mengukur isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan pada selang masa yang tetap.
  Eksperimen I :
2 g ketulan marmar dimasukkan ke dalam asid hidroklorik 2 mol dm -3 yang berlebihan.
  Eksperimen II :
2 g serbuk marmar dimasukkan ke dalam asid hidroklorik 2 mol dm -3 yang berlebihan.

  Graf Isi padu gas karbon dioksida yang dikumpulkan dalam Eksperimen I dan Eksperimen II
melawan masa pada paksi yang sama ialah
  A B

 
  C D

   
  CaCO3 (p) + 2HCl (ak) à CaCl2 (ak) + CO2 (g) + H2O (ce)
2 Dalam tindak balas di atas, apakah kesan ke atas kadar awal tindak balas
dan isi padu akhir bagi karbon dioksida yang dibebaskan jika kalsium
karbonat yang digunakan digiling menjadi serbuk?
    Kadar awal tindak Isi padu akhir karbon dioksida yang
balas terkumpul
  A bertambah bertambah
  B bertambah sama
  C berkurangan berkurangan
  D berkurangan bertambah
Zn (p) + 2HCl (ak) à ZnCl2 (ak) + H2 (g)
3 Persamaan di atas mewakili tindak balas serbuk zink dengan asid hidroklorik
2 mol dm-3 yang berlebihan dalam suatu eksperimen. Perubahan bahan
tindak balas dan hasil tindak balas terhadap masa telah direkodkan. Antara
graf berikut, yang manakah menunjukkan perubahan yang betul?
  I II

 
 
  III IV

   
  A I dan III sahaja
  B I, II, dan IV sahaja
  C II, III dan IV sahaja
  D I, II, III dan IV

Eksperimen Bahan tindak balas Kadar awal tindak


balas

I 3 g pita magnesium dengan 10 a


cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3

II 3 g pita magnesium dengan 10 b


cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3

III 3 g pita magnesium dengan 20 c


cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3

Jadual 1

4 Jadual 1 menunjukkan tiga eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji


kadar awal tindak balas antara magnesium dengan asid hidsroklorik cair.
Yang manakah antara berikut menunjukkan susunan menaik kadar awal
tindak balas dalam ketiga-tiga eksperimen ini?
  A a, b, c
  B a, c, b
  C c, a, b
  D b, c, a
5 Masa yang diambil untuk 5 g ketulan zink selesai bertindak balas dengan 50
cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3 boleh dipanjangkan dengan
  A menambahkan air suling kepada campuran tindak balas.
  B menambahkan mangkin kuprum(II) osida kepada campuran tindak balas.
  C menggunakan 5 g serbuk zink untuk menggantikan 5 g ketulan zink.
  D menambahkan asid hidroklorik pekat kepada campuran tindak balas.
6 Antara campuran marmar dengan 50 cm3 asid hidroklorik berikut, yang
manakah boleh menghasilkan gas dengan kadar awal paling tinggi?
  A 5 g serbuk marmar dengan asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
  B 5 g ketulan marmar dengan asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
  C 10 g serbuk marmar dengan asid hidroklorik 0.1 mol dm-3
  D 10 g ketulan marmar dengan asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
7 Antara asid berikut, yang manakah akan menghasilkan kadar awal tindak
balas paling tinggi apabila 1 g serbuk marmar dimasukkan ke dalamnya?
  A 50 cm3 asid nitrik 1.0 mol dm-3
  B 50 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3
  C 50 cm3 asid etanoik 1.0 mol dm-3
  D 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3

Rajah 1

8 Rajah 1 menunjukkan graf jumlah isi padu gas terbebas melawan masa bagi
tindak balas antara marmar dengan asid hidroklorik cair. Daripada graf itu
boleh disimpulkan bahawa
  A kadar tindak balas pada saat ke-10 lebih rendah daripada pada saat ke-
20.
  B jumlah isi padu gas yang terkumpul bagi 20 saat pertama ialah v/2 cm 3.
  C jumlah isi padu gas yang terkumpul dalam eksperimen itu ialah v cm 3.
  D kadar maksimum pembebasan gas ialah pada saat ke-40.
 

Rajah 2

9 Rajah 2 menunjukkan graf jumlah isi padu gas hidrogen terbebas melawan
masa bagi tindak balas satu logam dengan asid satu asid cair bagi
Eksperimen I dan Eksperimen II. Antara berikut, yang manakah mungkin
dapat menerangkan perbezaan pada kedua-dua lengkung yang didapati
daripada kedua-dua eksperimen itu.
  I
Suhu asid Eksperimen I lebih tinggi dari pada suhu asid Eksperimen II.
  II Mangkin digunakan dalam Eksperimen I tetapi tidak digunakan di dalam
Eksperimen II.
  III Bilangan mol logam dan bilangan mol asid yang digunakan dalam
Eksperimen I lebih banyak daripada Eksperimen II.
  IV Serbuk logam digunakan di dalam Eksperimen I dan ketulan logam
digunakan dalam Eksperimen II.
     
  A III dan IV sahaja
  B I, II, dan III sahaja
  C I, II, dan IV sahaja
  D I, II, III dan IV sahaja
 

Rajah 3
10 P bertindak balas dengan Q untuk mebentuk R. Graf jumlah kuantiti R yang
terbentuk melawan masa adalah seperti pada Rajah 3. Berdasarkan graf itu
boleh dibuat kesimpulan bahawa
  I Tindak balas P dan Q telah selesai pada masa t2 saat.
  II Kuantiti maksimum bagi R yang terbentuk ialah y mol.
  III Kadar tindak balas yang paling tinggi ialah pada masa t 2 saat.
  IV Kecerunan graf pada titik z memberikan kadar tindak balas pada ketika t 1
saat.
     
  A I dan III sahaja
  B II dan IV sahaja
  C I, II, dan IVsahaja
  D I, II, III dan IV

B. Jawab soalan yang berikut ini.

Dua eksperimen untuk mengkaji kadar penguraian hidrogen peroksida dijalankan


seperti berikut dalam keadaan-keadaan eksperimen yang serupa.

Eksperimen I:
20 cm3 hidrogen peroksida 2-isi padu dimasukkan ke dalam kelalang kon.
Kemudian 3 g serbuk mangan(IV) oksida ditambahkan.

Eksperimen II:
20 cm3 hidrogen peroksida 4-isi padu dimasukkan ke dalam kelalang kon.
Kemudian 3 g serbuk mangan(IV) oksida ditambahkan.
(a) Cadangkan satu kaedah pengutipan gas di mana jumlah isi padu gas yang
dibebaskan dapat dibaca dengan mudah pada sela masa ½ min.
(b) Tuliskan persamaan tindak balas bagi penguraian hidrogen peroksida.
(c) Lakarkan graf isi padu gas yang dikutip melawan masa bagi kedua-dua
eksperimen, pada paksi yang sama.
(d) i.
Dalam eksperimen manakah kadar penguraian hidrogen peroksida lebih
tinggi?
  ii. Terangkan jawapan anda kepada (d)(i).
(e) i. Mangan(IV) oksida bertindak sebagai mangkin dalam eksperimen ini.
Terangkan mengikut teori perlanggaran zarah, peranan mangan(IV)
oksida dalam menambahkan kadar pembebasan gas dalam eksperimen
ini.
  ii. Namakan satu bahan lain yang boleh menggantikan mangan(IV) oksida
dalam eksperimen ini.

Jawapan:

A: 1. C 6. A
  2. B 7. B
  3. D 8. C
  4. D 9. C
  5. A 10. C

B: (a) Gas yang dibebaskan disalurkan ke dalam sebuah buret berisi air yang
ditelangkupkan di dalam sebuah besen berisi air.
  (b) 2H2O2 à O2 + 2H2O
  (c)

 
  (d) i. Eksperimen II
    ii. Eksperimen II menggunakan hidrogen peroksida yang lebih pekat.
Bilangan molekul hidrogen peroksida per unit isi padu lebih banyak.
Frekuensi pelanggaran berkesan bertambah. Kadar penguraian
hidrogen peroksida bertambah.
  (e) i. Penambahan mangan(IV) oksida memberikan suatu lintasan baru
dengan tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Lebih banyak
perlanggaran molekul-molekul hidrogen peroksida yang mencapai
jumlah tenaga yang melebihi tenaga pengaktifan yang lebih rendah
ini. Bilangan perlanggaran berkesan bertambah. Kadar penguraian
hidrogen peroksida bertambah.
    ii. Kuprum(II) oksida

You might also like