Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SISTEM PENGHANTARAN MANUAL

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar akan dapat :

1. Menerangkan fungsi dan komponen utama gear transmisi.


2. Menyatakan jenis kendalian gear transmisi manual iaitu jenis cantuman gear
malar (constant mesh), jenis empat kelajuan.
3. Menerangkan prinsip gear.

PENGENALAN

Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk
menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponen asas seperti aci putar,
aci pandu, gear transmisi, klac, unit kerbeda dan sendi semesta.

KOTAK GEAR

Gear transmisi terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang
selepas pepasangan klac. Fungsi gear transmisi adalah seperti berikut :

1. Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaandan


beban pada kenderaan.
2. Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit.
3. Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam
keadaan neutral.
4. Mewujudkan gear maju, undur dan bebas.

Klac pula mempunyai tiga fungsi utama iaitu :

1. Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi


enjin masih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila
kenderaan berhenti.
2. Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa
penukaran gear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.
3. Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk
mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi
semasa kelajuan enjin rendah.

ASAS CANTUMAN GEAR

CANTUMAN GEAR MUDAH (SIMPLIFIED GEAR MESH)


CANTUMAN GEAR MAJMUK (MULTI GEAR MESH)

NISBAH GEAR (GEAR RATIO)

KENDALIAN GEAR

GEAR PERTAMA
 Apabila tuil anjakan gear diletakkan dalam gear pertama, (seperti rajah di
bawah), gear besar di aci utama bergerak sepanjang aci sehingga membuat
cantuman dengan gigi terkecil di atas aci-aci lawan.
 Apabila klac tidak dalam gandingan maka aci klac dan aci lawan berputar.
 Sekiranya klac berganding dengan aci utama, aci engkol memandu aci klac dan
terus memusingkan aci lawan. Ini memperlahankan pusingan aci lawan dan
memusingkan aci utama penghantaran.
  Nisbah gear biasanya 5: 1.
Gear Pertama (1st Gear)

GEAR KEDUA

 Ketika klac di kendalikan, tuil anjakan gear digerakkan ke gear kedua, gear
kelajuan tinggi kedua membuat cantuman dengan geare kedua di aci lawan.
 Apabila aci di gandingkan, aci klac memacu gear pacuan di aci lawan dan
pergerakan di pindahkan sepanjang aci lawan ke gear kedua di aci lawan,
kemudian memusingkan gear kedua terus ke aci utama pepenghantaran.

 Gear Kedua (2nd Gear)


GEAR KETIGA
 Apabila tuil anjakan gear di letakkan di kedudukan gear ketiga, gear ketiga
membuat cantuman dengan gear ketiga di aci lawan.
 Ketika klac digandingkan aci klac akan memusingkan gear pemacu di aci lawan
dan memusingkan aci lawan.
 Kemudian kuasa di pindahkan  ke gear ketiga pada aci utama penghantaran.

Gear Ketiga (3rd Gear)

GEAR KEEMPAT
 Apabila tuil anjakan di gerakkan ke kedudukan gera keempat, maka gear aci klac
membuat cantuman dengan gear kelajuan tinggi secara langsung dan berputar
satu unit dengan aci utama penghantaran dengan nisbah 1:1, Ia akan berputar
sebaik sahaja klac digandingkan.
 Kelajuan ini sama laju dengan kelajuan keluaran enjin yang di hantarkan ke roda
kenderaan.
Gear Keempat (4th Gear)

GEAR BALIKAN
  Apabila gear di letakkan dalam balikan, gear utama aci klac menggelangsar
membuat cantuman dengan gear pemelahu balikan dan membuat cantuman
dengan gear balikam kecil.
 Gear balika membuat cantuman di antara gear balikan di aci lawan dan gear
rendah atau gear pertama di aci utama penghantaran.
 Dengan adanya gear kecil pemelahu tadi putaran enjin akan dibalikkan dalam
pusingan lawan kemudian di salur keluar ke aci utama penghantaran dalam arah
yang berlawanan.
 Kuasa akan di salurka apabila klac digandingkan.

Gear Balikan (Reverse Gear)


GEAR NEUTRAL
 Tuil anjakan gear diletakkan dalam alur neutral, yang mana kuasa di salurkan
melalui aci klac dan memusingkan aci lawan.
 Tidak ada satu pun gear yang membuat jaringan dengan gear di aci penghantaran
utama. Kedudukan ini menunjukkan gear neutral.

Gear Neutral (Neutral Gear)

KOMPONEN UTAMA GEAR


Komponen-komponen utama dalam kotak gear ialah :

ACI MASUKAN (INPUT SHAFT)


ACI LAWAN (COUNTER SHAFT)

ACI KELUARAN (OUTPUT SHAFT)

SERAT-SEGERAK (SYNCHRONIZER)

 Kotak gear jenis serat-segerak banyak di sesuaikan dalam kenderaan penumpang


kerana ia mudah menukar gear, mengurangkan haus gear dan membenarkan potongan
gear heliks dikendalian lebih senyap.
 Kotak gear serat-segerak adakah daripada jenis jaringan malar.
 Gear pacuan dan pemilihan gear dipindahkan melalui gigi bergigi yang dipanggil klac
gigi anjing.
 Dengan mengabungkan gear jaringan malar dan anjakan klac gigi anjing, memberikan
pasangan anjakan dengan kelajuan yang sama, licin dan anjakan senyap dapat
diadakan
 Kebanyakan kotak gear menggunakan klac geseran kecil untuk melakukan sentuhan
terlebih dahulu dalam aturan menyerat-segerak kelajuannya.
 Rajah dibawah menunjukkan kemasukan kon untuk kemasukan terakhirgigi klac gigi
anjing.

Kebaikan gear serat-segerak (synchronizer) :

 Penukaran gear dapat di lakukan dengan mudah


 Dapat mengurangkan kehausan gear.
 Potongan gear heliks dapat dikendalikan dengan lebih senyap dan lancar

GEAR
 Gear Taji
 Gear Helix

TUIL ANJAKAN GEAR (GEAR SHIFT LEVER)

TAJUK : Komponan Utama Transfer Box .

KOMPONAN UTAMA TRANSFER BOX

Transfer box assembly digunakan pada kenderaan pancuan 4 roda (4X4 Drive)
bertujuan untuk mengadakan drive pusingan keempat-empat roda bagi
memudahkan pengendalian kenderaan di tempat yang licin dan jalan crosscountry.

Di akhir pembelajaran ini menerangkan pelati-pelatih dapat memahami dan


Menerangkan
• Susun atur dan benaan transfer box.
• Fungsi transfer box.
• Operasi transfer box.

You might also like