Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Prosedur Operasi

Standard (SOP)
Prosedur Aduan
Kebocoran Muka Surat: 1/4

1. OBJEKTIF

Prosedur ini menyediakan garis panduan bagi memastikan urusan aduan kebocoran di
kawasan panel solar dapat dijalankan dengan lancar.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai pada bangunan yang terlibat dengan projek solar UKM di dalam
merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja/perkhidmatan berikut:

a) Kebocoran yang berlaku pada bangunan pemasangan panel solar.

3. ISU-ISU RISIKO

3.1. Kelewatan pembaikan menyebabkan kerosakkan kepada struktur bangunan.


3.2. Kemalangan yang berlaku disebabkan kebocoran bumbung bangunan.
3.3. Berlaku renjatan elektrik.

1
4. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN T/JAWAB
KEPERLUAN ADUAN KEBOCORAN
Kenalpasti keperluan kerja-kerja penyelenggaraan disebabkan kebocoran di kawasan
pemasangan panel solar:

Kebocoran Bumbung
i. Jika terdapat sebarang kebocoran (Situasi 1),
a) PTJ bangunan terlibat membuat aduan kepada pihak Prasarana.
b) Pihak Prasarana akan mengenal pasti punca masalah.
- Jika kebocoran berlaku bukan disebabkan kerja
pemasangan panel solar, kerja-kerja membaik pulih
kebocoran bumbung akan dilakukan oleh kontraktor
lantikan UKM

c) Pihak UKM perlu menguruskan masalah kebocoran sendiri dan Pihak UKM
perlu memaklumkan kepada pihak PV Hi Tech sekiranya
kontraktor lantikan UKM ingin memasuki kawasan pemasangan
panel solar.

d) Pihak UKM perlu membuat laporan kerja sekiranya kerja


baikpulih dilakukan oleh kontraktor lantikan UKM dan
menyerahkan kepada pihak PV Hi Tech untuk proses
penyimpanan data.

2
ii. Jika terdapat sebarang kebocoran (Situasi 2),
a) PTJ bangunan terlibat membuat aduan kepada pihak Prasarana.
b) Pihak Prasarana mengenal pasti punca masalah.
- Jika kebocoran berlaku akibat dari kerja pemasangan
panel solar, pihak Prasarana membuat aduan kepada
pihak PV Hi Tech dengan kadar yang segera. PV Hi Tech
Solar
iii. Pihak PV Hi Tech menghantar kontraktor dan melakukan kerja-
kerja membaik pulih kebocoran bumbung.
- Pihak PV Hi Tech akan membuat laporan kerja setelah
selesai kerja-kerja membaikpulih kebocoran bumbung.

3
Prosedur Aduan Kebocoran

You might also like