Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ama Sebenar Kitab

Imam al-Bukhari telah memberi nama yang cukup istimewa bagi karya sahihnya
iaitu "‫"الجامع المسند الصحيح المختصر من أُمور رسول هللا صلى هللا عليه وسلّم وسننه وأيامه‬.
Walaubagaimanapun, karya ini terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari. 

Sebab Penulisan Sahih al-Bukhari
Terdapat dua sebab imam al-Bukhari menulis sahihnya sebagaimana yang
dinyatakan:

 Pertama: Guru beliau iaitu Ishak bin Rahawaih telah menyampaikan


hasratnya atau mencadangkan kepada muridnya agar menghimpunkan
hadith-hadith yang sahih, Maka, kata-kata itu sangat memberi kesan di
dalam hatiku.
 Kedua: Beliau (imam al-Bukhari) telah bermimpi bahawa beliau berdiri di
sisi rasulullah SAW serta dalam masa yang sama, beliau mengipas
rasulullah SAW. Setelah itu, beliau bertanya kepada penafsir mimpi
berkaitan mimpi beliau. Penafsir mimpi mengatakan bahawa beliau akan
menghalang pendustaan terhadap rasulullah SAW. Disebabkan itulah
yang membuatkan aku untuk menghasilkan karya ini.

Manhaj Imam al-Bukhari
 

Imam al-Bukhari telah memilih hadith-hadith yang sahih untuk dimuatkan di


dalam karya beliau ini. Akan tetapi, beliau tidak meletakkan ke semua hadith-
hadith yang sahih kerana khuatir ia akan menjadi panjang (terlampau banyak
hadith). Selain itu juga, imam al-Bukhari akan memilih hadith-hadith yang
bersesuaian dengan bab-bab yang terdapat di dalam sahihnya. Tambahan pula,
imam al-Bukhari terkenal dengan manhaj ikhtisar (memendekkan teks atau
matan hadith) iaitu beliau tidak mendatangkan matan hadith dengan penuh.

Jika melihat kepada nama sahih al-Bukhari, itu telah jelas menunjukkan manhaj
imam al-Bukhari dalam menghasilkan karya beliau ini. Antaranya, al-Jami’ iaitu
menghimpunkan, al-sahih iaitu hadith-hadith yang sahih, al-Musnad iaitu hadith-
hadith yang mempunyai sanad yang bersambung kepada rasulullah SAW dan
juga al-Mukhtasar iaitu memendekkan atau memotong matan hadith. Di samping
itu, imam al-Bukhari telah memilih daripada 100 ribu hadith yang sahih untuk
dimuatkan ke dalam karya beliau. Hal ini difahami melalui perkataan imam al-
Bukhari sendiri:
َ ‫ص ِحيْح َوأَعْ ِرفُ مِا َئ َتيْ أَ ْلف َح ِديْث َغيْر‬
 ‫ص ِحيْح‬ َ ‫ظ مِا َئ َة أَ ْلف َح ِديْث‬
ُ ‫أَحْ َف‬
Maksudnya: “Aku menghafal 100 ribu hadith yang sahih dan aku juga tahu 200 ribu hadith yang tidak sahih”

Cara-Cara Imam al-


Bukhari Menulis Hadith
Di Dalam Sahihnya
Imam al-Bukhari sendiri mengatakan bahawa beliau tidak akan menulis hadith di
dalam karyanya itu melainkan beliau akan membersihkan diri (mandi atau
berwudhuk) terlebih dahulu dan solat dua rakaat. Solatnya ini merupakan solat
istikharah memohon pertolongan kepada Allah SWT agar menerima amalannya
ini serta memberkatinya.

Tempat-Tempat Penulisan Kitab


Sahih al-Bukhari
 

Imam al-Bukhari menulis kitab atau karyanya ini di beberapa tempat dan bukan
di satu tempat sahaja. Hal ini diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar bahawa beliau
(imam al-Bukhari) mula menulis dan menyusun bab-bab di dalam sahihnya di
Masjid al-Haram. Kemudian, beliau mula mengtakhrij hadith-hadith di dalam
sahihnya di negerinya dan negeri-negeri yang lain. Disebabkan itu, sahih al-
Bukhari ini dihasilkan dalam tempoh 16 tahun sebagaimana dikhabarkan oleh
imam al-Bukhari sendiri.

Penyemakan Sahih al-Bukhari
 

Setelah imam al-Bukhari selesai menghasilkan karyanya, beliau tidak terhenti di


situ. Bahkan beliau meminta ulama’ besar hadith di zamannya untuk menilai dan
menyemak karyanya itu. Antara yang terlibat dalam menilai sahih al-Bukhari ini
ialah Ali bin al-Madini, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in dan ramai lagi.
Kesemua mereka bersaksi akan kesahihan hadith-hadith yang terdapat di dalam
sahih al-Bukhari ini melainkan empat buah hadith sahaja. Cara ini digunakan
juga oleh imam Malik bin Anas setelah beliau meminta 70 orang ulama’ di
zamannya untuk menilai karya Muwattha’nya.
Sebab-Sebab Sahih al-Bukhari Lebih U
tama Daripada Sahih Muslim
 

Terdapat beberapa sebab sahih al-Bukhari lebih utama daripada sahih Muslim,
antaranya:

 Syarat Imam al-Bukhari lebih ketat berbanding imam Muslim.


 Imam al-Bukhari mengsyaratkan hadith ‘An’anah mestilah bersambung
dan tidak terputus antara perawi.
 Hadith yang dipertikai di dalam sahih al-Bukhari adalah lebih sedikit
berbanding di dalam sahih imam Muslim.
 Ketokohan imam al-Bukhari lebih terserlah berbanding imam Muslim
dalam bidang hadith. Ini kerana, imam Muslim merupakan murid kepada
imam al-Bukhari.

Syarat-Syarat Imam al-Bukhari
Berikut adalah syarat-syarat hadith Sahih yang telah disepakati oleh para ulama’
adalah:

           Sanadnya bersambung.
       Perawinya perlulah seorang yang adil (tidak berdusta)
           Perawinya perlulah seorang yang sempura dhabitnya (ingatannya).
           Tidak syaz (riwayatnya tidak bercanggah dengan riwayat perawi yang
thiqah).
          Tidak ada ‘illah (kecacatan).

Imam al-Bukhari telah menambah satu syarat yang ketat iaitu mesti berlaku
pertemuan antara perawi (‫اء‬QQQQ‫وت اللق‬QQQQ‫)ثب‬, manakala imam Muslim hanya
mensyaratkan sezaman (‫ )المعاصرة‬kerana kemungkinan berlaku pertemuan antara
perawi-perawi kerana mereka sezaman.

Penyusunan Hadith-Hadith Di Dalam


Sahih al-Bukhari
Imam al-Bukhari menyusun hadith-hadith di dalam sahihnya mengikut kitab (tajuk
utama) dan setiap kitab itu mempunyai bab-bab tertentu. Di samping itu, kitab
yang pertama adalah permulaan wahyu dan diakhiri dengan kitab al-Tauhid.
Antara kitab atau tajuk utama lain yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari adalah
kitab al-Iman, kitab ilmu, kitab wudhuk, kitab mandi, kitab haidh, kitab
tayammum, kitab solat dan beberapa kitab atau tajuk lagi. Pada penyusunan
kitab dan bab inilah terserlah akan fiqh imam al-Bukhari, Disebabkan itu, para
ulama’ mengatakan fiqh imam al-Bukhari terletak pada terjemah bab-babnya. Ini
kerana, daripada situ para ulama’ dapat mengenalpasti akan pendapat-pendapat
imam al-Bukhari dalam permasalahan fiqh.

Jumlah Hadith Di Dalam Sahih al-
Bukhari
Berikut adalah jumlah hadith di dalam sahih al-Bukhari walaupun bilangannya
menjadi perselisihan oleh para ulama’ disebabkan sebahagian mereka
menjadikan menghimpunkan atau memisahkan bilangan hadith-hadith samada ia
adalah mutaba’at, mu’allaqat dan juga hadith-hadith yang berbeza riwayatnya.

 Menurut Imam Ibn Solah [Lihat: al-Hadith fi Ulum al-Qur’an wa al-Hadith,


197]:

 Jumlah hadith keseluruhannya: 7275


 Jumlah hadith yang tidak berulang: 4000

Menurut Imam al-Nawawi [Lihat: Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 73/1]:

        Jumlah hadith keseluruhannya: 7275


            Jumlah hadith yang tidak berulang: 4000

You might also like