Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ilmu keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.

Secara amnya beberapa aspek


menyebabkan seseorang itu cenderung menjadi usahawan seperti kebebasan, keuntungan,
kepuasan cara hidup, kepuasan kerja dan keperluan untuk mengawal. Keusahawanan juga
dilihat berupaya menjana peluang-peluang pekerjaan, menangani pengangguran dan
membasmi kemiskinan. Ini kerana, usahawan bukan sahaja bekerja untuk dirinya malah turut
menyediakan peluang pekerjaan untuk orang lain. Inovasi yang terhasil melalui
keusahawanan akan turut meningkatkan perkembangan penawaran dan kepelbagaian dalam
ekonomi.

Maklamat kerajaan adalah untuk meningkatkan dan memantapkan pembangunan


keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi, agar dapat melahirkan siswazah yang
mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan. Meningkatkan bilangan usahawan
dalam kalangan siswazah sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi
negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi,
dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran,
pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

Subjek ini juga telah membantu saya menguruskan kewangan dengan lebih teratur,
dan memberi tunjuk arah untuk menjadi usahawan berjaya kelak. Pengalaman saya
sepanjang kursus ini, saya banyak mendapat input baru dari eTutor, beliau juga sangat sedia
membantu semasa didalam forum online, juga aktiviti ulang kaji bersama rakan untuk
membincangkan task online.

Cadangan untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti kursus ini, pihak OUM
boleh menyediakan program pengukuhan keusahawanan dan infrastruktur serta persekitaran
yang kondusif kepada golongan pelajar yang benar-benar mempunyai minat dan keinginan
untuk menjadi seorang usahawan dan memberikan lebih banyak pendedahan praktikal dalam
bidang perniagaan serta penganjuran program, seminar dan ekspo keusahawanan perlu
diperbanyakkan dan dipertingkatkan di masa hadapan.

Kesimpulannya aktiviti keusahawanan merupakan pemangkin kepada pembangunan


ekonomi sesebuah negara. Di peringkat antarabangsa, keusahawanan adalah kunci utama
dalam mempromosikan pertumbuhan ekonomi dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan dan menjana pekerjaan. Oleh itu, kemajuan
ekonomi sesebuah Negara sering ditentukan, antara lainnya, oleh pemikiran keusahawanan,
kemahiran dan keupayaan rakyatnya.
(293 patah perkataan)

You might also like