Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tutorial PK

1. Mangsa rebah dan tidak bernafas

- Jika seseorang itu tidak responsif mahupun bernafas, hubungi 999 secepat
mungkin dan terus lakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR).

- Besar kemungkinan ini ialah serangan jantung (cardiac arrest), iaitu apabila jantung
berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Mangsa akan tidak sedarkan diri dan
rebah. Pernafasannya tidak teratur dan boleh berhenti.

- Untuk lakukan CPR, baringkan mangsa dan berlutut di sisi rusuknya. Tindankan
tapak tangan anda dan letakkannya di tengah-tengah dadanya (pastikan jari anda
menyelangi satu sama lain). Luruskan lengan dan tegakkan badan supaya bahu
anda berada betul-betul di atas tangan.

- Dengan menggunakan kekuatan berat badan, tekan dada mangsa sebanyak 2 ke


2.5 inci ke dalam. Ulang dengan kadar 100 ke 120 kali setiap minit. Ulangi hingga
bantuan profesional tiba.

2. Mangsa berdarah dengan banyak

- Jika seseorang itu kehilangan darah dengan banyak kerana tercedera, perkara
pertama anda perlu buat ialah untuk meletakkan tekanan pada luka supaya
pendarahan berhenti.
- Gunakan apa sahaja di sekeliling anda, seperti baju, selimut atau tuala dan
tekankan pada luka.

- Langkah seterusnya ialah untuk menghubungi talian kecemasan 999. Terus


kenakan tekanan pada bahagian luka sehingga bantuan kecemasan tiba.

3. Mangsa disyaki sakit jantung

- Tidak seperti serangan jantung, sakit jantung (heart attack) berlaku apabila salah
satu arteri koronari tersumbat. Otot jantung kemudiannya kekurangan darah yang
ada mengandungi oksigen. Jika dibiarkan, otot ini boleh mati.

- Tetapi seperti serangan jantung, sakit jantung boleh membawa maut jika tidak
dirawat. Sila hubungi 999 serta-merta. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan
mangsa duduk dan rasa selesa serta tenang.

4. Mangsa tercekik

- Orang yang tercekik akan memegang leher atau dadanya sambil tercungap-
cungap. Dia tidak akan boleh beritahu apa masalahnya, jadi anda perlu bertindak
dengan segera.
- Berdiri di belakang mangsa, bongkokkan badannya ke hadapan dan pukul di
antara tulang belikatnya dengan kuat sebanyak lima kali. Tujuannya ialah untuk
melonggarkan apa sahaja yang tersumbat dalam tekaknya.

- Jika teknik berkenaan tidak mujarab, anda perlu gunakan kaedah Heimlich
Manoeuvre.

- Lingkarkan tangan di sekeliling badan mangsa dari belakang. Dengan kuat, tarik ke
dalam pada bahagian abdomennya, iaitu di bawah tulang rusuk. Tekanan daripada
perbuatan ini boleh menolak objek yang tersangkut di saluran udara mangsa. Nota:
perlahankan tekanan jika mangsa ialah kanak-kanak.

- Hubungi 999 jika tiada perubahan yang berlaku. Sementara tunggu ambulans tiba,
terus lakukan dua teknik yang disebut tadi.

5. Mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas

- Jika seseorang pengsan, periksa jika mereka masih bernafas atau tidak.
Dongakkan kepalanya dan rasa jika ada udara yang keluar daripada hidung.

- Jika bernafas, gerakkan badannya supaya dia baring secara mengiring dan
dongakkan kepala untuk membuka saluran pernafasan. Pastikan juga tiada apa
yang tersekat. Hubungi 999.

You might also like