Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NOTA PKES 3053 PERTOLONGAN CEMAS

Nama : Kannan A/L Raguraman


Tarikh : 26 Ogos
Tajuk : Pencegahan kecedaraan

1. Keselamatan di air
 Ketahui atau ambil tahu tentang kawasan
 Gunakan pelampung
 Pastikan kanak-kanak berenang bersama dewasa
 Berenang secara kumpulan
 Ketahuilah kemampuan diri sendiri
 Belajari kemahiran pertolongan cemas
 Ketika menyelam berhati-hati
 Kerap minum air
 Ketika berenang elakkan makan atau minum
 Elakkan minum minuman beralkohal
 Jaga kebersihan tempat
 Ketahui setiap tanda di kawasan berenang

2. Keselamatan di rumah
 Pastikan mancis atau bahan pemetik api diletakkan di tempat
yang tinggi agar tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
 Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-sekurang 1 unit
alat pengesan asap.
 Pastikan pemegang periuk dan kuali diletakkan menghala ke
bahagian dalam agar kanak-kanak tidak boleh mencapainya.
 Peralatan rumah yang tajam hendaklah disimpan di tempat
yang selamat serta jauh daripada kanak-kanak.
 Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama
Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.
 Pastikan penyambungan wayar tidak dibiarkan berselerak
dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
 Selepas merokok, pastikan rokok tersebut dibuang jauh
daripada kanak-kanak.
 Semasa menggunakan lilin, pastikan ianya jauh daripada
bahan mudah terbakar contohnya selimut dan pastikan lilin
ditutup atau dihadang daripada tiupan angin.
 Sentiasa memeriksa keadaan dapur gas.
 Sediakan peralatan bantuan kecemasan (first aid) di rumah.
 Memasang penghadang bagi mengelakkan kanak-kanak
bermain di dapur.
 Alat penutup soket dipasang bagi mengelakkan kanak-kanak
daripada terkena kejutan elektrik.
 Perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk rumah yang ada
anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar
atau terjatuh.
 Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan
daripada tempat menyimpan makanan.
 Bawa kanak-kanak ke hospital jika berlaku kecederaan.

3. Keselamatan di jalan raya


 Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.
 Pakai dan ketatkan topi keledar.
 Jangan pandu laju dan awasi had laju.
 Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.
 Guna kerusi keselamatan kanak-kanak. 
 Jangan guna telefon bimbit semasa memandu. 
 Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.
4. Keselamatan di taman permainan
 Perhatikan tingkah -laku seperti bergaduh, tolak -menolak,
penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang
disediakan.
 Pastikan kanak -kanak berpakaian sesuai ketika berada di
taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan
pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan
 Elakkan anak -anak bermain jika alat permainan ada bucu
yang tajam atau bergerigi.
 Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.

You might also like