Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB,32600 BOTA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER

KAJIAN TINDAKAN

KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY


SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN YANG KONDUSIF
1.1. PENGENALAN
Pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak
mulia. Guru ialah individu yang amat penting dalam dunia pendidikan di samping
tempat dan prasarana sekolah yang sesuai.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasa dijalankan akan
menjadi lebih berkesan dan menggembirakan sekiranya teerdapat penggunaan
sumber secara teratur , jelas dan baik.

Pusat sumber sekolah boleh menyumbang ke arah pembinaan masyarakat


berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara
dan peranannya sebagai laluan intelektual dan pusat sumber maklumat

Justeru , saya juga mengkaji sejauhmana kewujudan Pusat Sumber SMKDARY


dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .

1.2..RASIONAL KAJIAN

Pusat Sumber ialah laluan intelektual dan nadi sekolah . Menyedari hakikat ini,
maka kajian ini dijalankan semata-mata untuk memberi panduan kepada guru-guru
dan para pelajar akan kepentingan Pusat Sumber SMKDARY sebagai pusat
maklumat sekolah.

Pusat Sumber ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi


memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran
asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat
berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Walau bagaimanapun peranan AJK dan kerjasama semua guru adalah penting
untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah.
1.2. PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang guru SMKDARY yang dipilih secara
rawak.

Keberkesanan Pusat Sumber Banyak dipengaruhi oleh komitmen AJK Pusat


Sumber dan pentadbir sekolah. Tanggapan bahawa Pusat Sumber sebagai satu bilik
atau tempat untuk menyimpan buku-buku perlu dikikis.

Guru dan pelajar perlu menyedari bahawa Pusat sumber ialah sebuah tempat
sumber maklumat dan bukanlah tempat untuk meninggalkan pelajar membuat kerja
sendiri.

Oleh itu, Pusat sumber haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya supaya Pusat
sumber benar-benar menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat yang selesa
serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 OBJEKTIF
\
1. Mengenalpasti kepentingan Pusat Sumber SMKDARY benar-benar
bermanfaat
2. Mengenalpasti hubungkait antara keselesaan Pusat Sumber SMKDARY
dengan kedatangan para pelajar ke Pusat Sumber.
3. Membuktikan bahawa pusat sumber yang lengkap dan selesa memainkan
peranan penting untuk menarik minat para pelajar ke pusat sumber

1.5. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang bpasti tentang


kepentingan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.Ianya juga untuk
melihat sejauh manakah peranan pusat sumber penting dalam menyumbang kea rah
peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan,

Berdasarkan kajian ini diharapkan pihak pentadbir, AJK pusat sumber, guru-guru
dan para pelajar dapat member sokongan dan terus memantapkan kewujudan pusat
sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.
1.6. BATASAN KAJIAN

Kajian dijalankan kepada 30 orang pelajar SMKDARY yang dipilih secara


rawak.
Pemilihan pelajar –pelajar yang menjadi tumpuan kajian ini dibuat
berdasarkan kepada beberapa sebab:

1. Pelajar tersebut ialah pelajar yang pernah mengunjungi pusat sumner


sama ada pada waktu pembelajaran atau pada waktu petang/.
2. Pelajar tersebut tahu bahawa pusat sumber mampu membantu meraka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Pelajar tersebut pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan
di pusat sumber.

1.7. HIPOTESIS KAJIAN

Puast Sumber SMKDARY boleh dan berpotensi menjadi pusat sumber maklumat
sekolah dan dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.

1.8. KAWASAN KAJIAN

`Tunpuan kajian ialah di Sekolah Menengah Dato’Abdul Rahman Yaakub, Bota.


Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan 100 m dari pecan Bota.Para pelajar dan
guru-gurunya semuanya berbangsa Melayu

1.9. POPULASI

Tumpuan kajian kepada pelajar-pelajar SMKDARY dari tingkatan 3 , 5 seramai


540 orang.

SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota ialah sebuah sekolah gred A dan
mempunyai pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 seramai 1425 orang
pelajar.Kesemua pelajarnya berbangsa Melayu.
2.0. PERSAMPELAN

Kajian ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima di
SMKDARY, Bota. Tumpuan kajian hanya kepada 30 orang pelajar yang dipilih secara
rawak mudah sebagai sampel bagi tujuan kajian ini.

2.1. CARA KAJIAN

Dalam kajian pelajar dipilih secara rawak dari tingkatan tiga dan lima seramai 30
orang.

Bagi setiap pelajar dibekalkan dengan set soalan mudah mengandungi 10 soalan
dan dikehendaki memberi jawapan yang sesuai mengenai dirinya.

Set soal selidik dalam bentuk Skala Liket mudah

2.2. DAPATAN KAJIAN

1. 50% pelajar sangat setuju dan 50% setuju menyatakan mereka selesa belajar
di bilik APD

InI membawa maksud bahawa 100% para pelajar setuju yang mereka selesa
belajar di bilik APD

2. 100% pelajar menyatakan bahawa bahan elektronikdapat menarik minat


mereka belajar
3. Didapati 100% pelajar kurang setuju dengan kenyataan , saya tidak tahu bilik
APD membantu saya dalam pelajaran.
4. Sebanyak 75 % sangat suka berada di pusat sumber dan tiada seorang pun
yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa 100% para pelajar suka berada di
pusat sumber.
5. Sebanyak 72% sangat setuju berada di pusat sumber membuat rujukan dan
28% yang setuju dan tiada pelajar yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa
100% para pelajar suka membuat rujukan di pusat sumber
6. 100% pelajar bersetuju bahawa berkunjung ke pusat sumber banyak
mendatangkan faedah dan dapat membantu mereka belajar.
3.0. PERBINCANGAN

Hasil daripada analisa data yang telah dibuat ,hipotesis kajian ini
terbukti kukuh dan signifikan bahawa pusat sumber memainkan peranan
penting sebagai pusat sumber maklumat SMKDARY.

Pusat Sumber SMKDARY juga berupaya membantu pencapaian


pelajar dalam peperiksaan awam.

3.1. RUMUSAN

Kesimpulannya dapatan kajian ini membuktikan bahawa terdapat


hubungkait yang bermakna antara pusat sumber SMKDARY dengan
peranannya sebagai pusat sumber maklumat . Hal ini menyokong hipotesis
kajian ini tentang peranan penting pusat sumber SMKDARY sebagai
pusat sumber maklumat dan nadi sekolah.

Walaupun kajian ini terbukti kukuh, peranannya boleh


dipertingkatkan lagi dengan adanya usaha berterusan dan bersungguh-
sungguh daripada pihak sekolah , AJK pusat sumber di samping sokongan
daripada ibu bapa dan masyarakat.

4.0. CADANGAN

a. Pentadbir Sekolah
a. Pihak pengurusan berusaha memberi sokongan dan dorongan kepada
guru-guru dan para pelajar supaya menggunakan segala kemudahan
yang ada di sekolah ini.
b. Pentadbir berusaha meningkatkan prasarana dan menjadikan seluruh
sekolah sebagai sumber maklumat.

b.Guru & AJK Pusat Sumber

a. Sentiasa berusaha menyediakan suasana dan bahan pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai dan terkini.
b. Perlu kreatif dan inovatif dan sentiasa berusaha mencari jalan supaya
PSS sentiasa hidup dan menepati perkembangan pendidikan.

Peranan sekolah menyediakan tempat yang kondusif dan selesa untuk


pembelajaran di samping sumber-sumber pembelajaran yang boleh menyumbang
ke arah pembelajaran sepanjang hayat memang tidak dapat disangkal lagi.Maka
tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh kakitangannya yang terdiri daripada
kalangan guru dan pekerjanya.

Kerajasama dan komitmen semua guru dan pekerja sangat penting untuk
menjadikan sekolah ini pusat sumber tercapai.Penggemblengan tenaga warga
sekolah merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan.
SMK DATO’ABDUL RAHMAN YAAKUB
32600 BOTA,PERAK

PENGURUSAN SUMBER

BILIK APD

Skala : 1 – kurang setuju 2 – setuju 3 – sangat setuju

Bulatkan jawapan pilihan anda

1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik APD 1 2 3

2. Saya lebih suka belajar di dalam kelas berbanding bilik APD 1 2 3

3. Bahan elektronik tidak menarik minat saya untuk belajar 1 2 3

4. Saya suka jika guru menggunakan ABM sewaktu di bilik APD 1 2 3

5. Saya tidak tahu bilik APD membantu saya dalam pelajaran 1 2 3

6. Cadangan saya
_________________________________________________________________

PERPUSTAKAAN

1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik APD 1 2 3

2. Saya lebih suka ke perpustakaan untuk membuat rujukan 1 2 3

3. Berkunjung ke pusat sumber tidak mendatangkan faedah 1 2 3


Kepada saya

4. Bahan bacaan di perpustakaan tidak dapat membantu 1 2 3


saya belajar

5. Saya hanya akan ke perpustakaan jika terpaksa 1 2 3


6. Cadangan saya
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Terima kasih kerana menjawab dengan jujur


.

You might also like