Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Khat riq’ah ialah sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki

pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk
menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan
kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah bermaksud cebisan kertas yang
ditulis. Ia berkembang daripada khat nasakh dan thuluth tetapi
perkembangannya dalam bentuk yang agak berlainan daripada keduanya, Ia
lebih mudah. Biasanya ditulis dengan saiz yang kecil. Bentuk alifnya pendek
dan tiada kepala (Tarwisah) seperti thuluth.

Khat riq’ah merupakan salah satu khat yang begitu digemari oleh penulis
khat ketika zaman Othmaniah dan melalui banyak penambahbaikan
oleh Shaikh Hamdullah al-Amasi. Kemudian selepas itu berlaku lagi beberapa
perubahan oleh penulis khat lain sehinggalah ia menjadi popular, digemari dan
paling banyak digunakan. Di hari ini, riq’ah adalah pilihan tulisan tangan oleh
Masyarakat arab

Ciri-ciri tulisan ini ialah bentuk hurufnya bersaiz kecil, lebih cepat dan
mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini
dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa
langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-
murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat
menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-
tajuk besar dalam akhbar.

You might also like