L1 - Pertandingan Fotografi Telefon Pintar PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

GARIS PANDUAN

PERTANDINGAN FOTOGRAFI TELEFON PINTAR MARI MEMBACA


BERSEMPENA DENGAN KEMPEN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada peserta untuk menyertai
Pertandingan Fotografi Telefon Pintar Mari Membaca bersempena dengan kempen
Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) bagi tahun 2020.

2.0 OBJEKTIF
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk:
2.1 Menjadikan budaya membaca sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan;
2.2 Mengasah kreativiti peserta; dan
2.3 Memupuk minat dan budaya membaca serta menyemarakkan semangat
membaca.

3.0 SYARAT PENYERTAAN

3.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali urus setia


pertandingan dan ahli keluarga panel juri.
3.2 Gambar fotografi hendaklah diambil menggunakan telefon pintar dan
mengikut tema, iaitu “Mari Membaca”.

3.3 Setiap gambar perlu disertakan slogan paling kreatif, iaitu “Budaya membaca
menjadikan...” dengan jumlah perkataan tidak melebihi 15 patah perkataan.

3.4 Peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.


3.5 Peserta perlu menghantar gambar secara individu ataupun berkumpulan.
Jumlah orang yang muncul di dalam gambar adalah tidak terhad.
3.6 Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada semua orang yang muncul
di dalam gambar yang dikemukakan bagi membolehkan gambar tersebut
digunakan oleh pihak DBP tanpa sekatan.
3.7 Gambar yang dihasilkan mestilah karya asli peserta. Sebarang karya plagiat,
atau karya yang pernah disiarkan di pelbagai penerbitan cetak atau digital dan
pernah dipertandingkan akan terbatal secara automatik.
3.8 Gambar hendaklah tidak menyentuh unsur sensitiviti, subversif dan negatif
mana-mana pihak.
3.9 Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik urus setia.
3.10 Suntingan atau ubah suai minima seperti pengubahsuaian pencahayaan,
kontras, ketajaman terhadap foto dibenarkan. Namun begitu, teknik cantuman
gambar (collage technique), tindih (super impose) dan manipulasi gambar
adalah tidak dibenarkan.
3.11 Peserta mestilah bersedia untuk menandatangani dokumen pengesahan
keaslian gambar yang dikirim. Urus setia berhak meminta sebarang
keterangan lanjut berhubung dengan gambar tersebut.
3.12 Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat tidak akan
dipertimbangkan.
3.13 Sebarang pindaan tertakluk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.14 Tarikh tutup pertandingan adalah pada 22 November 2020 (Ahad).
3.15 Peserta hendaklah menghantar salinan lembut (softcopy) gambar dalam
format JPEG berserta borang penyertaan melalui e-mel:
ensiklopediadbp@gmail.com.
3.16 Urus setia pertandingan yang boleh dihubungi ialah Encik Hasanul Isyraf bin
Mohammad melalui telefon 03-2147 9316/017-3866824 atau menerusi e-mel,
hisraf@dbp.gov.my.

4.0 HADIAH
Hadiah yang ditawarkan seperti yang berikut:

Pertama : Wang tunai RM700.00 dan Sijil Penghargaan


Kedua : Wang tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan
Ketiga : Wang tunai RM300.00 dan Sijil Penghargaan
5 Hadiah Sagu Hati : Wang tunai RM150.00 dan Sijil Penghargaan

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini akan dinilai berdasarkan gambar yang paling kreatif dengan
slogan yang terbaik.
5.2 Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada
tema, kreativiti dan slogan terbaik, bukan pada kemampuan merakam foto
secara profesional. Namun demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam
pemarkahan.
5.3 Hakim yang dilantik bersesuaian dengan tema pertandingan. Keputusan
panel hakim adalah muktamad, segala bentuk rayuan dan bantahan sama
ada dalam bentuk lisan atau bentuk penulisan tidak akan dilayan. Catatan
pemarkahan oleh panel hakim adalah SULIT dan RAHSIA.
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI TELEFON PINTAR MARI MEMBACA
BERSEMPENA DENGAN KEMPEN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

MAKLUMAT PESERTA

NAMA :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON BIMBIT DAN PEJABAT :

ALAMAT E-MEL :

ALAMAT PEJABAT/RUMAH :

SLOGAN (Budaya membaca menjadikan ….. tidak melebihi 15 patah perkataan)

(Sila gunakan lampiran berasingan sekiranya ruang ini Model telefon yang digunakan:
tidak mencukupi)
AKUAN PENGESAHAN KEGUNAAN URUS SETIA

Dengan ini, saya mengaku bahawa segala Tarikh Terima :


maklumat di atas adalah benar dan bersetuju Tandatangan Penerima:
dengan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan
Nama Pegawai :
oleh DBP. Saya juga mengesahkan bahawa
gambar yang dikemukakan ialah hasil karya asli Jawatan :
saya sendiri, tidak pernah disiarkan secara digital /(Cap Rasmi)
atau bercetak dan tidak pernah dipertandingkan
serta telah mendapatkan kebenaran daripada
semua orang yang muncul di dalam gambar.

TANDATANGAN: Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada urus setia


pertandingan melalui talian telefon dan e-mel:

Encik Hasanul Isyraf bin Mohammad


03-2147 9316/017-3866824
TARIKH:
hisraf@dbp.gov.my
Mustahak: Borang penyertaan dan gambar hendaklah dihantar kepada urus setia melalui alamat e-
mel: ensiklopediadbp@gmail.com selewat-lewatnya pada 22 November 2020 (Ahad).

You might also like