Edup3043 - KK3 - Pai4 - Nur Adzlin BT Abdullah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………….…..………………1

2.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH YANG SESUAI…………...……………

3.0 KEBERKESANAN MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH

3.1 Mendapatkan Perhatian……………………………………………………..………….2

3.2 Mencabar Kuasa…………………………………………………………………...….2-3

3.3 Membalas Dendam……………………………………………………………………...3

3.4 Mempamerkan Kekurangan………………………………………………………….3-4

4.0 PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG EFEKTIF SECARA KREATIF DAN

INOVATIF

4.1 Pengajaran Dan Pembelajaran………………………………………………………...4

4.2 Pencegahan Atau Intervensi Guru……………………………………………….….4-5

4.3 Hubungan Guru Dengan Murid………………………………………………………...6

4.4 Pengurusan Disiplin…………………………………………………………..……….6-

4.5 Persekitaran Fizikal……………………………………………………………………...7

5.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………...……….8-9
1.0 PENGENALAN

Pelajar merupakan tulang belakang bagi pendidikan negara. Sejak akhir-akhir ini,
gejala sosial yang melanda remaja pelajar semakin membimbangkan. Masalah tingkah
laku pelajar semakin meningkat dari semasa ke semasa. Saban hari dipaparkan
pelbagai cerita tentang tingkah laku mereka tidak mengira peringkat umur sama. Fasa
remaja merupakan fasa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik (Hall,
1904). Persekitaran amat memberi impak yang besar terhadap tumbesaran mereka
terutamanya keluarga. Keluarga sangat mempengaruhi dalam membentuk personaliti
mereka sejak kecil, serta tingkah laku, sikap dan pemikiran semasa menuju ke alam.
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah tingkah laku
mereka dan membentuk personaliti yang positif serta berdisiplin semasa perkembangan
mereka. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa model disiplin yang diperkenalkan
oleh ahli-ahli psikologi barat yang terdahulu kepada pendidik dalam menangani disiplin
dan masalah tingkah laku mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH YANG SESUAI

Merujuk kepada lampiran A, kandungan tersebut menceritakan serba sedikit tentang


kisah seorang pelajar perempuan yang bernama Rina. Rina mempunyai masalah disiplin
yang tinggi di sekolah. Tambahan pula, dia juga mempunyai masalah keluarga yang
rumit. Oleh itu, perkara ini telah sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah tingkah
laku Rina semasa di sekolah. Berdasarkan kepada model pengurusan disiplin bilik
darjah yang diperkenalkan, antara model yang sesuai digunakan oleh guru dalam
menangani masalah Rina ini ialah Model Dsiiplin Akibat Logikal.

Model Disiplin Akibat Logikal telah diasaskan oleh Rudolf Dreikurs. Beliau sangat
berminat dalam Kaunseling Keluarga dan Kanak-kanak seterusnya mendorongnya untuk
mengkaji salah laku dan disiplin kanak-kanak. Menurut Dreikurs, tingkah laku
bermasalah bermotifkan kepada beberapa sebab. Antaranya ialah, mendapatkan
perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam serta mempamerkan kekurangan.
Sebab-sebab yang berikut menepati ciri-ciri masalah salah laku Rina berlatarkan
masalah keluarga yang dihadapinya.

1
3.0 KEBERKESANAN MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH

3.1 Mendapatkan perhatian

Perbuatan Rina jelas sekali menampakkan dia ingin mendapatkan perhatian


guru tetapi dengan cara yang salah. Sesetengah murid cuba untuk mendapatkan
perhatian dengan mengundang kemarahan guru (Haliza dan Samuel, 2009).
Buktinya, dia mengganggu dan bergaduh di sekolah terutamanya dengan rakan-
rakannya di dalam bilik darjah. Mengikut kepada model ini, guru haruslah
meminimumkan taraf perhatian kepada salah laku Rina dan lebih memfokuskan
tentang kebaikan yang Rina lakukan. Sebagai contoh, memuji Rina kerana hadir
ke sekolah atau berjaya menyiapkan tugasan kerja sekolah. Hal ini secara tidak
langsung memberi suatu kesedaran kepada Rina bahawa perlakuan yang baik
lebih mendapat perhatian daripada guru.

Oleh itu, guru haruslah mengalihkan perhatian murid berkenaan kepada


tingkah laku yang positif. Tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh
diubah (Stone, 2007). Penghargaan yang diberi kepada Rina menjadikan dia
lebih cenderung untuk melakukan kebaikan daripada terus terlibat dengan
masalah tingkah laku. Selain itu, ia juga dapat memberi peneguhan yang positif
terhadap kebaikan yang Rina lakukan. Peneguhan positif meningkatkan
berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu
(Rahil Mahyuddin, 2002).

3.2 Mencabar kuasa

Guru berhak untuk mengekalkan disiplin pelajar baik di kelas mahupun di


sekolah. Rina yang tidak memberi kerjasama dalam membentuk disiplin yang
baik seolah-olah mencabar kewibaan guru. Rina sering lewat ke sekolah,
ponteng sekolah, ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah
(vandalisme). Namun begitu, guru haruslah mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif. Hal ini supaya tidak mengganggu pelajar lain semasa
proses pdp berlangsung.

2
Selain itu juga, guru perlu bertenang dan tangani masalah dengan
menunjukkan sifat prihatin. Guru haruslah bersemuka dengan Rina secara
individu untuk mengenal pasti punca kelakuannya. Hubungan yang berkualiti
dapat menyumbang kepada perkembangan emosi pelajar dengan baik dan
membina sikap yang positif (Wentzel, K. R., 2009). Perbincangan yang berlaku
antara guru dan Rina haruslah penuh dengan percakapan yang baik serta jauh
daripada emosi yang negatif. Hal ini dapat membantu Rina untuk meluahkan
perasaan dan masalah yang dihadapi. Rentetan daripada itu, hubungan baik
dapat dijalinkan antara Rina dan gurunya. Guru yang paling berkesan adalah
guru yang paling mudah didekati oleh semua pelajarnya (Mohd Sahandri Gani et
al, 2010).

3.3 Membalas dendam

Gaya kepimpinan autokratik banyak memberi arahan dan semua keputusan


hanya dibuat oleh dirinya seorang tanpa memikirkan pendapat orang lain. Guru
yang bersifat autokratik sedikit sebanyak menyumbang kepada murid untuk
membalas dendam. Hal ini dapat dibuktikan dengan kelakuan Rina yang
menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok dengan suara yang nyaring
ketika berinteraksi dengan rakan-rakan sekelasnya. Perkara ini telah
menimbulkan pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan. Hal ini
menunjukkan bahawa Rina membalas dendam dengan berkelakuan kasar
terhadap rakannya dan tidak mempedulikan perasaan mereka dan orang di
sekeliling.

Dalam menangani isu ini, guru perlu bersifat demokratik. Guru yang bersifat
demokratik mengambil kira semua penglibatan murid termasuk Rina dalam suatu
perbincangan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Penglibatan semua ahli
termasuk Rina sendiri dapat menjamin operasi organisasi berjalan dengan lancar
dan berdaya maju (Ainon, 2003). Oleh itu, Rina tidak akan rasa dipinggirkan,
malah berasa menjadi antara ahli penting di dalam kelas. Guru sebagai ketua di
dalam bilik darjah merupakan faktor yang signifikan dalam memberi kesan
kepada pembentukan sahsiah pelajar (Rohani Arbaa et. al, 2010). Perbincangan
yang baik antara ahli kelas dan guru mampu untuk mewujudkan suasana yang
lebih harmoni baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran mahupun di
luar kelas.

3
3.4 Mempamerkan kekurangan

Apabila murid gagal mendapatkan perhatian dan kewujudannya tidak


disedari, mereka cenderung untuk mempamerkan kekurangan. Mereka lebih
suka memencilkan diri sendiri dan dan berada di dunia sendiri. Hal ini dapat
dilihat kepada tingkah laku Rina apabila dia akan keluar melepak di luar hingga
lewat malam bersama rakan-rakan yang sama dengannya dan akan pulang ke
rumah sebelum ibu dan bapa tirinya pulang. Rina kelihatan sibuk dalam mengisi
masanya dengan perkara yang tidak berfaedah dan di luar linkungan
pembelajaran.

Oleh itu guru berperanan dalam membentuk Rina untuk cenderung kepada
perihal sekolah dan akademik. Guru haruslah menarik perhatian Rina secara
perlahan-lahan di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab, perlulah mengenal pasti minat pelajar terutamanya yang
mengalami masalah disiplin seperti Rina. Dalam usaha memotivasikan Rina
untuk mencapai prestasi terbaik, guru perlu menggunakan sumber yang terhad
dengan keberkesanan yang maksimum untuk memenuhi minat personal
seseorang itu (Zamani dan Talatapeh, 2014). Galakan seseorang guru terhadap
minat murid dapat memberi motivasi yang tinggi untuk mereka
memperkembangkan lagi minat serta meningkatkan prestasi.

4.0 PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG EFEKTIF SECARA KREATIF DAN
INOVATIF

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru adalah menjadi satu keutamaan
untuk menguruskan bilik darjah secara berkesan agar dapat mencipta persekitaran yang
kondusif untuk menjayakan pdp. Terdapat beberapa komponen yang harus
dititikberatkan untuk mencipta pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif
dan inovatif mengikut aspek rancang, susun dan praktis. Antara komponen yang terlibat
ialah komponen pengajaran dan pembelajaran, pencegahan dan intervensi guru,
hubungan guru dan murid, pengurusan disiplin serta persekitaran fizikal.

4.1 Pengajaran dan pembelajaran

Komponen ini melibatkan pengetahuan sedia ada murid, pendekatan dan


strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan rancangan mengajar. Sebagai

4
contoh, guru perlulah berkemahiran dalam merancang pengajaran dengan
melakukan aktiviti yang sesuai selari dengan perkembangan murid. Set induksi
merupakan salah satu elemen yang perlu guru terapkan dalam rancangan
mengajar untuk menarik perhatian serta meransang minat murid terhadap topik
yang ingin dipelajari. Jadi, guru dapat mengalih perhatian murid yang bermasalah
daripada bermain di dalam kelas untuk lebih fokus kepada pengajaran.
Gabungan persediaan rapi serta inovasi dalam penyediaan rancangan
pengajaran harian dan kemahiran guru menjadi agen penyumbang kepada
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2007).

Selain itu, guru perlulah memberi maklum balas kepada murid mengikut
kesesuaian masa dan keadaan. Contohnya, guru menyediakan ganjaran dan
menyatakan penghargaan kepada murid apabila mereka melakukan perkara
yang positif. Hal ini dapat memberi peneguhan kepada murid untuk terus
bermotivasi melakukan kebaikan dan meninggalkan masalah disiplin yang
pernah dia lakukan. Motivasi perlu diberikan kepada pelajar secara berterusan
sekurang-kurangnya satu ayat dan perkataan tersebut meresap ke dalam hati
para pelajar (Khuzaimah, 2013)

4.2 Pencegahan atau intervensi guru

Komponen ini melibatkan pencegahan menangani masalah tingkah laku


melalui corak intervensi guru. Intervensi bermaksud proses menolong secara
sistematik berdasarkan falsafah, nilai, etika dan kemahiran-kemahiran tertentu
(Ezarina 2006) antaranya yang melibatkan teknik modifikasi tingkah laku serta
bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang guru haruslah melatih murid
menguasai rutin dan amalan dalam bilik darjah bermula daripada selepas
perhimpunan pagi hingga loceng berbunyi menamatkan sekolah berakhir.

Oleh itu, guru berperanan dalam memberi intervensi tentang tatacara di


dalam kelas. Guru boleh memberi tugas kepada murid untuk menghias kelas dan
memasukkan elemen peraturan serta tampal sebagai notis di belakang kelas. Hal
ini membantu murid untuk ingat akan peraturan yang ditetapkan. Murid perlu
mengetahui peraturan dalam melakukan apa-apa aktiviti semasa proses pdp
berlangsung. Pengetahuan awal dapat membantu melicinkan proses pdp serta
menjadikannya lebih berstruktur. Guru juga mampu melaksanakan aktiviti

5
pengajaran dengan kemas dan teratur. Bagi meningkatkan motivasi mereka
dalam mengikut peraturan serta tatacara di dalam kelas, guru boleh berikan
ganjaran kepada murid yang berdisiplin dalam memenuhi peraturan yang
ditampal di belakang kelas. Hal ini menjadikan murid lebih beretika semasa
pengajaran guru dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti semasa
proses mengajar.

4.3 Hubungan guru dan murid

Komponen ini memfokuskan tentang strategi membentuk corak komunikasi


dan interaksi yang berkesan antara guru dan murid dalam membina hubungan
yang positif. Kemahiran interpersonal adalah elemen bagi menjadi guru yang
professional (Nur Hafizoh dan Rohana, 2013). Guru perlu menanam kemahiran
mendengar yang baik dalam diri. Kemahiran mendengar sangat penting untuk
mengetahui dan mengenal pasti punca masalah yang pelajar yang terlibat
dengan masalah disiplin.

Apabila diberi peluang, guru perlulah berjumpa dengan murid yang


bermasalah dan melaksanakan interaksi dari hati ke hati. Guru perlulah memberi
ruang kepada mereka untuk meluahkan perasaan. Hal ini dapat membina
kepercayaan murid terhadap guru. Selain itu dapat meringankan beban mereka
dalam menghadapi masalah terutama masalah keluarga yang berlaku di rumah.
Oleh itu, komponen hubungan guru dan murid yang berkesan akan
meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah yang efektif.

4.4 Pengurusan disiplin

Komponen ini menunjukkan bagaimana guru mengawasi tingkah laku


masalah murid serta menentukan corak pengurusan disiplin yang sesuai dengan
kelakuan mereka. Antara aspek yang terlibat dalam pengurusan disiplin ialah
jenis kepimpinan guru dan model pengurusan disiplin yang digunakan. Sebagai
seorang guru haruslah menerapkan diri dengan gaya kepimpinan yang memberi
manfaat baik kepada dirinya mahupun pelajar terutama semasa sesi pdp sedang
berlangsung. Sebagai contoh, guru mengamalkan sikap demokratik, iaitu
mengambil peranan semua murid bergiat aktif di dalam kelas. Guru juga harus

6
tidak memihak kepada sesiapa dan berlaku adil terhadap semua pelajar yang
terlibat dengan salah laku pelajar.

Terdapat beberapa model pengurusan disiplin yang diperkenalkan iaitu Model


Disiplin Asertif, Model Akibat Logikal, Model Pengurusan Kelompok dan lain-lain
lagi. Guru boleh menggunakan model-model ini sebagai panduan dalam
menguruskan tingkah laku pelajar menggunakan pendekatan dan kaedah yang
berbeza mengikut kesesuaian seseorang individu. Sebagai contoh, perbezaan
yang dapat dilihat dalam Model Asertif ialah guru lebih bersifat tegas dalam
menyatakan hasrat terhadap pelajar berbanding dengan Model Akibat Logikal
yang menggunakan pendekatan dari segi emosi pelajar.

4.5 Persekitaran fizikal

Komponen ini menjelaskan bagaimana guru mewujudkan senario iklim yang


selamat, ceria dan selesa. Guru digalakkan untuk menyusun kedudukan murid
mengikut kepada gaya pembelajaran abad ke-21, iaitu pelan susunan
berpusatkan murid. Pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni
dan etika. Melalui elemen ini, pelajar berupaya untuk mewujudkan suasana
psikososial yang positif di mana mereka akan saling bekerjasama dalam
menjalankan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Rentetan daripada itu,
hubungan sesama mereka akan lebih akrab dan berlaku sifar pergaduhan.

Susunan pelan kedudukan gaya pembelajaran abad ke-21 juga berupaya


menerapkan kolaborasi dan komunikasi dua hala yang berkesan antara ahli
kelas semasa aktiviti berkumpulan (Norazlin dan Siti, 2019). Selain itu, guru juga
perlu menitikberatkan tentang kelengkapan peralatan di dalam kelas seperti
penyapu, pemadam papan putih dan sebagainya. Guru perlu mengurangkan
ancaman kepada skala minimum dengan memastikan tiada alat alat tajam
seperti pisau di dalam kelas. Hal ini supaya tidak akan berlaku sebarang
kecederaan atau kemalangan kecil.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang menjadi asbab berlakunya masalah


tingkah laku dalam kalangan pelajar. Perhatian yang tinggi dan penghargaan perlu

7
diberikan kepada mereka terutamanya ketika fasa perkembangan untuk tumbesaran
yang sihat dari segi fizikal dan emosi. Masyarakat hari ini sedang dilanda kebingungan
dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan pelajar. Oleh itu, semua pihak
haruslah menggalas tanggungjawab ini terutamanya ibu bapa dan guru untuk
membentuk pelajar kearah kecemerlangan prestasi dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

(2002 patah perkataan)

RUJUKAN

Ainon Mohd. (2003). Teori dan teknik kepimpinan: Panduan aplikasi di tempat kerja.
Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ezarina Zakaria. (2006). Prinsip kerja sosial. Dalam Khidmat Sosial Malaysia, disunting
oleh Faizah Yunus Penerbit Universiti Malaya.

Hall, G.S. (1904). Adolescence. (2 vols). New York: Appleton.

Haliza Hamzah dan Samuel, Joy N. (2009). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Siri Pendidikan Perguruan Edisi Kedua. Kumpulan
Budiman. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2007). Laporan pelaksanaan projek rintis: Project


based- learningBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur:
Bahagian Teknologi Pendidikan.

Khuzaimah Sulaiman (2013]. Serlahkan Aura Guru Super. Kuala Lumpur: PTS
Professional Sdn.Bhd.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, Shaffe Mohd Daud (2010]. Karakter Guru
Ilmu
Diagung Guru Disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.

Norazlin Muhd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic

8
Civilization and Technology Management.

Nur Hafizoh Idris dan Rohana Hamzah. (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru
Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM]. Jurnal Teknologi, Jil. 60,31-
37,2013.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010]. Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2]
(2010]:61-69.

Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma
Publications

Stone. (2007). The Effects of Token Economy System to Improve social and academic
behaviour with a primary aged child with disabilities. International Journal of Special
Education, 6(2), 15-23.

Wentzel, K. R. (2009)., Student's Relationship with Teachers as Motivational Context in


Wentzel, K. R. & Wigfield, A. Handbook of Motivation, (pp. 301-322). New York and
London: Routledge Taylor & Francis Group.

Zamani, A., and Talatapeh, M. B. B. (2014). Discussion of the motivation in the islamic
and non-islamic worlds. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences,
4(4), 68–73.

You might also like