Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.

3]

More amoy815@gmail.com Dashboard Sign Out

TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS


PISMP Pend Khas Masalah Pembelajaran Amb Jan 2010 IPG Ilmu Khas [Semester 5 2012 - Terapi Dalam Pend Khas PKU 3109]

Saturday, 14 April 2012

Blog Archive PENGIKUT


Terapi Muzik [G 5.3]
▼ 2012 (21) Pengenalan Followers (21)

► October (1)
▼ Apri (20) Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu
Terap Car Kerj
[G 5.3] teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil
kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
Terap M zi [G
5.3] berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terap Sen [G5.3]
TERAPI Definisi:
MULTISENSOR Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned,
I (G5.4)
goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients
TERAPI specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing,
MULTISENSOR playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially
I (G5.4)
trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or
TERAPI PASIR behaviours”.
Terap
Pertutura (G
5.4) “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching”
menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk
Terap
Pertutura (G mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
5.4)
Pelaksanaa Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada
Terap
alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa
Multisensor
Melalu Pelbaga dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai
J... bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia
TERAPI HERBA mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang
(G5.7) tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 1/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Terap Arom
Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama’
Terap Mai
bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19)
Terap Floor m yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa
TERAPI FISIO berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Menurut al-Ghazali dalam ayat yang
(G5.7) berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.
TERAPI HIDRO
Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan
Ap it terap dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."
pertutura ??
Kamarudi H
Imam al-Ghazali berpandangan: “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al
Husi (19...
Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan
TERAPI HAIWAN permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan
(G 5.6)
zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah
TERAPI HAIWAN halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan
HIDRO DAN
kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit
PERGERAKAN
KREATIF dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk
sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.
TERAPI OZON
(G5.7)
Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di
Terap Herb antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The
Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta
Melodi). Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori
muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The
SEM 5 AMBILAN Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew
JAN 2010 dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.
MASALAH
PEMBELAJARAN Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya
seperti lute yang berasal daripada al-‘ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada
SENSE OF SIXTH naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).
NOTA TERAPI DALAM
PENDIDIKAN KHAS -
*Terap Dala Pendidika Kajian-Kajian Lepas:
Kha PKB 3109* *De nis
terap * • Rawata pemuliha
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk
k ata pesaki yan perna
menghidap sebaran mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
penyaki ata mengalam Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah kini
ses ... terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan
8 year ag
kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan,
penyakit kanser, juga AIDS.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 2/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Jenis Peralatan Muzik

Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

1. Muzik Tradisional
· Dipalu -loceng, gong, kompang.
· Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.
· Ditiup -serunai, seruling,nafiri.
Digoncang -angklung.

2. Muzik Barat
· Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
· Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.
· Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

3. Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik

Memperkenalkan alat muzik.

Demonstrasi

Warming up.

Teknik bermain dengan betul.

Postur badan yang betul

Menyembunyikan corak/pola ritma.

Memainkan pola/corak ritma.

Bermain ikut giliran.

Membuat gerakan yang sesuai

Bermain secara keseluruhan.

Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan

Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.

Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.

Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.

Muzik memberi interaksi antara sesama individu.

Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 3/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.

Muzik merupakan sumber epada keseronokan.

Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan
neurogikal.

Matlamat Terapi Muzik

i) memulihkan kekuatan fizikal


ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran

Objektif terapi

· Pengurusan T/L
· Tingkatkn penglahiran perasaan
· Tingkatkan harga diri
· Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
· Kembangkan emosi
· Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
· Latih pertuturan

Aktiviti terapi muzik

· Membuat pergerakan mengikut lagu


· Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
· Bermain berlatar belakangkan muzik
· Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
· Latihan praktikal guna alat bunyian

Teknik Terapi Muzik

Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi
membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik
muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 4/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza.
Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala
muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang
merangsang pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke
dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita
akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk
merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.

Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan ini
mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik
untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis
kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.

KEBAIKAN TERAPI MUZIK


Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:

1. Murid Terencat Akal

Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.

Meningkatkan kemahiran akademik.

Meningkatkan kemahiran psikomotor.

Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.

Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.

Meningkatkan kemahiran berseronok.

2. Murid Bermasalah Pembelajaran

Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.

Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.

Meningkatkan kemahiran akedemik

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Meningkatkan kemahiran bermuzik.

Meningkatkan kemahiran berseronok.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 5/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

3. Murid Bermasalah Kesihatan

Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.

Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot

Intervensi menguatkan otot.

Intervensi mengawal pergerakan fizikal.

Menyediakan pengalaman berkomunikasi.

Meningkatkan penghargaan diri.

Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.

4. Murid Bermasalah Komunikasi

Meningkatkan kemahiran pernafasan.

Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.

Meningkatkan kemahiran artikulasi.

Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.

Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.

Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.

Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

5. Murid Autistik

Menghasilkan komunikasi.

Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.

Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.

Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.

Meningkatkan kemahiran kognitif.

6. Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa
muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional,
jenaka dan berpendidikan.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 6/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang
berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses
maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang
paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang
disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati
rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah
dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa
yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu
atau beberapa bulan.

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu,
terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien
(pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka
sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu,
klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan
menyelesaikan konflik mereka.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi
fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini
digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.

Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara
lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu
ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau
migrain.

Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang
hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah
pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di mana secara tidak
langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya
tahan badan.

KEKURANGAN TERAPI MUZIK

Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya
keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang
digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 7/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai
kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses
rawatannya di mana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah
ditetapkan oleh kaunselor.

Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling
berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya
ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien
memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung
kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk
diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan
untuk klien.

Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan
yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan.
Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi
jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh
klien.

Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi muzik
sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak
berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang
tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan
sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi
dijalankan.

Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling
dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada
muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin
menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik
dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan
mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila
terlalu bergantung kepada muzik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK

Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah memainkan
peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses
pemulihan dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh
klien. Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien
dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 8/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah dihadapi oleh klien
ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di mana ia adalah terapi muzik yang paling berkesan
mengurangkan tekanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini
memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya yang
dialami oleh klien. Di samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga didedahkan dengan proses
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya kaunselor Islam mempraktikkan terapi ini dalam sesi
kaunselingnya.

Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan tempat atau ruang yang
sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien. Tempat bagi
melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu klien untuk
menghilangkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien
menghilangkan kecelaruan, konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa sesi terapi muzik
dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan
terapi muzik dilaksanakan.

Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintegrasikan muzik dengan terapi yang lain
contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui proses integrasi terapi ini di dalam sesi
kaunseling, proses penyembuhan tekanan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Integrasi terapi ini
sangat penting dilakukan di mana proses pengintegrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana terapi ini
boleh dilakukan pada hari yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi muzik dijalankan, klien akan
didedahkan supaya menggunakan terapi seni dalam menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka ada
melalui lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

Di samping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakan bengkel-bengkel terapi muzik untuk kesedaran
umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan seharian mereka jika mereka mempunyai masalah
dan tekanan yang tidak dapat disalurkan melalui alternatif lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi
muzik ini, ia akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik bukan sahaja untuk
orang yang bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan melalui proses terapi muzik.

Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor hendaklah memberi
rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia
mampu membuat minda klien berfikir dan menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik
yang bersesuaian. Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting
dalam memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan yang sesuai sebagai pilihan
mereka justeru itu klien dapat menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.

Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah lagu dimana melalui
aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami
oleh klien. Apabila klien melakukan aktiviti ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 9/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

hadapi melalui lagu dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan tekanan
yang mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan jiwa dan perasaan yang baik.

Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja mereka boleh melakukan
aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara
berkumpulan klien dapat berkongsi masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang
sama. Ini akan mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang baik dari ahli
kumpulan mereka justeru ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah.

KAEDAH PELAKSANAAN TERAPI MUZIK

Strategi Umum Terapi Muzik

1.Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan perhatian klien untuk menggalakkan kehadiran klien pada
setiap sesi terapi.

2. Hubungan terapeutik.
Hubungan baik antara kaunselor dan klien. Kaunselor memahami kehendak klien serta masalah yang
dihadapi klien, memastikan komunikasi berkesan setiap kali rawatan.

3.Interaksi muzik
Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik supaya kliennya
mengambil bahagian hingga tamat sesi rawatan.

4.Kawalan emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai untuk menggalakkan klien
meluahkan perasaan dan emosi secara baik.

5.Integrasi sensori
Ahli terapi harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien untuk mengelakkan
kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi
Kaedah Perancangan dan Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan dengan
klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang
boleh dibincangkan adalah seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur
pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membenarkan
klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik
rawatan dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 10/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya strategi dan struktur dan
terapi yang sesuai dapat dirancang. Contohnya kaunselor perlu merancang waktu yang sesuai untuk
rawatan, peralatan yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang akan digunakan. Selain itu, aktiviti-
aktiviti yang sesuai ketika menjalankan rawatan dapat dirancang dengan teliti. Perancangan yang terperinci
dan sesuai akan menghasilkan kesan rawatan yang optimum.

Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah merekod secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara
yang berlaku sepanjang sesi rawatan. Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod
anekdot atau catatan. Segala tingkah laku, maklum balas , pergerakan, luahan oleh klien perlu dicatatkan
supaya mudah untuk kaunselor membuat analisa.
Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi refleksi. Kaunselor dapat
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi ketika rawatan. Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah
yang digunakan dapat dilakukan untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang
penambahbaikan dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya. Kaunselor
bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta sesi rawatan yang
berikutnya.

Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri dengan pendekatan
dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa yang mencukupi supaya mereka dapat memahami
serta menerima kaedah terapi muzik.

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui pentafsiran
klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik
mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang
dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis
menggunakan muzik.

Kesimpulan

Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan


persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama
ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi
kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan
dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia
juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah
kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.

Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 11/12
10/15/2020 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Muzik [G 5.3]

Posted by Unknown at 00:00

Labels: G5.3, Muzik, PISMP, Terapi

1 comment:
22‫ ﻋﺑده اﻟﻌﻣراوى‬September 2019 at 06:14

‫ﺷرﻛﺔ ﻣﻛﺎﻓﺣﺔ ﺣﺷرات ﺑﻌﻧك‬


‫ﺷرﻛﺔ ﻣﻛﺎﻓﺣﺔ اﻟﺻراﺻﯾر ﺑﺎﻟﺧﻔﺟﻰ‬

Reply

Enter your comment...

Comment as: Ariana Rose (G Sign out

Publish Preview Notify me

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

hak cipta terpelihara. Hasil kerja ini diwartakan sebagai hasil kerjasama sem 5 ambilan 2010/ipgkik. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.

terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html 12/12

You might also like