Tugasan 1 Edup3053

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN JALINAN KORPORAT DAN KOMUNIKASI


TUGASAN KERJA KURSUS: PENULISAN INDIVIDU
SEMESTER: 3 TAHUN: 2020

KOD KURSUS EDUP3053

KURSUS TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Nama Pelajar NOR ALIFF ISKANDAR BIN CHE NORA @ NORAZMI

Angka Giliran 2019172340022

No Kad 000727-03-0041
Pengenalan
Kumpulan/ Unit G3.5

Nama Pensyarah PN. HASLINA BINTI HASSAN

Tarikh Hantar 7 OKTOBER 2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
TUGASAN 1

Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang
bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Dalam
proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP), Setiap guru harus merancang Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dengan teliti dan bersistematik supaya proses PdP berjalan dengan
lancar. Semasa merancang, guru mesti menitikberatkan perkara yang utama seperti objektif,
kaedah, pendekatan, strategi, bahan serta media yang ingin digunakan supaya memudahkan
dan mempercepatkan proses menyampaian maklumat kepada murid. Oleh itu, guru mesti
mereka bentuk PdP selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Berdasarkan tugasan yang saya terima, saya dikehendaki untuk membuat reka bentuk
pengajaran yang menggabungkan pelbagai media pengajaran dengan menggunakan Model
ASSURE bagi subjek major opsyen iaitu Pendidikan Muzik. Model ini digubal oleh Heinich,
Molanda, Russell (1982). Model ASSURE merupakan singkatan kepada Analyze Learners.
Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang menggunaan media. Selain itu, Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah. Model ini sering diguna pakai oleh guru kerana model ini terdapat
enam langkah mudah bagi mereka bentuk pengajaran yang baik dan bersistematik.

Langkah yang pertama adalah menganalisa pelajar. guru perlu mengenal pasti pelajar
dari segi latar belakang umur, sosioekonomi, kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.
Dalam bilik darjah, Bagi menganalisa murid, saya perlu menetapkan sasaran kumpulan murid,
mengetahui ciri-ciri murid, dan tempoh perlaksanaan pengajaran. Sebagai contoh, Kumpulan
sasaran saya ialah murid tahun 5 iaitu 5 ibn rusyd. Kebanyakkan murid dalam kelas tersebut
merupakan murid yang aktif dan lebih cepat mendapatkan imput yang diberikan oleh guru.
Bilangan murid dalam kelas tersebut seramai 20 orang dan mudah dikendalikan oleh guru. Bagi
tempoh perlaksanaan, Tempoh yang ditetapkan adalah selama 30 minit. Dalam tempoh ini
Guru mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan aktiviti bagi mencapai objektif
pengajaran.

Seterusnya, Langkah yang kedua merupakan langkah penyataan objektif dimana guru
perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif yang dibentuk
mestilah dinyatakan secara eksplisit dan jelas supaya mudah diukur dan dicapai pada akhir
PdP. Dalam reka bentuk pengajaran saya, saya telah menetapkan objektif bahawa Di akhir
Pdp, murid dapat membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan dan memainkan alat
perkusi mengikut tempo dan corak irama yang betul. Dengan adanya Objektif ini, secara tidak
langsung objektif pengajaran dapat dicapai kerana ia memberi panduan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Reka bentuk pengajaran yang baik mestilah dilengkapi dengan langkah yang ketiga iaitu
memilih kaedah, media dan bahan. Oleh itu, guru perlu menentukan proses pemilihan,
membaiki dan mengubahsuai media atau bahan supaya mereka dapat memperoleh maklumat
tanpa sebarang masalah Dalam reka bentuk pengajaran saya, saya mengunakan Alat Bantu
Mengajar (ABM) seperti Slaid multimedia, skor muzik dan juga alat perkusi. Kaedah yang
ditetapkan pula adalah kaedah kinestatik. Berdasarkan Analisa, murid tahun 5 Ibn Rusyd lebih
gemar aktiviti hands-on (Boon, 2009). Oleh itu, kaedah ini amat sesuai dalam proses PdP.
Gabungan pengunaan media ini dapat membantu guru dan murid untuk mencapai objektif
dalam PdP.

Langkah yang keempat menurut Model Assure ialah penggunaan media dan bahan.
Pengunaan bahan dan media mestilah bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada murid.
Dalam pengunaan media dan bahan yang telah saya pilih, Slaid multimedia merupakan bahan
utama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kerana ianya melibatkan banyak unsur seperti
video, teks, audio, grafik dan sebagainya. Pengunaan warna yang pelbagai dalam
memperkenalkan alat perkusi akan menjadikan murid tidak bosan untuk belajar
(Mok,2010).Seterusnya, bahan yang digunakan semasa proses PdP ialah alat perkusi seperti
kerincing, kayu tik-tok dan bottledrum. Pengunaan bahan dan alat ini selaras dengan objektif
yang ditetapkan.\

Disamping itu, Langkah yang kelima merupakan tindak balas pelajar ataupun
penglibatan pelajar dalam PdP. Murid perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Dalam reka bentuk pengajaran saya, saya memnetapkan aktiviti secara berkumpulan. murid
akan diberikan 2 jenis alat perkusi iaitu 1 kerincing, 2 kayu tik-tok dan 2 bottledrum. Didalam
kumpulan tersebut, seorang murid akan bermain kerincing, 2 orang akan bermain kayu tik-tok
dan 2 orang murid lagi akan bermain bottledrum dengan mengikut corak irama yang telah
diberikan kepada setiap kumpulan.

Langkah akhir yang ada dalam Model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula.
Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di dalam bilik darjah. Biasanya Sebagai contoh, setiap kumpulan diminta untuk
mempersembahkan permainan alat perkusi mengikut corak irama secara berkumpulan
dihadapan kelas. Sekiranya, mereka dapat memainkan alat perkusi mereka mengikut corak
irama dengan tempo yang betul, ini menunjukkan bahawa objektif telah tercapai dan kita dapat
menyemak dan menilai mereka melalui pemerhatian.

Kesimpulannya, penggunaan Model ASSURE dalam reka bentuk pengajaran mampu


dijadikan sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
bersistematik. model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan
pembelajaran malahan ciri-ciri yang terkandung dalam model ini mampu mengubah tanggapan
pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai
membosankan.
Subjek : Pendidikan Muzik
Tajuk : Bermain Alat Perkusi dan Perkusi Badan
Tahun : 5 Ibn Rusyd
Masa : 8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )
Objektid Pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid dapat membezakan
tempo laju, sederhana dan perlahan dan memainkan alat perkusi
mengikut tempo dan corak irama yang betul.
Standard Kandungan : 2.2 Permainan Alat Perkusi
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Memainkan alat perkusi mengikut tempo
berdasarkan skor:

Nilai Murni : Prihatin, bekerjasama, fokus, patuh, bekerjasama


Kit Pembelajaran : Alat Perkusi – BottleDrum
Bahan Bantu Mengajar : Kit persembahan (alat perkusi), radio, video

Langkah Isi Aktiviti Pengajaran dan Catatan


/ Masa Pengajaran Pembelajaran
Langkah 1. Soal Jawab Sesi Demonstrasi 1. Pendekatan:
Induktif
1 2. Alat perkusi
5 Minit (BottleDrum) 1. Guru menyoal murid Strategi:
Berpusatkan
apakah contoh alat
Guru
Contoh: perkusi sambil
BBM:
menerangkan fungsi
BottleDrum,
alat perkusi tersebut Slaid,Tayangan
Video,Audio
serta bagaimana
bunyi alat perkusi
tersebut.

2. Guru menunjukkan
cara bermain alat
perkusi BottleDrum
kepada murid dengan
cara yang betul.
Langkah  1 alat perkusi iaitu BottleDrum Sesi Pembelajaran Koperatif Pendekatan:
Induktif
2
(9 Minit)  3 keratan skor muzik yang 1. Murid-murid Strategi:
Berpusatkan
mengandungi 3 meter,corak dibahagikan kepada 3
Murid
irama dan tempo yang kumpulan yang
berbeza. dianggotai seramai 6
dan 7 orang. Kaedah:
Pembelajaran
Contoh: 2. Dalam setiap
Langsung
kumpulan, seorang (Direct
Instruction)
murid akan
bermainkan Teknik: Main
Peranan
BottleDrum, manakala
4 orang BBM:
BottleDrum,
murid lagi akan
Slaid,Tayangan
bermain perkusi Video,Audio
badan iaitu 3 orang
menghentak kaki dan
3 orang murid lagi
menepuk tangan.
3. Seterusnya, setiap
kumpulan akan
diberikan 1 keratan
skor muzik. Secara
berkumpulan, murid
akan memainkan
BottleDrum dan juga
juga perkusi badan
mengikut corak irama
yang terdapat pada
keratan skor muzik
diberikan.
Langkah Persembahan kumpulan dan Sesi Pembelajaran Teori Behavior
Pelaziman
3 kuiz muzikal. Kolaboratif
(6 Minit) 1. Setiap kumpulan akan Operasi
Skinner
mempersembahkan
permainan alat
perkusi mereka
secara ensemble
dengan
menggabungkan
permainan
BottleDrum dan
perkusi badan
mengikut corak irama
yang telah diperolehi
serta mengikut tempo
yang diberikan.
2. Murid dan guru
membuat rumusan
pembelajaran
bersama-sama
tentang topik
pembelajaran.

You might also like