Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BAHAGIAN B

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan penagih dadah dalam kalangan pekerja
mengikut sektor pekerjaan terpilih antara tahun 2011, 2012, dan 2013.

Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), bilangan penagih dadah dalam
sektor buruh am ialah 5214 orang pada tahun 2011, 3597 orang pada tahun 2012, dan 4555
orang pada tahun 2013. Kumpulan pekerjaan ini merupakan bilangan tertinggi penagih dadah
dalam kalangan golongan bekerja. Bagi pekerja dalam sektor pertanian, bilangan penagih
dadah yang terlibat ialah 2040 orang pada tahun 2011, menurun kepada 1925 orang pada
tahun 2012, dan terus menurun kepada 1607 orang pada tahun 2913.
Para pekerja dalam sektor perkhidmatan yang teribat dalam penyalahgunaan dadah pada
tahun 2011 ialah sebanyak 2559 orang. Pada tahun 2012, bilangan penagih dadah dalam
kalangan pekerja sektor perkhidmatan ini menurun kepada 2089 orang, namun meningkat
sebanyak 493 orang pada tahun 2013. Pada tahun yang sama. bilangan pekerja dalam sektor
pengangkutan yang merupakan penagih dadah ialah sebanyak 1141 orang, iaitu lebih tinggi
berbanding tahun 2012 yang mencatat bilangan 904 orang, manakala pada tahun 2011 pula
bilangan penagih dadah yang dikesan dalam kalangan pekerja sektor pengangkutan ini ialah
sebanyak 1302 orang.
Bilangan penagih dadah dalam kalangan pekerja sektor teknikal pada tahun 2011 ialah
sebanyak 1162 orang, kurang 140 orang berbanding pekerja dalam sektor pengangkutan.
Pekerja sektor teknikal yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah meningkat kepada 1001
orang pada tahun 2013 setelah mencatat penurunan kepada 940 orang pada tahun
sebelumnya.
Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MASAC) ditubuhkan untuk memberi khidmat
masyarakat secara percuma dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan pemulihan.
Semua pihak untuk benar-benar serius dan bekerjasama untuk melawan musuh negara nombor satu
ini. Keluarga berperanan penting memerangi penyalahgunaan dadah kerana ia adalah pertahanan
pertama dan utama terhadap banyak masalah sosial ketika ini. Kuasa dan potensi keluarga lebih besar
dan lebih bermakna daripada kekuatan semua agensi penguatkuasaan yang disatukan untuk
menangani penyalahgunaan serta pengedaran dadah.

(Disesuaikan daripada Maklumat Dadah 2013,


Agensi Antidadah Kebangsaan,
Kementerian Dalam Negeri )

You might also like