Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

TUGASAN KULIAH M12

NAMA : SITI NURFADILLAH BINTI MOHAMAD

TARIKH : 09 NOVEMBER 2020

KURSUS: SJHK3063 KURIKULUM SEJARAH

Soalan
Berdasarkan Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4, KPM (2019), Kurikulum
Standard Sejarah Sekolah Rendah bermatlamat untuk membolehkan murid
memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan
kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung
amalan demokrasi di Malaysia. Perincikan kepentingan penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kalangan pelajar.

JAWAPAN

Elemen Kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan oleh guru Sejarah berpandukan
dimensi kewarganegaraan seperti yang dinyatakan di dalam Kurikulum Sejarah.
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kalangan murid
sememangnya memberikan pelbagai manfaat kepada murid termasuklah,
meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid terhadap Sejarah. (Ismail Said,
2014). Dalam hal ini, guru yang mengamalkan penerapan elemen kewarganegaraan
dalam kehidupan seharian akan membentuk warganegara Malaysia yang bersatu
padu di samping mengamalkan ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Sebagai
contohnya, guru Sejarah menerapkan dimensi kewarganegeraan perkongsian nilai di
dalam topik Negara Malaysia iaitu Rukun Negara. Murid akan mengamalkan elemen
kewarganegaraan dengan menyanjungi prinsip Rukun Negara melalui penerapan
elemen ini di dalam mata pelajaran Sejarah. Melalui penerapan perkongsian nilai ini,
murid akan mampu membentuk ciri-ciri warganegara yang mengamalkan sikap dan
perlakuan berhemah pada setiap masa. Jelaslah, kepentingan penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik membantu meningkatkan pemahaman dan
penghayatan murid terhadap Sejarah.

Rujukan :
Ismail Said (2014). Kurikulum Sejarah. Selangor: Penerbitan Multimedia

You might also like