Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud


‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners
Dictionary).

Perkataan terbina daripada bunyi

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat
bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan
‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat. Begitu juga
dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di
dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi
/k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah
gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut.

Bunyi boleh dikaitkan dengan simbol ( huruf )

Bunyi-bunyi ini boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi
menggambarkan bunyinya. Dalam bahasa Malaysia contohnya, bunyi /k/ seperti
dalam perkataan ‘kucing’ , ‘kasut , atau ‘takut’ diwakili oleh simbol ‘k’.
Bagaimanapun, di dalam bahasa Inggeris, bunyi /k/ yang sama boleh diwakili oleh
simbol ‘c’, ‘k’, ‘ck’ dan ‘ch’. Manakala, di dalam bahasa Malaysia pula simbol ‘c’
mewakili bunyi /t§/. Oleh itu, setiap bunyi dalam perkataan di dalam bahasa Malaysia
boleh diwakili oleh simbol-simbol yang telah ditetap untuk sistem ejaan bahasa
Malaysia.

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan
lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan
sahaja.

1. Mengikut Tabii
Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi
tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara
individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula
menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu
menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami
ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat
membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku
kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2. Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol
yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat
26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca
‘sejuta’ perkataan. Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca
kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam
kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di


atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah kaedah ini serasi untuk
kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa
Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak
langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan
kaedah gabung bunyi ini. Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy,
kanak-kanak dapat membaca dengan senang.
KAEDAH SUKU KATA

Bagi mengajar murid suku kata, guru boleh menggunakan kaedah ini. Kaedah ini
akan membantu murid untuk mengeja dan membaca suku kata dengan mudah.

1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.

2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-
sama dengan konsonan.

3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir
dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.

4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf
konsonan. Beberapa jenis suku kata :

(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K

(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK
(adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan,
dekat).

(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV


(kaedah).

(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

Selepas mengajar murid dengan menggunakan kaedah suku kata, guru juga
menggunakan video sebagai alternatif lain untuk mengajar murid mengenal suku
kata.

Contoh permainan bahasa yang boleh diperkenalkan ialah:

1. Teka teki
2. Sisipan Suku Kata
3. Susun Huruf Membentuk Perkataan
Kaedah Multisensori

Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti
deria visual, deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini
membantu murid terutamanya murid yang mengalami masalah pembelajaran.

Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan
Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme,
epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi
ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok
dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia.

Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang


perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima rangsangan
asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan
sendi.

SEJARAH TERAPI MULTISENSORI

 Berasal dari Netherland pada 1960-an.


 Mula diterangkan di UK oleh Hulsegge & Verheul (1987).
 Merupakan satu penemuan baru yang berkait rapat dengan terapi stimulasi
deria.
 Terapi ini juga mula dikenali sebagai snoezelen . Snoezelen merupakan
perkataan Belanda yang bermaksud meneroka dan berehat.
 Sukar untuk mencari aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan sesuai
dengan peringkat umur untuk murid bermasalah pembelajaran.
 Pada masa yang sama, pesakit yang menghadapi kecacatan yang teruk dan
pelbagai sering berhadapan dengan psikologikal dan ransangan sensori yang
terhad terutama dalam membuat pilihan dan kawalan yang terhad dalam
kehidupan.
 Dikembangkan sebagai aktiviti senggang untuk murid bermasalah
pembelajaran dengan persekitaran yang memberansangkan dan
menyenangkan.
 Pesakit boleh memilih, mengawal dan meneroka ransangan yang terdapat di
persekitaran mereka.
 Terapi ini telah berkembang ke seluruh dunia dalam pelbagai bidang terutama
bidang perubatan dan kebanyakan unit terapi multisensory telah mempunyai
pelbagai peralatan yang diperlukan.

Terapi multisensory ini telah direka untuk membantu kanak-kanak yang


bermasalah dari segi:

•Pergerakan motor kasar


•Pergerakan motor halus
•Masalah pembelajaran
•Kebolehan kendiri
•Kebolehan bermain
•Kognitif dan konsep asas
•Psikososal
•Kemahiran hidup dan vokasional

FAEDAH TERAPI MULTISENSORI

MASALAH PEMBELAJARAN

- Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan

- Meningkatkan kesedaran kendiri

- Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi

- Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan

- Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran

- Meningkatkan morality

- Mengurangkan kelakuan yang stereotype

- Membina tingkah laku positif

- Membina keseronokan
MASALAH TINGKAH LAKU

- Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan

- Mengurangkan ketakutan dan kesedihan

- Meningkatkan tumpuan

- Meningkatkan komunikasi

- Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah

- Membaiki moral

KESAKITAN

- Mengurangkan tahap kesakitan

- Mengurangkan tekanan dan depresi

- Membantu pesakit sembuh

- Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan

PERALATAN TERAPI MULTISENSORI

PERALATAN

- Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel

- Tiada tingkap

- Tempat duduk beanbag atau kerusi khas

- Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan pad yang sensitif pada
tekanan

- Cermin dan spotlight berwarna

- Projektor

- Fiber-optic spray atau langsir

- Peralatan dan pemain muzik- Penyembur aromaterapi


- Objek yang boleh dipegang atau disentuh

- Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus
cahaya

- Sample makanan

- Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools

RASIONAL

- Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkan


- Mengurangkan cahaya luar
- Memberikan keselesaaan
- Memberikan keselesaan dan ransangan pada kaki
- Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang bergerak dalam bilik
- Memancarkan objek abstrak yang bergerak atau imej pada dinding
- Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakit
- Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari
- Memberi ransangan bau
- Memberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan
- Memberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan
- Memberi ransangan rasa dan bau
- Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

You might also like