PSPM 2014 2015

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

SESI PENGAJIAN 2014/2015

BAHAGIAN A [30 markah]

Bahagian ini mengandungi 30 soalan. Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan
empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik dan hitamkan di aats kertas jawapan
OMR yang disediakan.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 45 minit bagi menjawab bahagian ini.

1 Berikut adalah tujuan campur tangan kerajaan dalam ekonomi KECUALI

A mengawal pencemaran.
B mengawal firma monopoli.
C menyediakan perkhidmatan pertahanan.
D memastikan firma mendapat keuntungan.

2 Keluk kemungkinan pengeluaran diterbitkan dengan andaian

A jumlah wang adalah tetap dalam ekonomi.


B harga barang dan perkhidmatan adalah tetap.
C faktor pengeluaran dan tingkat teknologi adalah tetap.
D kuantiti barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah tetap.

3 Manakah antara penyataan berikut BUKAN merupakan objektif sistem ekonomi


Islam?

A Mendapatkan keredhaan Allah SWT.


B Menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap.
C Memastikan keadilan dalam pengagihan ekonomi.
D Mengoptimumkan penggunaan sumber untuk mendapat untung maksimum.
4 JADUAL 1 menunjukkan kombinasi barangan yang dapat dikeluarkan oleh sebuah
negara.

JADUAL 1

Kombinasi Telefon (unit) Beras (kg)


A 0 40
B 1 39
C 2 37
D 3 34
E 4 30

Kos lepas untuk mengeluarkan telefon dari kombinasi D ke kombinasi E adalah

A 4.0 kg beras.
B 7.5 kg beras.
C 8.5 kg beras.
D 30.0 kg beras.

5 Peningkatan cukai pendapatan pengguna akan menyebabkan

A peralihan keluk permintaan ke kiri.


B peralihan keluk permintaan ke kanan.
C pergerakan di sepanjang keluk permintaan.
D perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh perubahan pendapatan.

6 Berdasarkan perspektif ekonomi, konsep permintaan individu merujuk kepada

A kemahuan untuk membeli barang dan perkhidmatan pada tingkat harga


tertentu.
B keinginan dan kemampuan individu mendapatkan barang dan perkhidmatan
pada tingkat harga tertentu.
C kesanggupan individu membelanjakan pendapatan yang ada untuk membeli
barang dan perkhidmatan.
D kemahuan semua individu dalam pasaran untuk membeli barang dan
perkhidmatan pada tingkat harga tertentu.

7 Jika berlaku lebihan penawaran di pasaran, maka

A harga akan jatuh.


B harga akan meningkat.
C kuantiti yang diminta akan berkurangan.
D berlaku keseimbangan antara permintaan dan penawaran.

1
8 RAJAH 1 menunjukkan keluk permintaan (DD) dan penawaran (SS) bagi barang X.

Harga
S2
D S1

S2
S1
D

Kuantiti
0

RAJAH 1
Berdasarkan RAJAH 1, keluk penawaran S1 akan beralih ke S2 apabila berlaku

A pengurangan kadar cukai terhadap barang X.


B subsidi dihapuskan terhadap pengeluaran barang X.
C kejatuhan harga faktor pengeluaran untuk barang X.
D pengeluar mempunyai matlamat untuk memaksimumkan jualan barang X.

9 Diberi fungsi permintaan, Qd= 400 – 10P. Kemajuan teknologi menyebabkan fungsi
penawaran barang Z berubah dari Q s= –200 + 20P kepada Qs= 100 + 20P. Ini
menyebabkan harga keseimbangan

A meningkat sebanyak 50%.


B meningkat sebanyak 100%.
C berkurang sebanyak 50%.
D berkurang sebanyak 100%.

10 Keanjalan permintaan harga adalah tidak anjal sempurna apabila barang tersebut
merupakan

A barang biasa.
B barang mesti.
C barang mewah.
D barang bawahan.

11 Dua barang dikatakan barang pengganti jika

A keanjalan permintaan silang bernilai negatif.


B keanjalan permintaan harga bernilai negatif.
C keanjalan permintaan silang bernilai positif.
D keanjalan permintaan harga bernilai positif.

2
12 Apabila permintaan suatu barang adalah anjal sempurna, kenaikan harga barang
tersebut akan menyebabkan jumlah hasil pengeluar

A menurun.
B meningkat.
C menjadi sifar.
D tidak berubah.

13 Pada harga RM2.00, kuantiti barang S yang diminta ialah 250 unit. Kenaikan harga
barang tersebut menyebabkan kuantiti yang diminta menurun kepada 200 unit. Jika
keanjalan permintaan adalah –2, jumlah hasil adalah

A RM340
B RM400
C RM420
D RM440

14 Syarat pemaksimuman utiliti bagi barang X dan barang Y ialah

A MUx/Py= MUy/Px
B MUx/ MUy= Px/Py
C MUx/ MUy= Py/Px
D MUxx Px = MUy x Py

15 JADUAL 2 menunjukkan kuantiti dan utiliti sut pizza (p) dan bihun goreng (b) bagi
Ahmad.

JADUAL 2

Kuantiti (unit) MUp(util) MUb(util)


1 25 50
2 20 40
3 15 30
4 10 20
5 5 10

Jika Ahmad makan 3 unit pizza dan 2 unit bihun goreng, jumlah utiliti yang diperoleh
adalah

A 55 util
B 60 util
C 105 util
D 150 util

16 Berdasarkan teori pengeluaran, jangka masa pendek merujuk kepada

A jangka masa kurang dapada setahun.


B jangka masa yang mana kuantiti semua input adalah tetap.
C jangka masa yang mana kuantiti semua input adalah berubah.
D jangka masa yang mana kuantiti sesetengah input adalah tetap.

3
17 Ekonomi bidangan dikaitkan dengan

A tingkat pengeluaran yang maksimum.


B pengeluaran pada kos purata minimum dalam jangka pendek.
C pengeluaran pada kos purata jangka panjang yang menurun.
D tingkat pengeluaran apabila wujud pengkhususan pengeluaran.

18 Keluk keluaran sut yang mencerun ke bawah dalam jangka masa pendek
menerangkan

A hukum penawaran.
B hukum pulangan sut malar
C hukum pulangan sut bertambah.
D hukum pulangan sut berkurangan.

19 Manakah antara penyataan berikut menerangkan hubungan keluk kos berubah


purata dengan keluk kos sut?

A Keluk kos berubah purata dan keluk kos sut meningkat apabila output
meningkat.
B Keluk kos sut dan keluk kos berubah purata dipengaruhi oleh hukum
pulangan berkurangan.
C Keluk kos sut memotong keluk kos berubah purat pada titik minimum kos
berubah purata.
D Keluk kos berubah purata berada di bawah keluk kos sut sebelum keluk kos
sut memotong keluk kos berubah purata.

20 Maklumat kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut:

Jumlah kos (TC) = RM750.00

Kos tetap purata (AFC) = RM10.00

Kos berubah purata (AVC) = RM15.00

Berapakah jumlah keluaran (TP) firma tersebut?

A 20 unit.
B 30 unit.
C 50 unit.
D 75 unit.

4
21 Andaikan firma ABC menghasilkan 100 unit barang X dalam jangka pendek. Untuk
menghasilkan barang tersebut, firma menanggung jumlah kos purata sebanyak
RM200.00 dan kos berubah purata sebanyak RM150.00. Jumlah kos tetap firma ABC
adalah

A RM5,000
B RM15,000
C RM20,000
D RM35,000

22 Sebuah firma pasaran persaingan sempurna akan memaksimumkan keuntungan


apabila

A hasil sut sama dengan harga.


B hasil sut sama dengan kos sut.
C harga lebih besar daripada kos sut.
D jumlah hasilnya sama dengan jumlah kos.

23 Firma pasaran persaingan bermonopoli memperoleh untung normal dalam jangka


masa panjang kerana firma

A mencapai kecekapan pengeluaran.


B bebas untuk keluar dan masuk daripada industri.
C mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan harga keluarannya.
D persaingan bermonopoli bersaing melalui pengiklanan serta penjenamaan.

24 Diskriminasi harga dapat dijalankan jika

A pasaran dapat dipisahkan sepenuhnya.


B permintaan pasaran adalah anjal sempurna.
C kuantiti yang berbeza ditawarkan pada pasaran yang berbeza.
D kuantiti dikeluarkan pada persilangan kos sut dan hasil purata.

5
25 RAJAH 2 menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC) dan hasil purata (AR)
bagi firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek.

Kos/Hasil
MC
AC
U AR
T

Output
0 P Q R S

RAJAH 2

Berdasarkan RAJAH 2, tingkat keluaran yang memaksimumkan untung firma


pasaran persaingan sempurna adalah

A 0U
B 0Q
C 0R
D 0S

26 Perbezaan di antara firma pasaran persaingan sempurna dan firma monopoli yang
mempunyai struktur kos yang sama ialah firma monopoli mengeluarkan output pada

A kuantiti lebih kecil pada harga yang sama.


B kuantiti lebih besar pada harga lebih tinggi.
C kuantiti lebih kecil pada harga lebih tinggi.
D kuantiti lebih besar pada harga lebih rendah.

27 Penyataan berikut adalah benar mengenai firma monopoli KECUALI

A firma monopoli meletakkan harga melebihi kos sut.


B firma monopoli menggunakan faktor pengeluaran pada tahap yang optimum.
C firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran dan kecekapan
penggunaan sumber.
D firma monopoli mendapat untung lebih normal dalam jangka masa panjang
kerana faktor penguasaan sumber pengeluaran dan halangan undang-
undang.

6
28 Dalam jangka masa panjang, firma pasaran persaingan sempurna akan mendapat
untung normal kerana

A halangan kemasukan ke dalam pasaran ini adalah tinggi.


B kerajaan akan menentukan harga yang berpatutan untuk firma.
C hasil marginal sentiasa lebih rendah daripada kos marginal apabila halangan
kemasukan adalah rendah.
D dengan kebebasan keluar masuk dalam industri, persaingan antara
pengeluar
akan menurunkan harga ke tingkat kos pengeluaran.

29 Manakah penyataan berikut merupakan persamaan cirri firma oligopoli dan firma
pasaran persaingan bermonopoli?

A Tiada persaingan bukan harga.


B Mempunyai kuasa menentukan harga.
C Mendapat untung lebih normal dalam jangka panjang.
D Beroperasai dalam pasaran yang mempunyai bilangan firma yang banyak.

30 RAJAH 3 menunjukkan keluk kos sut jangka panjang (LMC), keluk kos purata jangka
panjang (LAC), keluk hasil sut (MR) dan keluk hasil purata (AR) bagi firma pasaran
persaingan sempurna dan monopoli.

Harga
LMC
LAC
P4
P3

P2 AR = MR

P1 AR
MR

Kuantiti
0 Q1 Q2 Q3

RAJAH 3

Jika pasaran persaingan sempurna berubah menjadi pasaran monopoli, tingkat


harga dan kuantiti akan berubah dari

A P2, Q3 ke P3 , Q2
B P2, Q3 ke P1 , Q2
C P2, Q3 ke P4 , Q1
D P1, Q2 ke P2 , Q3

7
BAHAGIAN B [30 markah ]

Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab 3 soalan sahaja.

Anda dinasihatkatkan supaya memperuntukkan masa 45 minit bagi menjawab bahagian ini.

1 JADUAL 3 menunjukkan kombinasi mesin dan makanan yang dapat dikeluarkan


dengan menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada di sebuah negara.

JADUAL 3
Kombinasi Mesin (unit ‘000) Makanan (unit ‘000)
A 0 26
B 1 25
C 2 22
D 3 17
E 4 10
F 5 0

Berdasarkan JADUAL 3,

(a) hitung kos lepas per unit makanan untuk setiap kombinasi.
[2 markah]

(b) jika pengeluaran makanan dan mesin bertambah sebanyak 20 peratus,

(i) bina jadual kemungkinan pengeluaran yang baru.


[3 markah]

(ii) lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran sebelum dan selepas


perubahan.
[2 markah]

(iii) nyatakan tiga (3) faktor yang menyebabkan perubahan keluk


kemungkinan pengeluaran makanan dan mesin.
[3 markah]

8
2 Fungsi permintaan dan penawaran bagi firma C adalah seperti berikut:

Qd = 400 – 10P
Qs = 200 + 15P

di mana,

Qd = kuantiti diminta (unit)


Qs = kuantiti ditawar (unit)

Berdasarkan maklumat di atas,


(a) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran.
[2 markah]

(b) jika kerajaan menetapkan harga pada RM5.00,

(i) apakah nama dasar kerajaan ini?


[1 markah]

(ii) apakah yang akan berlaku di pasaran?

[1 markah]
(c) jika fungsi penawaran berubah kepada Qs = 250 + 15P,

(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru.


[2 markah]

(ii) lakarkan keseimbangan asal dan baru di dalam rajah yang sama.

[1 markah]

(iii) apakah kesan kepada lebihan pengguna selepas perubahan fungsi


penawaran di atas?

[3 markah]

9
3 (a) Peningkatan sebanyak 20 peratus dalam harga barang Y telah menyebabkan
permintaan barang X meningkat sebanyak 10 peratus dan permintaan barang
Z menurun sebanyak 30 peratus. Faktor-faktor lain diandaikan tetap.

(i) Hitung keanjalan permintaan silang bagi barang X dan barang Y.

[2 markah]

(ii) Hitung keanjalan permintaan silang bagi barang Z dan barang Y.

[2 markah]

(iii) Apakah hubungan antara barang X dan Y? Apakah hubungan antara


barang Z dan Y? Berikan alasan.
[2 markah]

(b) Jika pendapatan meningkat sebanyak 5 peratus, permintaan roti berkurang


sebanyak 10 peratus dan kuantiti permintaan daging kambing meningkat
sebanyak 10 peratus.

(i) Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi roti dan daging


kambing.

[2 markah]

(ii) Nyatakan kategori barang bagi roti dan daging kambing. Berikan
alasan.

[2 markah]

10
4 JADUAL 4 menunjukkan jumlah keluaran (TP) dan kos sut (MC) sebuah firma.

JADUAL 4

Jumlah Keluaran Kos Sut


(Unit) (RM)
0 -
1 30
2 25
3 18
4 23
5 29

Kos tetap (FC) firma adalah RM120.00. Berdasarkan JADUAL 4,

(a) pada setiap tingkat keluaran, hitung


(i) jumlah kos (TC)
(ii) jumlah kos berubah (TVC)
(iii) kos berubah purata (AVC)
(iv) kos purata (AC)
[5 markah]

(b) lakarkan keluk kos tetap (FC), kos berubah purata (AVC) dan kos purata
(AC).

[2 markah]

(c) jika firma ini berada di pasaran persaingan sempurna dan harga pasaran
adalah RM18.00 seunit,

(i) berapakah jumlah keluaran firma tersebut?


[1 markah]

(ii) Hitung untung atau rugi yang diperoleh oleh firma tersebut.

[2 markah]

11
5 JADUAL 5 menunjukkan jumlah kos berubah (TVC) bagi firma persaingan sempurna.
Jumlah kos tetap (TFC) firma tersebut RM4.00 dan harga pasaran ialah RM5.00
seunit.

JADUAL 5

Jumlah Keluaran (unit) 1 2 3 4 5 6 7


Jumlah Kos Berubah 4 7 8 10 15 23 38
(RM)

Berdasarkan JADUAL 5,

(a) pada setiap tingkat keluaran, hitung jumlah hasil (TR), jumlah kos (TC) dan kos
sut (MC).
[3 markah]

(b) berapakah jumlah keluaran apabila firma memaksimumkan keuntungan?

[1 markah]

(c) hitung keuntungan atau kerugian pada tingkat keseimbangan.


[2 markah]

(d) jika hasil purata (AR) menurun ke RM3.00 seunit,

(i) hitung keuntungan atau kerugian firma yang baru pada tingkat
keseimbangan.
[2 markah]

(ii) adakah firma tersebut akan meneruskan atau menutup firma mereka?
Jelaskan.
[2 markah]

12
BAHAGIAN C [40 markah]

Bahagian ini mengandungi 6 soalan. Jawab 4 soalan sahaja.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 90 minit bagi menjawab bahagian ini.

6 (a) Terangkan dua (2) ciri barang awam dan barang persendirian dengan
memberikan contoh yang sesuai.

[4 markah]

(b) Huraikan tiga (3) perbezaan di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem
sosialis.

[6 markah]

7 (a) Terangkan konsep perubahan permintaan dan perubahan kuantiti yang


diminta.
[4 markah]

(b) Berbantukan rajah, bincangkan kesan cukai yang dikenakan kepada pengeluar
motosikal terhadap keseimbangan pasaran, lebihan pengguna dan lebihan
pengeluar.

[6 markah]

8 (a) Terangkan empat (4) faktor yang menyebabkan keanjalan penawaran tidak
anjal.
[4 markah]

(b) Berbantukan rajah berasingan, terangkan hubungan di antara keanjalan


permintaan harga dengan jumlah hasil jika harga keluaran meningkat bagi
permintaan anjal dan tidak anjal.

[6 markah]

13
9 (a) (i) Nyatakan syarat keseimbangan pengguna yang menggunakan dua
jenis barang, iaitu barang X dan Y tertakluk kepada kekangan
pendapatan.
[2 markah]

(ii) Sekiranya harga barang X turun, terangkan bagaimana pengguna


mencapai tingkat keseimbangan.

[2 markah]

(b) Berdasarkan hukum utiliti sut berkurangan, dengan bantuan rajah jelaskan
hubungan di antara jumlah utiliti dengan utiliti sut.

[6 markah]

10 (a) Bezakan kos implisit dan kos eksplisit dengan menggunakan contoh yang
sesuai.

[4 markah]

(b) Berbantukan rajah, terangkan hubungan antara keluk keluaran purata (AP) dan
keluaran sut (MP) pada setiap tahap pengeluaran.

[6markah]

11 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan


peruntukan?

[2 markah]

(b) Berbantukan rajah, jelaskan mengapa pasaran persaingan sempurna dapat


memperoleh kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding
dengan pasaran monopoli.

[8 markah]

14
KERTAS MODEL UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER

1. Ilmu ekonomi merupakan kajian tentang

A. Bagaimana ekonomi mencapai kecekapan dengan menggunakan sumber


ekonomi yang terhad
B. Bagaimana sumber pengeluaran yang terhad diperuntukkan untuk
menghasilkan barangan untuk memenuhi kehendak masyarakat yang tidak
terhad
C. Bagaimana sumber yang terhad diperuntukkan untuk memenuhi kepuasan
maksimum masyarakat
D. Bagaimana pengeluar memaksimumkan keuntungan daripada menghasilkan
barang dan perkhidmatan

2. Sumber-sumber yang terhad menyebabkan

A. harga barangan cenderung menjadi mahal


B. agihan pendapatan cenderung menjadi tidak setara
C. tiada barangan ekonomi yang diperoleh secara percuma
D. untuk menentukan apa yang hendak dikeluarkan, beberapa pilihan perlu
dibuat

3. Keluk kemungkinan pengeluaran sebuah ekonomi diwakili oleh persamaan Y =15 –


5X. kos lepas bagi tambahan satu unit barang Y ialah

A. 5 unit X
B. 15 unit X
C. 1/5 unit X
D. 1/15 unit X

4. Perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh

A pengaruh musim
B peningkatan pendapatan
C perubahan cita rasa pengguna
D perubahan harga barang itu sendiri

5. Persamaan penawaran bagi pasaran barang S yang terdiri daripada tiga pengeluar
adalah seperti berikut :

Qs0 = 50 + 10P
Qs1 = 120 + 5P
Qs2 = 160 + 10P

Kuantiti penawaran pasaran pada harga RM2 ialah

A 150 unit C 350 unit


B 200 unit D 380 unit

15
6. Apakah yang akan berlaku apabila permintaan dan penawaran bertambah secara
serentak pada kadar yang sama?

A harga tetap, kuantiti keseimbangan meningkat


B harga tetap, kuantiti keseimbangan jatuh
C harga turun, kuantiti keseimbangan tetap
D harga naik, kuantiti keseimbangan tetap.

7. Rajah menunjukkan keadaan pasaran bagi barang Y.

Harga S1
A
S0
C B
D E
D0
Kuantiti
F G
Apabila keluk penwaran beralih dari S0 ke S1, perubahan lebihan pengguna
ditunjukkan oleh kawasan

A ABC
B AED
C BCDE
D BEGF

8. Permintaan harga suatu barang ialah tidak anjal. Antara pernyataan berikut yang
manakah tidak benar?

A. 0 < Ed <1
B. Keluk permintaannya berbentuk landai
C. Apabila harga meningkat, jumlah hasil akan meningkat
D. Peratus perubahan kuantiti kurang daripada peratus perubahan harga

16
9. Rajah berikut menunjukkan DD0 dan DD1 ialah keluk permintaan bagi suatu barang

Harga
D0
D1
W X
P1
Y Z
P2
kuantiti

Antara titik berikut, yang manakah paling anjal?

A. W C. Y
B. X D. Z

10. “Kuantiti permintaan bagi barang X meningkat sebanyak 20% apabila harga barang
Y merosot sebanyak 10%”. Apakah hubungan antara barang X dan barang Y?

A. Barang mesti
B. Barang bawahan
C. Barang penggenap
D. Barang pengganti

17
BAHAGIAN B

1. Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah Negara.

Barang Y

R
40  Q
S
25
20 T
P

Barang X
12 16 U

a) Nyatakan DUA (2) kombinasi barang yang mampu dikeluarkan oleh ekonomi.
Mengapa? [2 markah]

b) Nyatakan kombinasi barang yang menunjukkan pembaziran sumber


ekonomi. Mengapa? [2 markah]

c) Nyatakan dua faktor yang membolehkan ekonomi mencapai kombinasi Q


[2 markah]

i)
ii)

d) Hitung kos lepas per unit barang apabila kombinasi pengeluaran bergerak
dari titik
i) S ke T :

ii) T ke R :
[4 Markah]

18
2. Dalam sebuah ekonomi fungsi permintaan bagi barang X ialah Qd = 140 – 2P. Qd
ialah kuantiti diminta barang X (unit) dan P ialah harga barang X (RM). Penawaran
barang X pada pelbagai tingkat harga ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Harga (RM) 20 40 60 80 100


Kuantiti ditawar 30 90 150 210 270
(unit)

a) Dapatkan fungsi penawaran barang X tersebut. [1 markah]

b) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran. [2 markah]

c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai jualan ke atas barang X sebanyak RM2


seunit,
i) Bentuk fungsi penawaran yang baru [1 markah]

ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan selepas cukai [2 markah]

iii) Hitung beban cukai kepada pengguna dan pengeluar [1 markah]

d) Lakarkan keluk yang menunjukkan keadaan (b) dan (c) [3 markah]

19
3. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat pendapatan, harga barang X
dan kuantiti barang P,Q dan R.

Pendapatan Harga barang Kuantiti permintaan (unit)


(RM) X (RM) Barang P Barang Q Barang R
100 10 10 10 10
120 20 40 6 10

a) Hitung keanjalan permintaan silang bagi barang P,Q dan R apabila harga
barang X meningkat daripada RM10 kepada RM20. [3 markah]

b) Apakah hubungan antara barang X dengan barang P, Q dan R?


[3 markah]

c) Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi barang Q apabila pendapatan


merosot daripada RM120 kepada RM100. [2 markah]

d) Apakah jenis barang Q? Nyatakan alasan anda. [2 markah]

20

You might also like