Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KAUM IBAN

Iban atau Dayak Iban, adalah salah satu bangsa dayak yang terdapat di Negeri Sarawak,
Kalimantan Barat, Brunei, Johor dan Sabah. Mengikut sejarah di asia, pembentukan dan
perkembangan budaya sosial kaum Iban khususnya bangsa dayak amnya terjadi semasa
zaman kegemilangan kerajaan dayak di Tampun Juah, Seterusnya kaum Iban dan bangsa
dayak berpecah kepada beberapa kaum atau suku yang terdapat di Malaysia sekarang.

Semasa zaman pemerintahan Inggeris di Sarawak dan Belanda di Indonesia, kaum Iban
sebelum ini dikenal sebagai Dayak Laut iaitu dalam pengertian Bahasa Iban, Laut
bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diterjemahkan secara betul Dayak
Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Hal ini juga disokong kerana ada satu
lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di
Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah atau dikenali sebagai Indonesia sekarang. Hal ini
disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang hampir sama dengan Bahasa Melayu dan
bahasa Iban sendiri juga berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras
Malayoloid. Selain hal itu asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu
dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud
Land Dayak yang digunapakai oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan
kepada 4 sub-bangsa iaitu Dayak Laut, Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau dikenali kain cawat adalah pakaian asas iaitu pakaian umum bagi kaum Iban.
Sirat ialah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi
atau ditenun dengan sulaman atau tenunan yang indah. Selain hal itu, manik dan kulit siput
juga turut digunakan sebagai hiasan di bahagian hujung kain itu. Sirat dipakai atau digunakan
dengan cara melilitnya di pinggang dan celah kangkang. Hujung kain sirat ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan hingga kebelakang badan.
DANGDONG

Salah satu pakaian tradisional Iban bagi kaum lelaki selain dari pada Sirat ialah Dangdong.
Dandong lebih lebar daripada bedong iaitu pakain bagi kaum perempuan Iban. Panjang
dandong tidak ditetapkan. Hal ini kerana, kain ini juga digunakan sebagai alat
pembungkusan barang-barang persembahan dalam upacara atau majlis tertentu. Seterusnya,
Dandong ini diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikatan.

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG

Salah satu pakaian tradisional bagi kaum wanita Iban ialah kain sarung yang dipanggil
bidang. Kain sarung ini sedikit sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.
Kebiasaannya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan
ia juga terdiri daripada dua bidang kain yang sama yang dicantumkan. Seterusnya bidang
yang digunakan sebagai pakaian harian tidak memerlukan reka corak yang bannyak. Bidang
ini hanya dihias seperti corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika
upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan
diwarnakan dengan warna merah bata dan kuning-kekuningan iaitu beza seperti Bidang yang
dipakai harian. Selain hal itu, bidang tersebut juga dihiasi dengan reka corak yang
bermotifkan tradisional seperti disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain
dasar yang bewarna merah.
KALAMBI

Seterusnya pakaian tradisional kaum Iban bagi kaum wanita yang lain ialah Kalambi.
Kalambi pula terdapat dua jenis iaitu Kalambi berlengan dan Kalambi tanpa lengan. Kalambi
ini juga dipakai oleh lelaki ketika upacara tertentu sahaja. Selain hal itu, potongan kalambi ini
sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya
pula dicantumkan dan ditinggalkan ruang bagi menjadikan lubang lengan atau ambungan
lengan. Di samping itu, panjang Kalambi ini juga berbeza-beza iaitu seperti separas
punggung atau labuh hingga ke lutut.

Seterusnya Kalambi ini ditenun dengan segala macam motif yang indah. Hal ini kerana,
terdapat Kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang
dihiasi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga
berbeza kerana dilapiskan dengan kekabu yang digunakan sebagai pertahanan. Di samping
itu, terdapat kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Hal ini kerana,
kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung dan semua motif
tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula
dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.

BEDONG

Di samping itu, wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain
selempang ini dikenali sebagai bedong juga dikenali sebagai salah satu pakaian tradisional
bagi kaum wanita Iban, Bedong ini dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus dan
panjang bedung ini hampir sama dengan sirat iaitu pakaian bagi masyarakat Iban lelaki.
Selain hal itu, Bedong ini juga dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di
badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi atau majlis tertentu.
RUJUKAN

1) http://mte3012-logavani.blogspot.com/2015/05/pakaian-tradisional-kaum-melayu-
baju.html
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

LAMPIRAN

You might also like