Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAHAGIAN A ( 50 MARKAH)

Jawab mana-mana lima soalan

1. (a) Jelaskan tujuan perniagaan [ 4 Markah ]

(b) Gambar berikut menunjukkan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

i. Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut. [ 1 markah ]

ii. Jelaskan kelebihan milikan perniagaan di atas kepada pemiliknya [ 2 markah ]

(c) Rajah berikut menunjukkan skala perniagaan

Jelaskan skala X. [ 3 markah ]


2. (a) Terangkan dua jenis pengangguran. [ 4 markah ]

(b) Nyatakan definisi inflasi. [ 1 markah ]

(c) Jadual berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan Syarikat Perabot Husna

Bulan Jualan (RM)

Januari 2017 200,000

Februari 2017 185,000

Mac 2017 170,000

April 2017 168,000

i. Apakah trend persekitaran perniagaan tersebut? [ 1 markah ]

ii. Jelaskan faktor dalaman yang menyebabkan berlakunya trend tersebut [ 2 markah ]

(d) Gambar berikut menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan berkaitan perniagaan di Malaysia.

Jelaskan dua peranan agensi tersebut? [ 2 markah ]

3. Maklumat berikut merupakan objektif perniagaan Syarikat Braintech Berhad.

Meningkatkan jumlah eksport cip komputer syarikat sebanyak 30%


menjelang akhir tahun 2018. 2
(a) Terangkan dua ciri objektif perniagaan tersebut. [ 4 markah ]

(b) Nyatakan dua kesan kepada perniagaan akibat kegagalan mencapai matlamat dan objektif.
[ 2 markah ]

(c) Syarikat AGRA Sendirian Berhad menghasilkan jubin untuk pasaran tempatan. Berikut

ialah maklumat kos pengeluaran yang dihadapi oleh syarikat dalam proses

pengeluaran untuk tempoh setahun.

Kos berubah seunit RM 20

Kos tetap RM45 000

Harga jualan seunit RM 50

i. Hitungkan Titik Pulang Modal (TPM) bagi Syarikat Agra Sendirian Berhad. [ 3 markah ]

ii. Jelaskan kepentingan analisis titik pulangan modal (TPM) kepada Syarikat Agra

Sendirian Berhad. [ 1 markah ]

4. (a) Jelaskan dua peranan bahagian fungsian berikut.

i. Pengeluaran [ 2 markah ]

3
ii. Penyelidikan dan Pembangunan [ 2 markah ]

(b) Gambar berikut menunjukkan satu bahagian fungsian

i. Apakah bahagian fungsian tersebut? [ 1 markah ]

ii. Jelaskan tiga tujuan bahagian fungsian tersebut [ 3 markah ]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan interaksi bahagian fungsian dengan organisasi luar

Interaksi dengan organisasi luar bertujuan mewujudkan komunikasi antara


perniagaan dengan organisasi luar seperti pihak pembekal, pembiaya, pelabur,
agensi kerajaan dan pelanggan

Jelaskan kepentingan interaksi tersebut. [ 2 markah ]

5. (a) Apakah definisi kebolehkerjaan. [ 2 markah


]

(b) Gambar 2 menunjukkan perbualan di antara Encik Jamil, Pengurus Sumber Manusia

4
dan Puan Hani, Penyelia Operasi, Happy Plastic Sendirian Berhad

Terangkan peranan Encik Jamil selaku Pengurus Sumber Manusia di Happy Plastic
Sendirian Berhad. [ 4 markah ]

(c) Nyatakan dua jenis sumber teknologi. [ 2 markah ]

(d) Les’ Copaque Sdn, bhd ialah syarikat penerbitan filem animasi Upin dan Ipin. Jelaskan

prosedur mengurus sumber teknologi bagi Les’ Copaque Sdn Bhd [2 markah ]

6. (a) Jelaskan sumber pembiayaan berikut :

i. Sewa beli [ 2 markah ]

5
ii. Pajakan [ 2 markah ]

(b) Pengurus kewangan Syarikat Sinar telah menyediakan penyata pendapatan bagi tahun 2018.
Jelaskan kegunaan penyata pendapatan terhadap operasi kewangan syarikat tersebut.
[ 2 markah ]

(c) Maklumat di bawah diperolehi daripada Kunci Kira-Kira dua buah perniagaan yang

menjalankan perniagaan yang sama.

Cemerlang Sdn Bhd Berjaya Sdn Bhd


Butiran
(RM) (RM)

Modal awal 2 980 000 1 800 000

Untung bersih 300 300 420 000

i) Hitungkan peratus pulangan atas modal bagi kedua-dua syarikat tersebut. [2 markah]

ii) Sekiranya anda seorang pelabur, syarikat manakah yang akan anda pilih ?
Berikan justifikasi anda. [2 markah]

BAHAGIAN B (30 MARKAH)


Jawab mana-mana dua soalan

7. Maklumat di bawah ini berkatan syarikat Alfa Tiles Sdn. Bhd.

6
Alfa Tiles Sdn. Bhd bertekad menjadi sebuah syarikat yang menghasilkan jubin dengan
menekankan konsep rekacipta inovatif, jaminan kualiti dan memberikan perkhidmatan
pelanggan yang terbaik. Syarikat juga berhasrat mewujudkan cara hidup unggul bagi
pelanggannya dengan menjadi pemimpin dalam industry. Pihak pengurusan atasan mahu
menjadikan Alfa Tiles sebagai sebuah syarikat yang terkenal. Syarikat menekankan
kerjasama pasukan dan membina jaringan perniagaan.

Alfa Tiles Sdn. Bhd cawangan Kamunting diketuai oleh Encik Redza yang memegang
jawatan pengurus besar. Pengurus operasi, pengurus kewangan dan pengurus pemasaran
perlu melapor kepada Encik Redza. Pengurus operasi dibantu oleh penyelia operasi
sementara itu pengurus kewangan dibantu oleh kerani kewangan.

(a) Jelaskan visi dan misi Alfa Tiles Sendirian Berhad [ 6 markah ]

(b) Jelaskan jenis struktur organisasi Alfa Tiles Sdn. Bhd cawangan Kamunting. [ 4 markah ]

(c) Lakarkan carta organisasi Alfa Tiles Sdn. Bhd cawangan Kamunting [ 5 markah ]

8. Baca situasi berikut dengan teliti.

Catrina merupakan pengasas Cat’s Cotton Enterperise, iaitu sebuah perniagan yang terlibat
dalam penghasilan pakaian berasaskan kain kapas yang bermutu tinggi dengan jenama
CAT’S. Catrina memfokuskan perniagaannya terhadap penggunaan kain kapas yang amat
sesuai dibuat baju kerana sifatnya yang lembut serta sangat selesa dipakai. Catrina
berhasrat untuk menjadi peneraju dalam penghasilan pakaian-pakaian berasakan kain kapas
bermutu tinggi di Malaysia. Oleh kerana kualiti pakaiannya yang sangat baik, jenama CAT’S
mula menjadi sebutan. Perniagaannya berkembang dan mendapat banyak permintaan.
Pakaian keluarannya kini mula dijual secara online dan perlu diedarkan ke seluruh negara.
Catrina mengalami kesukaran untuk memenuhi kenaikan permintaan yang tinggi. Oleh
sebab itu, Catrina telah memulakan proses untuk menukar bentuk pemilikan perniagaannya
kepada syarikat sendirian berhad.

(a) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Catrina. Kemukakan alasan anda. [ 7 markah ]

(b) Huraikan sektor perniagaan yang diceburi oleh Catrina. [ 4 markah ]

(c) Jelaskan ciri keperibadian Catrina yang membolehkan beliau berjaya dalam perniagaannya.
[ 4 markah ]
9. Baca petikan berikut dengan teliti.

SUPERFLY AIR merupakan syarikat penerbangan yang mana ibu pejabatnya terletak di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. SUPERFLY AIR menyediakan perkhidmatan penerbangan
7
Premium dengan kadar tambang yang murah ,bagasi percuma, penyediaan makan dan minum serta
tempat duduk kelas perniagaan. SUPERFLY AIR menyediakan 10 buah pesawat Boeing 767-600SA
untuk penerbangan dalam dan luar Negara. Bilangan pesawat ini jauh lebih rendah jika dibandingkan
dengan syarikat penerbangan lain. Namun begitu, syarikat merancang untuk menambah bilangan
pesawat setiap tahun memandangkan aliran trafik udara dijangka akan mengalami pertumbuhan dan
dijangka bilangan penumpang juga akan bertambah. Perkembangan ini akan membentuk persaingan
antara syarikat penerbangan dengan cara yang tidak sihat dimana setiap syarikat berlumba-lumba
menawarkan tiket pada harga yang rendah sehingga di bawah kos dan gagal menampung kos
operasi.

RFL
SUPE
YAIR

SUPERFLY AIR

Dipetik dan disesuaikan daripada Mega Online 31 Julai 2018

a) Jelaskan Analisis SWOT bagi Syarikat Penerbangan SUPERFLY AIR. [8 markah]

b) Bagaimanakah SUPERFLY AIR menguruskan sumber fizikal syarikatnya dengan baik?


[7 markah]

BAHAGIAN C( 20 MARKAH)
Soalan ini wajib dijawab

10. Perniagaan Nasi Lemak Dara yang dimiliki oleh Cik Meilah dan En. Mahadir terletak di bandar Tawau,
Sabah. Restoran ini menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk dan mendapat sambutan dari kaum
Melayu, Cina dan India. Perniagaan diuruskan sepenuhnya oleh Cik Meilah dan beliau mendapat gaji

SUPERFLY AIR
RM 2500 sebulan. Manakala En. Mahadir yang berkerja sebagai guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Apas, Tawau, hanya datang memantau sesekali pada hari Ahad. Mereka
mempunyai 6 orang pekerja.

Berikut maklumat dari penyata kewangan Perniagaan Nasi Lemak Dara bagi tahun 2016 dan 2017;

Butiran 2016 ( RM ) 2017 (RM )

Jualan bersih 300 000 380 000

Untung kasar 200 000 260 000

Untung bersih 170 000 240 000

Kos jualan 100 000 120 000

Mereka bercadang untuk menambah produk baharu iaitu pizza. Pizza akan disediakan dengan
pelbagai saiz dan perasa demi memenuhi citarasa dan menarik lebih ramai pelanggan. Mereka
merancang membekalkan Pizza ke restoran-restoran sekitar bandar Tawau. Mereka juga setuju
untuk menjual pizza dan nasi lemak melalui facebook dan laman web dengan memberi perkhidmatan
penghantaran ke rumah pelanggan secara percuma. Namun terdapat banyak pesaing, oleh itu
mereka perlu merancang strategi produk dan harga yang lebih teliti.

Melihat kepada peningkatan permintaan yang tinggi pada tahun ini, Cik Meilah mencadangkan pada
masa hadapan mereka mengembangkan perniagaan samada membuka cawangan baru atau melalui
sistem francais. En. Mahadir mencadangkan mereka memilih sistem francais.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:

a) Tentukan rakan kongsi aktif dalam Perniagaan Nasi Lemak Dara . Kemukakan alasan. [2 markah]

b) Terangkan klasifikasi Perniagaan Nasi Lemak Dara mengikut


i) skala. [ 2 markah ]
ii) saiz. [ 2 markah ]

c) Hitungkan peratusan margin untung bersih Perniagaan Nasi Lemak Dara.


Nyatakan justifikasi anda. [ 3 markah ]

d) Cadangkan strategi produk dan strategi harga untuk pemasaran produk baharu Perniagaan
Nasi Lemak Dara . [ 5 markah ]

e) Sejauhmanakah anda setuju dengan cadangan En. Mahadir ? [ 6 markah ]

You might also like