Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS, PAHANG

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


SEMESTER 2

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KOD KURSUS : MPU3052

TARIKH : APRIL 2020


MASA : 1 JAM
NAMA : KANNAN RAGURAMAN

ARAHAN KEPADA CALON

Bahagian A : (SOALAN STUKTUR.)


Jawab semua soalan

1. Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun mengikut perspektif Islam dan


barat.
Bagi memahami konsep dan perspektif tamadun Islam dan Barat, kita perlu
mengkaji dari sudut pandangan pelbagai sarjana Islam dan sarjana Barat.
Walaupun kedua-dua tamadun Islam dan Barat mempunyai beberapa
persamaan dari segi pencapaian material, namun satu perbezaan di antara
kedua-duanya ialah tamadun Islam menekankan aspek agama khususnya dari
segi spiritual dan akhlak. Tokoh sarjana Islam Ibnu Khaldun mengatakan bahawa
tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan
pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina
termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan
serta puisi dan pengajian Islam. Manakala Tokoh sarjana Barat Arnold Toynbee
mengatakan bahawa tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang
berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai
manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam
pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.
2. Kedatangan Islam kealam Melayu telah mencorak pandangan semesta tamadun
Melayu. Huraikan empat pandangan semesta tersebut.

Empat pandangan semesta tersebut ialah konsep penghitungan dan


pembalasan yang muktamad di akhirat. Selain itu, keyakinan kepada
pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya bagi amalan jahat
di dunia. Seterusnya menghormati maruah dan martabat manusia. Akhirnya
Kehidupan rohani, yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, akal
dan segala ilmu pengetahuan, maklumat, kemahiran, teknologI peralatan dan
sebagai alat yang perlu prasarana kehidupan dunia adalah membantu
terbentuknya ditutut dan diperoleh fardu secara kitayah demi insan Muslim,
Mukmin dan Muhsin.

3. Islam memberi pengaruh yang besar dalam pembinaan tamadun Melayu.


Berikan hujah yang jelas bagi menyokong penyataan tersebut.

Islam memberi pengaruh yang besar dalam pembinaan tamadun Melayu kerana
Mialaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses
sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melalui pelbagal
sumber sejarah dan kaedah arkeologi. Malaysia merupakan sebuah negara
bangsa berbentuk perse kutuan yang mengandungi kompenen beberapa buah
negeri Melayu yang pernah menjad I Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri negeri Selat. Berdasarkan fakta dan
sejarah, landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan
pemantapan tamadun Malayisa ialah tamadun Melayu-Islam Yang di Pertua
Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan baginda
berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa atau
suruhanjaya yang dilantik atas perkenan baginda
4. Jelaskan kesan pengaruh tamadun India dalam perkembangan bahasa dan
kesusasteraan tamadun Melayu.

Pengaruh tamadun India dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan


tamadun Melayu memberi impak yang besar. Interaksi kedua-dua tamadun ini
telah bermula sejak abad ke-3 SM. Bahasa adalah unsur yang ketara
dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Tamadun Melayu menerima
pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa
Melayu. Penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat
Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa
Melayu kuno ketika itu. Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi
bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara) dan vela (bila). Unsur
terakhir yang telah dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan.
Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata.
Hikayat Seri Rama telah diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi
tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa,
Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma.

Bahagia B (ESEI) Jawab Satu Soalan Sahaja

1. Buktikan bahawa interaksi antara tamadun memberi kesan positif kepada


perkembangan sesebuah negara.
(20 markah)

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta


keunikan yang tersendiri. Namun demikian ada juga tamadun yang tertutup dan
tidak menerima pengaruh luar, namum masih juga berkembang dan berjaya
membentuk serta menemui kemajuan tamadun itu. Interaksi antara tamadun akan
memberi beberapa kesan dalam tamadun berkenaan samada kesan negatif atau
kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamadun mengamalkan sikap
tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama tamadun. Sifat-sifat
yang baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta
memperkayakan lagi tamadun berkenaan dalam pelbagai aspek kemajuan.

Kesan positif semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi


antara Yahudi dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai
contoh dalam Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi
Muhamad saw telah memberi hak-hak dan perlindungan kepada penganut agama
Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dan kebebasan untuk mengamalkan
amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada
masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yang
sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin,
Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah
dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah
mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan
Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan
sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab.
Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari
kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China juga telah memberi
kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri
China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang
diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut
diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan
kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan
positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas,
bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun
India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui
hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan
positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-
pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil
daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku
perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming,
telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam
pentadbiran. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran
agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan
China.
Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-
cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu.
Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran
etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga,
ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam
ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam
kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak
mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi
oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina
Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China
hari ini.
Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu pula telah
meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini
berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan
pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu
dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan
China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang
berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong
pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati
daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu
telah melahirkan beberapa kesan positif yang penting.

Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan


Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh,
Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut
membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya
dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian,
makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan


kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan
kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi
membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga
kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam.
Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang
diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan
sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku
melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara
aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik,
contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu
ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik
peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368
Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan Jawa pada abad abad
ke-13 Masihi.
Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada
hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang
banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan
beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting
ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan
dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan
agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku
tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di
Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan
Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh
Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah
memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam
Tamadun Jepun.

Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut
meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya
upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah
Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran
Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah
memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga
telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal
dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun
telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun
telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
2. Bincangkan impak atau kesan pascamodenisme akibat pertembungan antara
tamadun Barat dan Timur.
(20 markah)

You might also like