Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS


PULAU PINANG
Tel: 04-6496795
Fax: 04-6496541

Rujukan kami
Tarikh:

Kepada:

-------------------------
-------------------------

Tuan,

Assalamualaikum warahmatullah..

MEMOHON SUMBANGAN DANA BAGI MEMBAIKI SURAU SEKOLAH

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan,Sekolah Kebangsaan Sungai Batu memerlukan dana bagi


membiayai kos perbelanjaan membaiki dan menaik taraf surau sekolah yang mana ia
adalah tempat ibadah solat khususnya bagi murid-murid dan juga merupakan pusat
pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan Islam di sekolah.

3. Sehubungan itu, pihak Sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi
memberi sumbangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

4 Bersama-sama ini saya lampirkan kertas kerja anggaran perbelanjaan berkaitan


untuk rujukan tuan.Segala sumbangan dan kerjasama dan perhatian tuan didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Sekian

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(SAIDY ASSAGHIRY B IBRAHIM)


Ketua Panitia SKSBt

Pulau Pinang

Pulau Pinang.

Sk: Guru Besar SK Sg Batu

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU


TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6496795
Fax: 04-6496541

Rujukan kami :
Tarikh : 04Mac 2010
Kepada:
Pengerusi PIBG SK Sg.Batu
En Shaikh Farid Bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullah

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MENYERTAI KEJOHANAN


OLAHRAGA ZON BALIK PULAU

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Kelab Olahraga SK Sg. Batu akan menghantar beberapa orang pelajar SK Sg Batu
bagi menyertai Kejohanan Olahraga peringkat zon Balik Pulau yang akan diadakan
pada 9-11 Mac 2010. Tujuan penyertaan ialah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar
dalam bidang sukan khususnya Olahraga dan Balapan.

3. Sehubungan itu, pihak Kelab Olahraga SK Sg.Batu ingin memohon sumbangan


sebanyak RM53.00 daripada PIBG bagi menjayakan hasrat tersebut.

4. Segala sumbangan dan kerjasama Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menurut perintah,

SAIDY ASSAGHIRY B IBRAHIM


Ketua Kelab Olahraga
Sekolah Kebangsaan Sg.Batu
Pulau Pinang.

Sk : Guru Besar SK Sg Batu


Kepada,
Ibu bapa/penjaga/waris murid,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-6 sessi 2008/09.

Perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Sungai Batu sessi 2008/09 akan mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke-6 seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 28 Mac 2009 ( Sabtu ).


Masa : 8.00 pagi.
Tempat : Foyer SK Sungai Batu.

3. Sehubungan itu kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan. PIBG mengucapkan


jutaan terima kasih atas keprihatinan tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

------------------------------------------------
(AHMAD SAYUTI BIN ABD.GHANI)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Sungai Batu ( 2008/09).

Pengesahan kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-6 sesi


2008/2009.
Saya ________________________________________ ibu bapa/penjaga/waris
kepada murid bernama __________________________________ tahun/kelas
______________ akan hadir/tidak hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tersebut.
(potong yang tidak berkenaan)

Borang usul dan cadangan .


Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul dan cadangan pada Mesyuarat Agung
PIBG kali ini,sila isi pada ruangan dibawah dengan ringkas dan padat :
Usul dan cadangan :
1.___________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
__________________
2.___________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
__________________
3.___________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
__________________

*Sila hantar dan kembalikan borang ini pada 23.3.2009 ( Isnin ). Kerjasama
tuan/puan amat diharapkan.
Terima Kasih.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU


TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6496795
Fax: 04-6496541
Tarikh: 30 Disember 2008

Kepada:
YB.Syed Ameerudin b. Hj Syed Ahmad

Assalamualaikum warahmatullah

YB,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PELAJAR CEMERLANG UPSR 2008

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Persatuan Ibu bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Batu,Pulau Pinang
bercadang untuk memberi saguhati kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai
5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

3. Sehubungan itu, pihak PIBG ingin memohon sedikit sumbangan daripada YB bagi
menjayakan hasrat tersebut.Bersama-sama ini di sertakan senarai nama murid-murid
yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR untuk pengetahuan YB.

4. Segala sumbangan dan kerjasama YB didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

-------------------------------------------
( SHAIKH FARID B. MOHAMED )
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan SG.Batu
Pulau Pinang.

You might also like