Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

1.

0 Nota Grafik

1.1 Definisi dan Konsep Kanak-kanak Berkeperluan Khas serta Pendidikan Khas

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

 Kebolehan, kefungsian, kemahiran dan perkembangan

 Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan


khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang
mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan,
kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati.

1
KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Hallah dan Kauffman (2006)

 Bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi


keperluan kanak-kanak berkeperluan khas

Gargiolo (2003)

 Program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi


memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Penggunaan
bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus
terhadap pelajar pendidikan khas.

Friend (2005)

 Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi


keperluan kanak-kanak kurang upaya. Pengajaran
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau
institusi.

Mansor (2005)

 Program berterusan untuk menggalakkan


perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran

2
1.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

Bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan


sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah
atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

1948 – Pendidikan khas formal bermula dengan tertubuhnya Sekolah


Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-
kanak buta.

1954 – Sekolah Persekutuan kanak-kanak Pekak telah ditubuhkan di


Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak

1978 – Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam


menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap
umurnya)

1988 – Program untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran baru


bermula apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan


kanak-kanak buta, pekak dan bermasalah pembelajaran

3
1.3 Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

 Jawatankuasa Perancangan Pendidikan bersidang pada 30 Jun 1981 dan


memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara kementeian untuk
mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak
kurang upaya.
 Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan
ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini dikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan
Kementerian Buruh.
 Jawatankuasa ini menetapkan:
 Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-
kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-
kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal yang boleh dididik)
 Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan
kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk
serta kanak-kanak spastik
 Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di
peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keadaan berisiko Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan
dengan Akta Pendidikan 1996
 Satu bab khusus mengenai pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta
tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat
oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas
kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada
permintaan daripada masyarakat
 Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menentukan
tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan
pendidikan khas
 Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan
bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun

4
1.3.1 Tertakluk kepada subsyeksyen(2) dan (3), Menteri boleh melalui
peraturan-peraturan menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan
keperluan murid yang menerima pendidikan khas
(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan
pendidikan khas
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah
yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori
sekolah khas
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat
atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah
mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan
di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri
suaimanfaat.

5
1.4 Jenis-jenis Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Bermasalah Fizikal  Tidak semua murid-murid berkeperluan khas boleh


dikenalpasti melalui pemerhatian fizikal
 Contoh:
 Kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran kelihatan seperti kanak-kanak
biasa dari segi fizikalnya
 Kanak-kanak ini mampu bergerak dan mengurus
diri seperti kanak-kanak biasa
 Sebaliknya, kanak-kanak yang menghadapi
penyakit tulang belakang atau lumpuh perlu
sokongan atau kerusi roda untuk bergerak
 Mereka sukar bergerak seperti kanak-kanak
biasa, malahan sesetengah daripada mereka
tidak boleh mengurus diri sendiri tanpa bantuan
orang lain
 Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis masalah
fizikal yang dihadapi oleh kanak-kanak
berkeperluan khas

Bermasalah Mental  Kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran


membaca, mengira dan menulis pada tahap kanak-
kanak normal mungkin menghadapi masalah
keupayaan mental yang rendah
 Umumnya, mereka mempunyai keupayaan intelek atau
IQ yang rendah
 Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang menghadapi
kerencatan mental

 Dari segi fizikal, sesetengah mereka kelihatan sama

6
seperti kanak-kanak biasa
 Sebaliknya, perbezaan dari segi fizikal dapat dilihat
dengan ketara seperti mereka yang menghadapi
sindrom down
Bermasalah Emosi  Kanak-kanak ini kelihatan seperti kanak-kanak biasa
 Kanak-kanak ini boleh dikenalpasti melalui permerhatian
dari segi emosi hubungan sosial dan tingkah laku
mereka
 Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah emosi ialah
gelisah, dan bergerak ke sana sini, suka merosakkan
harta benda sendiri dan orang lain, kerap bergaduh,
tidak disukai oleh rakan, risau mengenai perkara yang
kecil, berbahasa kasar dan sebagainya.

1.5 Khidmat sokongan yang disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas

7
 Selain Kementerian Pendidikan, Pendidikan Khas juga dikendalikan oleh
pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawan
 Badan Bukan Kerajaan atau NGO, ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan
wujud di merata-rata tempat di negara kita
 Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka
mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
 Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan Pendidikan
Khas ialah:
 Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Association) yang
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di
antara umur 2-16 tahun
 Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal
bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-
kanak di antara umur 6-16 tahun
 Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)
yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan
ialah kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Kini Yayasan ini
mengendalikan 6 pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di
merata tempat dalam Malaysia

8
1.6 Isu-isu Semasa dalam Pendidikan Khas

Memperkasa Pendidikan Khas


Oleh Rosliwaty Ramly:

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sejak ditubuhkan pada 1 Oktober 1995, Jabatan
Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai perkhidmatan
pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh murid berkeperluan khas.

Perkhidmatan pendidikan ini adalah untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran, pembelajaran, tidak dapat menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) serta
pembangunan pendidikan murid Orang Asli dan Penan.

Kanak-kanak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Khas terdiri daripada mereka yang
mengalami sindrom down, autisme ringan, `attention deficit hyperactivity disorder (ADHD),
terencat akal minimum serta bermasalah pembelajaran spesifik atau disleksia.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Azizah Abd. Gani, pendidikan
yang diberi kepada murid berkeperluan khas menekankan kepada keperluan individu daripada
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Azizah menjelaskan bahawa program pendidikan khas dilaksanakan melalui empat sistem iaitu:

* Sekolah Pendidikan Khas yang menempatkan murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan
bermasalah pembelajaran;

* Program Integrasi Pendidikan Khas yang diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa rendah,
menengah dan sekolah teknik/vokasional. Ia menempatkan secara segregasi atau spara inklusif
murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.

* Program Inklusif menempatkan murid berkeperluan khas belajar dalam kelas yang sama
dengan murid biasa.

* Program Pendidikan Pemulihan di kelas khas terdapat di semua sekolah aliran perdana.

9
HALATUJU MURID KEPERLUAN KHAS

Azizah menekankan murid berkeperluan khas yang berpotensi dalam bidang akademik akan
dijuruskan ke arah peningkatan dalam bidang akademik sehingga ke peringkat pengajian yang
lebih tinggi.

Bagi mereka yang tidak mencapai tahap akademik yang cemerlang, mereka akan menerima
latihan kemahiran menjurus kepada bidang latihan teknik dan vokasional.

KURIKULUM LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Beliau berkata terdapat tiga aliran latihan vokasional yang dilaksanakan di peringkat
persekolahan menengah atas untuk murid berkeperluan khas:

i. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang yang menempatkan murid
bermasalah pendengaran. Murid-murid mengikuti Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sebagai
subjek elektif dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini mula dilaksanakan pada
tahun 2002.

Bidang matapelajaran vokasional meliputi membuat pakaian wanita, elektrik domestik,


pertukangan kayu/perabot dan pembinaan domestik.

ii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam Selangor, merupakan sekolah
vokasional terulung untuk menempatkan murid bermasalah pendengaran mengikuti latihan
vokasional sepenuhnya.

Sekolah ini dibuka pada 1987 dan murid-murid bermasalah pendengaran diberikan latihan
vokasional menggunakan Modul Standard Kebangsaan Kemahiran Pekerjaan (NOSS) yang
dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Mereka menjalani latihan selama dua tahun dan murid yang berjaya memenuhi syarat keperluan
NOSS dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 1) dan yang gagal mencapai peringkat
kecekapan yang ditetapkan akan dikurniakan Sijil Pendidikan Khas Vokasional.

Azizah menjelaskan murid berkeperluan khas juga akan mengikuti latihan kemahiran industri di
firma-firma untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sekolah.

Antara bidang latihan Vokasional yang ditawarkan termasuklah jurubatik lukis, jurubatik terap,
mekanik penyejukbekuan dan penyaman udara, jurukimpal arca logam berperisai dan
pemasangan badan motosikal.

iii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura, Kulai, Johor pula merupakan sekolah
vokasional pertama di Malaysia yang menempatkan tiga kategori kecacatan murid yang terdiri

10
daripada murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran.

Sekolah ini yang mula beroperasi pada 2004 boleh menempatkan 250 orang murid dalam satu-
satu kohort. Dua jenis kurikulum dilaksanakan di sekolah ini.

Murid bermasalah pendengaran mengikuti Kurikulum Aliran Perdana dengan elektif Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) Grafik Berkomputer dan Solekan serta Dandanan Rambut.

Murid bermasalah penglihatan mengikuti Kursus Juru Refleksologi dan Juru Urut dengan NOSS
manakala murid bermasalah pembelajaran pula mengikuti lima jenis kemahiran dengan NOSS.

iv. Sekolah Menengah Harian Program Integrasi pula menempatkan murid-murid bermasalah
pendengaran yang tamat tingkatan 3. Mereka turut diberikan ruang untuk menyambung pelajaran
dalam bidang kemahiran vokasional dengan mengikuti kurikulum arus perdana dan subjek
elektif mata pelajaran vokasional, di sekolah-sekolah Menengah harian secara integrasi atau
inklusif.

v. Pendidikan teknik dan vokasional di Sekolah Menengah Teknik di bawah kelolaan Jabatan
Pendidikan Teknikal pula membuka ruang kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan
juga pembelajaran bagi mengikuti Latihan Kemahiran di peringkat sekolah.

Kursus yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah menengah teknik merupakan kursus yang
menggunakan NOSS dan di akhir latihan murid-murid berkeperluan khas akan dianugerahkan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), kata Azizah.

PERLUASAN PROGRAM LATIHAN VOKASIONAL

Azizah berkata menyedari keperluan latihan kemahiran amat terhad untuk golongan murid
bermasalah pembelajaran, jabatan ini telah membangunkan satu bentuk kurikulum menjurus
kepada keperluan untuk golongan ini.

Draf Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV-Khas) telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Kurikulum Pusat di kementerian pada April 2006 untuk dilaksanakan secara rintis
melalui Program Integrasi Sekolah Menengah.

Enam komponen kursus dalam MPV-Khas meliputi komponen pertanian, perkhidmatan,


masakan, penyelenggaraan, kraftangan dan jahitan.

Beliau menerangkan enam buah Program Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah menengah
telah dipilih untuk melaksanakan Program Rintis pada tahun 2007.

Senarai sekolah dalam Program Rintis Kursus MPV-Khas 2007 termasuklah SMK Pekan Baru
Muar, Johor, SMK Bandar Sunway, Selangor, SMK Sungai Besar, Selangor, SMK Tengku
Mahmud Iskandar, Tangkak, Johor, SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dan SMK Tun
Tuah, Melaka.

11
Beliau berkata kurikulum ini juga akan dicubaguna pada murid-murid bermasalah pendengaran
dan jika sesuai akan diperluaskan ke sekolah menengah integrasi masalah pendengaran.

Azizah menjelaskan jabatan ini turut diberi peruntukan untuk membina dua buah sekolah
vokasional pendidikan khas, sebuah di zon utara yang terletak di Sungai Petani, Kedah dan
sebuah lagi di zon pantai timur iaitu di Pahang.

Kedua-dua sekolah vokasional ini akan menawarkan kursus vokasional yang sesuai untuk murid
bermasalah pendengaran dan pembelajaran dan akan menggunakan Kurikulum Jabatan
Pembangunan Kemahiran.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Dalam usaha menjana kecemerlangan pendidikan khas, Azizah berkata Bahagian Latihan dan
Khidmat Bantu berperanan menganjurkan dan memberi latihan kepada tenaga pengajar.

"Guru-guru yang dipilih menjadi tenaga pengajar adalah guru-guru yang berlatarbelakang
pendidikan khas yang diberi latihan menjurus kepada kursus-kursus vokasional yang dijalankan
di sekolah-sekolah berkenaan," katanya.

Latihan yang dijalankan sama ada di pusat-pusat latihan yang mendapat pengiktirafan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran seperti Pusat Latihan Dusun Tua atau Pusat Latihan Tenaga
Pengajar Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber dan Manusia (CIAST).

Melalui latihan ini para guru akan mendapat tauliah sebagai tenaga pengajar dan penilai semua
kursus yang dijalankan di sekolah-sekolah Vokasional Pendidikan Khas, tambah beliau.

Azizah menekankan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak meminggirkan pendidikan anak-anak
berkeperluan khas tanpa pembelaan.

"Usaha-usaha merealisasikan PIPP akan melihat kepada kepentingan dan hak anak-anak
berkeperluan khas agar mereka juga dapat hidup seiring dengan anak-anak yang lain di arus
perdana," katanya lagi.

Hakikatnya, apa yang dilaksanakan adalah selaras dengan moto Jabatan Pendidikan Khas iaitu
menjana "Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama."

12
RM440 juta kos Pendidikan Khas

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM


pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran memperuntukkan kos sebanyak RM440


juta bagi menampung keperluan pembangunan 3,532 projek Pendidikan Khas di bawah
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, projek menaik taraf
5,440 kelas pemulihan khas dengan kos RM212 juta adalah antara projek utama dalam
peruntukan tersebut selain menaik taraf 405 Kelas Integrasi Pendidikan Khas dengan
kos RM16 juta.

''Di samping itu, pembinaan dua buah Sekolah Vokasional Pendidikan khas di Merbok,
Kedah dan Kuantan, Pahang, masing-masing dengan kos asal RM36.5 juta dan
RM38.5 juta.

''Pada tahun ini sahaja, sebanyak RM35 juta akan dibelanjakan untuk menaik taraf 701
kelas pemulihan khas di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Pusat Perkhidmatan


Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya sebagai Program Anak Angkat Tenaga Nasional
Berhad (TNB) di sini semalam.

Pada majlis itu, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie menyerahkan sumbangan bernilai
RM492,500 kepada isteri Menteri Pelajaran yang juga Penaung 3PK seluruh Malaysia,
Tengku Marsilla Tengku Abdullah, sebagai penaja utama pembangunan 3PK Putrajaya
itu untuk tempoh lima tahun bermula 2007.

TNB melalui Yayasan Tenaga Nasional sebelum ini juga pernah memberikan
sumbangan bernilai RM250,000 pada 2007 untuk tujuan sama.
13
3PK adalah pusat khidmat setempat yang menawarkan khidmat terapi dan pemulihan,
pusat penyebaran maklumat mengenai pendidikan khas termasuk berkaitan kerjaya
individu berkeperluan khas.

Pusat tersebut juga menawarkan khidmat kaunseling bukan sahaja kepada ibu bapa
dan murid malahan kepada orang ramai yang berminat, secara percuma.

Kata Alimuddin, berikutan penambahan elaun khas kanak-kanak kurang upaya


daripada RM50 kepada RM150 sebulan, peruntukan perbelanjaan mengurus turut
meningkat iaitu sebanyak RM158 juta pada tahun ini berbanding RM102 juta tahun lalu.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, Jabatan Pendidikan Khas kementerian itu telah
dinaik taraf kepada Bahagian Pendidikan Khas dengan pertambahan bilangan pegawai
dan kakitangan, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari semasa ke
semasa.

''Selain mendirikan sekolah-sekolah khas, kita juga menyediakan kelas-kelas khas di


sekolah-sekolah biasa dan dengan cara ini kita harap lebih ramai pelajar ini mendapat
kemudahan daripada kelas-kelas yang ditubuhkan ini.

''Setakat ini terdapat tujuh buah pusat itu di seluruh negara, iaitu di Putrajaya, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor dan Melaka,'' katanya.

Tambahnya, kementerian tersebut menyasarkan untuk menubuhkan sekurang-


kurangnya satu pusat tersebut di setiap negeri.

14
2.0 Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Walau
bagaimanapun, perubahan perkembangan besar yang wujud antara dunia bayi dengan
umur persekolahan adalah peningkatan dalam jumlah masa kanak-kanak berminat
dalam satu-satu aktiviti, dan perubahan daripada aktiviti motor kasar yang berterusan
kepada masa bagi aktiviti yang memerlukan mereka memberi tumpuan dalam masa
tertentu seperti semasa membaca ataupun menonton televisyen. Kanak-kanak yang
hiperaktif ataupun mempunyai masalah member tumpuan mungkin tidak memaparkan
peningkatan dalam perkembangan ini. Kanak-kanak aktif yang berumur 3 tahun
biasanya menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani aktiviti yang pasif selama
20 minit. Manakala kanak-kanak berumur 5 tahun yang mana umur mentalnya adalah
pada tahap 3 tahun juga memaparkan sikap hiperaktif seperti kanak-kanak normal yang
berusia 3 tahun..

Kanak-kanak hiperaktif dapat dikesan daripada simptom berikut:

1. Tidak memberi tumpuan


 Gagal menyiapkan tugasan
 Tidak mengikut arahan
 Sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti

15
2. Impulsif
 Bertindak tanpa berfikir
 Bertukar daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain
 Sukar mengenali satu-satu aktiviti
 Perlu diberi perhatian yang lebih
 Sukar menunggu giliran
3. Hiperaktif
 Berlari ataupun memanjat sebarang objek ataupun perabot tanpa terkawal
 Sukar duduk di satu tempat dengan tenang
 Bergerak secara berlebihan semasa tidur
 Sentiasa aktif sepanjang masa

Keperluan Pembelajaran

Implikasi bagi kanak-kanak dengan Attention Deficit Hyperactivitiy Disorder (ADHD) dan
Attention Deficit Disorder (ADD) adalah jelas:

Tingkah laku kanak-kanak itu adalah tidak sesuai


Ia menghalang pembelajaran dan dapat menjurus kepada masalah
pembelajarannya sendiri
Ia menghalang pembelajaran pelajar lain dalam kumpulan kelas di sekolah

Kanak-kanak hiperaktif mengganggu rutin kelas dan memerlukan perhatian yang lebih.
Kemungkinan besar penjaga ataupun guru berinteraksi secara negatif apabila kanak-
kanak memaparkan tingkah laku yang mengganggu. Kanak-kanak kategori ini
memerlukan persekitaran yang konsisten berbanding dengan kanak-kanak lain bagi
membolehkannya mempelajari peraturan dan kawalan kendiri. Penting bagi penjaga
ataupun guru menentukan tingkah laku yang baik dengan member ganjaran bagi
tingkah laku itu sama ada dalam bentuk pujian ataupun hadiah.

Juga penting bagi mengenal pasti had kemampuan kanak-kanak untuk memberi
tumpuan supaya keadaan kelas dapat diubahsuai bagi memberi kejayaan yang
maksimum. Peraturan di dalam kelas sepatutnya lebih mementingkan usaha bagi

16
mengelak gangguan bagi aktiviti kanak-kanak dan bukannya untuk memenuhi
kehendak orang dewasa semata-mata.

Gangguan Emosi

Gangguan emosi adalah satu masalah yang bukan sahaja dialami oleh orang dewasa
tetapi juga oleh kanak-kanak. Perubahan-perubahan tingkah laku yang dipamerkan
oleh kanak-kanak mungkin menunjukkan ia mengalami gangguan emosi tetapi
biasanya ibu bapa dan guru sering tidak mengendahkan kanak-kanak ini. Akibatnya
perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek terjejas dan ia terus dilabelkan
sebagai kanak-kanak yang jahat, pemalas, dan pelbagai stigma yang negatif.

Punca

Gangguan emosi mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Aspek kekeluargaan dan suasana di rumah


 Ibu bapa bercerai
 Ibu bapa terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan si anak
 Kemiskinan yang menjadikan keperluan asas tidak mencukupi dan
menjadikan kanak-kanak rendah diri dan kurang yakin
2. Aspek pergaulan di sekolah
 Tidak bergaul dengan rakan-rakan
 Sentiasa diejek kerana kekurangan yang ada padanya

Ciri-ciri

Biasanya kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi tanpa masalah lain


memaparkan ciri-ciri berikut:

 Tidak dapat bercakap dengan fasih walaupun mencapai tahap umur yang
membolehkannya bercakap
 Prestasi kognitif yang kurang memuaskan
 Perkembangan sosial yang tidak memuaskan
 Menunjukkan tingkah laku yang hiperaktif

17
 Suka mengacau orang lain
 Suka merayau
 Suka bersendirian
 Selalu bermenung
 Pemarah
 Kurang sabar
 Resah gelisah

Tanda-tanda Gangguan Emosi

Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalah berbeza-beza, bergantung


pada umurnya. Mereka mungkin:

 Kurang selera makan


 Loya tekak dan muntah-muntah
 Sakit perut
 Sakit kepala
 Pucat
 Tidak aktif dan tidak bermaya
 Lelah
 Sukar tidur malam
 Kencing malam
 Menggigit-gigit kuku
 Menarik-narik rambut

Kanak-kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi


mengenal pasti ciri-ciri kelemahan dan kekuatan yang dimilikinya. Mereka juga perlu
diberi program pendidikan yang sesuai bagi memastikan perkembangan dirinya tidak
terus terjejas, dengan menekankan pembinaan keyakinan diri dan memantapkan
pergaulan sosial mereka. Tindakan awal perlu dijalankan bagi membolehkannya
mengenal kekuatan yang ada padanya dan menggunakan kekuatan itu.

18
3.0 Lawatan ke Pusat NGO

3.1 Temubual

Berhubung dengan lawatan saya ke Pusat Pemulihan dalam komuniti


Seberang Jerteh, saya telah menyediakan beberapa soalan untuk
mengenalpasti kanak-kanak ADHD. Antara soalan yang telah saya
kemukakan ialah berkait dengan fizikal, kognitif, emosi, sosial dan tingkah
laku kanak-kanak ADHD ini serta beberapa soalan lain bagi mengukuhkan
lagi pemahamam saya mengenai kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran ini.

3.2 Perbincangan

Berhubung Pada 16 Mac 2010 saya bersama 2 orang rakan saya telah
mengunjungi sebuah Pusat Dalam Komuniti yang bertempat di Seberang
Jerteh. Pusat yang dimaksudkan itu ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Seberang Jerteh. Pusat ini bertempat di Besut, Terengganu. Kami
mengunjungi Pusat ini pada jam 9.45 pagi. Awal dari perjumpaan yang
sepatutnya.

Syukur Alhamdulillah, kehadiran kami diterima baik oleh semua penghuni


Pusat Pemulihan itu. Setelah berkenalan dengan beberapa orang penghuni
Pusat ini, kami diberitahu sedikit sebanyak mengenai peraturan Pusat Dalam
Komuniti ini juga maklumat mengenai penghuni Pusat Pemulihan ini.

Saya telah memilih seorang responden untuk dijadikan responden saya yang
pertama. Responden tersebut ialah seorang kanak-kanak perempuan
berumur 11 tahun yang mempunyai masalah ADHD. Kanak-kanak ini
bernama Nur Fara Ain binti Nordin. Responden ini tinggal di Jerteh
berhampiran Sungai Jerteh. Responden ini dilahirkan pada 28 November

19
1999. Fizikal yang dapat dikesan oleh saya terhadap responden ini ialah
sempurna seluruh anggota badan.

Masalah dari segi kognitif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini adalah
sederhana. Hal ini kerana responden menunjukkan tindakbalas yang positif
dan memberi reaksi yang faham apabila seseorang menunjukkan buku atau
gambar kepada responden. Ini menunjukkan arahan dapat diterima oleh
responden dengan baik. Namun begitu, responden ini menghadapi masalah
dalam mengenal pasti huruf-huruf di dalam teks. Walaupun begitu, responden
faham apabila diujarkan perkataan seiring dengan gambar.

Responden yang dipilih mempunyai sedikit masalah dalam mengawal


emosinya. Mengikut guru yang mendidik responden ini, responden hendaklah
didahului dalam setiap apa yang dilakukan oleh Pusat Pemulihan ini.
Sekiranya penghuni lain didahulukan, responden ini akan memberi
tindakbalas negatif. Responden ini akan membuat sesuatu perkara yang tidak
disenangi oleh penghuni lain. Antaranya ialah menangis dan menjerit serta
menjatuhkan barang-barang yang ada dalam Pusat Pemulihan ini.

Selain itu, responden ini akan menunjukkan minat yang terlampau terhadap
sesuatu yang dapat menarik perhatian responden. Menurut penyelia Pusat
Pemulihan ini, responden akan patuh pada arahan atau teguran oleh
seseorang yang diminati oleh responden. Walaupun responden ini agak
agresif, namun responden mendengar dan patuh pada arahan yang diterima.
Apabila bermain, responden suka menyepahkan barang. Namun begitu,
responden akan menyimpan semula permainan yang disepahkan melalui
pemerhatian dan peniruan tingkah laku kawan.

Sekiranya kawan sedang mengemas, responden ini akan turut bersama-


sama membantu untuk mengemas. Maka, nilai-nilai murni dapat dilihat di sini
yang ditunjukkan oleh responden. Di samping itu, sikap responden ini adalah
suka mengusik kawan-kawan yang lain. Responden sering mengambil hak

20
milik kawan-kawan. Tetapi, sekiranya dilarang berbuat demikian, responden
patuh pada arahan.

Jenis sosial dan pergaulan responden ini adalah meluas. Responden suka
bergaul dan berkawan dengan kawan-kawannya. Tambahan lagi, responden
pandai mengurus diri sendiri. Responden mula masuk ke Pusat Pemulihan ini
adalah pada tahun 2004. Sehingga sekarang responden telah menunjukkan
banyak perkembangan yang lebih positif berbanding sebelumnya. Pada
peringkat awal masuk ke Pusat Pemulihan, responden sangat takut untuk
memasuki tandas. Namun kini responden boleh memasuki tandas secara
bersendirian setelah dilatih oleh guru Pusat Pemulihan ini.

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden adalah aktif. Responden suka
memanjat, memukul cermin serta menarik rambut kawan-kawan. Sekiranya
responden diberi sesuatu bahan atau permainan tumpuan yang diberikan
adalah cuma seketika. Selepas beberapa minit, responden akan kelihatan
gelisah dan mula mengganggu kawan-kawan yang lain.

Di samping itu, saya ada menyediakan beberapa soalan untuk mengetahui


sedikit sebanyak mengenai kanak-kanak yang menghidap penyakit ADHD ini.
Mengikut maklumat yang saya perolehi, kanak-kanak ADHD di Pusat
Pemulihan ini suka merayau-rayau dalam kawasan Pusat Pemulihan setiap
masa. Tetapi apabila diminta duduk di tempatnya, dia akan akur, namun
untuk seketika sahaja. Kemudian kanak-kanak ini akan mula bergerak lagi
dalam kawasan Pusat Pemulihan.

Penerimaan kanak-kanak ADHD ini terhadap arahan guru atau lain-lain


adalah amat rendah. Kadang-kadang kanak-kanak ini tidak menghiraukan
arahan atau teguran orang di sekelilingnya. Selain itu, saya juga difahamkan
bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak ini adalah tidak lengkap. Hal ini
kerana sukar menerima arahan serta tidak dapat bertutur dengan baik untuk
meminta sesuatu. Kanak-kanak ini hanya akan menunjukkan kepada sesuatu
sekiranya berkehendakkan sesuatu itu.

21
Keupayaan intelek yang dapat dikesan oleh kanak-kanak ADHD ini adalah
baik tetapi sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini adalah resah dan
kadangkala sukar dikawal. Sekiranya kanak-kanak ini tidak mendapat apa
yang diperolehinya, kanak-kanak ini akan menjerit dan meraung. Apabila ini
berlaku guru atau pembantu Pusat Pemulihan akan memujuk dan memberi
apa yang dikehendaki oleh kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini tidak boleh
dibiarkan kerana kanak-kanak ini akan member reaksi yang lebih negatif
kemudiannya.

Kehendak kanak-kanak ini juga kadangkala tidak dapat dipenuhi oleh


pembantu Pusat Pemulihan. Namun begitu, pembantu-pembantu Pusat
Pemulihan ini mengambil inisiatif iaitu dengan memujuk atau memberi
sesuatu yang menyerupai kehendak kanak-kanak ADHD ini. Kebiasaanya,
kanak-kanak ini akan menurut sahaja. Antara kehendak kanak-kanak ADHD
ini yang tidak mampu dipenuhi oleh pembantu Pusat Pemulihan ialah untuk
keluar bermain di luar kawasan Pusat Pemulihan. Maka, dengan itu
pembantu ini memujuk kanak-kanak ini untuk bermain bersama kawan-kawan
mengikut aktiviti yang ditetapkan oleh Penyelia Pusat Pemulihan.

Selain itu, saya diberitahu mengenai cara-cara untuk menarik perhatian


kanak-kanak ADHD ini. Kanak-kanak ini suka apabila diberikan kepadanya
buku yang bergambar. Ini dapat menarik perhatiannya. Namun begitu,
perhatian yang diberikan hanyalah seketika. Jadi, selepas itu, aktiviti yang
memerlukan kanak-kanak ini bergerak bebas dilakukan seperti bermain bola
atau papan gelungsur dan bersenam.

Biasanya kanak-kanak ADHD ini mengambil ubat untuk mengurangkan


keaktifan mereka. Namun begitu, responden yang telah saya selidiki tidak
mengambil ubat. Tetapi sebelum memasuki Pusat Pemulihan ini, kanak-
kanak ini telah mengambil ubat untuk mengurangkan Epilepsinya. Hal ini
kerana, sewaktu kecil kanak-kanak ini juga menghidap Epilepsi. Sejak
memasuki Pusat Pemulihan, kanak-kanak ini tidak lagi terikat kepada ubat
Epilepsi.

22
Menurut pembantu Pusat Pemulihan ini, menu harian kanak-kanak ini tidak
ditetapkan. Kanak-kanak ini makan makanan yang disediakan oleh pembantu
Pusat Pemulihan tanpa ada masalah. Namun begitu, pembantu Pusat
Pemulihan ini tidak membenarkan kanak-kanak ini makan makanan yang
manis seperti gula-gula bagi mengelakkan kanak-kanak ini menjadi lebih
aktif.

Saya juga dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak ADHD di Pusat


Pemulihan ini tidak mendapat rawatan lain selain berada di Pusat Pemulihan
ini. Hal ini kerana Pusat Pemulihan ini dibuka walaupun cuti sekolah panjang.
Saya difahamkan Pusat ini hanya ditutup selama seminggu untuk setahun
kecuali cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu.

Akhir kata, saya berbangga diberi peluang untuk mengenali kanak-kanak


yang bermasalah dari segi mental dan fizikal. Saya bersyukur kerana saya
dilahirkan dengan mental dan fizikal yang sempurna. Dengan itu, saya
menyeru kepada semua agar menghargai kanak-kanak yang bermasalah ini
kerana mereka pun sama seperti kita tetapi mereka mempunyai sedikit
kekurangan dan kekangan berbanding dengan kita yang sempurna mental
dan fizikal.

23
4.0 Rumusan dan Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kanak-kanak yang bekeperluan khas juga memerlukan


bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Setelah saya
membuat lawatan ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti Seberang Jerteh ini
keinsafan mula timbul dalam diri. Betapa tabahnya seorang ibu melahirkan dan
menjaga anak-anak yang kurang upaya. Walaupun tidak mempunyai harta
bertimbun, mereka tidak mengabaikan anak-anak khas mereka.

Kasih sayang seorang ibu kepada anak itu tetap timbul walaupun seseorang anak
itu melukakan hati ibu. Betullah pepatah yang mengatakan bahawa “ibu mana yang
tidak sayangkan anak, sedangkan binatang pun sayangkan anak-anak mereka”.
Jadi, kita sebagai seorang yang sempurna dari segi mental dan fizikal bantulah
mereka ini yang bekeperluan khas. Dengan adanya khidmat sokongan bakti ini,
maka akan timbul keinsafan pada diri kita agar tidak riak dan takbur dengan
kehidupan kita sekarang.

Semasa berada di pusat ini juga, saya tersentuh dengan seorang kanak-kanak yang
bermasalah penglihatan berumur 5 tahun. Kanak-kanak malang ini tinggal bersama
neneknya kerana kedua-dua ibubapa nya berpisah. Bapa kanak-kanak ini telah
menghilangkan diri sejak dia dilahirkan. Kemudian ibunya pula meninggalkan dia
dengan alasan tidak sanggup menjaga kanak-kanak ini. Agak tersentuh hati saya
apabila mendengar cerita yang diberitahu oleh penyelia pusat pemulihan ini.

Akhir sekali, saya rasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan mengikut
waktu yang telah ditetapkan. Walaupun menghadapi beberapa masalah sewaktu
tugasan dijalankan, namun akhirnya saya berjaya menghadapinya dengan bantuan
pensyarah dan teman-teman. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibubapa saya yang
banyak memberi sokongan dari jauh. Terima kasih kepada penyelia pusat
Pemulihan Seberang Jerteh iaitu Puan Salina atas kerjasama anda.

24
5.0 Lampiran

Warga penghuni Pusat Pemulihan dalam Komuniti Seberang Jerteh

Hasil kraftangan pelajar Pusat Pemulihan Seberang Jerteh

25
Saya bersama Shahira yang bermasalah penglihatan

Gelagat kanak-kanak Sindrom Down

26
6.0 Rujukan

Living with ADHD. Dr Cai Yiming. 2003. Published by Times Editions. Singapore.

Service Directory For People With Disabilities in Malaysia. 2009. Compiled &
Edited by Malaysian Care. Kuala Lumpur.

http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1.20
mac 2010

http://en.wikipedia.org/wiki/Attention-deficit_hyperactivity_disorder. 20 mac 2010

http://www.nimh.nih.gov/health/publications/attention-deficit-hyperactivity-
disorder/complete-index.shtml. 20 Mac 2010

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/HyperactiveBehaviourTreatmentCur
e.html. 21 Mac 2010

http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Kanak-kanak/KecelaruanHiperaktif.pdf. 22
Mac 2010

27

You might also like