Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

PENGUMPULAN DATA PRIMER :

SOAL SELIDIK & PENGUKURAN

IOX7001 Kaedah Penyelidikan Lanjutan


Advanced Research Methodology
Soal Selidik
 Satu set borang atau jadual yang mengandungi soalan-soalan
tentang masalah yang hendak dikaji.
 Melibatkan kajian lapangan untuk mendapatkan data primer.
 Banyak digunakan dalam bidang pendidikan, perniagaan,
pembangunan, sosial dll.
Kelebihan soal selidik
Penggunaan yang Cara pengendalian Cara memungut yang
menyeluruh yang digemari cepat
• menghuraikan sikap, • pengedaran soal selidik. • boleh dikumpul secara
pandangan, kepercayaan, terus dan keputusan analisis
perasaan, tingkah laku dll. diperolehi secara singkat.

Penggunaan saiz Keupayaan keputusan


sampel yang besar kajian
• tidak digunakan oleh kajian Maklumat yang terus. digeneralisasikan
eksperimental. • tepat dan berkesan.
kelemahan soal selidik

◦ Tidak semua responden yang mahu melengkapkan borang soal selidik.

◦ Borang soal selidik yang terlalu panjang adalah amat bahaya.


◦ Gillham (2000) menyarankan supaya borang soal selidik dibina antara 4
hingga 6 muka surat sahaja.

◦ Sesetengah individu lebih gemar menggunakan bahasa komunikasi


berbanding dengan menulis perkataan.

◦ Kemungkinan responden menjawab soalan dengan sambil lewa, memberi


jawapan yang kurang tepat atau mengelirukan.

ahmadazams@um.edu.my
Teknik pengumpulan data melalui soal selidik
1. Lisan
• Bersemuka
2. Bertulis
• Telefon
• Pos
• Emel
Ciri-ciri soal selidik

Format instrumen Surat dan dokumen


yang sistematik menjalankan kajian

Arahan yang jelas Soalan bersesuaian


dengan tahap
responden – mudah
difahami, ringkas,
mudah dijawab
Tatacara pembentukan soal selidik
1. Menterjemahkan objektif kajian kepada pembolehubah
2. Menterjemahkan pembolehubah tersebut ke dalam bentuk
soalan
3. Menyusun soalan berdasarkan pembolehubah yang hendak
dikaji
4. Menentukan soalan tunggal atau sekumpulan soalan yang
boleh mengukur tiap-tiap pembolehubah
Garis panduan soalan
 Boleh dijawab secara lisan atau tulisan dengan tepat
 Mempunyai makna yang sama bagi semua responden
 Mempunyai daya pendorong supaya responden sanggup
menjawabnya
 Soalan2 yang dikemukakan mestilah munasabah
 Soal selidik tidak terlalu tebal dan tidak mengandungi terlalu
banyak angkubah
 Data yang dikumpul hendaklah sesuai dan boleh diproses
 Elakkan menggabungkan soalan menjadi satu
JENIS-JENIS SOALAN
1)Soalan-Soalan Terbuka

 Soalan terbuka tidak mempunyai jawapan yang tetap dan khusus.


 Maka,soalan soal selidik mesti direka bentuk supaya respoden-respoden mampu
menyediakan jawapan atau maklum balas tanpa batasan jawapan.
 Soalan terbuka selalu bermula dengan perkataan bagaimana,mengapa,apakah dan
lain-lain.
 Soalan terbuka menjurus maklum balas yang menarik atau tidak dijangkakan.
 Soalan-soalan harus dinyatakan secara semulajadi dan bukan menjurus kepada
responden.
 Contoh : Bolehkah anda ceritakan sedikit mengenai laporan kemalangan itu?

ahmadazams@um.edu.my
JENIS-JENIS SOALAN
2)Soalan-Soalan Tertutup

 Soalan-soalan tertutup direka dengan jawapan yang disediakan, pendek dan tetap
kepada responden seperti YA / TIDAK,Betul / Salah dan pilihan jawapan.

 Soalan-soalan tertutup mempunyai jawapan yang terbatas dan terhad tetapi senang
untuk dianalisis.

 Soalan-soalan tertutup juga mudah untuk membandingkan pendapat satu kumpulan


dengan kumpulan yang lain.Sangat berguna dalam menyediakan jawapan-jawapan
berstruktur kepada responden.

 Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk bertanya soalan-soalan tertutup.


ahmadazams@um.edu.my
JENIS-JENIS SOALAN

a) Soalan-Soalan Senarai

 Menyediakan kepada responden dengan senarai jawapan / maklum balas dan


mereka boleh pilih.
 Pendekatan ini menggelakkan membuat jawapan terhadap soal selidik yang
menguji daya ingatan.
 Jika digunakan dalam temu bual berstruktur maka kad-kad pantas boleh
digunakan.

 Senarai jawapan akan mempengaruhi responden untuk memberikan jawapan.


 Ini akan menyebabkan pendekatan ini kurang berkesan.
 Jika soal selidik mengenai isu-isu yang memerlukan mengingat kembali
maklumat, senarai jawapan mungkin sebagai bantuan sahaja.
JENIS-JENIS SOALAN
b) Soalan-Soalan kategori

 Soalan-soalan direka untuk satu maklum balas sahaja.Tetapi untuk soal selidik mengenai
pentadbiran diri, Fink (1995) mencadangkan paling maksimun pilihan maklum balas (jawapan)
hanya lima sahaja.

 Contoh :
Berapa kali purata dalam seminggu anda menggunakan kemudahan e-banking? Tolong tandakan /
untuk maklum balas.

Tidak pernah ( )
Sekali ( )
2-3 kali ( )
4-5 kali ( )
6 kali atau lebih ( )

ahmadazams@um.edu.my
JENIS-JENIS SOALAN
C) Soalan-Soalan Aras
 Soalan-soalan aras memerlukan responden untuk membuat petanda aras untuk maklum balas.

 Jenis soalan ini penting untuk membuat arahan untuk menyelesaikan soalan secara jelas dan tersurat.

 Berhati-hati bahawa lebih tujuh atau lapan jawapan dalam senarai mungkin menyukarkan ramai
responden untuk menyelesaikannya.

 Contoh :
Tolong nyatakan dalam kurungan ( ) yang disediakan di mana kamu percaya perkara yang paling
penting untuk datang ke kedai kami.1 menunjukkan paling penting, 2 untuk kedua penting dan lain-lain.
Tolong tinggalkan kotak kosong yang tidak penting.

Mudah meletak kereta ( )


Harga murah ( )
Pekerja yang ramah ( )
Barang yang pelbagai ( )
Lain-lain ( )

ahmadazams@um.edu.my
JENIS-JENIS SOALAN

d) Soalan-Soalan Berskala

 Soalan-soalan berskala digunakan untuk mengukur pelbagai dan mempunyai


empat jenis skala iaitu nominal, ordinal, interval dan nisbah.

 Jenis biasa yang digunakan ialah skala Likert di mana responden akan ditanya
untuk menyatakan bagaimana kuat mereka setuju/tidak setuju bagi sesuatu
pernyataan.

 Kebanyakkan skala Likert menggunakan empat atau lima point skala

ahmadazams@um.edu.my
Soalan-Soalan Berturutan

 Carta alir bertujuan untuk responden memahami soalan-soalan individu dan tujuan soal
selidik secara menyeluruh.Satu cara untuk mereka bentuk aliran soalan menggunakan
carta alir.

Adakah anda baca surat khabar

Ya Tidak

Adakah anda baca selalu Adakah ini kerana ia telah


disampaikan kepada anda

Tidak Ya Tidak Ya

ahmadazams@um.edu.my
 Dillman (2000) menjelaskan jika dokumen mempunyai tema-tema yang penting
dalam soal selidik ia harus dimulakan dengan soalan-soalan secara terus mengenai
tema.
 Beliau juga mencadangkan perhatian yang istimewa harus diberikan untuk soalan
pertama yang menentukan sama ada soal selidik dijawab atau dibuang dalam tong
sampah.
 Antara cadangan lain, soalan perlu bermula dari soalan mudah ke sukar dan konkrit
ke abstrak.
 Soalan-soalan sensitif perlu dielakkan.
 Pelbagai format jawapan harus digunakan untuk menarik perhatian.

ahmadazams@um.edu.my
Proses Pengumpulan Data Melalui Soal Selidik
Membentuk soal
Memilih kaedah
selidik berdasarkan Mengenalpasti ciri- Menentukan saiz
persampelan yang
objektif dan ciri populasi sasaran sampel
sesuai
persoalan kajian

Mengenalpasti
Proses bertemu 6.Menentukan
Uji rintis – miliki ciri sumber yang
responden – setelah kaedah kajian –
yang sama dengan diperlukan –
mendapat bersemuka, pos,
subjek kajian kewangan, manusia,
kebenaran emel, dll
dll

Menganalisis data
Penjelasan dan
Kajian sebenar kajian – ujian yang
penulisan laporan
sesuai
KAJI SELIDIK RINTIS
 Rintisan adalah amat penting.

 Pilihan rintis yang bijak akan mengurangkan


berlakunya ketiadaan tindak balas terhadap soal
selidik.

 Gillham (2000) mencadangkan bahawa adalah bijak


apabila merintis sekurang-kurangnya 50 peratus lebih
soalan yang diperlukan agar soalan yang mengelirukan
boleh dibuang dan dielakkan pada peringkat ini.
ahmadazams@um.edu.my
Samb...
Namun anda perlu pertimbangkan hal-hal berikut:-
Arahan yang diberikan pada responden

Gaya dan penggunaan perkataan

Maklumat peribadi responden

Persembahan formal atau pon tidak formal soalan kajian

Panjang soalan

Soalan yang berturut-turut

Kualiti setiap soalan sama ada difahami atau di jawab seperti yg dikehendaki.

Skala dan format soalan yang digunakan. Contoh: Skala Likert, maklum balas YA/TIDAK, dan sebagainya.
Indikator

Indikator

Indikator DIMENSI
Indikator

Indikator

CONCEPTUALIZATION
Indikator

Indikator

Indikator
DIMENSI KONSEP
Indikator

Indikator

Indikator

Indikator

Indikator
DIMENSI
Indikator

Indikator
Konsep-Dimensi-Indikator
Konsep • suatu idea/perkara yang besar yang ingin dikaji

• proses mental di mana konsep yang kabur dan tidak tepat


dijadikan lebih spesifik dan tepat.
Konseptualisasi • proses menspesifikasikan makna sebenar, melibatkan
penentuan indikator yang akan digunakan untuk mengukur
konsep dan aspek-aspek yang berbeza bagi konsep
tersebut (dimensi)

• gabungan beberapa indikator dengan ciri-ciri yang sama


Dimensi
• dimensi akan membentuk konsep
• hasil daripada proses konseptualisasi
Indikator • membolehkan pengukuran dibuat
• Melibatkan penentuan pembolehubah
Pembolehubah (variable)

Sekumpulan
• Cth: Jantina, Pendidikan, Pekerjaan, dll
atribut tertentu
Jenis • Bersandar (dependant)
pembolehubah • Bebas / Tak bersandar (independent)

• menyeluruh (exhaustive)
Ciri penting
• mutually exclusive
pembolehubah
• gunakan “lain-lain” sebagai penyelamat
Pengukuran
 Pengukuran memberikan angka kepada pembolehubah

Ordinal Selang

Nominal Tahap/ Nisbah


Jenis/
Skala:
Tahap Pengukuran - Nominal
 Skala yang menggunakan angka untuk mewakili
kategori-kategori pembolehubah

 Contoh: jantina, bangsa, warna dsb.

 Bagi jantina ia biasanya dikodkan dengan


menggunakan angka “1” dan “2” yang mewakili
kategori “lelaki” dan “perempuan”.
Tahap Pengukuran - Ordinal
 Skala yang melibatkan data-data kontinum yang disusun
secara teratur bermula dengan angka yang kecil hingga ke
angka yang lebih besar di mana angka yang kecil mewakili
nilai yang kecil dan angka yang lebih besar mewakili nilai
yang lebih besar.

 Contoh: tahap pendidikan tertinggi, Skala Likert.


Tahap Pengukuran – Selang & Nisbah
 Kedua-dua skala melibatkan data-data yang disusun secara teratur
bermula dengan angka yang kecil hingga ke angka yang lebih besar
di mana angka yang kecil mewakili nilai yang kecil dan angka yang
lebih besar mewakili nilai yang lebih besar.

 Data-data dalam kedua-dua skala boleh ditambah, ditolak, didarab


atau dibahagi dengan menggunakan operasi matematik.

 Contoh: pendapatan.
PENGKELASAN JENIS DATA
• Lelaki
Nominal
• Perempuan
• Sangat setuju
• Setuju
Ordinal • Tidak pasti
• Tidak setuju
• Sangat tidak setuju
• <1000
• 1001-2000
Selang • 2001-3000
• 3001-4000
• >4001
PENGKELASAN JENIS DATA
Data Nominal Data Ordinal Data Selang Data Nisbah

• Data boleh • Data boleh disusun • Data yang boleh • Data yang boleh
dikategorikan, ikut tertib tetapi disusun ikut tertib disusun ikut tertib
mempunyai nama perbezaan nilai tidak dan perbezaan nilai dan perbezaan nilai
atau label tertentu dapat ditafsirkan data dapat data dapat
• cth: jantina, respon atau tidak ditafsirkan atau ditafsirkan atau
pelajar terhadap memberikan apa- ditentukan; termasuk ditentukan
kajian  ya / tidak apa makna. bacaan negatif. disamping bermula
• cth: pengetahuan • Walau pada sifar utk
komputer pelajar bagaimanapun nilai menunjukkan tiada
dikelaskan kpd 0 bukan titik kuantiti.
cemerlang, baik, permulaan (nilai 0 • cth: bacaan halaju
sederhana atau memberi nilai kereta 90km/j,
lemah. tertentu, bukannya 120km/
tiada kuantiti)
• cth: suhu badan
36.6666°C
SUMBER DATA
Secara khususnya, data boleh diperolehi daripada

Ujikaji
Sumber daripada Kajian/soal
Pemerhatian
terbitan selidik
rekabentuk
• Diambil drp • Menjalankan • Tanya beberapa • Memerhatikan
buku, jurnal, kawalan soalan kpd unit/elemen
suratkhabar dll. terhadap individu dlm ujikaji dan rekod
• Terbahagi kpd 2: unit/elemen. sampel dan pembolehubah
rekod jawapan yg diminati
Data primer &
Data sekunder
Indeks dan Skala
Perbezaan: Persamaan:

• Indeks merujuk kepada kombinasi antara • Kedua-duanya berbentuk ordinal


2 atau lebih jenis skor petunjuk. • Kedua-duanya dibentuk daripada lebih
• Skala merujuk kepada kombinasi yang dari satu item
lebih kompleks, yang mempunyai corak • Kedua-duanya memberikan ranking
atau susunan tertentu. kepada unit analisis dalam
pembolehubah yang tertentu
• Contoh: religiosity, status sosio-ekonomi,
prejudis dsb
• Skor setiap individu pada indeks/skala
religiosity memberi gambaran
kedudukannya secara relatif
berbanding individu lain dalam aspek
tersebut
Indeks
 Langkah:
1. Memberi definisi konseptual yang lengkap;
2. Mengenalpasti dimensi & indikator yang sesuai;
3. Membina jadual penentuan indeks pengukuran.

 Contoh: indeks pencapaian pelajar.


Ia diperolehi melalui: (50 item)
1. Pencapaian akademik:
 petunjuk pencapaian subjek wajib (10 item) dan elektif (8 item)
2. Pencapaian ko-kurikulum:
 petunjuk pencapaian dalam sukan (10 item), petunjuk pencapaian dalam
persatuan (12 item) dan petunjuk pencapaian dalam pasukan beruniform (10
item)
INDEKS PENCAPAIAN PELAJAR ITEM SKOR (cth)
Petunjuk pencapaian subjek wajib 10 40
Petunjuk pencapaian subjek elektif 8 30
Petunjuk pencapaian dalam sukan 10 45
Petunjuk pencapaian dalam persatuan 12 40
Petunjuk pencapaian dalam pasukan 10 30
beruniform
JUMLAH 50 185
INDEKS PEMIKIRAN KREATIF (jumlah skor/5) - 37
Skala pengukuran

Skala Skala Skala


Likert Thurstone Guttman
Skala Likert
 Diasaskan oleh Rensis Likert (1932).
 Asas 5 skala:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
 Ada juga skala 7, 9, 4.
Skala Likert
• Mudah diurus dan dipakai
• Mudah dijawab
Kelebihan: • Kebolehpercayaan lebih tinggi
berbanding skala Thurstone dan
Guttman.

Analisis • Ujian Khi Kuasa Dua


yang boleh • Korelasi (spearman r)
digunakan: • Deskriptif (frekuensi dan peratus).
SkalaThurstone
 Dibina oleh Louis Thurstone (1928).
 Berdasarkan kepercayaan bahawa manusia boleh
membuat pertimbangan dan penilaian secara psikologi
apabila diberi 2 pilihan.
 2 skala:
1. Setuju
2. Tidak setuju
Skala Guttman
 Dibina oleh Guttman (1940).
 Item bagi sesuatu konsep disusun mengikut keberatan.
 Dinamakan skala timbunan/skalogram.
 Contoh:
1. Pelajar yang melakukan kesalahan bertengkar dengan guru harus dibuang
sekolah.
2. Pelajar yang melakukan kesalahan merokok harus dibuang sekolah.
3. Pelajar yang melakukan kesalahan ponteng sekolah selama sebulan harus
dibuang sekolah.
4. Pelajar yang melakukan kesalahan menganggotai kongsi gelap harus
dibuang sekolah.

You might also like