TUGASAN 1 Pengurusan PJ

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TUGASAN 1 (INDIVIDU)

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI


SEKOLAH

NAMA MOHAMAD TAUFIQ BIN MARZUKI

NOMBOR D20182086447
MATRIK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI DENGAN


KEPUJIAN

NAMA PROFESOR DR. AHMAD BIN HASHIM


PENSYARAH
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
SEKOLAH

1.0 PENGENALAN
Ketua Panitia adalah invididu yang dipilih untuk mengetuai Panitia Subjek. Tanggungjawab ini
sangat murni kerana ia menunjukkan kepercayaan kepada seseorang untuk membangunkan
subjek, prestasi akademik subjek dan juga guru-guru subjek terlibat. Kebiasaannya, ketua panitia
dipilih daripada kalangan guru yang paling senior. Bagaimanapun keadaan ini semakin berubah
kerana ia tidak lagi bergantung kepada pengalaman mengajar semata-mata tetapi lebih kepada
pengurusan dan keperluan tugas seorang ketua panitia. Oleh itu, semua orang masih mempunyai
peluang sama rata untuk mengepalai pasukan subjek sekolah.

. Ketua panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras, memantau, menilai, dan


menambah baik semua hal berkaitan mata pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan opsyen
guru, berpengetahuan, kekananan oleh pengetua, guru besar secara rasmi untuk memimpin guru
mata pelajaranbawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah.

Peranan ketua panitia mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di semua
sekolah perlu diwujudkan secara rasmi mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986. Hal ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan pengurusan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan diuruskan secara cekap dan berkesan. Pelbagai tanggungjawab yang perlu
dijalankan oleh seorang ketua panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah.
Penulisan yang dilakukan adalah untuk mengenalpastikan tanggungjawab ketua panitia
pendidikan jasmani di sekolah dan cara- cara menguruskan panitia secara berkesan. Berdasarkan
buku panduan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang diterbitkan
oleh Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia 2019. Terdapat beberapa perkara yang
perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar dengan peranan mereka sebagai sebuah badan ikhtisas.
Responden yang dipilih adalah daripada guru sekolah menengah di kawasan Larut, Perak
iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Perak. Responden yang ditemubual
merupakan seorang ketua panitia Pendidikan Jasmani di negeri
Beliau adalah En Mohamad Hazri bin Khasimi.

2.0 PENGURUSAN STOR

Stor pendidikan jasmani


merupakan bilik yang digunakan
untuk menyimpan barang-barang
pendidikan jasmani. Stor yang
di susun kemas dan teratur akan
menyenangkan guru
pendidikan jasmani untuk
menyimpan dan mengeluarkan
peralatan pendidikan jasmani.
Barangan pendidikan jasmani
kerap digunakan atau dikeluarkan
untuk proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani.
Oleh itu Penyelenggaraan sebuah
stor pendidikan
jasmani memerlukan kerjasama
dari semua pihak termasuk
pentadbir, guru-guru dan murid-
murid.
Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang
pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru
pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani.
Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan
jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-
murid.
Ketua panitia pendidikan jasmani bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.
Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor
dengan kemas kini. Peraturan berkaitan dengan stor sukan perlulah dirangka dan dilaksanakan
dengan betul dengan mengikut beberapa aspek :

ruang lokasi rak

pengedaran
siling pintu
udara

penjagaan
keselamatan tingkap
peralatan

Ruang
 Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan
alatandi samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan
jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani
bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah
dan saiz sekolah.

Lokasi
 Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang
berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam
proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan
tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan
jasmani.
Rak
 Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan
jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di
susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di
capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

Peredaran Udara
 Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau
yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap kecil atau ruang
udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran
udara.
Siling
 Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung
kepadaalatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah
panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

Tingkap
 Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.
Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun,
alat-alatkulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak

Keselamatan
 Bangunan perlu kukuh untuk elak diceroboh. Alatan tajan perlu disusun secara menegak
dengan bahagian tajam menghadap ke bawah. Pastikan alatan yang diperbuat dari logam
dan kayu dalam keadaan kering sebelum disimpan untuk elak karat.

Pintu
 Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya
jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi,
pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai
mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid.
Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya
barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan
mudah.

Penjagaan Peralatan
 Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan
jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan
jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan
pendidikan jasmani.

3.0 MENYEDIAKAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAGI TAHUN SEMASA


SELARAS DENGAN SUKATAN PELAJARAN DAN BERSESUAIAN DENGAN
TAKWIM SEKOLAH.
Setiap panitia mata pelajaran di sekolah akan memperoleh sukatan pelajaran (SP), Huraian
Sukatan Pelajar (HSP), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Panduan
Perkembangan Pembelajaran (Panduan PPM) yang terkini dan kemas untuk menyelia mata
pelajaran yang ditetapkan kepada setiap panitia. Seorang guru panitia perlu mengemaskini
sukatan pelajaran untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak kementerian kepada
murid-murid. Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran telah menjadi satu arahan yang
mesti kepada setiap orang guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Rancangan pelajaran tahunan yang disediakan
oleh guru panitia Pendidikan Jasmani akan digunakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran harian yang dilakukan
haruslah berpandukan DSKP yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang
merangkumi maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan
sejauh mana objektif pengajaran itu tercapai.

Rancangan pengajaran ini boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang muhasabah dan
sesuai dengan teknologi semasa. Namun ianya haruslah sempurna dan dapat dikemukan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan
perlulah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan pada bila-bila masa apabila disemak oleh
pihak yang diberi kuasa seperti Jemaah Nazir, Pengetua, Penolong Kanan dan sebagainya yang
berkaitan. Guru panitia akan bertindak untuk memberi kefahaman yang jelas tentang Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999. Hal ini kerana akan sentiasa ada pemantauan daripada pentadbir
sekolah, daerah, negeri dan persekutuan yang akan memastikan arahan ini dipatuhi oleh guru
Pendidikan Jasmani.

4.0 MENYEDIAKAN CARTA ORGANISASI PANITIA PJ DAN PK.

PENGETUA

GPK KURIKULUM

KETUA PANITIA

SETIAUSAHA

AHLI JAWATAN KUASA


Penyediaan carta organisasi panitia Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk melaksanakan
pengurusan panitia secara berkesan dan cekap. Bidang tugas yang diberikan mengikut jawatan
yang ditetapkan. Pengorganisasian ini akan membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan
kurikulum sekolah. Pengetua akan bertindak sebagai penasihat panitia dan ketua panitia adalah
sebagai pengerusi. Untuk jawatan setiausaha panitia, ianya akan dilantik secara bergilir-gilir
dalam kalangan ahli panitia dan ahli terdiri daripada semua guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Melalui pengorganisasian ini juga, proses perbelanjaan belanjawan dapat dilakukan
secara sitematik.
5.0 PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN TAHUNAN
Ketua panitia Pendidikan Jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua
Panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan
belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan Pendidikan Jasmani.

Contoh anggaran belanjawan tahunan

Jumlah
Peruntukan Butiran Jenis Jumlah yang
No Catatan
Kewangan Perbelanjaan Diperuntukkan
Semasa
1 RM 4031.40 Sukan Sekolah RM 800.00 - Hadiah
(Pendidikan - Makanan
Jasmani) - Fotostat buku
program
- Cenderamata

2 ABM - Buku latihan


bagi rujukan
RM 300.00 guru
- Kad imbasan

3 Peralatan sukan RM 1500 - Peralatan sukan


4 Fotostat bahan ABM - Latihan bagi
RM 200
murid
5 Fotostat DSKP dan - Untuk simpan
RM 100
rancangan tahunan fail
6 Pertandingan Merentas RM 500 - Hadiah
Desa - Makanan
- Fotostat buku
program
- Cenderamata
7 Pertandingan IM IS - Hadiah
- Makanan
- Fotostat buku
RM 300
program
- Cenderamata

8 Fotostat Kertas - Kertas soalan


Peperiksaan pertengahan
RM 200
tahun dan akhir
-
JUMLAH
RM 3900
BESAR
Jumlah
Peruntukan Butiran Jenis Jumlah yang
No Catatan
Kewangan Perbelanjaan Diperuntukkan
Semasa
1 RM 1343.80 ABM - Buku latihan
(Pendidikan bagi rujukan
RM 300
Kesihatan) guru.

2 Fotostat bahan ABM - Latihan bagi


RM 200
murid
3 Fotostat DSKP dan - Bagi simpanan
RM 100
rancangan tahunan fail panitia
4 Ceramah Kesihatan - Sumbangan
kepada
penceramah
- Fotostat buku
RM 150
program
- Makanan &
minuman

5 Sudut Kesihatan - Kertas warna


- Bahan-bahan
RM 100 bagi
menyediakan
sudut
6 Fotostat kertas - Kertas soalan
Peperiksan pertengahan
RM 200 tahun dan akhir
tahun bagi tahun
1 hingga 6.
JUMLAH
RM 1050
BESAR
Pembelian/penerimaan barangan keperluan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki
melaksanakan perekodan pembelian/ penerimaan barang melalui Borang Terimaan Barang-
Barang KEW.PS-1 bersama Nota Minta.

Borang terima barang KEW.PS1

6.0 TUGAS-TUGAS LAIN.


Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan perkembangan pendidikan
semasa, antara tugas yang boleh dijlankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut:
 Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk mengkaji dan
mengesan pelaksanaan kurikulum.
 Memperoleh Sukatan Pelajaran(SP), Huraian Sukatan Pelajaran(HSP), Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) dan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid(Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli panitia.
 Merancang, menyediakan dan menyelaras Rancangan Pelajaran Tahunan dengan
mengambil kira takwim persekolahan semasa.
 Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran
dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru mata pelajaran dalam penyediaan
Rancangan Pelajaran Harian.
 Memastikan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dilaksanakan
mengikut prosedur sebagaimana ketetapan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2016:
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK).
 Membantu merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi mata
pelajaran.
 Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan mengikut arahan
perbendaharaan dan surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
 Mengurus pembelian alatan dan baha yang baru dibeli dan diterima mengikut bilangan
dan spesifikasi.
 Memastikan Stor Sukan dan Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani diuruskan secara
optimum dan sentiasa memastikan berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat
untuk digunakan.
 Memastikan semua peralatan untuk Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
dilabel dan disusun dengan kemas.
 Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir sekolah untuk
keperluan pengajaran dan pembelajaran serta kegunaan guru.
 Mengenal pasti, merancang dan melasaksanakan program atau aktiviti peningkatan
prestasi mata pelajaran dan kegiatan kokurikulum akademik.
 Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program aktiviti perkembangan staf.
 Merancang program Professional Learning Community seperti Learning Walks, Peer
Coaching atau Instructional Coaches, Lesson Study dan Teachers Sharing Session.
 Memastikan guru mata pelajaran menerepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)
dan unsur didik hibur seperti nyanyian, kuiz, permainan kecil, amali dan lakonan.

 Mengadakan mensyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal


dan mengadakan perjumpaan secara ad hoc jika perlu.
 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak
formal) untuk membincangkan masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian untuk masalah tersebut.

7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, guru panitia Pendidikan Jasmani seharusnya memiliki
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dalam menguruskan panitia secara berkesan di samping
berkeupayaan dalam mengatur aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan
murid. Oleh itu, guru Pendidikan Jasmani perlu bersiap siaga dalam mengharungi perubahan
semasa dan transformasi pendidikan negara dengan memilik semnagat untuk belajar secara
berterusan, bersedia menghadiri kursus dalam perkhidmatan atau program intervensi tambah
opsyen bagi meningkatkan lagi kemahiran pedagogi dan kefahaman terhadap isi kandungan mata
pelajaran seterusnya dapat memperkasakan lagi panitia mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
8.0 RUJUKAN

Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

1. Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/buku-panduan/2939-
bukupanduan-mp-pjpk/file

2. Senarai tugas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

https://www.google.com/amp/s/pdfslide.tips/amp/documents/pengurusan-stor-pj.html

3. Kertas Kerja Peralatan Sukan


https://www.scribd.com/document/212361058/Kertas-Kerja-Peralatan-Sukan

You might also like