Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BAHAGIAN C (ESEI)

Jawab semua soalan.

1. Kewujudan manusia Zaman Prasejarah dapat diketahui melalui kajian arkeologi dengan menggunakan
kaedah gali cari. Zaman ini dibahagikan kepada empat zaman utama, iaitu Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan
Logam.
a) Jelaskan tempat kediaman manusia Zaman Prasejarah. [4 markah]
b) Terangkan perkembangan peralatan manusia Zaman Prasejarah. [4 markah]
c) i. Terangkan perbezaan aktiviti masyarakat Zaman Prasejarah dan Zaman Moden abad ke-21.
[6 markah]
ii. Mengapakah kehidupan masyarakat prasejarah mengalami perkembangan berterusan bermula
daripada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Logam? [6 markah]

2. Kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-16 hingga abad ke-20.
a) Jelaskan faktor kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu pada abad ke-16. [6 markah]
b) Huraikan strategi yang digunakan oleh kuasa Barat untuk menguasai negara kita. [6 markah]
c) Adakah kuasa Barat masih memperluaskan pengaruh di negara lain pada masa kini?
Beri penjelasan anda. [8 markah]

3. Masyarakat tempatan telah nekad menentang British dan penentangan tersebut telah dipimpin oleh
pemimpin tempatan.
a) Terangkan faktor yang membawa kepada kebangkitan masyarakat menentang British. [6 markah]
b) Berjayakah pemimpin tempatan pada abad ke-19 menentang penjajah British? [6 markah]
c) Apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat perjuangan yang tinggi?
[8 markah]

You might also like