Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN


UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

TAJUK PENULISAN ESEI


NAMA PELAJAR NO. MATRIK
RADZMIN BIN JOHARI D20182086511
KUMPULAN KULIAH AK
NAMA PENGAJAR PUAN NOR SAHARA BINTI MESMAN

PENERANGAN MARKA
H
KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PENYUNTINGAN /4
JUMLAH KESELURUHAN /30
i

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kepentingan Pendidikan Muzik Kepada Pelajar Sekolah 1

2.1 Muzik Sebagai Hiburan, Rekreasi dan Pemberi

Pengalaman Berbeza 1-2

2.2 Mencungkil Bakat dan Potensi Muzik Yang Terpendam

dalam Kalangan Pelajar 2-3

2.3 Muzik sebagai Aktiviti Utama Yang Membolehkan

Kita Menyalurkan Sumber Tenaga Kreatif Yang Semula Jadi 3

2.4 Meningkatkan Kemahiran Interaksi dan Komunikasi Apabila

Bermain Alat Muzik Secara Ensemble 3-4

2.5 Meningkatkan Keupayaan Mental dan Intelektual

Dalam Pembelajaran 4-5

3.0 Kesimpulan 5

4.0 Rujukan 6
1

1.0 Pengenalan

Pendidikan Muzik merupakan bidang yang mencakupi semua aspek pembelajaran

termasuk psikomotor, kognitif dan afektif termasuk apresiasi muzik. Setelah Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diimplimentasikan di seluruh negara pada tahun

1983, mata pelajaran muzik telah diwajibkan untuk semua murid sekolah rendah

bermula dari tahun satu. Sebagai kesinambungan program KBSR, KBSM (Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah) telah dilaksanakan di semua sekolah menengah pada

tahun 1989. Malangnya, mata pelajaran muzik tidak termasuk dalam KBSM pada masa

itu kerana terdapat masalah kekurangan tenaga pengajar muzik. Tetapi pada tahun 1996,

kesedaran tentang kepentingan muzik mula timbul dan beberapa buah sekolah

menengah di Malaysia telah dipilih sebagai sekolah perintis mata pelajaran muzik

KBSM.

2.0 Kepentingan Pendidikan Muzik Kepada Pelajar Sekolah

Terdapat beberapa kepentingan pendedahan matapelajaran Pendidikan Muzik kepada

pelajar sekolah di Malaysia, iaitu

2.1 Muzik Sebagai Hiburan, Rekreasi dan Pemberi Pengalaman Berbeza

Antara kepentingan Pendidikan Muzik kepada pelajar sekolah ialah muzik dapat

dijadikan sebagai hiburan, rekreasi dan pemberi pengalaman berbeza kepada seseorang.

Hal ini kerana hiburan merupakan salah satu fungsi asas muzik yang diterapkan dalam

diri setiap orang kerana setiap orang memerlukan hiburan dalam diri mereka sama ada

ketika bosan atau mempunyai masa lapang. Oleh itu, muzik dapat memberikan hiburan

kepada seseorang itu dengan pelbagai cara seperti mendengar lagu, menyanyi atau
2

bermain alat muzik. Sebagai contoh, mendengar muzik dapat menaikkan mood

seseorang daripada sedih ke gembira.

Selain itu, pelajar sekolah juga seringkali berasa tertekan dan stress dengan

pembelajaran mereka di sekolah sama ada disebabkan kerja rumah yang diberikan oleh

guru atau terdapat matapelajaran yang susah atau tidak difahami. Dengan matapelajaran

muzik mereka dapat melepaskan tekanan kerana pada waktu itu mereka berpeluang

untuk menyanyi atau bermain alat muzik dimana aktiviti ini merupakan aktiviti yang

menghiburkan. Oleh itu, jelaslah bahawa muzik sebagai hiburan, rekreasi dan pemberi

pengalaman yang berbeza kepada pelajar sekolah.

2.2 Mencungkil Bakat dan Potensi Muzik Yang Terpendam dalam Kalangan

Pelajar

Selain itu, muzik dapat mencungkil bakat dan potensi muzik yang terpendam dalam

kalangan pelajar. Johami Abdullah (1993) menyatakan bahawa “Potensi dan bakat

muzik yang terpendam di kalangan para pelajar sama pentingnya dengan potensi dan

bakat lain seperti kemahiran-kemahiran linguistik atau psikomotor yang juga boleh

dicungkil pada peringkat sekolah”(ms.82). Hal ini kerana berkemungkinan seseorang itu

mempunyai bakat dan potensi dalam bidang muzik yang terpendam seperti mempunyai

suara yang merdu ketika menyanyi atau mahir untuk bermain alat muzik. Oleh itu, bakat

dan potensi mereka dapat dicungkil semasa kelas Pendidikan Muzik dijalankan agar

guru Pendidikan Muzik dapat membimbing dan mengasah kemahiran mereka untuk

menjadi seorang pemuzik yang bagus dan hebat.

Hal ini kerana bakat dan potensi pelajar perlu dilatih agar mereka dapat

meluaskan lagi bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai platform

dimana pelajar boleh mengetengahkan bakat mereka seperti menyertai Malaysian


3

Philharmonic Youth Orchestra (MPYO), Orkestra Istana Budaya dan banyak lagi

kumpulan orkestra yang pelajar boleh sertai di Malaysia. Bagi pelajar yang mempunyai

bakat untuk menyanyi, mereka juga boleh mencuba nasib untuk menyertai

pertandingan-pertandingan nyanyian seperti Mentor, Akademi Fantasia dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, pelajar seharusnya dilatih secara intensif oleh guru muzik atau

jurulatih untuk menjadikan mereka seorang pemuzik yang bagus Oleh itu, bakat dan

potensi muzik yang terpendam dalam kalangan pelajar boleh dicungkil dan dipelihara

dengan baik semasa mereka masih bersekolah kerana ianya amat merugikan jika pelajar

tidak berpeluang untuk menguji bakat muzikal mereka sewaktu mereka bersekolah.

2.3 Muzik sebagai Aktiviti Utama Yang Membolehkan Kita Menyalurkan

Sumber Tenaga Kreatif Yang Semula Jadi.

Seterusnya, muzik dapat dijadikan sebagai aktiviti utama yang membolehkan kita

menyalurkan sumber tenaga kreatif yang semula jadi. Jelaslah bahawa seni visual,

sastera, dan seni muzik menyediakan cara yang berbeza untuk mencapai pengalaman

estetik. Sebagai contoh, idea dan perasaan dapat diungkapkan melalui elemen seperti

warna, garis, tekstur, kelantangan, perspektif, dan bentuk dalam seni visual. Hal ini

kerana ia merupakan satu kemahiran bagi seorang artis untuk memanipulasi unsur-unsur

ini dalam pilihan mereka yang dapat menentukan kebebasan dan makna dalam karya

seni mereka. Dalam seni sastera, penulis menyatakan idea dan perasaan mereka dengan

menggunakan kata-kata baik untuk maknanya dan untuk suara mereka.

Mereka menggunakan unsur-unsur kesusasteraan seperti tatabahasa, ucapan,

rima, irama, dan bentuk. Dalam muzik pula, komposer meluahkan idea dan perasaan

mereka dengan mengatur bunyi dari segi irama, melodi, dinamik, warna nada, tekstur,

dan bentuk. Dalam semua kesenian ini, jelaslah bahawa persepsi dalam unsur-unsur

asas adalah penting untuk kita memahami mana-mana medium seni yang tunggal.
4

(William M Anderson, Joy E. Lawrence, 2014). Oleh itu, pelajar dapat menyalurkan

kreativiti mereka bukan sahaja semasa kelas pendidikan seni visual malah semasa kelas

pendidikan muzik juga.

2.4 Meningkatkan Kemahiran Interaksi dan Komunikasi Apabila Bermain

Alat Muzik Secara Ensembel.

Selanjutnya, muzik dapat meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi apabila

bermain alat muzik secara ensembel. Hal ini kerana semasa menjalankan aktiviti

ensembel atau dalam orkestra, pelajar akan memainkan alat muzik mereka secara

berkumpulan. Oleh itu, bagi menghasilkan sesuatu bunyi yang merdu dan indah, setiap

pelajar haruslah mempunyai interaksi dan komunikasi yang baik sesama mereka. Hal ini

kerana kerjasama dan jalinan hubungan yang baik sesama sendiri amat penting bagi

menghasilkan sebuah kumpulan orkestra atau ensembel yang bagus. Selain itu, muzik

juga dapat meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi sesama guru-guru dan

tenaga pengajar yang lain kerana kebiasaannya pelajar akan diajar untuk bermain alat

muzik secara personal bersama guru mereka kerana mempelajari untuk bermain alat

muzik bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu, jalinan hubungan antara pelajar

dan guru dapat dieratkan.

Selain itu, pelajar juga dapat membina keyakinan diri apabila mereka membuat

persembahan muzik di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, mereka dapat belajar cara-

cara untuk mengatasi masalah apabila gementar semasa berada di hadapan khalayak

ramai dan pada masa yang sama pelajar dapat meningkatkan kemahiran interaksi

bersama penonton semasa membuat persembahan. Jelaslah bahawa muzik dapat

meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi apabila bermain alat muzik secara

ensembel.

2.5 Meningkatkan Keupayaan Mental dan Intelektual dalam Pembelajaran


5

Selain itu, muzik juga dapat meningkatkan keupayaan mental dan intelektual dalam

pembelajaran. Hal ini kerana semasa seseorang itu bermain alat muzik, mereka telah

menggunakan semua deria seperti mata untuk membaca skor, kedua-dua belah tangan

untuk bermain alat muzik, telinga bagi mendengar not yang betul dan otak untuk

mengerakkan kesemua deria ini secara serentak. Oleh itu, bermain alat muzik dapat

meningkatkan kemahiran seseorang untuk melakukan beberapa perkara secara serentak.

Terdapat bukti bahawa muzik dan kejayaan pelajar saling berkait. Secara amnya,

pelajar yang mengambil bahagian dalam bidang muzik mendapat skor lebih tinggi

dalam ujian berbanding dengan pelajar yang tidak mengikuti kursus seni. Sebagai

contoh, pada tahun 1998, pencapaian pelajar kursus persembahan muzik telah mengatasi

pelajar yang tidak mengambil kursus seni, iaitu 529 ke 477 dalam ukuran lisan dan 539

ke 494 dalam ukuran kuantitatif. (The College Board, 1998).Oleh itu, keputusan

tersebut telah membuktikan bahawa muzik mempunyai manfaat melampaui nilai artistik

atau estetiknya. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu pencapaian mempengaruhi antara

satu sama lain dan muzik merupakan satu ruang pencapaian untuk pelajar sekolah

menengah. (Charles R. Hoffer, 2001).

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kesedaran terhadap kepentingan Pendidikan Muzik dalam kehidupan

sebagai seorang pelajar dapat meningkatkan potensi dan memperkembangkan bakat

pelajar di sekolah dan di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, minat pelajar

terhadap muzik terutama dalam kehidupan sangat penting untuk menghilangkan

ketegangan dan di samping mendapatkan hiburan sampingan. Oleh itu, Pendidikan

Muzik juga merupakan matapelajaran yang harus diambil berat sebaris dengan

matapelajaran yang lain kerana Pendidikan Muzik merupakan bidang yang mencakupi
6

semua aspek pembelajaran termasuk psikomotor, kognitif dan afektif termasuk apresiasi

muzik.

4.0 Rujukan

Anderson, W. M. & Lawrence, J. E. (2014). Integrating music into the elementary

classroom (9th ed.). Boston: Cengange Learning.

Hoffer, C. R. (2001). Teaching music in the secondary schools (5th ed.). USA:

Wadsworth / Thompson Learning

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan muzik semasa. Ampang, Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Nik Aida Musnie Nik Mahmood. (2014). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

pendidikan muzik di sekolah rendah: satu kajian kes (Tesis Sarjana).

Diperoleh daripada http://myto.upm.edu.my/myTO/

myto/1/paparthesis/453378.html

Toh, L. C. (2012). Pengajaran dan pembelajaran komposisi muzik kolektif melalui teori

kecerdasan pelbagai untuk memperkembangkan kecerdasan muzikal dan

mengaktifkan kecerdasan lain. Malaysian Music Journal, 1(2), Diperoleh

daripada file:///C:/Users/Aspire/Downloads/malaysian_music_v

journa_toh_lai_chee%20(1).pdf
7
PROSES PENYUNTINGAN

Kesalahan Jenis Kesalahan Pembetulan


dalam
penyuntingan
muzik telah mengatasi pelajar Kesalahan Tanda muzik telah mengatasi pelajar
yang tidak mengambil kursus seni baca yang tidak mengambil kursus
iaitu 529 ke 477 dalam ukuran (penyuntingan seni, iaitu 529 ke 477 dalam
lisan dan 539 ke 494 dalam Mekanikal) ukuran lisan dan 539 ke 494
ukuran dalam ukuran kuantitatif
kuantitatif
Dalam seni sastera, penulis Kesalahan Tanda Dalam seni sastera, penulis
menyatakan idea dan perasaan baca menyatakan idea dan perasaan
mereka dengan menggunakan (penyuntingan mereka dengan menggunakan
kata-kata, baik untuk maknanya Mekanikal) kata-kata baik untuk maknanya
dan untuk suara mereka dan untuk suara mereka
“Potensi dan bakat muzik yang Kesalahan Kutipan “Potensi dan bakat muzik yang
terpendam di kalangan para langsung terpendam di kalangan para
pelajar sama pentingnya dengan (penyuntingan pelajar sama pentingnya dengan
potensi dan bakat lain seperti mekanikal) potensi dan bakat lain seperti
kemahiran-kemahiran linguistik kemahiran-kemahiran linguistik
atau psikomotor yang juga boleh atau psikomotor yang juga boleh
dicungkil pada peringkat dicungkil pada peringkat
sekolah” . sekolah” (ms.82).
Pendidikan muzik Kesalahan Huruf Pendidikan Muzik
Besar
(penyuntingan
mekanikal)

You might also like