Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

NAMA: ………………………………………….

TINGKATAN:…………………

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA

PENILAIAN AKADEMIK 1 2019


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 3
1 JAM
ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan dan hitamkan pada kertas OMR

1. _________________ biasanya dilakukan ke kawasan gelanggang lawan supaya sukar untuk


pemain lawan membalas secara smesy atau pukulan lain.

A. Pukulan pepat
B. Pukulan Kilas
C. Pukulan lob
D. Voli

Soalan 2 hingga 5
Pilih jawapan berdasarkan jawapan di bawah.
Soalan 2 hingga 5
A. Kapasiti aerobik
B. Daya Tahan Otot
C. Komposisi badan
D. Kelenturan

2. __________________ ialah keupayaan menggerakkan sesuatu sendi melalui julat pergerakan


yang maksimum..

3. __________________ merujuk kepada kadar lemak dengan jisim tisu tanpa lemak dalam badan.

4. __________________ merupakan keupayaan otot berkontraksi mengatasi sesuatu rintangan


untuk jangka masa yang lama atau melakukan aktiviti secara berulang-ulang.

5. __________________ ialah keupayaan menggunakan oksigen secara maksimum pada satu-satu


masa semasa bersenam.

6. Hoki merupakan permainan ketegori ____________________ yang dimainkan di atas padang


rumput, padang tiruan dan di dalam dewan.

A. jaring
B. memadang
C. konsentrasi
D. serangan

2
7. Dalam permainan tenis, pemain yang melakukan servis dipanggil sebagai server dan pemain yang
berada di bahagian gelanggang bertentangan dipanggil sebagai ________________.

A. pair
B. servis
C. receiver
D. setter

8. __________________ yang tinggi akan membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan
lebih mudah tanpa berasa letih.

A. Daya tahan otot


B. Kelenturan
C. Indeks Jisim badan
D. Imunisasi
Soalan 9 hingga 12
Pilih pernyataan yang betul mengenai prinsip dan prosedur pertolongan cemas tersebut.

Soalan 9 hingga 12
A. Elevation
B. Ice
C. Compression
D. Rest

9. ___________________iaitu tuaman dengan balutan anjal ke atas bahagian yang cedera. Kaedah
ini mampu mengurangkan bengkak, pendarahan serta sokongan ke atas bahagian yang cedera.

10. __________________iaitu merehatkan bahagian yang cedera. Bawa murid ke tempat yang redup,
selamat, dan selesa supaya dia dalam keadaan tenang.

11. __________________ iaitu meninggikan bahagian yang cedera. Tujuannya untuk mengurangkan
bengkak, kesakitan dan pendarahan.

12. _________________iaitu perlu meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera dengan segera.
Ais yang digunakan perlu dimasukkan ke dalam beg plastik atau tuala basah, atau pek sejuk
dibalut dengan tuala basah.

13. __________________ bermaksud pandangan yang ditetapkan oleh masyarakat secara umum
tentang ciri-ciri seseorang seperti jantina, ras atau budaya.

A. Orientasi gender
B. Istilah gender
C. Identiti gender
D. Sterotaip gender

3
14. ___________________ merujuk tatacara yang memperlihatkan aspek perwatakan, sikap, tingkah
laku, hak serta tanggungjawab individu yang diterima oleh masyarakat

A. Orientasi gender
B. Istilah gender
C. Identiti gender
D. Sterotaip gender

15. Pertandingan tenis Terbuka Perancis merupakan satu daripada empat pertandingan utama yang
dikenali sebagai _______________________.

A. Grand livina
B. Grand Slam
C. Grammy Award
D. Grand Continential

16. Secara amnya, ____________________ialah keupayaan untuk mengangkat, menolak atau


menarik sesuatu benda yang berat.

A. Daya tahan otot


B. Kelenturan
C. Komposisi badan
D. Kekuatan otot
Soalan 17 hingga 20
Pilih jawapan berdasarkan formula dibawah.
Soalan 17 hingga 20
Formula Kadar Nadi Maksimum = 220 – umur
= ________ dsm (denyutan seminit).

17. Ali merupakan atlit lompat jauh sekolah. Beliau merupakan calon peperiksaan PT3 pada tahun
ini. Kadar Nadi Maksimum Ali : _________ dsm.

A. 250
B. 200
C. 205
D. 210

18. Fatimah merupakan olahragawati sekolah rendah pada tahun lepas. Kini beliau mewakili atlit
sekolah menengah dalam acara lari pecut. Kadar Nadi Maksimum Fatimah : _________ dsm.

A. 205
B. 207
C. 230
D. 222

4
19. Tahun ini merupakan tahun terakhir Ah Seng menyumbangkan pingat dalam acara lompat tinggi
untuk sekolah yang diwakilinya dan beliau perlu fokus bagi menghadapi peperiksaan SPM 2017.
Kadar Nadi Maksimum Ah Seng : _________ dsm.

A. 225
B. 204
C. 203
D. 216

20. Aktiviti kelenturan, regangan dibahagian peha melibatkan otot_____________.

A. Quadriceps
B. Pectoralis major
C. Biceps
D. Oblique

21. Terdapat tiga jenis genggaman asas pada sebatang raket tenis iaitu _______________.

i. Genggaman Pepat Timuran.


ii. Genggaman Kilas Utara
iii. Genggaman Kilas Timuran
iv. Genggaman Kontinental

A. i , ii dan iv
B. ii , iii dan iv
C. i, ii dan iii
D. i, iii dan iv

Soalan 22 hingga 25
Pilih jawapan berdasarkan Rancangan Latihan Aerobik dibawah.
Soalan 22 hingga 25
A. Latihan aerobik
B. Tiga hingga lima set
C. Zon 65% hingga 85% daripada Kadar Nadi maksimum
D. 15 hingga 20 minit

22. Frekuensi Senaman = ______.

23. Intensiti Senaman = ______.

24. Masa Senaman = ______.

25. Jenis Senaman = ______.

5
26. Berikut merupakan ujian SEGAK yang dilakukan setiap tahun. Manakah turutan ujian SEGAK
yang betul?

i. Naik turun bangku


ii. Indeks Jisim Badan
iii. Ringkuk separa
iv. Jangkau melunjur
v. Tekan tubi

A. ii, i, iii, iv, v


B. iii, iv, v, ii, i
C. ii, iii, i, v, iv
D. ii, i, v, iii, iv

27. Titik tengah pada permukaan raket tenis yang akan memberi pukulan tepat dipanggil _________.

A. Swipe
B. Sweet Spot
C. Find ace
D. Mid range

28. Alat yang digunakan untuk mengukur peratusan lemak badan adalah ____________.

A. Thermometer
B. Kapilari
C. Kaliper
D. Jam randik

Soalan 29 hingga 31
Pilih jawapan berdasarkan fasa lari berpagar dibawah.
Soalan 29 hingga 31
A. Fasa larian
B. Fasa ikut lajak
C. Fasa Melepasi Pagar
D. Fasa Lonjakan

29. _____________________ murid akan berusaha untuk mendapatkan trajektori yang


meminimumkan ketinggian melepasi pagar.
30. _____________________, murid berusaha untuk mencapai kelajuan optimum semasa tiba ke
pagar pertama. Murid menegakkan badan dengan lebih cepat daripada atlet lari pecut.
31. _____________________ adalah untuk meminimumkan ketinggian melepasi pagar dan bersedia
untuk mendarat dengan cepat. Semasa melepasi pagar, kaki belakang ditarik ke sisi badan dengan
paha hampir selari dengan pagar.

6
Soalan 32 hingga soalan 40
Tandakan A bagi pernyataan yang BETUL dan B bagi pernyataan yang SALAH. Hitamkan jawapan
dalam kertas OMR.
32. Kadar Nadi Rehat (KNR) yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, sewaktu bangun
daripada tidur.( )

33. SEGAK merupakan singkatan bagi Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid
Sekolah Malaysia. ( )

34. Latihan kekuatan otot juga tidak dapat menghasilkan hipertrofi otot iaitu pembesaran dalam saiz
otot. ( )

35. Seseorang yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi lebih cenderung diserang pelbagai
penyakit berbanding dengan individu yang kurang kandungan lemak. ( )

36. Penyejukkan badan dan regangan tidak perlu dilakukan selepas tamat aktiviti fizikal . ( )

37. Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular,
kelenturan, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan. ( )

38. Kerja-kerja seperti berkebun, mencuci kereta atau menaiki tangga akan menjadi mudah jika tahap
daya tahan otot kita adalah tinggi. ( )

39. Ujian SEGAK dijalankan pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun. ( )

40. Frequency bermaksud tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal. ( )

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

PN. MAZNAH BT IBRAHIM EN. JAFFRY BIN JAAFAR PN. SUHAIBAH BT ABDUL MUTALIB
GURU PJPK KETUA PANITIA PJPK GKMP KEMANUSIAAN

You might also like