Bahan Pengacaraan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK

KURSUS TEORI PENGACARAAN 2008

Tarikh : 22 Julai 2008


Tempat : SK Taman Melawati
Penceramah : Mohd Faizullah Bin Buyong
SK Bandar Tasik Puteri

PENGENALAN

Setiap majlis rasmi atau tidak rasmi mempunyai aturcara tertentu sebagai
perisian majlis. Penyusunan aturcara majlis mesti dirancang dan dirangka
dengan teliti dan sempurna berlandaskan susunan protokol. JURUACARA
MERUPAKAN ASET TERPENTING BAGI MENJAYAKAN SESUATU MAJLIS.

 DIKENDALIKAN OLEH SESEORANG :


- Juruacara
- Pengacara
- Pengerusi Majlis
- MC

 PROTOKOL
- Sistem upacara tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan
tingkah laku yang telah diterima oleh tetamu dalam upacara rasmi

 KATEGORI MAJLIS
- Majlis Penuh Istiadat
- Majlis Rasmi
- Majlis Tidak Rasmi

 PROSES PENGACARAAN MAJLIS


1. Arahan Tugas dan Persiapan Awal
2.Raptai
3.Hari Jadi Majlis
4.Selepas Majlis

 PAKAIAN PENGACARA
- Berpandukan peraturan pakaian
- Mengikut kesesuaian majlis
- Jika berpasangan biar sepadan
- Kemas dan segak
- Warna yang sesuai
 ALAT SIARAYA
- Mesti membuat ujian mikrofon
- Gangguan alat siaraya menjejaskan suasana
- Gangguan menjejaskan keyakinan
- Berbincang jika tidak sesuai
- Kedudukan rostrum mesti betul dan selesa

 KRITERIA PENGACARA
- Menjadi pengacara bukan mudah
- Pengacara kurang mahir mencacatkan suasana
- Kegagalan pengacara mengendalikan majlis akan menjadi ingatan
- Fasih penggunaan bahasa
- Mudah mesra
- Mahir dalam protokol
- Mahir bermain dengan suara
- Tidak gagap
- Nada pelbagai
- Ketaatan pada prosuder
- Tidak panik
- Menggunakan budi bicara
- Sabar dan tenang
- Perawakan muka yang menarik
- Pakaian yang besesuaian
- Hiasan wajah yang mesra
- Gaya diri yang bersesuaian
- Ada teknik mengawal gemuruh

 MATLAMAT PENGACARA
1. Membuka Majlis
2. Memperkenal Perucap
3. Mengulas atau Merumus
4. Mengawal Majlis
5. Menjaga Protokol
6. Menutup majlis

 PENYEDIAAN TEKS ATAU SKRIP


- Mesti ada walau apa jua majlis
- Sebagai panduan utama
- Mengelakkan kesilapan
- Memastikan aturcara majlis berjalan dengan lancar
- Memastikan ejaan dan sebutan nama betul
 PANDUAN PENYEDIAAN TEKS
- Menggunakan perkataan yang sesuai
- Gaya bahasa yang mudah difahami
- Ukuran teks A4 kertas taip biasa
- Bertaip dengan dua langkau

 KANDUNGAN TEKS
1. Pemakluman
2. Salam
3. Susunan Protokol
4. Permulaan Majlis
5. Perisian Majlis
6. Penutup

 TIPS PENGACARA (Gemuruh)


1. Secara Fizikal
- Buangkan tekanan dalaman
- Longgarkan otot-otot
- Tarik nafas panjang-panjang tiap- tiap 10 minit sejam sebelum majlis
- Pastikan pakaian kemas dan betul

2. Secara Psikologi
- Terima hakikat perasaan gemuruh
- Perasaan gemuruh terkawal membawa kesan positif
- Tetamu tidak tahu kita gemuruh
- Tetamu juga mengharapkan kita
- Jangan terlalu mengikut perasaan

3. Secara Batin
- Sentiasa tenang dan senyum
- Amalkan doa-doa berkaitan :
a) Surah Al-Insyirah
b) Surah Yusof
c) Selawat dan Zikir
SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
2006 – 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEMPAT :
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA
PUTRAJAYA (PICC)

TARIKH :
16 JANUARI 2007

PERASMIAN OLEH :
DATO SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSI

(EJAAN DIBUAT BERDASARKAN SEBUTAN)

Pengacara :
- Mohd Faizullah Bin Buyong ( SK Bandar Tasik Puteri )
- Norliza Binti Pamuji (SMK Seri Kundang)

Masa Tindakan

1. TAKLIMAT PENGACARA MAJLIS FAIZ


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Tan Sri-Tan Sri / Dato-Dato / Datin-Datin / Tuan-Tuan dan Puan-Puan
sekalian

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan 2006 – 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan
perjalanan majlis berjalan dengan lancar,berikut adalah beberapa perkara
untuk makluman kita bersama.
- Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaaan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan bertepuk tangan
bagi mengalu-alukan ketibaan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri
- Para hadirin diminta terus berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku
- Para hadirin dipohon mematikan telefon bimbit bagi
memastikan perjalanan majlis tidak terganggu
- Para hadirin juga diminta meminimakan pergerakan
sepanjang majlis dan tidak meninggalkan majlis sehingga
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tetamu
kehormat meninggalkan majlis
- Para hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan petang di
Dewan Perdana sebaik sahaja majlis pelancaran selesai
Harap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada tuan-tuan dan puan-
puan. Semoga majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur.
Sekian terima kasih.
2. KETIBAAN YAB PERDANA MENTERI FAIZ
Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke Majlis Pelancaran Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 Kementerian Pelajaran
Malaysia

NEGARAKU
Hadirin dipersilakan duduk,terima kasih

3. ALUAN MC 1 FAIZ
Bismillahirahmanirrahim. Alhamdullillahirabil alamin. Wassolatu
wassalammu ala asrafil anbiya iwalmursalin. Waala alihi wasohbihi ajmain

Yang Amat Berhormat


Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Yang Berhormat
Dato Seri Hishammudin Bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
Yang Berhormat
Dato Mustapha Bin Mohammad
Menteri Pengajian Tinggi
Yang Berhormat
Dato Seri Effendi Nawawi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Yang Berhormat
Dato Hun Chun Kim
Timbalan Menteri Pelajaran
Yang Berhormat
Dato Noh Bin Haji Omar
Timbalan Menteri Pelajaran
Yang Berhormat
Puan P. Komala Devi
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia
Dato Dr Zulkurnain Bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia
Dato Dr Haji Ahamad Bin Sipun
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Pengarah-Pengarah Bahagian
Setiausaha-Setiausaha Bahagian
Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
Dif-Dif Kehormat
Tan Sri – Tan Sri
Dato – Dato
Datin – Datin
Tetamu – Tetamu Jemputan
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Warga Kementerian Pelajaran Malaysia sekalian

Assalammualaikum dan salam sejahtera


4.
UCAPAN ALUAN MC 2 LIZA
Salam mendatang bersambut jua
Senyum terukir jalinan mesra
Majlis bermakna tempat berusaha
Ikatan muafakatan kukuh bersama

Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran sidang


hadirin ke” Majlis Pelancaran Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –
2010” Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertemakan “Merintis
Pembaharuan Satu Misi Nasional”

Seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan


dan terima kasih atas kesudian Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
hadir melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010
Kem. Pelajaran Malaysia

Majlis juga merakamkan terima kasih kepada Kumpulan Koir SMK


Damansara Jaya Selangor yang telah mengiringi lagu Negaraku.

5. TAYANGAN KLIP VIDEO PIPP


Sidang Hadirin Sekalian
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, bermatlamatkan FAIZ
‘Pendidikan Berkualiti Untuk Semua’ melalui 2 pendekatan iaitu
kesamarataan peluang pendidikan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan. Marilah sama-sama kita saksikan tayangan klip video Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010. Dipersilakan

-KLIP VIDEO-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Teknologi


Pendidikan, Kem.Pelajaran Malaysia yang telah menyediakan klip video itu
tadi. LIZA

6. UCAPAN KSU
Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin
Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian LIZA

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berbahagia Dato Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang, Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia , untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- UCAPAN -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih, kepada


Yang Berbahagia Dato Dr Zulkurnain Bin Haji Awang,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, atas ucapan sebentar FAIZ
tadi
7. UCAPAN YB MENTERI PELAJARAN
Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin
Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian FAIZ

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berhormat, Dato Seri Hishammudin Bin Tun Hussein , Menteri
Pelajaran Malaysia, untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

- UCAPAN -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih, kepada


Yang Berhormat, Dato Seri Hishammudin Bin Tun Huseein, Menteri
Pelajaran Malaysia, atas ucapan sebentar tadi LIZA

8. UCAPAN YAB PERDANA MENTERI


Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin
Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian LIZA

Sireh junjung penuh bererti


Indahnya adat tidak terperi
Tibalah masa yang dinanti
Mendengar amanat Perdana Menteri

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana
Menteri Malaysia
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

- UCAPAN -

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia atas ucapan sebentar tadi LIZA

9. PENERIMAAN BUKU PIPP


Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat
Dato Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein mengiringi Yang Amat LIZA
Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi untuk menerima
Buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 Kementerian
Pelajaran Malaysia sebagai simbol pelancaran Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010
Dipersilakan

10 PERARAKAN MASUK BUKU PIPP


Para hadirin sekalian, 6 murid yang mengiringi pembawa buku Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 adalah mewakili 6 teras yang FAIZ
terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 itu
sendiri
Simbolik 6 murid adalah mewakili pelbagai kaum di Malaysia yang bersatu
hati, berakal budi bagi merealisasikan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010 Kemneterian Pelajaran Malaysia

- SELEPAS PM MENERIMA BUKU -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Amat


Berhormat Dato Seri Perdana Menteri menerima buku Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 sebentar tadi.

11 PENYERAHAN BUKU PIPP KEPADA KPPM


Para hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan, Yang Berbahagia Dato Haji Ahamad Bin FAIZ
Sipun, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bagi mewakili seluruh warga
pendidik dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan
menjalankan,melaksanakan dan merealisasikan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010 dengan penuh Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Untuk naik ke pentas bagi menerima Buku Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010 daripada Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Badawi. Dipersilakan.

- SELEPAS KPPM MENERIMA BUKU-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat LIZA
Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi atas penyerahan buku PIPP itu
tadi.

12 BACAAN DOA LIZA


Sidang Hadirin Sekalian
Seterusnya majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Nurul Amali Bin Mohd
Shamsuddin dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia, untuk memimpin bacaan doa bagi kesejahteraan dan
kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia 2006-2010. Dipersilakan

- BACAAN DOA -

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi


FAIZ

13 PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang Hadirin Sekalian
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri FAIZ
Hishammudin Bin Tun Hussein mengiringi Yang Amat Berhormat Dato Seri
Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi untuk menerima cenderamata sebagai
tanda penghargaan dan kenangan daripada warga pendidikan.

Lantaran itu, majlis mempersilakan Adik Siti Nur Fatihah Binti Abdul Mutalib
dari sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri
Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Dipersilakan
- PM TERIMA CENDERAMATA -

Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan para LIZA
hadirin, cenderamata ini adalah hasil karya Adik Siti Nur Fatihah Binti Abdul
Mutalib sendiri yang merupakan murid pendidikan khas pendengaran.

Gunung Bentan gilang gemilang


Air laut tenang-tenangan
Budi Dato Seri takkan hilang
Menjadi ingatan kenang-kenangan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat


Perdana Menteri atas kesudian menerima cenderamata tersebut.

14 PENUTUP
Tan Sri – Tan Sri / Dato – Dato / Datin – Datin
Tuan – Tuan dan Puan – Puan Sekalian FAIZ
Alhamdullillah, dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT maka
sempurnalah majlis pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006
– 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidikan


Terima kasih kepada Kumpulan Gamelan Institut Perguruan Ilmu Khas
Dan yang paling utama ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas kesudiaan Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan majlis pada
hari ini. Terima kasih.

Marilah kita berdoa agar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –


2010 Kementerian Pelajaran Malaysia akan terlaksana dengan penuh
cemerlang,gemilang dan terbilang.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Akhir kata, sembah takzim daripada kami


Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wbt

TAMAT

You might also like