Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kitar Karbon

1. Kitar karbon merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian


karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan.
2. Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau
melalui proses fotosintesis.
3. Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya.
4. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akan mereput.
5. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan
karbon dioksida.
6. Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan
petroleum juga membebaskan karbon dioksida.
7. Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon
dioksida.
8. Jadi,proses-proses seperti pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh
fotosintesis.

Kitar oksigen

1. Kitar oksigen merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian


oksigen dalam atmosfera  secara berterusan.
2. Kitar oksigen berkait rapat dengan kitar karbon.
3. Oksigen digunakan dalam proses_proses pernafasan dan pereputan tumbuhan
dan haiwan serta pembakaran bahan-bahan api.
4. Sebaliknya, dalam proses fotosintesis oksigen dibebaskan dan dikembalikan ke
udara.
5. Maka,kitar karbon dan kitar oksigen memastikan kandungan karbon dioksida
dan oksigen tetap sepanjang masa.

You might also like