Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

TOPIK 5.

1 : CABARAN PERTAHANAN DAN KEDAULATAN NEGARA

Tanggungjawab kerajaan dan angkatan tentera mempertahankan negara merupakan satu


tugas yang berat seiring dengan globalisasi dunia kini. Selain ancaman dari luar negara,
Malaysia juga menghadapi masalah dan ancaman dalaman yang tidak kurang hebat.
Huraikan ancaman luar dan ancaman dalaman yang dihadapi Malaysia sejak dari dahulu
hingga kini.

Ancaman Luar

• Serangan mata wang. Krisis ekonomi Asia pada September 1998 iaitu pada kadar
tukaran 1USD bersamaan RM3.8718, sebelum ditutup pada RM3.8537 per 1USD
pada 1 April 2018. Nilai ringgit jatuh akan menimbulkan keresahan dalam kalangan
rakyat Malaysia dan akan menyebabkan ekonomi negara merosot.

• Ancaman pengaruh budaya barat yang negatif. Contohnya seperti pengaruh


Black Metal, pengaruh Skinhead dan homoseksual. Ancaman ini akan
menyebabakan kejatuhan moral generasi muda dan mengakibatkan Malaysia tunduk
kepada kuasa imperialis dan akhirnya hilang identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Hal
ini kerana, asas-asas penting yang manjadi amalan dan pembentukan seorang
rakyat itu telah musnah kerana pengaruh barat tersebut.

• Ancaman penyakit-penyakit kritikal. Seperti selsama burung, AIDS, dan Japanese


Encephalitis (JE) serta yang terbaharu berlaku kini iaitu COVID19 yang telah
mengancam berjuta-juta nyawa manusia. Sehingga kini tiada lagi vaksin untuk
penyakit COVID19 ini.

Ancaman Dalaman

• Ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama.


Contohnya ialah Gerakan komunis yang terdiri daripada Parti Komunis Malaya
(PKM). Kelompok ini menjadi ancaman kerana mereka sanggup melakukan sesuatu
di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat mereka.

• Kehadiran pendatang asing secara haram. Ancaman ini tetap berlaku hingga ke
hari ini. Contohnya pendatang asing tersebut adalah daripada warga Afrika,
Bangladesh, Myanmar, dan Rohingya yang telah banyak menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan negara yang boleh menjejaskan imej dan
keharmonian negara. Keberanian pendatang asing ini telah membolehkan mereka
melakukan rompakan, mengedar dadah dan pekerja seks tanpa rasa takut.

• Fenomena kemajuan teknologi maklumat. Internet mempunyai banyak


kebaikannya akan tetapi ia boleh juga menjadi salah satu yang boleh
disalahgunakan untuk mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan
kerajaan dan promosi aktiviti yang boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan
negara.

You might also like