Modul Pendidikan TBB

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

ISBN 978-967-0783-12-3

Di susun semak oleh:-

Diterbitkan oleh:-

Rekabentuk Grafik :-
2
BAB 1
Sumber Tenaga Boleh Baharu
1.0 Pengenalan

Pada tahun 1970-an krisis tenaga yang amat serius


memberi kesedaran kepada masyarakat dunia akan
kepentingan Tenaga Boleh Baharu (TBB). Tenaga
diperbaharui merujuk kepada sumber tenaga boleh
baharu (TBB) yang boleh diganti sepanjang hayat
manusia. Teknologi penghasilan tenaga daripada
sumber-sumber seperti cahaya matahari, angin,
ombak dan biojisim (biomass) sudah lama dinikmati
oleh kebanyakan negara berdasarkan kemampuan,
kepakaran dan kewangan yang dimiliki. Terdapat
banyak jenis sumber tenaga yang dikenali sebagai
Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau renewable
energy (RE) antaranya tenaga solar, tenaga angin,
ombak, air, geotermal dan biojisim (biomass). Oleh
sebab permintaan tenaga yang banyak
berdasarkan percambahan ekonomi dan
pertambahan bilangan penduduk, sudah tiba
masanya kerajaan Malaysia memikirkan cara
penghasilan tenaga alternatif kepada tenaga yang
sedia ada tanpa membawa sebarang kesan kepada
industri penjanaan tenaga elektrik (Sumber Menyedari hakikat ini, kerajaan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Malaysia melalui Rancangan
2009). Malaysia Kelapan, mengumumkan
tenaga diperbaharui sebagai bahan
api kelima dalam lima strategi bahan
api yang baru dalam campuran
bekalan tenaga. Disasarkan bahawa
TBB akan menyumbang sebanyak
5% daripada jumlah permintaan
tenaga elektrik negara sehingga
tahun 2005, iaitu pada akhir tempoh
Rancangan Malaysia Kelapan.
Dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh, sasaran tenaga boleh
baharu dijangka membekalkan 985
MW pada tahun 2015 iaitu
menyumbang sebanyak 5.5%
kepada penjanaan tenaga elektrik
keseluruhan.
3
Menurut Ahmad Hadri Haris (2009) selaku
National Project leader, dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006-2010) dijangkakan
Semenanjung Malaysia akan menghasilkan
sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) sejumlah
300 MW dan 50 MW di negeri Sabah. Dengan
sasaran ini, usaha yang gigih sedang dijalankan
untuk menggalakkan penggunaan sumber-
sumber TBB, seperti biojisim, biogas, tenaga
solar dan mini hidro, untuk penjanaan tenaga.
Tenaga solar adalah satu lagi pilihan yang
penting, terutamanya untuk pembekalan tenaga
elektrik di kawasan luar bandar dan untuk
pemanasan air (Sumber: Suruhanjaya Tenaga
Malaysia, 2008).

1.1 Pendidikan Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Tenaga solar dikenal pasti salah satu bentuk tenaga alternatif


dalam TBB. Kesedaran dan pengetahuan tentang tenaga solar
diintegrasikan dalam kurikulum sains melalui pelbagai aktiviti
pelajar seperti eksplorasi hands-on kegunaan tenaga solar
dalam pelbagai projek, menggalakkan pelajar mendalami
pengetahuan tentang tenaga solar iaitu membuat pencarian
maklumat tentang cahaya matahari, projek berkaitan yang
menggunakan tenaga solar dan mencari maklumat yang
berkaitan dengan sumber tenaga yang lain.

Pendidikan TBB di negara China lebih


bertumpu di peringkat pasca ijazah iaitu di
peringkat sarjana dan peringkat kedoktoran.
Menurut hasil kajian penulis, hanya 12 buah
universiti yang menawarkan pendidikan
tenaga diperbaharui di peringkat pasca
ijazah. Tiada sebarang penekanan tentang
TBB diberikan di peringkat rendah dan
menengah rendah. Di negara China tiada
subjek khas mengenai TBB yang
dikhususkan untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan malah hanya sebahagian topik
mengenai TBB diintegrasikan melalui subjek-
subjek yang lain seperti dalam mata pelajaran
sains dan kemahiran hidup. Di Malaysia, TBB
sudah mula diberi perhatian dan buku kecil ini
di harap akan menjadi antara penyumbang
kepada asas pembangunan TBB di Malaysia.

4
1.2 Kesimpulan

Penggunaan tenaga solar sebagai tenaga alternatif dan


sebagai sumber TBB telah diusahakan oleh Tenaga
Nasional Berhad (TNB) pada tahun 1980an, dalam
penjanaan tenaga elektrik di kawasan pedalaman.
Pemasangan sistem Fotovolta (FV) yang pertama
dilaksanakan di Pulau Langkawi untuk 37 buah rumah.
Diikuti di Tembeling dan Pulau Sibu masing-masing 70
dan 50 rumah yang mendapat bekalan tenaga elektrik
menggunakan tenaga alternatif sel Fotovolta (FV).
Sebenarnya dalam usaha mengenal pasti tenaga
alternatif seperti tenaga solar, tenaga angin, ombak dan
biojisim (biomass) yang sedia wujud, pengetahuan dan
kesedaran mengenai TBB haruslah diwujudkan di
peringkat sekolah hinggalah ke peringkat universiti.
Dalam dunia pendidikan berkaitan dengan hal TBB,
perkara utama yang diharapkan ialah pengetahuan dan
kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru mengenai
konsep TBB. Bangunan dan amalan juga hendaklah
mengambira aspek mesra alam berasaskan sumber
TBB.

Di Malaysia, industri TBB menghadapi


kesukaran akibat kekurangan para
profesional dalam bidang TBB. Kurang
pengetahuan dalam kalangan masyarakat
mengenai TBB dan masih tiada kurikulum
sistem pendidikan yang tidak memberi
sebarang pendedahan terhadap TBB dikenal
pasti sebagai punca masalah ini. Menurut
Christoper (1998), kurang pengetahuan
mengenai TBB dalam kalangan pembuat
dasar, institusi kewangan dan masyarakat
umum merupakan penghalang kepada
kesedaran tentang tenaga diperbaharui. Oleh
itu, pengetahuan mengenai TBB telah
ditekankan di Cetree &GT, U.S.M dalam
memastikan pendidikan berteraskan TBB
didedahkan agar masyarakat sedar akan
kepentingannya. Kurikulum baru berteraskan
TBB telah mula dibangunkan oleh pihak
Cetree &GT, U.S.M mengikut dasar dan
matlamat negara MALAYSIA.

5
BAB 2
Kepentingan Tenaga Boleh
Baharu (TBB)
2.0 Pengenalan

Kekurangan bahan asli seperti minyak, arang batu


dan gas asli yang menyumbangkan punca tenaga
dunia sebanyak 90% merupakan isu utama yang
sering kali dibincangkan oleh pakar tenaga dunia.
Menurut John (2000), para saintis kian sibuk mencari
sumber alternatif yang dapat menggantikan tenaga
yang semakin berkurangan.

2.1 Krisis Tenaga

Kenaikan harga minyak mentah, kesedaran terhadap


persekitaran dan penambahan bahan import minyak mentah
dan kekurangan penggunaan sumber TBB dikenal pasti faktor
utama bagi kerajaan Malaysia memberi tumpuan dalam
membangun dan mempromosikan TBB di Malaysia. Negara
China bertambah risau akan kekurangan sumber tenaga fosil
khasnya minyak mentah dan ini menyebabkan negara China
mengimport sebanyak 60% bahan asli dari dunia luar untuk
keperluan tenaga harian. Kurang kesedaran akan kepentingan
TBB dalam kalangan orang awam, sekolah, dan universiti
menjadikan usaha pembangunan TBB terbantut (Solar
solidarity International Belgium, 2008). Agensi-agensi di
Malaysia dikenal pasti punca Malaysia masih menggunakan
dan mengimport gas, dan minyak mentah untuk menghasilkan
bekalan tenaga elektrik yang perlu berubah (Suchitra, 2006).

Menurut pertubuhan Solar Solidarity (2008),

….that the electricity coming from the sun should provide more than 70% of the
energy consumption worldwide in 2100. Currently, 1.7 billion people have no
access to electricity. The huge potential of solar energy can be the solution to the
need of energy to many people. (Solar Solidarity, 2008, p.1)

Maka penyelesaian untuk mengatasi masalah bergantung kepada gas dan minyak
mentah adalah melalui penggunaan tenaga alternatif seperti Tenaga Solar (TS).

6
2.2Tenaga Boleh Baharu .

Menurut Morgil et al. (2006),


TBB adalah merupakan tenaga
yang boleh diperbaharui,
diperoleh secara berterusan di
sekitar evolusi semula jadi dan
ia tidak akan kehabisan.
Menurut Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA, 2009), TBB adalah
merujuk kepada biojisim,
biogas, sisa buangan pepejal,
solar, hidro dan sumber angin
manakala menurut Solanki
(2008) TBB digolongkan dalam
kategori seperti dalam rajah 2.1
yang berikut.

Rajah 2.1: Klasifikasi tenaga boleh baharu (TBB) dipetik


dari Solanki (2008)
TBB membawa banyak kelebihan berbanding dengan
tenaga konvensional. Namun begitu tenaga ini kurang
mendapat perhatian dalam kalangan orang ramai dan
menyebabkannya tidak begitu terkenal dari segi
kelebihan dan penggunaannya. Di Malaysia,
penggunaan tenaga elektrik meningkat hari demi hari.
TBB sebagai sumber bahan api kelima di bawah dasar
kepelbagaian bahan api negara. Hal ini kerana Malaysia
merupakan negara yang kaya dengan sumber-sumber
yang boleh menghasilkan TBB dan seterusnya
mendatangkan pulangan yang lumayan pada masa
hadapan kepada ekonomi negara.

Tenaga Boleh Baharu (TBB) mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan tenaga
konvensional. Kelebihan tenaga diperbaharui adalah:-
i. Sumber tenaga yang bersih. Kesan yang minimal terhadap pencemaran udara
dan alam sekitar.
ii. Sumber tenaga yang berkekalan dan berterusan untuk generasi akan datang.
iii. Kaedah penghasilan tenaga yang tidak berpusat dan dijangka akan
merangsangkan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
iv. Sebagai industri tenaga diperbaharui yang jangka meningkatkan peluang
pekerjaan kepada generasi masa depan.
v. Menghasilkan tenaga sepanjang hayat.
Sumber: Morgil et al. (2006) dan Solanki (2008)

7
2.3 Kesedaran Tentang Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Penggunaan tenaga fosil yang berterusan oleh manusia membawa


ancaman kepada dunia sejagat, menyedari hakikat ini, Miller dan
Spoolman (2009), mencadangkan agar golongan pendidik mestilah
bertindak dalam mendidik pelajar berkaitan ancaman kekurangan
tenaga fosil dan berusaha membantu pelajar memahami kaedah
bagaimana memperoleh sumber TBB pada masa hadapan.
Rombakan dasar pendidikan berasaskan TBB perlu ditekankan
bagi menyelesaikan pemasaalah tersebut. Fokus utama kurikulum
yang bakal dibangunkan berkaitan TBB mestilah memberi tumpuan
kepada tiga cabaran utama iaitu:-

i. Memahami had sempadan tenaga fosil yang makin


berkurangan.
ii. Memahami kesan persekitaran dan ancaman kepada
perubahan iklim dengan penggunaan bahan api fosil.
iii. Memahami kelebihan dan had TBB untuk sejagat.
Sumber: Fortner (2009)

Selain daripada cabaran tersebut, keengganan pelajar khususnya


pelajar kejuruteraan mengkaji isu-isu semasa dalam sains lestari
iaitu penghasilan sumber tenaga semula jadi juga dikenal pasti
sebagai salah satu cabaran yang perlu ditangani dalam
mengimplementasikan kurikulum lestari. Menurut Acker (2008),
masih kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai TBB dalam
kalangan masyarakat, mahupun penggubal undang-undang
mengakibatkan teknologi TBB tidak diberi perhatian yang serius
dalam semua bidang. Bidang pendidikan yang menyeluruh dan
penyelidikan yang aktif dalam TBB oleh Institusi TVET, Politeknik &
Kolej Komuniti, Universiti dan sektor swasta dapat memberi kesan
yang positif terhadap teknologi TBB pada masa depan untuk
generasi akan datang. Kerajaan menyenaraikan tumpuan utama
dalam bidang penyelidikan yang perlu dipergiatkan lagi dalam
kalangan penyelidik merangkumi:-

i. Penyelidikan saintifik dalam bidang tenaga boleh baharu.


ii.Penyelidikan kesan terhadap dasar dan insenti dalam tenaga
boleh baharu.
iii.Penyelidikan tingkah laku dan sikap terhadap tenaga boleh
baharu.
Sumber: Acker (2008)

8
Menurut Bennet dan Heafner (2004) untuk mewujudkan
kesedaran tentang sesuatu hal, seseorang pelajar mestilah
melalui fasa-fasa inkuiri, implementasi dan refleksi disertai
dengan pengajaran dan pengalaman kerja projek. Ia akan
memberi lebih ruang dan kebebasan kepada pelajar untuk
menyelidik hasil saintifik dalam menghasilkan produk yang
inovatif. Maka dengan itu pelajar harus didedahkan dengan
pelbagai aktiviti amali berkenaan dengan Tenaga Boleh Baharu
(TBB) supaya ianya dapat menambah pengetahuan mereka
terhadap sumber tenaga alternatif. Menurut Busby dan
Carpenter (2009), pelajar yang didedahkan dengan pelbagai
aktiviti mengenai konsep TBB akan memberi manfaat dan
peluang kepada pelajar dalam melibatkan diri secara aktif dalam
penghasilan projek yang berkaitan dengan TBB. Untuk
membangunkan teknologi TBB dalam sektor pendidikan, Acker
(2008) menggariskan beberapa saranan dalam kaedah
pendidikan, antaranya:-

i.Pemindahan teknologi pendidikan berterusan dalam bidang


tenaga boleh baharu.

ii.Penggubalan kurikulum sarjana muda dan pengalaman pelajar


dalam bidang tenaga boleh baharu untuk menghasilkan
generasi yang profesional.

iii.Memastikan institusi pendidikan mempunyai kepakaran dalam


bidang tenaga boleh baharu supaya dapat memindahkan
pengetahuan kepada generasi masa depan melalui
penyelidikan, forum bersama-sama dengan penglibatan dan
kolaborasi dengan pihak swasta.

iv.Memantapkan kurikulum amali teknologi tenaga boleh


baharu supaya pelajar dilengkapi dengan pengalaman yang
lebih mendalam dalam bidang tenaga alternatif terkini.

v.Mereka bentuk kurikulum yang berorientasikan penyediaan


pelajar ke alam pekerjaan dalam bidang tenaga boleh baharu.

vi.Pembangunan kurikulum berasaskan tenaga boleh baharu


dari peringkat sekolah rendah dan menegah hingga ke
peringkat universiti.

vii.Mengadakan bengkel kepada golongan guru bagi


mendedahkan bagaimana untuk mengintegrasikan konsep
tenaga boleh baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

9
Pembangunan kurikulum berteraskan “Green Technology @ GT” di
institusi pendidikan dan peranan pendidik memang tidak boleh
diketepikan dalam mewujudkan kesedaran dan pengetahuan
konsep Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan sains lestari masa kini.
Menurut Asquith (2007), persidangan panel saintis antarabangsa
yang terdiri daripada 1000 orang membuat keputusan bahawa,
manusia haruslah dipertanggungjawabkan terhadap pembebasan
gas rumah hijau yang membawa impak besar kepada perubahan
iklim dunia melalui penggunaan tenaga fosil. Masalah ini
merupakan masalah global, maka penyelesaian haruslah dilakukan
dengan kadar segera. Salah satu langkah yang dikenal pasti
dalam menyelesaikan masalah ini ialah mengintegrasikan konsep
TBB dalam pembangunan kurikulum yang lestari dalam institusi
pendidikan negara Malaysia. Ia dapat dilaksanakan dengan
bantuan dan kerjasama daripada pihak swasta. Menurut Asquith
(2007) lagi, pelbagai langkah telah diambil oleh institusi pendidikan
untuk menunjukkan komitmen mereka dalam pengurangan
pembebasan gas rumah hijau melalui pelbagai aktiviti dalam
kampus yang diintegrasikan dalam kurikulum yang mesra alam. Ini
jelas menunjukkan bahawa Institusi pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam membawa perubahan dan kesedaran
tentang TBB dalam kalangan pelajar.

Menurut Jorgensen (2006), peralihan masyarakat


di daerah Wisconsin kepada TBB adalah
berpunca dari kebimbangan pihak Wisconsin
Energy Corporations iaitu hampir 95% tenaga
yang dibekalkan ke daerah ini adalah datang
dari daerah yang lain. Menyedari akan krisis
tenaga yang kian meruncing ini, Kolej Teknikal
Nicolet memikul tanggungjawab sosial untuk
memberi pendidikan terhadap tenaga alternatif.
Pelbagai usaha diambil oleh Kolej Teknikal
Nicolet di Wisconsin untuk mewujudkan
kesedaran tentang kepentingan TBB dalam
kalangan masyarakat tempatan daerah
Wisconsin. Antara aktiviti utama ialah
pemasangan sistem TBB yang terdiri daripada
sebuah turbin angin dan dua sistem Photovoltaik
(PV) atau dinyatakan dalam buku ini sebagai
Fotovolta (FV). Kedua-dua sistem ini
dikendalikan oleh pelajar bersama-sama dengan
penduduk tempatan. Tujuan utama pemasangan
sistem TBB berasaskan teknologi FV ini adalah
untuk memberi pendidikan kepada masyarakat
akan kelebihan tenaga alternatif yang mesra
alam berbanding dengan tenaga fosil.

10
Pendekatan dan pemasangan sistem Tenaga Boleh
Baharu (TBB) di sekitar kampus Wisconsin
mewujudkan pelbagai peluang pengajaran dan
pembelajaran (PnP) dengan mengintegrasikan
komponen TBB dalam semua mata pelajaran sains
dan teknologi. Menyedari hakikat ini, pihak
pengurusan kolej, berusaha mengintegrasikan konsep
TBB dalam kurikulum pendidikan di sekolah di
Malaysia. Ia dibuktikan melalui projek pembangunan
kurikulum berasaskan TBB untuk sekolah menengah
oleh pihak CETREE & GT, U.S.M. Menurut Wong
(2008), TBB dalam pendidikan lestari telah mendapat
perhatian di Kolej Komuniti California. Pendidikan ini
memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk
memelihara alam sekitar tanpa dicemari. Pendidikan
lestari ini juga dijangka akan mendapat sambutan
yang menggalakkan dalam kalangan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
dalam pelbagai bidang seperti pencegahan
pencemaran, pengurusan tenaga dan dasar
perubahan iklim. Menurut Bacon et al. (2010), sains
lestari merupakan satu standard yang merangkumi
pelbagai disiplin yang mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan amalan dari sumber
semula jadi yang akan membawa penyelesaian
masalah kejuruteraan, keamanan, kesejahteraan
dunia dan alam sekitar. Pihak kerajaan dengan
bantuan CETREE & GT dapat merealisasikan
kurikulum berkaitan TBB negara. Peranan institusi
pendidikan negara dalam mengadakan pelbagai
aktiviti di sekitar kampusnya seperti pemasangan
panel Fotovolta (FV) dan amalan konsep kitar semula
membantu kecekapan jabatan. Aktiviti seumpama ini
sudah pasti akan membangkitkan kesedaran dalam
kalangan pelajar dalam penghasilan projek atau
produk berasaskan TBB yang amat membantu.

Penekanan kepada Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based


Learning (PjBL) diintegrasikan dalam pendidikan lestari berasaskan TBB bertujuan untuk
mendidik pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar dan keperluan untuk
memelihara generasi akan datang di negara Malaysia. Salah satu agenda utama
menurut Wong (2008) dalam program pendidikan lestari ini ialah perjanjian oleh 500
presiden dan canselor kolej dan universiti yang dikenali sebagai American College and
University President Climate Commitment. Peranan sebegini perlu di jalankan di negara
Malaysia agar mutu pendidikan berkaitan alam sekitar dan pembangunan sumber TBB
dapat di terjemahkan menjelang negara maju pada 2020.

11
Adanya jalinan pembangunan ilmu pengetahuan terhadap perkara berkaitan akan
membantu institusi pendidikan dan penduduk dalam:-

i. Mengurangkan pembebasan gas hijau dalam persekitaran kampus.


ii. Membangunkan kurikulum untuk mendidik generasi akan datang mengenai
kepentingan lestari dan membantu mengurangkan pemanasan global.

2.4 Kesimpulan

Pengetahuan melalui pendidikan sahaja tidak


mencukupi untuk mewujudkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat khususnya pelajar, malah
haruslah diintegrasikan dalam kerja projek yang
berkaitan dengan TBB. Menurut Ani M. Hassan
(2003) dalam abad industri, pembelajaran adalah
fakta, latih tubi dan praktikal dengan menggunakan
peraturan dan prosedur. Sedangkan abad
pengetahuan menginginkan paradigma pembangunan
pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran
berasaskan masalah, inkuiri dan reka bentuk
penemuan serta penciptaan berteraskan TBB. Untuk
memastikan pendidikan lestari ini berterusan,
penglibatan warga pendidik adalah penting. Mereka
mestilah memainkan peranan yang aktif. Sumbangan
dan peranan industri juga tidak boleh diketepikan
dalam pembangunan pendidikan lestari. Pihak swasta
boleh mengadakan pelbagai aktiviti bersama dengan
pihak institusi pendidikan seperti:-

i. Memasang sel solar untuk menjana tenaga


elektrik bagi menjimatkan tenaga.

ii. Menggalakkan pelajar dalam kerja projek yang


menggabungkan pendidikan lestari berteraskan TBB.

12
BAB 3
Teknologi Fotovolta (FV)
3.0 Pengenalan

Sel Fotovolta (FV) menghasilkan tenaga elektrik


dengan cara menyerap tenaga cahaya matahari,
tenaga solar dan menukarkannya kepada arus
elektrik. Sel Fotovolta berkebolehan menukarkan
cahaya matahari kepada kuasa elektrik yang
merupakan tenaga yang sangat penting dewasa ini.

3.1 Fotovolta Sebagai Sumber Tenaga Baru

Menurut Close (2003), kadar penukaran tenaga


menggunakan sel solar adalah jauh lebih ekonomik daripada
penghasilan tenaga elektrik menggunakan bahan api
konvensional. Fotovolta diklasifikasikan sebagai tenaga
diperbaharui dengan mempunyai ciri-ciri yang berikut
(Lakpour, 2007; Solanki, 2008; UiTM, 2010):-

i. Tidak memerlukan penyelenggaraan yang kritikal


kerana Fotovolta tidak mempunyai sebarang
bahagian yang bergerak.
ii. Tidak memerlukan sebarang bahan api, ini dapat
mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
iii. Mempunyai jangka hayat yang panjang.
iv. Dalam bentuk modul, saiz boleh ubah mengikut
pasaran dan permintaan.
v. Penghasilan tenaga tidak berpusat iaitu
setempat.

13
3.2 Penghasilan tenaga Elektrik
dari Tekologi Fotovolta (FV)

Teknologi sel Fotovolta diklasifikasikan


kepada Crystalline dan Thin Film
(Kennedy, 2003; Solanki, 2008; Schulz
et al., 2008; UiTM, 2010), seperti
ditunjukkan dalam gambar rajah 3.1.
berikut;- Rajah 3.1: Klasifikasi sel Fotovolta oleh
Schulz at al., (2008)

Sungguh pun reka bentuk asas untuk semua Fotovolta adalah


sama, akan tetapi kaedah pembuatan setiap sel tersebut
menggunakan teknik yang berbeza dan setiap sel tersebut
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing seperti yang
berikut:-

i. Monocrystalline : Mempunyai kecekapan yang tinggi, mahal


dan keluaran output yang besar.

ii. Polycrystalline : Mempunyai kecekapan yang rendah, murah,


jangka hayat sama dengan Monocrystalline.

iii. Thin-film : Mempunyai kecekapan yang rendah, jumlah


keluaran yang tinggi, kaedah pemasangan adalah mudah
disebabkan sifat yang mudah lentur.

3.3 Pembangunan Industri Fotovolta (FV) di Malaysia

Menurut Badaruddin dan Badriyah (2011), Malaysia merupakan salah sebuah negara
pengeluar sel solar iaitu teknologi Fotovolta yang terbesar di dunia seperti ditunjukkan
dalam jadual 3.1 berikut. Sel solar dan modul Fotovolta dapat menghasilkan tenaga
sebanyak 3693 MW dan angka ini dijangka meningkat kepada 4185 MW pada
penghujung tahun 2012.

Jadual 3.1: Pelaburan Syarikat Antarabangsa di Malaysia industri Sel Solar dan
Fotovolta, Badaruddin dan Badriyah (2005)

14
Menurut laporan Renewable Energy in Asia: The Malaysia Report (2005), Kerajaan
Malaysia menawarkan pelbagai insentif untuk menggalakkan pertumbuhan dan
pembangunan industri Fotovolta, antaranya:-

i. Dibebaskan dari membayar cukai perdagangan selama 15 tahun untuk


semua keluaran kilang.
ii. Menawarkan kadar pinjaman yang rendah.
iii. Undang-undang perdagangan yang mudah dan singkat.
iv. Mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik dan strategik.

Pelaburan dalam industri tenaga solar sehingga telah menawarkan sejumlah 14,300
pekerjaan kepada rakyat tempatan. Pada tahun 2011, tiga buah kilang tempatan iaitu i)
Solar TIF Sdn. Bhd. ii) PV Hi-Tech Solar dan iii) Malaysia Solar Resources telah
menawarkan sejumlah 148 pekerjaan dan dijangka akan meningkatkan sumber
penggunaan tenaga manusia kepada 275 orang menjelang tahun 2012.

3.4 Kesimpulan

Pembangunan industri Fotovolta (FV) di


Malaysia yang begitu pesat sudah pasti
akan menawarkan pekerjaan kepada
penduduk tempatan amnya dan
pekerjaan kemahiran teknikal kepada
pelajar politeknik jika diberi
pengetahuan dan kesedaran terhadap
tenaga diperbaharui melalui projek
Fotovolta seiring dengan fokus utama
penghasilan buku ringkas TBB ini. Jika
konsep TBB diaplikasikan sepenuhnya
di Malaysia, sudah pasti industri
Fotovolta dapat berkembang maju
dengan adanya tenaga mahir yang
berpengetahuan dalam bidang
Fotovolta (FV).

15
BAB 4
Tenaga Solar (TS)
4.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berada pada


kedudukan garisan khatulistiwa dalam permukaan bumi.
Mengikut piawaian antarabangsa, Malaysia menerima sinaran
radiasi solar yang banyak sekali. Menurut laporan Renewable
Energy in Asia: The Malaysian Report (2005), iklim negara
Malaysia dengan suhu purata ambien dalam lingkungan 27 0C
hingga 33 0C, dapat menjana radiasi solar sebanyak 4500
kWh/m2 dengan purata pancaran matahari yang diterima
sebanyak 12 jam sehari. Ini bermakna sistem Photovotaik @
Fotovolta di Malaysia menerima tenaga sebanyak 30% lebih
jika dibandingkan kawasan yang sama di German.

Menyedari potensi ini, menurut laporan International Energy


Agency (IEA, 2011), Kerajaan Malaysia telah memberi
perakuan kepada dasar tenaga diperbaharui dan pelan
tindakan tenaga diperbaharui pada 2 April 2010. Langkah
4.1 Solar
kerajaan ini Sumber Tenaga
dijangka akan Baru
mengukuhkan lagi perkembangan
industri Photovoltaik @ Fotovolta serta menwujudkan rangka
kerja Feed in Tariff (FIT) dan menyuburkan lagi Program
Transformasi Ekonomi dengan penetapan matlamat dengan
menyambungkan 1250 MW grid tenaga diperbaharui
menjelang tahun 2020. Untuk mengurus dan memantau
implementasi mekanisme FIT, kerajaan telah meluluskan dua
bil yang penting, iaitu bil tenaga diperbaharui 2010 dan bil
penubuhan Sustainable Energy Development Autonomy (
SEDA).

Solar yang juga termasuk dalam kategori sumber TBB, antara lain boleh diperoleh
menerusi penggunaan cahaya matahari dengan memasang panel solar seperti kaca di
bangunan industri, komersial, perumahan dan bangunan awam. Panel itu berfungsi
menghasilkan bekalan elektrik untuk menggerakkan peralatan dalam unit kediaman atau
bangunan berkenaan. Umum mengetahui bekalan tenaga elektrik di unit kediaman atau
bangunan komersial ketika ini dibekalkan stesen atau loji tenaga kuasa yang
kebanyakannya berasaskan minyak sebagai penjana utamanya. Setakat ini, tenaga solar
adalah pilihan terbaik dalam mendapatkan sumber tenaga alternatif di negara kita yang
sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai sumber cahaya matahari yang
banyak.

16
Bagaimanapun, galakan penggunaannya boleh dimulakan dengan memberi penumpuan
khusus kepada beberapa projek hartanah dan komersial yang lestari bagi
memperkenalkan konsep perumahan atau bangunan yang menggunakan tenaga solar di
Malaysia. Usaha berkenaan perlu dilakukan secara kolektif, sama ada daripada
kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta kerana kelebihan
menggunakan tenaga solar ini memberi manfaat kepada semua pihak. Antara usaha
yang boleh dilakukan kerajaan termasuk memperkenalkan dasar yang jelas dan PBT
memberi insentif dalam bentuk pengurangan dari segi cukai pintu kepada kediaman atau
bangunan berasaskan 'kediaman hijau' atau 'bangunan hijau'.

Pelaksanaan mekanisme tarif pembayaran bagi


janakuasa tenaga boleh diperbaharui atau FiT di
bawah Akta Tenaga Boleh Boleh Baharu (TBB)
yang diwartakan, dijangka turut membantu
meningkatkan lagi penggunaan tenaga solar di
dalam negara. Pelaksanaan mekanisme FiT
menerusi Akta Tenaga Boleh Boleh Baharu itu
diumumkan kerajaan pada Bajet 2011 lalu bagi
membolehkan bekalan elektrik yang dihasilkan
premis perumahan dan penyedia bebas dijual
kepada syarikat utiliti bekalan elektrik seperti
Tenaga Nasional Bhd (TNB).
4.3 Potensi Tenaga Solar (TS) di Malaysia

Menurut Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) iaitu syarikat penghasilan
solar Panasonic Corporation yang ditubuhkan di Malaysia pada Disember 2011
mengadakan majlis pecah tanah dan pertukaran Perjanjian Sewaan Tanah dengan
kerajaan negeri Kedah. Ia menyaksikan Panasonic menghasilkan kemudahan prasarana
penghasilan solar baru yang akan dibina secepat mungkin selain berhasrat dapat
memulakan operasinya menjelang Disember 2012. Merujuk harian metro, Mac 7 (2012)
salah satu prasarana yang dinamakan Pusat Solar Bersepadu, pertama dibina di
Malaysia (luar Jepun) bakal mengeluarkan produk menyeluruh berkaitan solar yang
belum pernah diteroka mana-mana syarikat sebelum ini.

Pusat Solar Bersepadu yang bakal dibina di Taman


Teknologi Kulim itu mampu menghasilkan Panasonic
Heterojunction Dengan Lapisan Nipis Pada Dasarnya
(HIT) iaitu modul solar yang menawarkan kecekapan
penukaran cahaya kepada sumber elektrik. Ia secara
tidak langsung memberi ciri cemerlang bagi
pergantungan suhu yang dapat memastikannya lebih
berkuasa walaupun ketika musim panas yang
menyerap tenaga solar pada suhu tinggi. Pusat Solar
Bersepadu baru ini akan melaksanakan penghasilan
wafer solar bersepadu, sel solar dan modul dengan
anggaran kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 300
megawatt (MW).

17
Dengan peningkatan kesedaran alam sekitar di peringkat global dan pengenalan sistem
subsidi serta skim Feed-in-Tariff (FiT) di pelbagai negara, pasaran solar dijangka
meningkat. Permintaan yang kukuh dijangka berkembang dalam sektor kediaman yang
menjadi sasaran utama bagi modul solar Panasonic HIT. Pusat Solar Bersepadu terbabit
mendapat sokongan padu kerajaan negeri yang mengharapkan penggunaan solar dapat
dimanfaatkan masyarakat Kedah.

4.3.1 Cahaya Matahari Sumber Tenaga Solar (TS)

Cahaya matahari yang memancar ke atmosfera bumi


menghasilkan kira-kira 1,366 watt semeter persegi (W/m2).
Bagaimanapun, faktor seperti latitud, musim tahunan dan
cuaca akan mengurangkan perolehan tenaga pada paras
bumi. Apabila bergerak merentasi atmosfera, enam peratus
sinaran matahari akan dipantulkan manakala 16 peratus lagi
diserap lalu menghasilkan sinaran puncak pada khatulistiwa
yang berukuran 1,020 W/m² sebelum keadaan atmosfera
purata (awan, debu atau pencemaran) mengurangkan jumlah
cahaya pada kadar 20 peratus melalui pantulan dan tiga
peratus melalui penyerapan. Keadaan atmosfera bukan saja
mengurangkan jumlah cahaya yang mencapai permukaan
bumi tapi juga mempengaruhi kualiti melalui penyerakan
cahaya dan pengubahan spektrumnya.

Contohnya, di Amerika Utara, proses cahaya yang dinamakan penyuriaan purata


berukuran antara 125 dan 375 W/m² iaitu kuasa yang boleh diperoleh dan bukan kuasa
yang dibekalkan. Panel Fotovolta pada masa kini mengubah kira-kira 15 peratus cahaya
matahari secara terus kepada elektrik, maka panel matahari di Amerika Syarikat
mengeluarkan secara purata 19 ke 56 W/m² atau 0.45-1.35 kWh/m²/hari.

Hanya sedikit kebimbangan


timbul iaitu masalah kekaburan,
satu kesan pencemaran yang
menyebabkan hanya sedikit
cahaya matahari dipancarkan ke
permukaan bumi. Ia berkait rapat
dengan pencemaran zarah dan
pemanasan global serta
kebanyakan kerisauan pada isu
perubahan iklim sejagat tapi
mencetuskan kebimbangan
penyokong tenaga matahari
kerana potensi kekurangan
tenaga matahari yang ada pada
masa hadapan.

18
4.3.2 Penggunaan Solar di Malaysia

Melalui undang-undang tenaga diperbaharui itu, individu yang


menjana tenaga solar ini akan mendapat pulangan sehingga lima
kali ganda tenaga elektrik yang dijual kepada TNB dan
pembayaran ini dijamin kerajaan selama 21 tahun. Ia turut mampu
diperluaskan meliputi kawasan sesebuah pekan seperti yang
diamalkan di Jepun yang menyaksikan penghuni di kawasan itu
menggunakan kuasa solar sepenuhnya dalam mendapatkan
bekalan elektrik dengan menggunakan sistem solar yang
disambungkan ke grid tenaga luar.

Pembangunan penggunaan solar di Malaysia menjadi semakin


pesat dengan adanya jalinan kerjasama dengan syarikat maju dari
Jepun. Ia dilihat amat membantu mempercepatkan pembangunan
perniagaan solar secara global dengan kerjasama Penyelesaian
Perniagaan Tenaga Komprehensif yang idatangkan bersama
kumpulan syarikat Panasonic dari Jepun di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Asia Pasifik, Yorihisa Shiokawa berkata:-

"Kami mendapati harga untuk produk berkaitan solar kini menurun di peringkat global
dan ia sepatutnya dimanfaatkan masyarakat negara ini untuk mendapatkan tenaga
alternatif yang berkos kompetitif," katanya.

Beliau memaklumkan, Panasonic bakal menawarkan penyelesaian bersepadu bagi


tenaga solar termasuk produk rumah yang secara tidak langsung memberi manfaat bagi
penggunaan tenaga mesra alam di Malaysia.

"Ketika dunia tercari-cari penggunaan tenaga baru, solar adalah penyelesaian terbaik
manakala Malaysia juga mempunyai pancaran matahari yang cukup," kata Shiokawa.

4.4 Kesimpulan

Pembangunan sumber tenaga baru ini


bukan saja membantu Malaysia
meningkatkan pengeluaran modul solar
dan memenuhi permintaan pasaran, tetapi
ia juga mengukuhkan kos daya saing
dengan menyediakan pengeluaran wafer,
sel dan modul bersepadu tenaga solar
yang pertama di Malaysia. Malaysia bukan
hanya membantu menyediakan
kemudahan modul solar melalui
pemindahan teknologi dari negara maju,
malahan ia menjadikan Malaysia sebagai
+ hub pengeluar sumber Tenaga Solar (TS)
di Asia.
19
Bibliografi
Asquith, C. (2007). Going Green. Diverse Issues in Higher Education. 24 (6), 14
Proquest Education Journals.

Ahmad Hadri Haris, (2009). Feed-in Tariff (FiT): Driving Forward Green Technologies
Conference. Kuala Lumpur .

Acker, D(2008). Research and Education Priorities in Agriculture, Foresty and


Energy Achieve the 25 x 25 Renewable Energy Vision. NACTA journal. 52(1),
55.

Busby, J. & Carpenter, P.(2009). Teaching Students about Clean Fuels and
Transportations Technologies. 16-21. The Technology Teacher.

Badaruddin & Badriyah. (2011). Malaysia PV Technology Status and Prospects.


Annual Report 2011. International Energy Agency ( IEA).

Bacon. C.M. et.al (2010). The creation of an Integrated Sustainability Curriculum and
Student Praxis Projects. International Journal of Sustainability in Higher
Education. 12(2),193-208.

Bennet, K. R. & Heafner, T. L.(2004). Having a Field Day with Environmental Education
: Applied Environmental Education & Communication. 3(1),89-100.

Close, J. ( 2003). The Hong Kong Schools Solar Education programme. Solar Energy
Material & Solar Cells. 75,739-749.

Christoper,J.L.(1998). A Service Renewable Energy Education Project.: University of


Maccachutes Lowell, Master Thesis.

Fortner, S.K. (2009). Fourth and Fifth Grade Students Learn About Renewable and
Nonrenewable Energy Through Inquiry. Journal of Geoscience Education.
57(2),121-127.

John, C. (2000). Exploring Solar Energy, Teaching Pre K-8; Jan 2000; 30(4),26.
Proquest Education Journal.

Jorgensen.H.(2006). a green campus culture in Wisconsin.81(4),23-25.Proquest


Education Journal.

KeTTHA (2009). Tenaga Solar Ani M. Hassan.(2003). Pengembangan Profesionalisme


Guru di Abad Pengetahuan. Indonesia. Universitas Negeri Malang.

20
Li Bin et.al. (2007). Integrated Renewable Educations into National High Education
System. Proceeding of ISES Solar World Congress 2007. Solar Energy and
Human Settlement.

Lakpour, S.(2007). Modul-Based Learning in Energy and Environment. Project Report


of California State University. ProQuest Education Journals.

Morgil, I. et. al.(2006). Developing A Renewable Energy Awareness Scale for Pre-
service Chemistry Teachers. Turkish Online Journal of Distance Education.
7(1),63-74.

Md. Baharuddin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, Kamaruzaman Jusoff, Nik
Azida Abd. Ghani. (2009). Project based learning (PjBL) practices at Politeknik
Kota Bharu, Malaysia. International Education Studies. 2 (4), 140-148.

Miller, G. T. & Spoolman, S. E. ( 2009). Living in the Environment. Cengage Learning.


Suchitra Sriram(2006). Solar Power in Malaysia- Impediments to Growth, Frost &
Sullivan Market Insight.

Solar Solidarity International, Belgium.(2008). Solar Energy: Awareness Raising & Fund
Raising for Developing Projects Solar Solidarity International, Belgium.

Solanki, Chetan Singh.(2008). Solar Photovoltaic Technologies: An Introduction for


Entrepreneurs, Investors and Policy makers. Indian Institute of technology
Bombay.

Schulz, D.,Jahn, M & Pfeifer, T.(2008). Power Electronics in Smart Electrical Energy
Networks Power System. Springer Link.

UiTM, Shah Alam ( 2010). Photovoltaic Monitoring Centre (PVMC), Shah Alam.

Wong, Wylie (2008). Sustainable Education: Community Colleges as Environmental


Champions. Community College Journal. 78(5),22-25.

http://www.kettha.gov.my/en/content/renewable-energy-re .

http://seda.gov.my/?omaneg...

http://pagarmuseh.blogspot.com...

http://c-tenaga.blogspot.com..

21
http://slideshare.net..

http://seronoknyasains.blogsp...

http://utusan.com.my..

22

You might also like