Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN, UKM

KURSUS: PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (EPPD2033)

TAJUK PROJEK: KAJIAN KES TABUNG HAJI: KESAN KEPADA SOSIO-


EKONOMI MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF ISLAM

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHAMMED ZAIN YUSOF

DISEDIAKAN OLEH:

BI NO
GAMBAR PELAJAR NAMA NO MATRIK
L TELEFON
TINEISH
KUMAARAN
1 A/L GA04082 011-12551114
SUBRAMANIA
M

SARMILA A/P
2 M.SALVAN @ GA04073 011-33735322
MURUGAN

THAMARAI A/P
3 GA04078 010-5657320
THIAGARAJAN

0
BIL ISI MUKA
KANDUNGAN SURAT

1. ABSTRAK 2

2. PENGENALAN 3-6
1.
3. OBJEKTIF PENULISAN 6
2.

4. KAJIAN TEORI & APLIKASI 6-17


3.

5. ISU –ISU YANG TIMBUL 17-18


4.

6. KESIMPULAN 19-20
7.

7. RUJUKAN 21-22
8.

8. LAMPIRAN 23

1
ABSTRAK

Perniagaan berasaskan mualamah Islam sudah lama diamalkan dalam kebanyakan


institusi kewangan di Malaysia. Ia membawa banyak kejayaan dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perniagaan Islam turut membawa banyak kemajuan kepada
individu dan sejarah memebuktikan banyak negara Islam yang mengadaptasikan perniagaan
Islam mencapai satu perekonomian yang maju pada ketika itu. Di Malaysia sistem kewangan
Islam sudah lama diamalkan dalam kebanyakan institusi kewangan namun menghadapi
keterbatasan pemahaman terhadap perniagaan Islam. Perniagaan Islam difahamkan jauh
berbeza daripada perniagaan konvensional pada masa ini. Maka, kajian ini dijalankan untuk
mengkaji asas-asas perniagaan Islam yang diamalkan oeh Tabung Haji iaitu al- wadiah yad-
dhamanah, bebas daripada unsur riba dan syubhah, wassiya, halal, hibah, taqwa, ukhuwwah
dan al-adl, dan tawarruq. Turut dibincangkan adalah pelaburan Tabung Haji dalam sektor-
sektor yang tidak terpesong daripada hukum Syariah dan bagaimana ia membantu dalam
sosioekonomi masyarakat Islam. Akan juga dinyatakan perbandingan perniagaan Islam
Tabung Haji dengan sistem konvensional dalam tulisan ini. Dalam mengkaji pelaksanaan
perniagaan berdasarkan perniagaan Islam didapati juga isu - isu yang menjatuhkan nama
Tabung sejak 2015 yang mengugat kepercayaan pendeposit-pendeposit terhadap pengurusan
institusi tersebut. Dicadangkan cara-cara harus ditambah baik oleh pengurusan Tabung Haji
dalam membaiki sistemnya untuk menang balik kepercayaan umat Islam untuk terus
meanbung dalam institusi tersebut.

2
1.0 PENDAHULUAN

Perniagaan adalah kegiatan yang sangat penting dalam dunia hari ini yang boleh
dikatakan setiap perniagaan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Setiap
individu saling bergantungan kerana tidak dapat hidup tanpa bantuan orang lain. Terciptanya
perniagaan iaitu satu aktiviti bersifat keuntungan dalam memenuhi keperluan orang lain sama
da secara tempatan ataupun antarabangsa. Wan Sabri (2005) menyatakan perniagaan sebagai
suatu usaha yang teratur oleh individu atau beberapa individu bagi mengeluar dan menjual
barangan dan perkhidmatan yang boleh memuaskan keperluan masyarakat untuk tujuan
keuntungan. Definisi ini mungkin lebih tertumpu kepada kaedah pengurusan seperti mana
definisinya yang menuju kepada organisasi bersistem. Wan Sabri turut menyatakan
perniagaan adalah organisasi yang berusaha untuk memperolehi keuntungan dengan
menyediakan barangan dan juga perkhidmatan. Secara umum kegiatan ini boleh dilaksanakan
dalam skala kecil diperingkat individu atau dalam skala yang lebih besar dalam bentuk firma-
firma perniagaan (Rusliani.2013).
Islam turut mengalakkan penganut-penganutnya untuk berniaga. Contohnya,

“Mata pencarian yang paling afdal adalah berniaga dengan penuh kebajikan dan
dari hasil usaha tangan”,,“Sembilan per sepuluh punca rezeki itu adalah di dalam
bidang perniagaan” dan “wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,
judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”

adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis-hadis umat
Islam yang menyatakan perniagaan adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan penguasaan
ekonomi orang Islam bagi menjana pulangan yang berterusan, kompetitif dan mampan pada
masa hadapan (Hisham.2016).

Tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam di negara ini mengumpul wang
bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji. Walaupun ketika itu sudah wujud
beberapa bank di negara ini, umat Islam enggan menabung dengan perbankan konvensional
untuk tujuan mengerjakan ibadat haji dengan pendapatan yang halal. Mereka mahu
memastikan tabungan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang
diperolehi nanti adalah haji mabrur (Sinar.2016).

3
Maka sebagai jalan penyelesaian, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul
Hamid dengan mengkaji rukun Islam mencadangkan penubuhan sebuah badan yang boleh
menyimpan wang dan menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah, pada masa sama badan
tersebut akan memberi pembahagiaan keuntungan bukan pembayaran bunga (riba) kepada
penyimpan menerusi kertas kerja bertajuk Pilgrims Economy Improvcmcnt Plan ditulis beliau
pada 30 September 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. (LTH.1963) Rentetan
idea luar biasa itu maka Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1969. Penubuhan
berkenaan adalah hasil dari gabungan antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji
(PWSBH) dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji. Gabungan berkenaan dinamakan sebagai
Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) sebelum ditukar nama kepada Lembaga Tabung
Haji pada tahun 1995. Idea penubuhan PWSBH oleh Prof Ungku Abdul Aziz kepada
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah memacu langkah pertama dengan tertubuhnya
PWSBH di bawah Undang-undang No. 34, 1962, pada tahun 1963. Perbadanan itu adalah di
bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sinar.2016).

Ketika bermula untuk beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji membuka
akaun mereka dengan tabungan berjumlah RM46,610. Ketika itu, tujuan utama mereka
adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka terjamin keselamatannya dan bebas
daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperolehi haji
mabrur. Urusan ibadat haji umat Islam negara ini menjadi lebih mudah dan teratur. Malah,
bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci pun tidak perlu bimbang kerana TH mengurus
semua keperluan mereka. Ini termasuk perkara berkaitan pasport, visa haji, pengangkutan,
penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan
ibadat haji. Pada masa itu, tiada sama sekali idea akan meraih bonus atau dividen
(Sinar.2016).
Dengan penguatkuasaan akta 535 dalam Perlembagaan Pesekutuan menetapkan,
Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Tabung Haji dan untuk mengadakan
perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Maka inilah Diperbuat
Undang-Undang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan
nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya. (Undang-undang
Malaysia.2020)

4
TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan perintis
dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan
mengerjakan Haji. TH diberikan tanggungjawab oleh kerajaan untuk mengurus pelbagai
kemudahan demi kebajikan jemaah haji negara secara komprehensif dan sistematik.
Antaranya pengurusan simpanan (deposit) yang terbaik dan halal, selain aktiviti pelaburan
bagi tujuan memberi nilai tambah kepada pengurusan haji dan pembayaran hibah kepada para
pendeposit (Malik.2018).

Selepas 50 tahun tertubuhnya Tabung Haji, ia menuju ke arah satu bcntuk


pengurusan kcwangan yang mantap serta mcnjamin ekonomi masyarakat Islam malah yang
utama, sistem ekonomi yang dipraktikkan di Tabung Haji ini juga merupakan salah satu
cabang utama dalam syariah Islam. Schingga kini, perkembangan dan kecemerlangan LTH
tidak dapat disangkal Iagi. Ditambah pula dengan 84 cawangan yang telah dibuka di seluruh
negara dan juga 3 buah cawangan Iagi di negara-ncgara lain seperti Jeddah, Makkah dan
Madinah. (LTH.) TH mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan
hampir 10,000 ‘touch-points’ di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang
beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia (Sinar.2016).

Strategi perniagaan adalah domain pemilik perniagaan dan pengurus tingkat atas,
dan berfungsi sebagai panduan untuk semua keputusan pengurusan. Strategi yang berkesan
dapat menolong organisasi untuk merealisasikan matlamat perniagaan jangka pendek dan
jangka panjang, menjadikan syarikat berada di puncak perkhidmatannya dengan terus
menawarkan pengalaman pelanggan yang paling berharga. Islam menyarankan agar misi
harus ditetapkan agar dapat mencapai visi, jika tidak ada misi yang ditetapkan, pencapaian
visi tidak akan realistik (Habibah & CO.2016). TH menetapkan visi dan misinya tersendiri
dalam memastikan kelangsungannya. Antara objektif – objektif perniagaan Tabung Haji
adalah:

a) Memperkasa ekonomi ummah


b) Sentiasa giat mencari pelaburan strategik global dan lokal bagi pertumbuhan
berterusan
c) Menggembleng dan memperkaya modal pendeposit
d) Memberi perkhidmatan cemerlang yang berterusan
e) Memudah dan menyempurnakan urusan jemaah ke arah haji mabrur

5
f) Memberi pulangan yang kompetitif, halal dan toyyiban
(Portal Tabung Haji.2020)

Sosioekonomi ditakrifkan sebagai menggabungkan faktor ekonomi dan faktor


kemasyarakatan di sesebuah tempat. Setiap tempat yang dihuni oleh sekumpulan manusia
sering dikaitkan dengan faktor sosio ekobomi yang merupakan tunjang kepada pembangunan
sesebuah tempat. secara epistimologinya, setiap kemajuan sesebuah tamadun, negara dan
bangsa akan diukur dengan perkembangan ekonomi dan sosial sejajarnya. Justeru dalam
kajian ini, akan dikaji penubuhan Tabung Haji dan kesannya kepada pelanggannya
terutamanya dari segi ekonomi dan sosialnya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji prinsip-prinsip asas perniagaan Tabung Haji.


2. Mengkaji implikasi kepada sosioekonomi pendepositnya melalui pelaburan oleh
Tabung Haji.
3. Membuat perbandingan antara kaedah perniagaan Tabung Haji dengan perniagaan
sistem konvensional.

3.0KAJIAN TEORI DAN APLIKASI

3.1 Al- Wadiah Yad-Dhamanah

TH telah memperkenalkan konsep simpanan Islamik dengan jaminan kerajaan iaitu


Al- Wadiah Yad-Dhamanah bermaksud pihak pengurusan tidak terikat untuk memberikan
pulangan simpanan berdasarkan konsep ini. Hal ini dapat diketengahkan apabila timbulnya
isu pengumuman hibah Tabung Haji sebanyak 1.25% pada tahun 2019. Pelanggan TH yang
tidak percaya sambil membandingkan hibah keseluruhan 2017 pada kadar 6.25 % dan 2016
dengan 5.75%. Dengan itu, Dr Mohd Ali (2019) menjelaskan TH didirikan dengan nilai Islam
Al- Wadiah Yad-Dhamanah di mana pembayaran Hibah adalah tidak wajib dalam ajaran
Islam. Pendeposit – pendeposit juga tidak perlu berasa ragu – ragu akan TH menjamin
kemurniaan simpanan dengan pematuhan Syariah, memberikan pengecualian cukai kerana
zakat dibayar selaras dengan bonus yang kompetitif secara tahunan.

6
3.2 Bebas Daripada Unsur Riba Dan Syubhah

Harta syubhah merujuk kepada status atau kedudukan benda atau aset tersebut yang
diragui. Di antara contoh harta syubhah ialah seperti bayaran pampasan lewat bayar
instrumen kewangan Islam dan status pelaburan ASN dan ASB. Dalam kategori ini, terdapat
fatwa yang membenarkan dan terdapat juga fatwa yang mengharamkannya. Walaupun secara
umumnya kita dibenarkan untuk memilih mana-mana fatwa kerana ianya tidak mengikat
melainkan sekiranya digazetkan, adalah lebih baik harta syubhah ini tidak digunakan untuk
tujuan peribadi atau ianya menjadi hakmilik kita (Zulkifli.2011). TH merupakan wadah
terbaik bagi umat Islam untuk menyimpan wang tanpa rasa ragu kerana pengurusan
pelaburan TH adalah bebas daripada unsur syubhah mahupun riba dan tidak terlibat dalam
perdagangan produk haram yang dilarang. Hal ini kerana, obejektif utama penubuhan TH
adalah untuk mereka yang berniat untuk menunaikan haji suci, mereka menggunakan kaedah
tradisional dan tidak sistematik untuk menghindari syubhah. Sebilangan besar percaya
bahawa wang yang disimpan di bawah bantal di rumah adalah cara yang dijamin untuk
mengekalkan integriti dan menjadi amalan bebas riba. TH telah menemui jalan penyelesaian
dan menyelesaikan kerisauan masyarakat Islam di Malaysia dengan memberikan penjimatan
yang mematuhi syariah (Shuhaimi.2011).

TH akan melaburkan kembali sebahagian daripada wang simpanan ini dalam


perniagaan atau sektor ekonomi yang patuh syariah dan hasil keuntungan yang diperoleh
akan dipulangkan kembali kepada pendeposit dalam bentuk bonus tahunan. Ini telah
dibuktikan melalui pemberian bonus yang kompetitif kepada para pendeposit saban tahun di
mana kadar bonus yang diberikan oleh TH adalah lebih baik daripada kadar simpanan yang
ditawarkan oleh kebanyakan institusi perbankan Islam di Malaysia yang menawarkan
pulangan pada kadar purata 3%. Sebagai antara pengurus dana terbesar umat Islam di dunia
dengan saiz dana kini melonjak lebih empat kali ganda kepada RM60 bilion daripada
RM13.3 bilion dalam tempoh kira-kira sedekad lalu, pendekatan yang diambil oleh TH dalam
mengendalikan hasil tabungan umat Islam telah membantu meningkatkan jumlah simpanan
wang umat Islam yang sebahagiannya boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan
jemaah untuk menunaikan haji dan sebahagian lagi digunakan bagi tujuan pelaburan dalam
sektor ekonomi yang strategik. Usaha untuk memperkukuhkan ekonomi umat Islam dengan
istiqamah menyimpan dan melabur melalui TH juga merupakan sebahagian daripada maksud
jihad (Hisham.2016).

7
3.3 Wassiya

Wassiya membawa maksud wasiat. Wasiat juga adalah transaksi yang mula
berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. Wasiat juga diberi setelah pembayaran perbelanjaan
pengebumian dan hutang tertunggak pewasiat. Pengurusan TH akan menziarahi dalam masa
14 hingga 21 hari selepas kematian pewasia untuk serahkan dokumen perancangan harta
tanahnya sebelum bertolak ke Mekah. Antara dokumen yang akan diberikan adalah hibah,
wasiat, harta perkahwinan, harta pusaka dan amanah. Salah satu syarikat yang menguruskan
perkhidmatan jenis ini adalah Wasiyyah Shoppe yang mempunyai 500 perunding. Dokumen
wasiat boleh disediakan dalam masa tujuh hari tanpa kos tambahan untuk menunaikan haji
(Shuhaimi.2011).

3.4 Halal

Perancangan ini dibuat kerana jenama TH sudah dapat memberi keyakinan kepada
para pembeli bagi mendapatkan produk berstatus halal di pasaran. Selain itu, usaha TH ini
juga akan dapat membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera
yang menceburi sektor pemakanan bagi memasarkan produk mereka. Hal ini membuktikan
bahawa kewujudan TH berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
usahawan beragama Islam yang kebanyakannya bertaraf mikro dan sederhana. TH
melibatkan diri dalam sektor pemakanan di bawah nama TH Global Services Sdn. Bhd yang
akan menyedikan makanan dan minuman yang halal kepada orang – orang yang menunaikan
Haji yang berjenama Taha. Perkhidmatan penyediaan makanan halal di samping agensi
pelancongan (TH Travel & Services Sdn. Bhdyang merupakan susidiari TH Hotel &
Residence Sdn Bhd.) ini mendapatkan TH “Halal Journal Awards”. Mereka mengedarkan
makanan yang halal, kualiti dan toyyiban. Kehalalan makanan ini diselia oleh autoriti Saudi
melalui HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point). Selain pengurusan makanan
halal, sebagai pengurus pelaburan yang kompeten bagi meningkatkan modal umat Islam
dengan melaburkannya ke dalam sektor-sektor yang halal dan menguntungkan. Contoh
perindustrian, perbankan, hartanah, minyakn dan gas serta perladangan. (Shuhaimi.2011)

3.5 Hibah

8
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk benda seperti
hadiah dan sedekah. Di sisi syarak, hibah bermaksud suatu kontrak yang mengandungi
pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang
lain ketika hidup, tanpa mengharapkan sebarang balasan ataupun gantian. Dalam amalan
perbankan dan kewangan Islam masa kini, hibah biasa diberikan pihak bank kepada pemilik
akaun wadiah yang melaksanakan kontrak atau akad simpanan bersama institusi kewangan
yang patuh syariah (Ali.2019). Hibah TH terbahagi kepada dua iaitu Hibah tahunan dan
hibah haji. Hibah tahunan adalah bonus yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut
prestasi Kewangan tahun semasa manakala hibah haji adalah bonus khas yang diberikan
kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkakan tabungan mereka. Setiap
pemberian hibah mempunyai pengiraan yang tertentu. Di lampiran 1 disertakan pengiraan
hibah untuk tahun 2019.

3.6 Taqwa

Elemen taqwa menjadi penggerak kepada individu untuk mencapai objektif-objektif


syariah melalui jalan yang telah ditetapkan oleh syariah itu sendiri. Asyraf (2018)
menyatakan dalam Islam merangkumi makna yang luas yang mencakupi dimensi taqwa, di
mana sesebuah syarikat korporat itu sebagai sebuah organisasi yang merangkumi sekumpulan
individu di dalamnya, memainkan peranan yang penting sebagai hamba dan juga khalifah
Allah di muka bumi ini dalam setiap situasi. Dengan cara itu, sesebuah organisasi korporat itu
dianggap telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah. Individu yang memelihara
hubungannya dengan Allah secara tidak langsung telah menjaga hubungannya sesama insan
yang lain dan juga alam seluruhnya. Situasi ini akan mengelakkan berlakunya perselisihan
kepentingan di kalangan ahli masyarakat kerana setiap individu dalam masyarakat
mempunyai satu matlamat yang utama iaitu menghambakan diri kepada Allah. Individu akan
bekerjasama dari bersaing sesama sendiri untuk mencapai matlamat al-falah sebagai puncak
kejayaan dalam hidup (Norajila & Joni.2010).

Sebagai syarikat korporat TH membuktikan ketaqwaan dengan melancarkan


pelbagai projek kebajikan dalam membangunkan umatnya. Salah satu adalah Projek Iqra,
program pendidikan untuk pelajar miskin dengan menyediakan beg sekolah dan wang saku
sebelum sesi persekolahan bermula pada awal tahun bagi Asnaf dan golongan yang kurang
bernasib baik bertujuan mencapai kecemerlangan akademik demi masa depan yang lebih

9
cerah. Melalui pendidikan, ia akan membantu generasi muda terutama bagi umat Islam untuk
lebih berpendidikan dan mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka, yang
akan meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

3.7 Ukhuwwah Dan Al-Adl

Ukhuwwah dan Al-Adl merupakan konsep persaudaraan dan keadilan sosial. Islam
telah menetapkan secara jelas hubungan antara sesama manusia yang berpandukan kepada
konsep persaudaraan dan kesaksamaan. Keadilan dan persaudaraan dalam Islam menekankan
bahawa ahli masyarakat harus mengambil berat mengenai keperluan asas orang-orang fakir
dan miskin (Gillian Rice, 1999). Konsep keadilan sosial dan persaudaraan ini dapat
menghalang individu dari melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri
sendiri, orang sekeliling serta makhluk Allah yang lain. Konsep ini diperkukuhkan lagi
dengan konsep ukhuwwah iaitu persaudaraan sesama Muslim. Konsep ini menjadikan setiap
Muslim bertanggungjawab antara satu sama lain. Rizal & CO (2006) mencoret Islam komited
terhadap keadilan sosial dan persaudaraan menuntut masyarakat Islam untuk mengambil
perhatian terhadap keperluan asas orang-orang miskin dan orang yang memerlukan (Norajila
& Joni.2010). Di mana setiap dimensi perniagaan diisi oleh TH dengan tertubuhnya
Yayasan Tabung Haji (YTH) ditubuhkan pada tahun 2016 dalam memberi bantuan
kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang
memerlukan, di mana TH menyumbang sebanyak RM7 juta kepada program tersebut. Ia juga
berobejektifkan meningkatkan asas pendidikan dengan mengunjurkan pembiayaan,
menguruskan dan memberi biasiswa kepada rakyat Malaysia. Ia turut menggalakkan dan
menjalankan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam, Perubatan dan lain-
lain cabang Perundangan Syariah yang akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia dan
masyarakat global. (Shuhaimi.2011)

3.8 Tawarruq

Tawarruq secara umumnya merujuk kepada urus niaga muamalah yang melibatkan
dua peringkat urus niaga. Pada peringkat pertama, urus niaga tersebut melibatkan pembelian
secara kredit antara pembeli dengan penjual asal sesuatu aset, dan pada peringkat kedua,
pembeli kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak ketiga. Ia
dinamakan tawarruq kerana ketika membeli aset tersebut secara kredit, pembeli tidak berniat
10
untuk menggunakan atau memanfaatkan, tetapi hanya ingin menjualnya semula bagi
memperoleh wang tunai (Izuwan.2015). TH telah melancarkan Tabung Bumiputera Al-Ansar
pada tahun 2015 sebagai institusi kewangan yang mengetengahkan elemen Islam dalam
perniagaannya. Dana ini menyediakan kemudahan pembiayaan dan kredit berjumlah dari
RM50,000 hingga RM 1 juta selama 5 tahun. Inisiatif ini akan membantu bumiputera
mengembangkan perniagaan mereka sejajar dengan tujuan kerajaan untuk memperkasakan
ekonomi bumiputera melalui modal kerja, pembiayaan kontrak dan perbelanjaan modal. TH
telah memfokuskan kepada 11 sektor, iaitu makanan halal, minyak dan gas, pendidikan,
kesihatan, pertanian, pertanian dan asas tani, pembinaan, pengangkutan, sokongan dan utiliti
telekomunikasi, pemborong, runcit dan perhotelan. Usaha ini akan memberi peluang kepada
usahawan Bumiputera untuk terlibat atau berkembang ke dalam sektor-sektor ini
(Shuhaimi.2011).

3.9 IMPLIKASI SOSIOEKONOMI: PELABURAN TH

Pelaburan kewangan adalah aktiviti terutama TH. Duit daripada pendeposit akan
dilaburkan mengikut perintah Syariah dalam bidang perniagaan tertentu. Pelaburan ekuiti
adalah keutamaan TH. Pada tahun 2009 ia mencatatkan pelabuaran ekuiti sebanyak $ 3.9
billion dengan keuntungan $274.2 million. TH turut melabur dalam syarikat-syarikat yang
tersenarai dalam Bursa Malaysia berjumlah $ 4.27 billion terutamanya jenis industri
pembekalan dan perkhidmatan selain dalam amanah saham infrastruktur IDB sebagai ekuiti
persendirian dan fixed deposit seperti sukuk. (Shuhaimi.2011)

Hisham (2016), TH telah menjadi penyumbang utama kepada transformasi sistem


ekonomi negara dengan menyediakan instrumen kewangan dan pelaburan yang berlandaskan
syariat Islam. Walaupun kewujudan TH lebih sinonim dengan pengurusan ibadat haji, namun
peranan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh TH sejak daripada penubuhannya adalah
lebih daripada itu terutamanya dalam membantu meningkatkan kemajuan ekonomi umat
Islam di negara ini. Dalam memperkasa ekonomi Ummah ia giat mencari pelaburan secara
aktif dalam sektor yang strategik secara lokal dan antaranbangsa untuk memakmurkan
ekonomi umat Islam. Antaranya adalah:

a) Perladangan dan Perindustrian

11
Dalam usaha untuk menambahkan aset dan mengukuhkan kedudukan kewangannya,
seawal tahun 1970-an TH telah melebarkan sayap dengan menceburi sektor perladangan
menerusi TH Plantations Berhad. Sektor perladangan kelapa sawit dan getah merupakan
pelaburan terbesar TH di mana keluasan ladang sawit dan getah miliknya melebihi 91,000
ekar dengan yang terbesar terletak di Sabah. Di Malaysia, sejumlah 36 ladang sawit dimiliki
oleh TH. Jika disoroti kembali, langkah TH menumpukan pelaburan dalam sektor
perladangan bukan sahaja membuahkan pulangan yang lumayan, tetapi terbukti
membolehkannya mengharungi gelombang kegawatan ekonomi yang melanda negara pada
tahun 1998. Ini kerana sektor pertanian tidak terjejas teruk akibat kegawatan ekonomi pada
waktu itu. Sebaliknya dengan kejatuhan nilai ringgit, eksport pertanian berupaya
menghasilkan pendapatan yang tinggi. Pada tahun tersebut juga, TH mempunyai kemampuan
untuk membayar bonus antara 9 hingga 9.5 peratus dan itu adalah petunjuk kukuh kekuatan
tabungan yang dimiliki oleh institusi kewangan umat Islam tersebut ketika negara dilanda
kegawatan ekonomi. TH telah mengambil pendekatan yang tepat dengan melabur secara aktif
dalam sektor perladangan termasuk dalam sektor perladangan di Indonesia dengan keluasan
melebihi 200,000 hektar. (Hisham.2016) Penanaman ini diruskan oleh THP Agro
Management Sdn. Bhd.dan memberi pekerjaan kepada 580,000 orang. Ia juga mempunyai 12
syarikat memproses buah kelapa sawit. Ia juga melangkaui daripada perladangan kepada
perniagaan hiliran dan pengilangan di mana ia melibatkan dalam perindustrian pengeluaran
dan pembungkusan minyak masak untuk pasaran tempatan Indonesia dan antarabangsa.

Hasil keuntungan diedarkan kepada pendepositnya dengan pemberian susidi pada


musim penunaian Haji. TH telah memperuntukkan subsidi RM160 juta untuk mengurangkan
kos haji kepada lebih daripada 20,000 jemaah haji Malaysia pada tahun 2016. Subsidi RM 8,
910 setiap orang menunjukkan kedudukan kewangan dan komitmen untuk menunaikan haji
setiap tahun hasil daripada penerusan pelaburan dalam bidang pertanian yang tidak banyak
terjejas dalam krisis ekonomi dunia (Shuhaimi.2011).

b) Perbankan

Dalam sektor perbankan dan insurans Islam, TH adalah pemegang saham utama
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (TM), masing-
masing memegang syer sebanyak 51% dan 65.2%. BIMB kini mempunyai 101 cawangan di
seluruh Malaysia. Pada akhir tahun kewangan 2008, ia mencatat pendapatan AS $ 341 juta

12
dengan keuntungan AS $ 53.9 juta selepas pembayaran cukai dan zakat. TM mencatat
pendapatan operasi AS $ 290.3 juta dan keuntungan AS $4.3 juta selepas cukai dan zakat.
Kedua-dua BIMB dan TM disenaraikan di Bursa Malaysia, yang merupakan salah satu bursa
terbesar di Asia (Shuhaimi.2011).

c) Minyak Dan Gas

TH turut membuat pelaburan dalam sektor minyak dan gas. Penglibatan TH dalam
industri minyak dan gas sejak tahun 2008 dijangka mampu menjana pulangan yang
maksimum serta dapat memberi banyak manfaat kepada tujuh juta pendepositnya. Bagi
sektor ini, TH telah memilih Ramunia Holdings Berhad untuk menceburi industri minyak dan
gas dengan jumlah pelaburan sekitar RM300 juta yang melibatkan pegangan saham sebanyak
25.17% (Shuhaimi.2011).

d) Pemilikan Hartanah.

Pada tahun 2012, pelaburan private equity TH mencecah nilai melebihi RM650 juta
dalam lima dana domestik dan tujuh luar negara dengan tumpuan pelaburan di Timur Tengah,
Asia dan Malaysia. Manakala mandat ekuiti yang tercatat pada tahun sama adalah melebihi
RM425 juta untuk pasaran tempatan dan Asia Pasifik. TH turut melebarkan portfolio
pelaburannya dengan menceburi sektor pembangunan hartanah, pembinaan dan pengurusan
projek. Bagi sektor ini, pembangunan Bandar Enstek di Nilai, Negeri Sembilan seluas lebih
5,000 ekar telah menjadi ikon kejayaan TH dalam pembangunan hartanah. Selain Bandar
Enstek, TH turut membuat pelaburan di luar negara melalui pemilikan tiga bangunan pejabat
iaitu di 10 Queen Street Place, 151 Buckingham Palace Road dan Surrey pada tahun 2012
dan 2013 (Hisham.2016).

e) Pelaburan dalam projek

Shuhaimi dalm tulisannya bertajuk Tabung Haji as an Islamic Financial


Institution for Sustainable Economic Development turut menyatakan penglibatan TH
dalam projek pembinaan. Melalui subsidiarinya TH Technologies Sdn. Bhd. (THT)
menjalankan dua projek utama iaitu, pembinaan Balai Polis dan Kuarters bernilai AS $ 14.3
juta di Subang Jaya, Selangor dan pembinaan kompleks komersial 34 tingkat tanah wakaf

13
bernilai AS $ 50.3 juta di Jalan Perak, Kuala Lumpur. 2009 THT telah memperoleh dua
projek utama iaitu, pembinaan Kem Polis bernilai AS $ 25.2 juta di atas 292.1 ekar di Bidor,
Perak dan Institut Latihan Statistik Malaysia pembinaan bernilai AS $ 14.67 juta di atas
93.708 ekar di Sungkai, Perak. 13 Syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh TH, TH
Properties Sdn. Bhd. (THP), yang setakat ini telah menyelesaikan 12 projek di Semenanjung
Malaysia. (Shuhaimi.2011) Hisham turut menyatakan TH turut terlibat dengan projek hotel
dan Pusat Konvensyen Tabung Haji di KLIA, pembinaan sehinggalah pentadbiran dan
pengurusan tujuh buah TH Hotel & Residence dan Kompleks Haji di seluruh negara,
pembinaan jalan raya Terminal Penerbangan Kos Rendah, KLIA serta beberapa projek
strategik yang lain.

Seterusnya adalah projek pembinaan kapal. Ia melabur dalam pembinaan kapal yang
dikategorikan Anchor Handling Tug Supply, yang mempunyai kelajuan maksimum 10.9
thousand dayakuasa. TH mempunyai kapasiti untuk memajukan ekonomi umat Islam dengan
menceburi sektor yang didominasi oleh orang bukan Islam. Usaha TH ini adalah manifestasi
bahawa sebagai sebuah institusi kewangan yang mewakili umat Islam di negara ini,
pelaburan yang dilakukan adalah untuk memberikan pulangan yang lumayan terutamanya
kepada para pendeposit TH tanpa mengabaikan prinsip kepatuhan syariah (Shuhaimi.2011).

Dengan ini, ia mencapai keuntungan tinggi. Maka ikut hokum Syariah ia


memastikan lebih ramai umat Islam negara ini dapat menunaikan ibadat haji, TH telah
memperuntukkan subsidi bagi menampung kos mengerjakan ibadat tersebut agar tidak terlalu
membebankan. Pada tahun 2016, TH masih mengekalkan kos mengerjakan haji pada kadar
RM9,980 bagi seorang jemaah walaupun kos sebenar telah meningkat kepada RM17,27011.
Ini bermakna, kos subsidi yang ditanggung bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM7,291.
Jelas bahawa kewujudan TH telah banyak membantu kelancaran proses untuk mengerjakan
ibadat haji termasuk kemampuan TH memberikan subsidi agar kos menunaikan haji mampu
ditanggung oleh umat Islam negara ini sedangkan berbeza dengan umat Islam di negara jiran
di mana mereka terpaksa menanggung kos sebanyak RM20,000 seorang jika mahu
menunaikan haji. Ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi
umat Islam di negara ini kerana secara relatifnya umat Islam di Malaysia dapat menunaikan
rukun Islam kelima dengan kos yang rendah (Sinar.2016).

14
Di samping itu, dalam usaha memberi peluang pekerjaan kepada graduan dan
mengurangkan kadar pengangguran, TH turut meluluskan peruntukan untuk mengambil
sejumlah 700 anggota menerusi program Skim Latihan 1Malaysia. TH juga memberi peluang
kepada anak-anak tempatan untuk menimba pengalaman dengan mengambil mereka sebagai
pembantu masakan untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji dan umrah yang
mengambil pakej dengan TH Travel. Lebih membanggakan terdapat di antara mereka kini
yang menjalankan perniagaan di Arab Saudi dengan memberi khidmat kepada tetamu Allah
sebagai penyedia makanan. Ini merupakan sumbangan TH dalam membantu anak jati
Malaysia mengembangkan perniagaan di Arab Saudi dengan memberi mereka peluang untuk
menimba pengalaman sebagai pembantu masakan sebelum mereka memulakan perniagaan
sendiri (Sinar.2016).

Ini membuktikan bahawa TH sebagai sebuah institusi Islamik juga mempunyai keupayaan
sebagai pemangkin ekonomi negara dan langkah yang diambil oleh TH tersebut diyakini
dapat membantu kestabilan pasaran kewangan serta mengekalkan pertumbuhan positif
ekonomi negara. Ini membuktikan kedudukan kewangan kukuh yang dimiliki oleh TH
membolehkannya memainkan peranan yang signifikan bagi membantu pertumbuhan ekonomi
negara secara keseluruhannya dan tidak hanya tertumpu kepada ekonomi umat Islam sahaja
(Habibah & Co.2016) dengan membawa pulangan yang kompetitif dan halal kepada umatnya
dan ekonomi.

4.0 Perbandingan antara TH dan perniagaan konvensional

Kecemerlangan TH sebagai pengurus dana Islam terbesar negara telah menjadi


model kepada organisasi Islam negara luar yang berminat untuk menubuhkan institusi yang
sama di negara mereka. Perkara ini terbukti dengan kehadiran wakil-wakil kerajaan
antarabangsa yang berminat dengan modul tabungan, pengurusan haji dan pelaburan yang
dilaksanakan TH selama ini. Hal ini membuktikan bahawa kerajaan telah mengambil
keputusan yang tepat dengan menubuhkan sebuah organisasi khusus untuk membantu umat
Islam menabung berlandaskan syariah dan menjamin status ekonomi mereka tidak terjejas
dengan penjualan harta benda bagi mendapatkan sumber kewangan yang halal untuk
menunaikan rukun Islam kelima itu (Hisham.2016).

15
Dalam agama Islam perniagaan boleh disinonimkan dengan jual beli. Para
mufassirin seperti al-Ṭabar dan al-Qurṭubi menjelaskan bahawa makna perniagaan adalah jual
dan beli yang dilakukan atas dasar suka sama suka. Tokoh Islam mendefinisikan jual beli
atau perniagaan sebagai pertukaran harta dengan harta atas persetujuan bersama, ataupun
pemindahan pemilikan dengan bayaran mengikuti cara yang dibenarkan oleh syarak. Konsep
perniagaan yang dipersembahkan oleh Islam bertambah luas apabila ia meliputi (hubungan
dengan Allah), di mana berlaku jual beli antara manusia dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t.
membeli keimanan, ketakwaan dan amal salih dengan kebahagiaan hidup di dunia dan
ganjaran syurga di akhirat. Konsep perniagaan menurut Islam juga meliputi (hubungan
dengan manusia), pematuhan segala titah perintah Allah s.w.t. dan penjauhan segala
larangan-Nya apabila berhubungan dengan manusia dan alam sekitarnya termasuk diri,
tenaga, masa dan harta yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. (Rusliani.2013).

Manakala dalam perniagaan konvensional, perniagaan adalah pertukaran barang dengan


barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan. Perniagaan mempunyai perbezaan
dengan perdagangan. Perniagaan adalah pertukaran barang dengan wang, manakala
perdagangan pula adalah pertukaran barang dengan barang atau sistem barter. Dengan kata
lain perniagaan merupakan seluruh kegiatan organisasi dalam menghasilkan barang dan
perkhidmatan serta menyalurkan barangan dan perkhidmatan tersebut untuk memenuhi
keperluan masyarakat (Rusliani.2013).

TH yang mengamalkan sistem muamalat Islam pedomankan jalan untuk mencapai


takwa dan melahirkan akhlak yang mulia yang berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis modalnya adalah wang untuk mendapatkan wang, tetapi dalam
ekonomi Islam modalnya adalah takwa untuk mendapatkan takwa. Oleh itu, tabungan yang
dibuat melalui TH dijamin berlandaskan syariah serta dana yang dikumpulkan dapat
digunakan bagi membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi ummah keseluruhannya. Jelas
bahawa simpanan di TH memberi ruang kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amalan
baik melalui peningkatan bayaran zakat tabung haji, memperkasa syiar Islam serta
melaksanakan sistem kewangan yang mematuhi hukum syarak. Selain itu, hasil daripada
kegiatan perniagaan TH yang berlandaskan takwa akan dapat menyemai ukhuwah dan kasih
sayang, kemesraan, tolong-menolong, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai-
bagai lagi budi pekerti yang luhur dalam masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan

16
ekosistem ekonomi yang kukuh dalam kalangan umat Islam seiring dengan peningkatan
tahap ekonomi ummah yang berlandaskan syariat (Hisham.2016).

TH selalu membuktikan ia tidak terlandas daripada ajaran Islam dalam dunia


korporat, selalu melaksanakan program-program yang bersifat memenuhi keperluan
masyarakat Islam setempat khususnya golongan asnaf. Contohnya program pembinaan rumah
(Projek Baiti), kesihatan serta pendidikan (Projek Iqra) di setiap negeri di seluruh negara.
Projek Ehsan juga dijalankan pada bulan Ramadan untuk mengagihkan zakat untuk fakir
miskin, ibu tunggal dan warga tua untuk persiapan mereka berpuasa di bulan Ramadhan dan
perayaan lebaran. Secara langsung mahupun tidak langsung TH sebagai perniagaan Islam
membuktikan dalam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi ummahnya. TH juga sentiasa
beriltizam untuk menggalas tanggungjawab terutamanya dalam soal pembayaran zakat ke
setiap negeri. Simpanan dalam TH memberi ruang kepada umat Islam untuk memperbanyak
amalan baik melalui peningkatan bayaran zakat tabung haji, memperkasa syiar Islam serta
melaksanakan sistem kewangan yang mematuhi hukum syarak. Ini membuktikan bahawa
kewujudan TH di Malaysia bukan sekadar sebagai sebuah institusi kewangan yang
menawarkan produk patuh syariah, malah turut sama membantu mengembangkan ekonomi
umat Islam khususnya golongan asnaf di negara. Selain golongan Asnaf, TH turut memberi
fokus dalam memperkasakan ekonomi usahawan di negara ini. Inisiatifnya dibuktikan
melalui TH27 melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar sebanyak RM200 juta yang
dijangka akan meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera (Ain & CO.2017).

5.0 ISU – ISU YANG TIMBUL

Sebagai institusi kewangan yang terdedah kepada ekonomi pasaran terbuka, TH


menghadapi situasi yang lebih mencabar terutama dalam keadaan persekitaran ekonomi
semasa, secara global. Sebagai agen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi umat
Islam di negara ini, TH tidak dapat dipisahkan dengan cabaran yang dihadapi dalam sistem
ekonomi terbuka hari ini (Habibah.2016).

Semenjak tahun 2015, TH terpalit dengan pelbagai isu yang mendapat tumpuan
umum bermula dengan pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada
Mei 2015 dengan harga 43 kali ganda lebih mahal daripada 1MDB membeli tanah yang sama
daripada kerajaan. Rentetan daripada isu tersebut, pelbagai isu lain mula timbul. Antaranya

17
ialah surat amaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan rizab TH yang negatif,
kerugian dalam pelaburan Felda Global Venture (FGV), kerugian modal yang teruk akibat
masalah kewangan yang runcing oleh TH Heavy Engineering Berhad (THHE) yang dikuasai
TH melalui pegangan saham sebanyak 30 peratus, pemilikan TH dalam syarikat pengeluar
roti High5 Conglomerate Berhad yang telah menutup kilangnya kerana kerugian yang teruk
dan menyaksikan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) yang boleh mendatangkan
kesan kepada nilai hartanah yang dimiliki TH di London akibat kejatuhan mata wang pound
sterling (Ain.2017).

Kegagalan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah institusi dan pengurusannya


terhadap konflik tersebut boleh mempengaruhi penilaian terhadap keseluruhan organisasi.
Isu-isu yang melanda institusi kewangan terutamanya yang melibatkan isu yang besar seperti
krisis kewangan dunia telah menyebabkan keyakinan mereka mula goyah. Hal ini turut
dirasai oleh TH dan perkara ini terbukti apabila terdapat sebahagian pendeposit mula
mengeluarkan simpanan mereka yang menunjukkan purata jumlah simpanan pada bulan Mei
2015 menurun kepada RM40 juta daripada RM71 juta bagi Januari hingga April 2015.
Statistik ini menunjukkan berlaku penurunan sebanyak 44 peratus. Selain itu, seramai 3,954
pendeposit TH telah menutup akaun simpanan mereka dari 1 Februari hingga 31 Mac 2016
akibat terpengaruh dengan isu-isu yang berlaku. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 3,105
pendeposit TH turut membatalkan pendaftaran haji (Ain.2017).

Keadaan ini menunjukkan kepercayaan dan kesetiaan mereka kepada TH tergugat.


Kehilangan kepercayaan dan kesetiaan para pendeposit merupakan isu yang besar sekiranya
para pendeposit bertindak mengeluarkan simpanan mereka selepas pelbagai isu TH muncul.
Permintaan pengeluaran yang tinggi akan menyebabkan pihak TH terdedah kepada risiko
kecairan sekiranya kedudukan kecairan adalah pada tingkat yang rendah. Jika dilihat dari segi
operasi TH, sebahagian daripada deposit pelanggan telah digunakan untuk tujuan pelaburan.
Maka adalah mustahil bagi pihak TH menyediakan kesemua wang dan memenuhi permintaan
deposit para pelanggan dalam suatu masa. Hal ini boleh menyebabkan TH menghadapi krisis
kecairan sekiranya jumlah deposit yang disimpan adalah kecil. Walaupun kajian tentang
faktor-faktor penentu kepercayaan dan kesetiaan telah banyak dilakukan namun kajian bagi
insitusi kewangan Islam seperti TH masih kurang (Ain.2017).

18
Pada tahun 2019, TH menjual asetnya iaitu ladang, TH Plantations Bhd (THP)
ketika THP berada dalam keadaan financial distress atau parah dari segi kewangan. Jumlah
pinjamannya serta hutangnya kepada pedagang melebihi keupayaan syarikat itu untuk
membayar semula. 2006 hingga 2009, THP dianggap sebagai syarikat ladang bersaiz kecil
yang digemari pelabur. Namun selepas itu, terutama daripada 2012-2014, THP membeli
ladang tambahan secara agresif sehingga jumlah ladangnya meningkat kepada lebih 100,000
hektar daripada 15,000 hektar pada 2006. THP berdepan kedudukan kewangan yang sukar
sejak 2015 lagi berikutan kos pelaburan yang tinggi, yang mana memperlihatkan ia sudah
menjual dua anak syarikatnya, TH Bakti Sdn Bhd pada 2015 sebanyak RM16.3 juta, ia
diikuti THP Gemas Sdn Bhd pada 2016 sebanyak RM154.1 juta. Penjualan aset itu dilihat
tidak mencukupi untuk menjamin kelangsungan operasinya dan kedudukan kewangannya
terus meruncing. Pada tahun 2019, THP mengumumkan pelupusan keseluruhan kepentingan
ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW)
kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada harga RM170 juta (Tabung Haji.2020).

6.0 KESIMPULAN

Tabung Haji (TH) ditubuhkan pada 1969 hasil daripada idea Profesor Ungku Abdul
Aziz untuk memastikan penunaian haji ditunaikan dengan hasil kumpul duit yang halal.
Asalnya, TH menjadi pengurus utama penunaian haji untuk rakyat Malaysia sejak
penubuhannya sehinggalah sekarang. TH sebagai institusi perniagaan Islam selama lima
dekad menerapkan prinsip – prinsip Islam seperti al- wadiah yad-dhamanah, bebas daripada
unsur riba dan syubhah, wassiya, halal, hibah, taqwa, ukhuwwah dan al-adl, dan tawarruq.
TH yang memenuhi setiap aspek Islam telah mencapai banyak kemajuan. Selain itu, diversi
dalam perniagaannya iaitu penglibatannya dalam pelaburan dalam pelbagai sektor
mendapatkan pulangan lumayan yang pentingnya mematuhi syarat Syariahnya.

Keuntungan yang diperolehinya dibahagikan secara sama rata kepada pendepositnya


dalam bentuk hibah tahunan dan hibah haji. Semakin pulangan pelaburan meningkat ia mula
memberi subsidi beribu-ribu kepada pendeposit yang menunai haji pada tahun tersebut.
Kecekapan dalam menguruskan ibadah haji mendapatkan TH pengiktirafan daripada kerajaan
Arab Saudi. Kebajikan pendeposit - pendepositnya yang senantiasanya dijaga oleh TH
menjadikan ia dijadikan model oleh institusi kewangan negara-negara Islam yang lain.

19
Walaubagaimanapun, dalam dunia kapitalis ini, TH sering menghadapi pelbagai
cabaran dan krisis kewangan ia terpaksa jual aset- asetnya yang sedia ada yang menjadikan ia
terpaksa tanggung hutang yang tinggi pada akhir-akhir ini. Sejak dari 2016, langkah –
langkah yang diambil iaitu pelaburan dalam skala secara besar-besaran dalam bidang
perladangan melebihi kemampuannya, menjadikan kredibiliti TH diragu-ragui oleh
pendeposit – pendepositnya sehingga mereka mengeluarkan wang deposit.

Pihak TH perlu mengambil beberapa insentif seperti memberi informasi yang jelas
berkaitan dengan jaminan deposit supaya pendeposit lebih yakin dengan keselamatan
simpanan mereka di TH untuk mengelakkan pendeposit mendapat maklumat yang tidak benar
sekaligus menggugat kepercayaan pendeposit terhadap institusi ini. pihak pengurusan TH
perlu meningkatkan usaha dalam memperbaiki imej TH yang tercalar akibat daripada isu - isu
terdahulu. Menurut Ahmad Rashid, Abdul Rahman dan Markom (2015) pula, kekurangan
tadbir urus korporat adalah antara kerapuhan yang sering berlaku di institusi kewangan.
Justeru, ketelusan tadbir urus korporat perlu dititikberatkan untuk memperbaiki imej institusi
ini. Di samping itu, pihak pengurusan TH perlu melaksanakan pelbagai program mendekati
orang ramai bagi memberi penjelasan lanjut dan memperbetulkan isu-isu yang berbangkit.
Akhir sekali, pihak pengurusan perlu memastikan kepuasan pelanggan sentiasa berada di
tahap maksimum dan saluran untuk menyampaikan aduan, cadangan dan maklum balas
daripada pendeposit perlulah lebih efektif supaya pihak pengurusan dapat mengambil
tindakan segera. Sekiranya kesemua cadangan ini dapat dilaksanakan dengan baik, maka
kepercayaan dan kesetiaan pendeposit TH dapat dikembalikan semula.

TH hendaklah memastikan mereka tidak terlandas daripada pegangan Islam supaya


membolehkan orang Islam mengambil bahagian dengan lebih berkesan dalam bidang
penanaman modal yang berlandaskan syariah melalui wang simpanan mereka. Maka, umat
Islam boleh meningkatkan tabungan dengan menyimpan wang dalam Lembaga Tabung Haji
(TH). Sebagai institusi kewangan yang patuh syariah, umat Islam wajar memanfaatkan
peluang yang disediakan oleh TH bagi meningkatkan jumlah simpanan mereka.

20
8.0 RUJUKAN

Dr. Zulkifli Hasan.2011. Blog Of Knowledge (Shari'ah, Law, Islamic Finance And Muslim
News) Shari'ah, Law, Islamic Finance And Muslim News

H Rusliani. 2013. Teori Diskriminasi Harga Dlm Bab 2.


Http://Studentsrepo.Um.Edu.My/5075/3/Bab_2.Pdf

HabibahYahaya, Mohd Suhaini Abdul Majid, Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat, Mohd Zaid
Zulkifli, Nor Shaiza Mir Ahmad Talaat . 2016. Tabung Haji Malaysia as a World Role Model
of Islamic Management Institutions. Malaysia
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/04/554776/fahami-makna-sebenar-hibah
https://zulkiflihasan.wordpress.com/2011/10/20/pengurusan-harta-tidak-patuh-syariah/

Lembaga Tabung Haji.1963. (Sejarah Penubuhan Dan Operasi) Bab 1 Lembaga Tabung Haji
Sebagai Institusi Pelaburan Dl Malaysia Sejarah Penubuhan Dan Operasi. Universiti Malaya
Malik Ridhwan. 2018 . Sejarah penubuhan Lembaga Tabung Haji dan Yayasan Tabung Haji
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejarah-penubuhan-lembaga-tabung-haji-dan-
yayasan-tabung-haji-193174

Mohd Ali Muhamad Don.2019. Fahami Makna Sebenar Hibah. Berita Harian Online.

Mohd Izuwan Bin Mahyudin.2015. Aplikasi Tawarruq Dalam Sistem Perbankan Islam:
Kajian Di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Dan Ekonomi
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

21
Mohd Shuhaimi Bin Haji Ishak .2011. Tabung Haji as an Islamic Financial Institution for
Sustainable Economic Development. 2nd International Conference on Humanities,
Historical and Social Sciences IACSIT Press. Singapore

Noor Hisham.2016. Pengwujudan Lembaga Tabung Haji Dalam Meningkatkan Ekonomi


Umat Islam Di Malaysia. Bangi: UKM

Norajila Binti Che Man, Joni Tamkin Bin Borhan.2010. 2010 Pelaksanaan Tanggungjawab
Sosial Korporat: Implikasi Dan Keberkesanannya Kepada Masyarakat Implementation Of
Corporate Social Responsibility: Implications And Effectiveness To The Community.
Prosiding Perkem V, Jilid 2 (2010) 210 – 218 Issn: 2231-962x Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia Ke V (Perkem V), Inovasi Dan Pertumbuhan Ekonomi, Port Dickson,
Negeri Sembilan, 15 – 17 Oktober.Ukm

Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul-Rahman,Shifa Mohd Nor.2017. Impak Kepercayaan
dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) terhadap Risiko Kecairan. (Impact of
Trust and Loyalty of Lembaga Tabung Haji’s Depositor Towards Liquidity Risk) Bangi:
UKM

Sinar Harian.2016. Tabung Haji: Apa Yang Perlu Anda Tahu


https://www.sinarharian.com.my/article/8975/siasat/tabung-haji-apa-yang-perlu-anda-tahu.

Tabung Haji .2020.TH Plantations Jual Aset Mantapkan


Kewangan. .https://www.tabunghaji.gov.my/ms/faq/isu-isu-semasa/th-plantations-jual-aset-
mantapkan-kewangan.

Ummi Salwa Ahmad Bustamam, Nur Ainna Ramli & Nur Shuhada Kamarudin.2018. Konsep
Pembangunan Sosio-Ekonomi Kampung Bercirikan Mizan.Conference: International Islamic
And Science Seminar (SAIS) .USIM

Undang-Undang Malaysia Versi Atas Talian Teks Cetakan Semula Yang Kemas Kini
Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur Bagi Pihak Dan Dengan Perintah
Kerajaan

22
9.0 LAMPIRAN

23

You might also like